Telegram Web Link
BENARKAH UJIAN TANDA ALLAH SAYANG?

"Puan, saya minta maaf. Tapi, kita betul-betul sudah tidak ada cara lain melainkan untuk teruskan pembedahan membuang bahagian kaki yang sudah dijangkiti ini. Dikhuatiri kalau dibiarkan, jangkitan akan terus merebak ke bahagian lain. Namun, sebelum pembedahan dilakukan, saya terpaksa juga maklumkan kepada puan - bahawa kedua belah buah pinggang puan sudah berada di tahap yang sangat kritikal di mana ia sudah tidak berfungsi dengan sempurna. Puan harus menjalani dialisis iaitu prosedur 'mencuci' darah dalam beberapa kitaran sehingga ada perubahan yang baik pada keputusan ujian darah barulah pembedahan amputasi boleh dilakukan."

Dengan berat hati pegawai perubatan menjelaskan hal tersebut kepadanya. Pandangan saya beralih. Saya memandang wajahnya, lama.
Mencari reaksi pada mukanya yang pucat saat mendengarkan berita yang begitu beratnya untuk diterima siapa jua yang mengalami!

Siapalah sangka, niatnya untuk menziarahi kedua orang tuanya di bumi Kelantan ini akhirnya membawanya ke hospital dan menerima berita-berita begini.

Allahu.
Beliau baru berusia 44 tahun. Bekerja sebagai pegawai polis pula. Punya anak-anak yang masih kecil yang harus diuruskan makan pakai dan dilayan kerenahnya.

Pegawai perubatan berlalu setelah menjelaskan secara ringkas kondisi kesihatannya yang terkini dan prosedur yang bakal dilakukan ke atasnya.

Saya masih berdiri di sisi katil. Jadi hilang kata untuk menyambung perbualan kami sebentar tadi.

“Sabar ya puan…,” saya menggosok belakangnya. Cuba-cuba meminjamkan kekuatan
.

S.A.B.A.R.
Memang mudahlah menutur kata, bila bahu tak menggalas apa. Kau tahu apa? Kau bukan dia. Kau tak berada dalam kasutnya!'.

Seringkali saya dihurung perasaan serba salah dan simpati bila 'terpilih' untuk menjadi saksi kepada seribu satu kisah sayu yang menimpa hidup para sahabat, kenalan dan juga orang-orang di sekeliling saya. Jadi serba salah jadinya, bila kita juga tidak terdaya untuk membantu mengubati kesedihan dan penderitaan yang dialami mereka.

Namun, apalah pilihan yang ada melainkan mendengar tiap keluhan dan luahan hatinya serta memberi kata-kata semangat buat mereka?
Kalaulah saja masa boleh diundur, mungkin banyak perkara kita mampu perbetul dan atur. Tidak bercelaru begini. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

“Kalau tak potong, tak boleh ke Misi?” Akhirnya diam dia bernoktah. Suaranya menyoal, bergetar kedengaran.

“Akak bukan tak makan ubat. Sesekali saja terlupa makan, terlupa nak ‘cucuk’ (baca: mengambil suntikan insulin). Bukan sengaja tak datang ke klinik jumpa doktor. Akak sibuk kerja. Uruskan anak-anak lagi.”

Matanya berkaca-kaca. Tak tertanggung hiba di jiwa. Dia sudah teresak di hadapan saya.

“Akak jauh kat sini. Suami tak tahu akak masuk hospital ni. Suami dan anak-anak kat Johor. Sekarang, macam mana akak nak balik ke sana kalau kaki yang ada pun nak dipotong?”

Pertanyaan demi pertanyaan disoalnya kepada saya. Dia sedang mengalami tekanan perasaan. Saya tahu dia cukup faham penjelasan doktor sebentar tadi. Beberapa kali juga saya cuba menerangkan semula penjelasan doktor kepadanya berkaitan pembedahan amputasi dan prosedur hemodialisis yang harus dimulakan ke atasnya.

Memang sukar untuk menerima hakikat yang pahit apatah lagi bila terpaksa berhadapan dengan kehilangan dan hambatan bebanan serta komitmen sepanjang usia yang masih ada.

Dalam bertubi-tubi dilontar soalan kepada saya,

"Akak, menyesal...misi. Mungkinlah ini nasib akak. Akak tak jaga kesihatan. Mungkin juga akak ni banyak sangat dosa sampai Tuhan marah betul kat akak."

Suaranya mengendur. Perlahan.
Seolah putus asa.

"Kak, jangan macam ni ya? Kita tak tahu apa Allah nak tunjuk kat akak pada masa akan datang. Saya tahu berat hati akak nak menerima ujian seberat ini...tapi percayalah kak semuanya ada hikmahnya. Belum terlambat kak untuk memperbetul mana silap kita. Belum terlambat untuk mengubah mana-mana yang tak kena pengurusannya sebelum ni. Buat masa sekarang, fokus kepada rawatan dulu ya?"

Saya cuba memujuk.

"Akak cuba call suami beritahu keadaan
akak. InsyaAllah, kita doa sama-sama agar suami faham. Saya tahu, akak sayang suami dan anak-anak akak. Tapi apa pun, akak kena sayang juga diri akak. Selagi nyawa dikandung badan, tiada yang terlambat akak. Yakinlah pada Allah." Tambah saya lagi.

Kalaulah saya ditempatnya, entah bagaimanalah pula penerimaan saya. Sesekali terbit pertanyaan di benak ini.

'Benarkah Allah sayang?
Kalau sayang mengapa beri dan
ambil kembali?
Mengapa izin sesaat kita senyum,
berzaman dibuatnya kita menangis?'

Ada pun, Allah Maha Tahu tiap apa yang bakal kita persoalkan kepada-Nya.
Malah Allah terlebih dahulu menyatakan bahawa,

'bersama kesulitan ada kemudahan...,'

(Al-Insyirah ayat 6)

'Tidak Allah membebani para hamba-Nya melainkan yang terdaya... '

(Al-Baqarah ayat 286)

Allahu rabbi.
Allah Maha Berhak sebenarnya. Segala apa yang diizin terjadi ke atas kita semuanya adalah bukti tanda Allah sayang. Tinggal kita saja harus berlapang dada dalam menerima. Harus kayakan diri dengan sifat 'Maha hamba'.
Yakin dan terus redha terhadap apa jua bentuk ujian-Nya.

Yakinilah -
di sebalik satu nikmat yang hilang,
akan ada ribuan rahmat-Nya
menjelang!

Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
Kita pening kepala
memikirkan - bagaimana
mahu menambah saham
pahala dan menyekat segala
dosa daripada bertambah.

Mudah sebenarnya.
Antaranya jaga cara fikir
dan jaga lidah kita ni.
Kalau memang tak beridea
nak fikir atau bersangka
baik, istighfar selalu
dalam hati.
Kalau tak ada idea
nak cakap baik-baik,
senyap je sambil senyum.

Tak mampu menambah
pahala, jangan menambah
dosa. Dan Insya-Allah,
moga dikurniakan kepada kita
pahala beramal jaga
sangkaan serta jaga lidah
kita daripada terjebak
melakukan dosa.

Diri, kita tahu kita
ni berkelemahan...banyak!
Sana sini banyak celanya.
Kalau diperlihat aib kita
itu hitam warnanya,
entah hitam yang bagaimana
kita ni. Pahala yang ada pun,
entah banyak mana.
Kita tak tahu.

Jadi, sayangilah diri kita.
Walau tak baik pun, malulah
pada Allah. Bersegan-seganlah
nak buat dosa.
Jangan sombong, jangan
lupa diri.

@Ruang_Aksara
SAKIT YANG TAK SAKIT

'Ya Allah, peritnya
sakit tekak ni. Kenapalah
kerap sangat sakit tekak
sekarang ni...haih...'

Mengeluh dalam monolog.
Menelan liur ibarat menelan
pepasir berkerikil tajam.
Perit!

Dalam mengomel sendiri,
tiba-tiba terfikir. Kalau misal
sakit itu boleh dipilih, nak
pilih sakit apa rasa-rasanya?
Sakit apa yang paling ringan,
paling tak sakit?

Tak suka sakit tekak!
Tak suka demam juga.
Tak suka sakit perut!
Tak suka migrain!
Tak suka sakit gigi.
Dan...

Ya Allah, sakit apa yang
paling tak sakit?

😢😢

Kalau di hati insan tak tersisa iman,
tak mungkin rasanya mampu
faham, betapa setiap sakit
yang Allah hantar adalah tempias
ihsan dan bukti cinta daripada-Nya.
Dijanjikan oleh Allah, terhapuskan
dosa-dosa hamba yang sabar,
redha dan tak jemu bersangka
baik pada-Nya walau diuji
dengan sesuatu yang dia tak minta,
dia tak suka dan tak mahu pun
kalau sungguh punya kuasa
untuk berpilihan - untuk tidak mahu!

Tapi, Allah mana nak 'hirau' kita.
Allah akan tetap sayang kita
dengan cara-Nya. Allah tahu kita
ni amalan dahlah tak banyak mana,
kualiti amalan pun tak cemerlang
mana - lalu, Allah uji kita dengan
sakit, penyakit, agar sekurang-
kurangnya kita ni layak untuk
ke syurga asbab kesabaran
menyahuti ketentuan-Nya.

Maha Baik Allah.

Hatta di zaman Rasulullah S.A.W
ada sebuah kisah yang sangat
menginspirasikan untuk kita
renungkan bersama.
Saya tak ingat dengan jelas
kisah ini. Tapi, saya nak kongsi
juga!

Ianya perihal seorang wanita
yang berkulit gelap dan
menghidap satu penyakit -
yang mana apabila sakitnya itu datang, keadaan tersebut akan
meletakkan dirinya dalam
kondisi tak sedar hingga tingkahnya
(dalam keadaan tak sedar) itu, menyebabkan auratnya terdedah.
Menyedari bahawa aibnya terbuka
begitu, wanita itu minta didoakan
oleh Rasulullah S.A.W agar diberi
dirinya kesembuhan.

Tapi, subhan-Allah...nak tahu nabi
kata apa?

Nabi berwasiat bahawa dengan
satu amalan, akan memudahkan
seorang hamba itu ke syurga.
Apa amalannya?

Itulah yang disebutkan -
sebuah KESABARAN. Nabi
menegaskan pada wanita
tersebut, bahawa jika dia tetap
bersabar, maka dia berhak
untuk mendapat syurga. Tapi kalau
tetap mahu didoakan agar sembuh,
maka akan nabi doakan wanita
tersebut agar sembuh.

Mendengarkan hujah berharga
seorang kekasih Allah, wanita
tersebut lantas menguburkan
hasrat awalnya. Dia memilih untuk
bersabar hadapi penyakitnya. Adapun, wanita itu tetap rasa sangat
berdosa kerana auratnya terbuka
saat dirinya tak sedar. Lalu, wanita berjiwa kental tersebut tetap
meminta untuk didoakan oleh
nabi untuk sekurang-kurangnya
tidak terdedah auratnya ketika dia
sedang sakit atau tidak sedarkan
diri.

Masya-Allah.

Jadi apa kata hati kita?
Tak mahu syurga?
Apa lagi tawaran paling
berharga melainkan syurga
dan rahmat Allah?

Allah, diri termalu sendiri.
Baru sakit tekak kot...
dah mengomel.
Padahal barangkali Allah nak
kasi rehat sebab cakap
banyak sangat yang mungkin
ada membuat hati orang
yang mendengar berkecil-hati.
Mungkin, tak sedar 'termembawang'!
Nauzubillahiminzalik.

Tuhan,
bantulah kami faham
tiap bahasa cinta-Mu.
Yang kami tahu,
kami perlu iman yang
kukuh agar kami tak
dengan mudahnya rapuh.
Yang kami tahu,
kami perlu takwa yang
ampuh, agar kami dengan
mudahnya tak jatuh.
Yang kami tahu,
kami tetap perlu fahamkan
dengan ilmu agar kami tak
keliru dan buntu.

Astaghfirullah...
ampuni hamba Ya Rabb...

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
"Penatnya...letihnya...,"

mengeluh.

Entah yang ke berapa juta kali perkataan tu jadi zikir pula.
Diulang-ulang tanpa sedar.
Betapa hidup ini dirasakan indahnya kurang.
Yang namanya kebahagiaan itu
selalu hanya dimiliki orang lain.
Tidak menyebelahi dirinya.
Terasa Rabb itu terlalu tidak adil.

Sob sob

Duhai hati yang bersedih,
ketahuilah, hidup memang tentang pilihan. Kita mahu jadi seperti apa; kita mahu cerita hidup kita ini berkisarkan apa...etc.

Tapi, ujian itu tak boleh dipilih-pilih. Itu hak-Nya sebagai Penguji kepada kita yang diuji. Bahagian kita adalah menghadapi ujian segagahnya, sesabar yang mungkin, sekuat yang mampu dan yang terpenting kita tahu hidup kita ni tujuannya adalah untuk mentaati DIA sebagai Pencipta.

