Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perbuatan Dosa


عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup,  mempercayai setiap khabar yang tidak tentu  sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)".

(HR Bukhari No: 2231)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:

1.  Mendurhakai ibu

2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup

3.  Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti TikTok, FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward). Awaslah daripada menjadi penyebar berita palsu.

4.  Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba

5.  Boros terhadap harta (tidak berjimat).

Marilah kita menjadi Muslim yang baik dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya sebelum mempercayai dan disebarkan, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.

06hb Rabiul Awal 1446H
10hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1446H

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]

#Makanan, minuman dan hasil nafkah dari yang haram sangat berpengaruh dalam kehidupan seorang muslim, bahkan untuk kehidupan akhiratnya setelah kematian.

#Makanan halal berhubung kait dengan kemakbulan doa.

#Nabi saw berkata kepada Sayidina Sa’ad r.a:

أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة

"Perbaikilah makananmu, maka doamu akan mustajab" (HR at-Thabrani)

#Daripada Imam Wahb bin Munabbih rahimahullah berkata:

من سرَّه أنْ يستجيب الله دعوته، فليُطِب طُعمته

"Siapa yang bahagia doanya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya".

#Beliau (Imam Wahb bin Munabbih) berkata lagi:

العملُ الصالحُ يبلغ الدعاء، ثم تلا قوله تعالى: إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُه

"Amalan soleh akan memudahkan tersampainya (terkabulnya) doa. Lalu beliau membaca firman Allah swt: "KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh menaikkanNya" [Surah Fathir 10]

#Berkata Imam Sahl bin ‘Abdillah rahimahullah:

من أكل الحلال أربعين يوماً  أُجيبَت دعوتُه

"Barangsiapa memakan makanan halal selama 40 hari, maka doanya akan mudah dikabulkan".

#Imam Yusuf bin Asbath rahimahullah berkata:

بلغنا أنَّ دعاءَ العبد يحبس عن السماوات بسوءِ المطعم

"Telah sampai pada kami bahawa doa seorang hamba tertahan di langit kerana sebab makanan haram yang ia makan"

#Daripada Sayidina Umar r.a, ia berkata:

بالورع عما حرَّم الله يقبلُ الله الدعاء والتسبيحَ

"Dengan sikap warak (hati-hati) terhadap larangan Allah, Dia akan mudah mengabulkan doa dan memperkenankan tasbih (zikir subhanallah)".

#Sebahagian salaf berkata:

لا تستبطئ الإجابة، وقد سددتَ طرقها بالمعاص

“Janganlah engkau memperlambatkan terkabulnya doa dengan engkau menempuh jalan maksiat" (Lihat: Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab al-Hambali)

Betapa pentingnya makanan halal dalam urusan ibadah seorang hamba kepada TuhanNya samada diterima atau ditolak. Begitu juga, betapa bahayanya makan makanan haram sehingga mempengaruhi doa dan amalan kebaikan bahkan di akhirat kelak beroleh seksaan yang dahsyat dan azab yang mengerikan. Pastikan segalanya halal dalam kehidupan kita!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  06 RABIUL AWAL 1446H
🗓  10 SEPTEMBER 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Selasa, 06 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

🎧 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Be Kind ~ Be in Love ~ Have Hope