Mengejar redha-Nya.
Redha Allah.

Allah itu tahu kemampuan kita berbeza.
Saat kau rasa hanya kesedihan dan penderitaan adalah ujian.
Saat itu juga kegembiraan dan kesenangan hidup adalah ujian bagi orang lain.

Allah akan menilai.
Siapa antara hamba-hambaNya
yang paling celik hati.
Mampu melihat yang tersirat.

Jadi duhai diri,
kuatlah untuk kekal kuat.
Sabarlah untuk berterusan sabar!

Syurga akan membayar tiap lelahmu di dunia.
Itukan janji Pencipta untuk kita?

Semangat ya
?

@Ruang_Aksara
Hari tu, ada seseorang tanya saya,

"Apa yang saya perlu doa? Saya nak kahwin, saya nak kahwin dengan dia..saya nak
"

Jujurnya, saya sendiri tak tahu nak jawab bagaimana.

Tapi dalam berdoa minta lah dengan Allah sepenuh hati.

Saya ingat sebagaimana keinginan saya nak datang Ke Mesir sejak tingkatan 4, saya berdoa moga Allah hantar saya ke Mesir.

Lepas spm, Allah letak saya di tempat lain.

Hari hari doa. Specifically,

"Ya Allah aku nak ke Mesir"

Sampai tahun Ke -2 masa saya study dulu, rasa nak drop, nak datang Mesir.

Saya minat nak belajar agama, bahasa arab dan lain tapi tak berpeluang sebab tak ada basic bahasa arab dan saya sendiri tak tahu kenapa Mesir.

Jadi saya berdoa saja.

Rupa-rupanya Allah simpan doa saya itu, kerana Allah tahu apa yang lebih baik untuk saya.

Lepas habis belajar, selepas berapa tahun, Allah izin saya datang. Malah Allah bagi pakej sekali hadir di Mesir belajar agama, belajar bahasa arab, cakap bahasa arab, faham bahasa arab.

Sama seperti apa yang saya doakan sejak usia 16 tahun.

Nak datang Mesir, nak belajar agama.

Sebab bagi saya masa tu, itu goals saya. Saya akan bahagia kalau dapat apa yang saya nak kan.

Tapi saya ingat apa mak saya pernah kata,

"Jangan tunggu sesuatu kalau nak rasa bahagia tu"

"Tunggu sesuatu?"

Tak faham saya.

Tak perlu tunggu pun untuk rasa bahagia.

"Macam mana tu? "

Tak perlu tunggu bila aku dah ada duit, baru aku bahagia.

Dengan apa yang kita ada ni lah, kita kena rasa bahagia.

Tak perlu tunggu bila aku dah ada kereta impian, baru aku rasa bahagia,

Dengan jalan kaki, naik motor pun boleh rasa bahagia.

Tak perlu tunggu bila dah berpasangan, baru aku akan rasa bahagia,

Dengan hidup single bersama mak ayah pun boleh rasa bahagia.

Tak perlu tunggu pasangan aku buat begini, baru aku rasa bahagia.

Expectation kills.
Jangan letakkan syarat untuk rasa bahagia tu.

You are creating the story of your life.

"Jika kamu bersyukur, maka akan Aku tambah nikmatKu padamu." (Surah Ibrahim: 7). "

So bersyukurlah dengan apa pun yang datang, apa pun yang Allah bagi.

Katalah sakit tahap hujung nyawa, bersyukur at least masih hidup lagi.

Katalah study susah tahap nak hantuk kepala kat dinding, bersyukur at least you have the chance to study.

Katalah penat sangat kerja sampai burn out, then tetap kena syukur sebab at least masih mampu bertahan.Sampai tahap tu should be our integration of syukur.

Dan bukan sekadar berdoa agar dijadikan orang yang sabar, tapi berdoa juga agar jadi orang yang bersyukur.

Bersyukur lah sebab masih ada 'rasa' nak bersyukur. Kalau Allah tak datangkan rasa itu, mana mungkin kita akan jadi hamba yang bersyukur.

Sebab orang yang sabar menahan rasa, hati kita kadang-kadang terasa pedih - tetapi orang yang bersyukur, hati nya sentiasa lapang.

Isn't?

Syukur.

To some point, I’ve come to a place in my life where things are not going according to my plans. And I’ve come to realise that not everything can be planned for.

Not everything turns out as planned and that we can plan all we want, but Allah also plans.

Someone once told me,
that sometimes Allah sends difficulties our way, to shield away larger calamities.

In life,
Sometimes He allows pain so that we can become stronger.

Sometimes He allows illness so that we appreciate our health.

And sometimes He takes something away from us so that we can appreciate the blessings that He has bestowed upon us.

Teringat masa belajar dulu Dr M pernah cakap,

"Kalau kita dapat apa yang kita doakan selama ini, mungkin kita boleh syukur 1 kali, tapi kalau kita tak dapat apa yang kita nak kan seperti yang kita minta dalam doa, kita kena syukur 10 kali.."

"Eh?"

"Yang kita doa itu pilihan kita, Allah makbulkan. Tapi bila Allah tak bagi lagi,mungkin itu lah pilihan Allah yang terbaik untuk kita"

Dan teruskan berdoa, Allah pasti akan bagi yang terbaik.

Jika Allah ingin memberi kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh dihalang oleh mana mana tangan sekalipun.

Therefore never feel despair, instead feel grateful because it is indeed a blessing so that we always come back
to Allah.

Alhamdulillah for a harder test, alhamdulillah for the more beautiful nikmah, alhamdulillah for getting better than we expected.

Alhamdulillah ya Allah for everything in this life.

May You sustain and increase our blessings and may You grant us the best returning to You in Paradise.

Insya Allah :)

@Ruang_Aksara
BERGURAU

Saya orangnya suka
bergurau. Suka mengusik
atau menyakat orang juga.
Dan ya, kadang sampai
merapu serta sering
terlepas cakap.

Tapi, itu dahulu.

Sekarang, Insya-Allah -
saya bukan begitu.
Saya semakin berhati-hati
asbab mengiktibari
kesilapan dan ketidakpekaan
di masa lalu.

Saya semakin tahu
bila saya boleh bergurau,
dengan siapa saya boleh
bergurau 'begitu-begini'
dan sekian-sekian.

Tahu, kadang kita ni
saja-saja mahu ceriakan
suasana. Bukan nak sakitkan
hati orang pun. Tapi membuta
bertindak sesuka hati
inilah yang memudaratkan
diri kita sendiri sebenarnya.

Pernah, ada kawan saya yang
merajuk kerana menjadi
bahan gelak orang lain.
Puncanya kerana saya yang
menyentuh perihal isu tersebut.
Hal kecil saja, tidak mengaibkannya.
Cuma menceritakan tingkahnya
yang mencuit hati. Tapi itulah.
Salah saya tak sensitif ambil
tahu soal perasaannya. Rupanya
dia tak suka diusik begitu.
Hal kecil lah bagi saya, tapi aib
baginya.

Ada juga sejenis manusia
yang, dia gelakkan orang boleh.
Bila kita gelakkan dia,
dia boleh terasa hati sampai
ke sudah. Nak saja kata -
'Kau gelak orang kemain.
Orang usik sikit kau marah
pula.' Tapi suara itu sekadar
terluah di dalam hati.

Begitulah. Ikutkan saya, saya
pun tak hadap orang yang tak
boleh dibawa bergurau ni.
Baik duduk dalam hutan kawan
dengan harimau atau monyet.
Tak payah kawan dengan
manusia kalau mengada-ngada
sangat.

Namun, bila direnungkan
kembali...saya tahu saya
bersalah. Saya bukan dia,
bolehlah sesuka hati mengomeli
pendiriannya. Biasalah bila
kita dalam mood gembira atau
suka hati ni. Mana nak ambil
fikir sangat perihal rasa orang.
Kita terlupa. Kita fokus cuma
nak ketawa dan gembirakan
diri sendiri saja. Kita sangka
apa yang buat kita suka, orang
lain akan turut sukainya.

Janganlah tak cakna hal ini.
Semakin ramai kita
jumpa orang, semakin
kita harus pandai menjaga
adab, jaga perlakuan,
jaga perkataan, jaga sensitiviti.
Bergurau sesekali, kita
faham ia menceriakan suasana.
Mengusik, menyakat sesekali
kita tahu ia menghubungkan
ukhuwah.

Tapi, tolong...perhatikan
dengan siapa kita bergurau.
Selidiki isi gurauan kita itu
menyakiti perasaan orang lain
atau tidak. Teliti perlakuan kita
menyenangkan hati orang
atau tidak.

Saya telah belajar.
Sesekali saya masih terkhilaf
membaca reaksi orang. Ia
menjadikan saya lebih berhati-
hati. Dan kadang takut-takut
juga. Tapi Insya-Allah, kita
teladani sifat dan adabnya
Rasulullah S.A.W.

Baginda bergurau.
Dengan kanak-kanak, dengan
orang tua, dengan isteri-isterinya
malah dengan sahabat-sahabatnya
juga. Subhan-Allah, indahnya
akhlak nabi - baginda tahu, faham
dan cakna keperluan bergurau
tersebut harus diwujudkan di mana
dan bila. Tidak sepanjang masa.

Ingat, hidup memang bertambah
seri dan nikmatnya bila ada
gelak-tawa sesama kita.
Tapi bila ada yang tak suka,
tak senang, tersakiti perasaannya
akibat gurauan entah apa-apa kita -
itu bukanlah lagi gurauan tetapi
mengundang atmosfera yang
tidak sihat.

Berguraulah dengan adab.

@Ruang_Aksara
If you ask 5 years old children about their dreams;

They will answer you with great things:

I wanna be an astronaut
I wanna be a doctor
I wanna be a pilot

They have a lot of big dreams... until they grow up and meet with something called ; a nasty boss.

They got pressed until they are paralyzed. They have to work on something they dont even love. From the big dreams that they had, from being someone who benefits the society — now, they are glad enough that they are still exist.

That 5 years old children who already grew up might be you, and me. We live in a society that forced us to be grateful to have something called a job when we dont even like what we do. We were asked to believe, staying in a toxic environment is better than losing the job.

And we accepted all the mental tortures — we only realized that we already changed into a bad person when it was way too late.

Dont let it happen. You have to shape your own future. It is your life im talking about. It is your health that you have to worry. It is your happiness that you long deserve.

Love yourself enough to walk away from everything that doesnt help you grow. When I worried about things I cant control, my mom gave me a wonderful advice :

Make the right intention, and then watch how He opens miraculous doors for you. Because He is Al-Fattah — He who opens all things
.

❤️

@Ruang_Aksara
Hari ini dan kebelakangan ini saya terima macam macam pertanyaaan daripada ramai wanita yang kecewa berpanjangan akibat belum bertemu jodoh, yang dilukakan oleh teman istimewanya, yang belum mendapat zuriat dll.

Saya teringat kisah seorang sahabat saya ni
.

"Faa, aku tak jadi kahwin.."

Terkejut saya waktu tu sebab seingat saya sepatutnya sebulan lagi dia patut menikah dengan lelaki pilihan hatinya.

So, apa jadi dengan kawan ni.

Ex tunang dia nak putuskan hubungan, dengan alasan,


"Awak, saya rasa tak layak untuk awak, awak berhak dengan yang lebih baik..awak terlalu baik untuk saya.."

Mula memang dia menangis. Lemah, sakit hati semua.

Merayu rayu...

Tak nak, nak juga teruskan hubungan tu. Nak juga selamatkan hubungan tu. Sebulan lagi nak nikah.

Macam mana ni? Nak tanggung malu.

Keluarga pihak lelaki pun dah tak tahu nak buat apa.

Serahkan pada mereka.

Tapi ex tunang dia tu tak nak teruskan pernikahan.

Siasat punya siasat, maklum lah, sahabat saya ni detective level ke 10, cepat je dia tahu.

Rupanya lelaki itu ada perempuan lain.

Tapi lepas tu dia bangkit. Dia kesat air mata, dan jalani hidup seperti biasa.

Tak ada daya nak mengharap lagi.

Hebat. Dia memang hebat.
Saya kenal dia memang kuat.

Ada masa dia down
Tapi dia pilih untuk bangkit.

2 minggu lepas tu ayahnya sakit. Dimasukkan ke hospital.

Luka perpisahan, tarikh hampir pernikahan yang sepatutnya makin hampir, luka yang ada masih berdarah.

Tapi dia kuat, dia jaga ayahnya di wad. Dia berulang alik, jaga makan pakai ayahnya. Suap makan. Bersihkan najis. Hiburkan ayahnya di wad.

Dia sedih, dia rasa tak kuat. Tapi tanggungjawabnya untuk jaga ayah yang sakit tak pernah diabaikan. Dia ambil cuti semata mata nak jaga ayahya.