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal

     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal

     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal

④ Surah AL FATIHAH

     🔒 TA'AWUDZ

     🤲🏻 BASMALAH 🤲🏻  CATATAN TAMBAHAN 📝

     📚 SURAT AL-FATIHAH

     🍃 TENTANG KASIH SAYANG ALLAH

     🤲🏻 PUJIAN TERHADAP ALLAH

     🪴 LUASNYA RAHMAT ALLAH

     👑 PENGUASA HARI PEMBALASAN

     🩵 HANYA KEPADA-MU ~ Bhg 2

     🧭 JALAN YANG LURUS

     🛣️ JALAN YANG INI, BUKAN YANG ITU ~ Bhg 2

Jom kenali Rasulullah 💕

     ○ Biodata NABI MUHAMMAD S.A.W

     ○ Akhlak Rasulullah 01 02

Panduan Solat atas Kapal Terbang

Tiga Ciri Orang Munafik

Pesan pada Hati

Tanda Kita Masih ada Dosa

Memiliki Sifat Sabar Merupakan Anugerah

Jagalah solat

Tiga hal Paling Berharga

Doa Mohon Petunjuk, Ketaqwaan, Iffah, dan Kekayaan

Jangan hanya mengingat musibah dan kesulitan

Adab Berdoa

     ○ Doa Ibu Bapa

     ○ Circle yang Baik

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Bismillah 5

     ○ Hari Putih Rabiul Awal

     ○ Doa untuk Mayit

     ○ Zikir Penenang Hati

     ○ Ayat 1000 Dinar

     ○ Badai Pasti Berlalu

     ○ Buatlah walau sekecil-kecil kebaikan

     ○ Carilah sahabat yang membantu ketaatan

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Pengampunan Allah: Pintu Sentiasa Terbuka

Hidup ini penuh dengan liku-liku yang tidak terduga.

Ada kalanya kita tersasar dari landasan yang benar, melakukan kesilapan tanpa disedari atau bahkan dengan sedar.

Namun, adakah kita terus dihukum atas kesalahan itu?

Tidak. Allah SWT tidak pernah menutup pintu keampunan-Nya selagi hamba-Nya kembali dengan hati yang ikhlas dan penuh penyesalan.

Seperti firman Allah dalam Surah An-Nisa', ayat 110:

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Ayat ini membawa harapan besar kepada setiap manusia yang pernah melakukan dosa.

Tidak ada manusia yang sempurna, dan Allah SWT dengan sifat Maha Pengampun sentiasa bersedia menerima taubat hamba-Nya.

Kita sering merasa putus asa apabila kita berulang kali jatuh ke dalam kesalahan yang sama.

Namun, janganlah kita lupa bahawa sebesar mana pun dosa yang dilakukan, rahmat Allah itu lebih luas.

Setiap kali kita tersungkur, bangkitlah dengan tekad yang baru.

Mohonlah ampunan daripada Allah, kerana Dia tidak pernah jemu mengampunkan hamba-hamba-Nya yang ikhlas bertaubat.

Kata orang tua, "Hidup ini umpama pelayaran, kadangkala kita hanyut, namun kita sentiasa boleh kembali ke arah tujuan selagi ada kemahuan."

Jangan biarkan diri kita tenggelam dalam dosa tanpa usaha untuk kembali ke jalan yang benar.

Setiap detik yang diberi adalah peluang untuk kita memperbaiki diri.

Ingatlah, rahmat Allah itu lebih dekat daripada apa yang kita bayangkan.

Usahlah menangguh-nangguhkan taubat.

Pintu pengampunan itu sentiasa terbuka, selagi hayat dikandung badan.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.

Diampunkan Allah segala dosa dan diberi kebahagian dunia dan akhirat.

Serta dijauhkan dari azab nerakanya.

Manusia umumnya jarang menghargai kebaikan.

Ada saja yang tidak kena.

Yang nampak di mata kasar hanya kekurangan dan kelemahan.

Mata hati sering terhijab.

Umpama secawan kopi.

Kalau rasanya pahit, gula dipersalahkan sebab terkurang.

Kalau terlalu manis gula juga dipersalahkan sebab terlebih.

Kalau rasanya sedap dan seimbang, kopi yang dipuji.

Peranan gula yang menyedapkannya seolah-olah tidak wujud.

Pun begitu, teruslah membuat kebaikan hingga ke akhir.

Kebaikan tidak perlukan pengakuan, penjelasan ataupun bukti.

Berbuat baik mengikut keikhlasan hati nurani sendiri.

JADILAH INSAN MUKHLISIN walau tidak dipeduli penghuni bumi, tetap dihargai penghuni langit.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
025015
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:15

قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ ٱلْخُلْدِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلْمُتَّقُونَۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَآءً وَمَصِيرًا

Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali.

@quotephotovideo 📚📚📚
📚 AL-QURAN 📚

25. AL FURQAN
(PEMBEZA)
SURAH KE 25 : 77 ayat
JUZ 18

📌 [1-3 Kekuasaan Allah dan keharmonisan ciptaannya]

25:001 25:002 25:003

@quotephotovideo 📚📚📚
DIRINYA TERSEKSA...