Sampai satu tahap, doktor yang rawat ayahnya, jatuh hati dengan sahabat saya ni.

Jatuh hati dengan kekuatan, dengan sikapnya yang melayan ayahnya yang sakit dengan penuh sabar. Yang selalu senyum. Yang sebarkan positive vibes kat wad ayahnya.

Setiap hari tanpa jemu datang wad.

Dua minggu dalam wad. Akhirnya ayahnya dibenarkan pulang.

The best part was,

Petang tu doktor tu call pakcik tu.


" Pakcik, maaf kalau saya nak tanya, saya berkenan dengan anak pakcik, kalau boleh tahu anak pakcik dah berpunya?"

Gentleman.

"Belum.."

Long short story, ayah bagi green light, keluarga sahabat saya pun setuju.

Mudah je jodoh yang Allah tetapkan buat mereka.

And I am the most happiest person in this world at that time.

Allah gantikan kelukaan sahabat saya ini dengan yang lebih baik.

Allah bagi sahabat saya ini, pengganti yang lebih baik untuknya.

Be grateful.

Secara fitrahnya, semua orang mahu menyayangi dan disayangi.

Siapa yang sudah bertemu pasangannya, bersyukurlah dengan impian yang sudah tertulis sejak azali lagi.

Bagi yang bujang, tiada bezanya dengan mereka. Semuanya juga sudah ditulis oleh Allah s.w.t. Semuanya berada dalam susunan yang amat rapi.

Perhaps in life, your heartache, your hurtful feeling, may be a blessing in disguise.

Learn from whatever things that hurts you. Be better. Don’t repeat the same mistakes.

We have seen it again and again. People come. People leave. Accept it as a part of your lesson in this life.

There’s still tomorrow, insya Allah.

Everything could still happen. Every choice could still be made. Every future could still possible. So keep on trying. Keep on praying

Semoga diberikan kuat, buat yang sudah lelah, lemah longlai lututnya tapi tetap berdiri padahal sedang menanti tersungkur tak mahu bangun lagi.

Jodoh, rezeki, hidup dan mati,

Semuanya menjadi rahsia Allah.

Jodoh.

Ianya akan hadir pada saat yang tepat untuk orang yang tepat.

Bila yang di sini sudah bersedia dan di sana telah bersedia, maka waktu itulah keduanya akan mula dipertemukan dengan hadirnya suatu rasa yang istimewa.

Dan waktu itu, bila jodoh yang sebenar telah hadir, segalanya akan dipermudahkan untuk keduanya.

Yakin dan percayalah. Janji Allah itu benar. Janji Allah itu indah, andai sahaja kita bersabar dengan ujian-Nya.

Remember Allah waiting for that torn soul to call upon Him so
He may respond, so He may help and mend that beautiful aching heart..

Everything you wish can come true, every sorrow, every pain, every worry can go away with His aid.

Have faith!😉

@Ruang_Aksara
Jangan sesekali memandang rendah penerimaan seseorang terhadap ujian yang sedang dirinya alami sekarang.
Dia berhak untuk menangis.
Dia berhak untuk meluah rasa dan
menzahirkan segala isi hatinya.

Ya, walaupun kita juga mungkin pernah alami ujian yang lebih kurang sama sebelum ini. Malah mungkin, segala kesukaran pengalaman hidup lalu kita -
kita rasakan lebih mencabar, lebih teruk, lebih berat berbanding apa yang dihadapinya saat ini.

Jangan samakan saiz kasut kita
dengan saiz kasutnya.
Kita sedang tidak berada di tempatnya.
Tuhan menguji kita mengikut kemampuan diri masing-masing.
Mungkin susah bagi dia,
tapi tidak bagi kita.
Mungkin susah bagi kita,
tapi mudah bagi dia.

Segalanya tentang waktu.
Waktu akan mendisiplinkan kita dengan pelbagai aturan takdir pada hari mendatang yang sudah direncanakan kemas oleh-Nya.

Percayalah,
tiada siapa suka bersedih dan
mengambil mendung sebagai
mekap wajahnya -
kalau ada pilihan untuk tersenyum
suka dan bermanis wajah sepanjang
masa.

Be empathy.

@Ruang_Aksara
Bila kita rasa kita susah,
selalu ingatkan diri -


'Bukan aku seorang
susah ni. Ada orang lain juga
sedang diuji seperti aku.
Hanya aku saja tak
melihatnya. Ada orang lain
mungkin lebih rumit
ujiannya.'


Rasa sedih, lemah dan
tak bersemangat itu
normal lah kan.
Kita insan biasa.

Mintalah kekuatan
pada DIA.
Bila kita rasa kita
makin dijauhkan,
maka itulah petanda
betapa perlu kita
terus mendekatkan diri
pada-Nya.

Musibah adalah
yang merawat iman
di hati meski jasad
kita mungkin terluka
kerananya.

@Ruang_Aksara
Bukan tiada orang
yang tampak susah
di sekitar kita...
ada.
Bukan kita tak
tahu, ada orang
yang ujiannya
bagai tak pejam.
Kita tahu itu.

Tapi bila tiba masanya
kita diuji dengan
kesusahan, kita lupa
bahawa mungkin
sudah ada orang lain
yang pernah alami
ujian seperti kita
sebelum ni.

Bila tiba kita diuji susah,
yang belum pun diusahakan
untuk mencari solusinya -
kita sudah merajuk dengan
Tuhan.
Sudah rasa Tuhan tak adil
dan mempersoalkan
macam-macam.

Itulah kita.
Begitulah selalunya.
Padahal, kita tak sedar
ada dalam kalangan kita
yang sudah bertahun-tahun
lama berlalu, masih
bergelut dengan ujian
hidup yang sama.

Hari ini, kita mungkin
rasa susah kerana beban
kerja yang menggunung tinggi,
stres dengan majikan yang
banyak kerenah,
rasa teruji dengan masalah
salah faham antara rakan
sekerja dan sebagainya.

Ada orang lain hingga
ke saat ini, dengan kelulusan
ijazah pun masih tak punya
rezeki untuk mendapat kerja
tetap.
Terpaksa berkreatif.
Buat kerja A, sambil tu buat
kerja B. Hujung minggu,
buat kerja C.

Terpaksa kreatif menangani
ujian. Bergigih.
Bersyukur dan melihat
rezeki Allah itu ada di
mana-mana.

Bayangkanlah kalau merajuk
dengan Tuhan lama sangat,
sebabnya ada ijazah tapi asyik
buat kerja cleaner -
alamat sampai ke sudah tak
ke mana-mana.

Makcik cleaner pun
bersyukur apa adanya yang
dia ada.

Maka, janganlah berputus asa.
Jangan rasa hina kerana
'bekerja'. Tapi rasa hinalah
kerana asyik membuta tunggu
jawatan setimpal ijazah dari
langit jatuh ke bumi untuknya.
Bekerja tapi umpama melepaskan
batuk di tangga, tak ikhlas
dan tak sepenuh hati.

Ujian sentiasa ada.
Tenang-tenanglah hadapinya.

@Ruang_Aksara
Kadang kita cuba
nak bantu orang.
Bantu meringankan
beban di pundaknya.
Bantu melapangkan
apa yang diserabutkannya.

Tapi kita tak tahu
nak buat apa.

Tak selalunya kata-kata
nasihat itu 'tepat'
untuk 'dilancarkan' bagi
menghidupkan
sekeping jiwa yang
mati.

Maka, sebaiknya...
diselidiki dahulu
kesediaan hati seseorang
dalam menerima nasihat
daripada kita.

Percayalah,
di kebanyakan masa...
dia yang bercerita hanya
mahukan kau menjadi
pendengar setianya.
Menyokong tindakannya.
Memberi usapan lembut
di belakangnya seraya
berkata

'kau dah cuba yang
terbaik...'

'kau kuat...'

'kau sabar...kau kuat semangat!'

'you can endure this.'

Tak tahu nak kata apa,
berhenti berfikir untuk
berkata-kata.
Dengarkan dia setulusnya.
Buat sesuatu untuk
menyenangkan hatinya.

Atau...
dah tak tahu sangat nak
buat apa.
Bantu dia dengan mendoakan.
Doakan dia.
Sebut namanya.
Bayangkan wajah dia
dan minta Allah permudahkan
urusannya.
Minta Allah berikan dia
sebuah hati yang positif.

Banyak cara kita
boleh bantu orang.
Tak semestinya dengan
berkata-kata.

@Ruang_Aksara
'Kenapa memilih menulis
ala-ala 'orang baik' sangat ni?
Kau bukannya baik sangat
pun!'

-monolog


Ada banyak sebab.

Pertama, saya bahagia menulis.
Ya, menulis dengan cara saya
yang begini. Walaupun saya
akui masih terlalu banyak kurang
saya di sana sini. Mengolah
ayat pun albiasa-biasa saja.
Cukup saya faham apa yang
saya nak tulis dan orang lain
faham apa yang cuba saya
sampaikan pun dah memadai.

Menulis ni pun ibadah juga.
Kalau kita niat yang baik-baik
sebelum, semasa dan
selepas menulis tu...Insya-Allah
dapat pahala dah kita. Apatah
lagi, diamalkan apa yang kita
fahami. Sampaikan pula kat
orang lain, dan orang yang membacanya pula turut mengamalkan kebaikan tersebut...Subhan-Allah.

Dapat bayang tak bagaimana
pahala tu mengalir macam air?

Hmm.
Saya pernah juga terfikir kalau
kita dah mula tulis atau sudah
mulai memperjuangkan sesuatu
amalan kebaikan, secara tak
langsung orang yang melihat
dan menyaksikan kita akan
mulai menilai.

Kita menulis, mengajak
orang - 'berkata-kata baik lah
jika tak mampu, maka diam' -
orang akan nilai kita, adakah
kita walk the talk?

Diamkah kita bila marah?
Berkata-kata baikkah kita
bila teraniya?

Begitulah.
Kita tak boleh nak persalah
persepsi orang. Memang
betullah kalau kita perjuangkan
kebenaran, kita haruslah berlaku
benar. Namun, melihat kepada
skop yang lebih luas, melebar
dan mendalam - jika ditunggu
sempurna kita ini, maka sampai
bila-bila pun takkan berganjak.
Kita maklum, kita taklah
baik pun. Warna akhlak kita pun
banyaknya hitam berbanding putih.
Bajet saja macam baik...tapi tak
pun.

Adapun, mujurlah mungkin tanda Allah sayang. Sesekali bila perasaan
rendah diri dan hasutan syaitan itu
menerpa, Allah selamatkan dengan mencampakkan keyakinan bahawa
Allah tahu kita hamba-Nya yang
sedang bermujahadah.
Allah kuatkan juga hasrat hati ini
untuk terus berkudrat mengusahakan kebaikan -
dengan menulis, dengan pelbagai
cara!

Dan, apa yang saya dapat apabila
menulis begini, saya macam sedang
beri tazkirah pada diri saya sendiri.
Menjadi penasihat kepada diri sendiri. Saya rasa itu satu cara
yang baik.

Teringat nukilan Ustaz Pahrol,

'Kenapa saya menulis yang
baik-baik, walau saya tahu saya
tak baik mana pun? Ianya untuk
mengelakkan diri saya jadi lebih
jahat...'

(Begitulah lebih kurang bunyinya)

Saya, setuju sangat!
Sebab tu saya menulis juga.
Setiap nukilan kebaikan yang dikongsikan adalah nasihat untuk
tegur diri sendiri yang sejuta kali jahat daripada sangkaan orang!

Maka, untuk mengelakkan diri ini
bertambah-tambah jahat,
bertambah 'nakal', maka saya
kira menulis adalah medium
terbaik.

Menukilkan sesuatu yang boleh
dijadikan renungan. Pencetus
agar diri terpanggil untuk
bermuhasabah. Tulisan yang baik
ini umpama alarm peringatan
buat diri sendiri tatkala
membacanya.

Kadang-kadang sentap baca
tulisan sendiri.

'Haih diri, kemain tulis begini
begitu...tapi hampeh. Ajak orang
bersabar, tapi bila diri sendiri
teruji dengan mudahnya naik
meroyan!'

Jadi, inilah dia pembakar semangat.
Tercabar dengan nukilan sendiri!
Mudah-mudahanlah saya ni tak
letih menulis. Tak letih 'mendisiplinkan' diri agar
betul-betul layak dipandang
Allah.

Doakan saya jadi baik sahabat
Doakan Allah sudi terima 'usaha' saya.

Saling kita mendoakan selalu!
Salinglah kita berpesan-pesan,
saling menasihati juga.

@Ruang_Aksara
Persis apa perasaan
bila hajat yang sering
kita doa-doakan masih
tidak dikabulkan?

Sedih?
Marah?
Teraniaya?

Kadang...

tak mampu nak zahir
pun perasaan itu kan?

Iya ke tidak Allah dengar
doa aku?

Iya ke tidak Allah Maha
Penyayang, Pengasih
dan selalu faham apa
mahuku?

Iya ke tidak Allah
berkehendak kebaikan
untuk aku?

Tertanya-tanya sekeping
hati ini. Padahal, yang diminta
dengan doa bersungguh itu
bukan hal yang tidak baik.
Sangat baik!

Tapi kenapa Allah tak
mahu kabulkan?

Sampai bila harus
disabarkan saja?

Maka di sini sahabat...
mari sama-sama kita
renung-renungkan.

Betulkan fakta fikir kita
tentang Allah terhadap
kita.

Ya, Allah Maha Penyayang
dan sayang Allah tak selalu
seperti sayang yang kau
bayang. Sayang Allah teragung!
Tidak seperti sayang atau cinta
yang kita pernah zahirkan terhadap
manusia lain atau sekeliling.

Ya, Allah Maha Memahami.
Tanpa perlu kita berdoa,
Allah telah tahu segala-galanya.
Allah Maha Mengetahui,
apatah lagi Memahami.
Allahu Rabbi...inilah yang kita
harus fahamkan betul-betul.
Allah mahu menguji iman
kita, takwa kita, yakin atau
tidak kita ni pada DIA?
Tapi kita jarang dan sukar
nak nampak hakikat ini.
Sebab kita telah dibutakan
dengan kemahuan-kemahuan
kita semata-mata.

Percayalah, doa kita
bukannya tak terkabulkan oleh
Allah. Allah Maha Kaya kalau
nak beri kita segala-galanya.
Allah Maha Mampu!
Maka, dalam kita berfokus
mahukan doa kita dikabulkan
serta-merta, belajarlah meminta
dengan penuh adab sebagai
hamba kepada DIA.

Dibelek-belek kita ini -
luar dan dalam,
tak terlepas walau
seinci jasad dan roh
kita setiap saat oleh Allah.
Allah menguasai kita.

Oleh itu, jangan risau
sangat hajat-hajat kita
masih 'pending'. Jangan
hentikan doa juga.
Sesungguhnya, Allah Tahu
yang terbaik untuk kita.

Minta Allah beri kita yang
terbaik.

Kerana apa?

Sebabnya, belum tentu yang
kita doa-doakan itu baik
untuk kita. Mungkin itu juga
asbab tertunda lagi
pengabulannya.

Lagi satu. Kita ni sedih sangat
hajat yang satu ini Allah
tak tunaikan lagi. Apa pernah
fikir, doa-doa segala mahu
sebelum ini sudah dikabulkan
atau tak?

Duduk.
Pejam mata.
Fikir.
Imbas sikit ke belakang.

Sebenarnya, banyak permintaan
kita Allah telah pun kabulkan -
yang sudah pun kita nikmatinya
tanpa sedar. Banyak!

Itu belum kira nikmat-nikmat
yang diberi-Nya percuma
tanpa menanti kita terhegeh
tadah hati dan tangan untuk
meminta.

Sungguh, Allah Maha Baik...
kalau kita tetap bersangka baik
dan meyakini-Nya.

Kawan,
jangan putus harapan.
Kau rugi apa ditinggalkan
makhluk kalau kau masih
ada Tuhan yang sentiasa
ADA bersama?

Innallaha ma'ana.
Terus doa, terus yakin.

@Ruang_Aksara
Dan kerana kau masih
belum sempurna,
belum baik...

Maka, B. E. R. S. A. R. A
saja daripada pekerjaan
mengajak, menasihati,
mengingatkan, menegur
khilaf orang lain.

Tunggulah kau L.A. Y. A. K dulu.
Kalau memang syarat layak itu
harus jadi ustaz ustazah,
jadilah ustaz ustazah dulu
baru ajak orang ingat Allah.
Jadi alim ulama dulu,
baru dirikan solat lima waktu,
tutup aurat sempurna dan jaga
mata, jaga lidah segalanya.

Selagi tak jadi, kau belum layak.

Barangkali kau lupa.
Melaksanakan kebaikan itu
sendiri adalah C.A.R.A
berjinak-jinak dengan kebaikan.
Buatlah baik untuk berusaha jadi baik. Bukannya terus kukuhkan pendirian untuk setia pada kemungkaran dan kejahilan. Bukannya asyik guna alasan -
'tak layaknya diri aku ni nak
baik lagi...'

Kadang yang membantutkan
usaha untuk kau perbaiki
diri bukanlah kata-kata orang,
tapi diri kau sendiri yang sering
tertipu dengan bisik nafsu
dan risikannya syaitan.

Berhenti buat alasanlah.
Harus berani berhijrah!

@Ruang_Aksara
PENAT

'Ya Allah...aku penat...,'

tanpa sedar, lidah kau
menuturkan itu.
Kau pejam mata,
dan cecair jernih itu
mengalir perlahan
semahunya.

It's okay, diri.
Kau manusia biasa.
Kau tahu penat juga.
Kau tahu merungut.
Tiada yang peliknya
untuk seorang manusia
terlanjur menzahir
fitrahnya.

Bukannya hari-hari sebelum
kau tak penat. Penat juga.
Tapi akan ada suatu masa
tu, kau rasa dah tak larat
sangat dah. Kau penat fizikal,
kau penat mental.

Kau dah tak mampu
sekadar diam-diam
menanggung dan menelan,
akhirnya kau pilih - bahkan
mungkin tak sengaja
terpilihkan 'menghambur'
untuk bebaskan diri
daripada belenggu fikir.

Kau penat berhadapan
dengan ragamannya
manusia-manusia sekitar.
Sebab penat, kau mungkin
terkasar bahasa layankan
pertanyaan orang.
Sebabkan penat, kau
mungkin termuntahkan
segala keserabutan pada
orang yang tidak sepatutnya
melihat sudut itu dalam
diri kau.

Sebab penat, kau bahkan
terlupa untuk mengulum
senyum yang seharusnya
tak patut dikedekutkan.

Kau penat hadapkan rutin
hari-hari yang berat tanpa
siapa peduli apa kau baik-
baik saja, apa kau perlukan
pertolongan, apa kau sakit -
dan sekian-sekian. Kau
penat tidak dihargai atas
pengorbanan yang kau
lakukan sementara orang
lain hanya nampak yang
salah dan kurang saja.
Kau penat...

Lalu, kau cuba bertahan.
Tahankan rasa. Tahankan
emosi daripada meletus.
Tahankan kecamuknya
perasaan!
Bukannya kau tak cuba
untuk mengikhlaskan.
Bukan kau tak usaha
untuk menyabari saja
tiap cubaan.
Tapi sampai bila mahu
sekadar bertahan?
Sampai bila?

Kau persoalkan...

Allahu Rabbi.
Kawan, kau pernah berasa
terlalu penat hingga
solusinya mahu saja lari
dari kehidupan realiti yang
kau jalani sekarang?

Mungkin saja, penat kau
sekadar penat yang bila
tidur sekejap, sudah terubat
penat tersebut. Ada yang
luangkan masa untuk manjakan
diri sendiri bagi merawat penat
yang ditakuti melarat hingga
merencatkan seluruh harinya.
Berbuatlah apa pun, setiap
orang ada jalan atau solusi
tersendiri bagi merawat hati
dan jasad yang penat.

Kawan, dalam hantaran
status kali ini saya ingin
berkongsi tentang sebuah
jalan atau tip untuk merawat
hati dan jasad kita yang penat
ni.

Masya-Allah.

Adakah caranya?

Ada.

Kisahnya, saya rasa betul-
betul penat beberapa hari
yang lepas. Saya penat
hinggakan saya malas
untuk mengeluarkan suara
bercakap dengan sesiapa
pun termasuklah pesakit.
Jadi, saya jadi sedikit pasif.
Bercakap serupa ikhlas tak
ikhlas saja.

Dalam perjalanan balik
ke rumah, saya mendengar
perkongsian ini yang saya
rasa sangatlah
menginspirasikan.
Paling penting, saya rasa
Allah mendengar doa saya
agar diberi jalan keluar
daripada belitan penat dan
lesu yang telah menjangkiti
saya sepanjang hari.

Apa petuanya?

Pernah dengar satu zikir
yang disebutkan sebagai
'Tasbih Fatimah'?

Bacaannya -
Subhan-Allah (33 kali)
Alhamdulillah (33 kali) dan
Allahu akbar (34 kali).

Sebelum ini, memang agak
familiar juga dengan tasbih
ini. Tapi tak tahu pula kisah
di sebaliknya tersangatlah
menginspirasikan.

Ini adalah zikir yang
Rasulullah SAW ajarkan pada
puteri kesayangan baginda -
Saidatina Fatimah dan
suaminya, Saidina Ali.

Apa kisah di sebalik
tasbih ini?

Kita maklum, Saidatina Fatimah
bukan calang-calang wanita.
Di samping berbuat kerja
dakwah, membantu suami
dan ayahnya, beliau juga
menguruskan kerja-kerja rumah,
uruskan anak-anak dan
sebagainya. Setiap hari,
rutinnya menumbuk,menggiling
dan menguli gandum dengan menggunakan tangannya
sendiri hingga kasar kedua
tangannya. Pernah, badannya
melecet akibat mengangkat
bekas air yang berat.

Suatu hari, Saidina Ali
mencadangkan kepadanya
untuk bertemu Rasulullah SAW
meminta bantuan lantaran
kasihan kepadanya. Kebetulan,
ada tawanan perang di
rumah baginda pada ketika
itu yang mungkin boleh
dijadikan pembantu kepada
mereka jika diperkenankan
nabi.

Lalu, mereka pergi menemui
baginda dan menyuarakan
hasrat tersebut.
Walaubagaimanapun,
permintaan mereka ditolak.

Allahu.

Jika difikirkan, Fatimah
ini bukan calang
orang. Fatimah ini anak
kesayangan, anak emas nabi.
Mengapa nabi tidak turutkan
mahunya Fatimah?
Pasti, pasti ada rasional
yang lebih baik di balik
keputusan nabi tersebut.
Fatimah dan Ali lantas
balik ke rumah tanpa bawa
rasa sedih atau kecewa -
kerana mereka maklum benar seperti apa Rasulullah SAW.

Pada sebelah petangnya,
Rasulullah SAW mendatangi
rumah mereka. Pada ketika itu
mereka sedang berehat-rehat.
Apa nabi buat? Nabi
menghalang mereka daripada
bangkit menyambut nabi,
dan nabi mendatangi tempat
mereka berehat. Nabi duduk
di antara keduanya.

Subhan-Allah, sangat
mengharukan tingkah dan
akhlak nabi. Dengan penuh
kebapaan, penuh rasa kasih
dan sayang, Rasulullah SAW
berkata -

“Apa kamu berdua mahu
aku ajarkan perkara yang
lebih baik daripada apa
yang kamu minta
daripadaku?"

Lalu diajarkannya kepada
mereka berdua untuk
membaca tasbih Fatimah
dan nabi berpesan -
bahawa zikir ini jauh lebih
lbaik untuk mereka berdua
daripada seorang pembantu.

Subhan-Allah.
Terubat segala resah dan
penat Fatimah dan Ali.
Kedua-duanya rasa gembira
yang amat. Ali bahkan mengamalkan zikir tersebut
hingga ke medan perang.
Subhan-Allah.

Meneliti kisah ini, sungguh
menyuntik motivasi dalam
diri kita bukan?

Marilah sama-sama kita
cuba amalkan, bagi merawat
hati dan jasad yang penat.
Insya-Allah, kita biasakan
berehat dengan sesuatu yang.
Allah suka kita buat.
Jika direnung-renungkan -
bagaimana sekadar membaca
kalimah-kalimah ini akan
membuatkan jiwa terubat
dan kembali bersemangat?

Dan jawapannya ada dalam
kisah tadi. Zikir ini, bukan
Pak Abu jiran sebelah rumah
kita cipta dan ajar. Tapi ini
adalah ilmu dan nasihat yang
Rasulullah SAW wasiatkan
kepada kita semuanya melalui
Fatimah dan Ali.

Paling penting, tentulah
perlu ada penghayatan dan
keyakinan yang jitu terhadap
Allah SWT yang Maha Memiliki
segala. Jika kita pinta kekuatan
dan semangat, kita pinta penuh
adab, pasti Allah akan tunaikan.
Pasti Allah salurkan kekuatan
untuk kita.

Insya-Allah.

Maka sahabat...
mari sama-sama kita
amalkan ya.
Para ibu yang sentiasa
teruji sebagai suri rumah,
para pekerja yang
berhadapan dengan konflik
di tempat kerja, adik-adik
student yang penat hadapkan
assignment, mari kita cuba
amalkan tip Rasulullah SAW
ini ya. Moga Allah redha
ke atas kita semua.
Aameen!

@Ruang_Aksara
2024/09/30 18:17:10
Back to Top
HTML Embed Code: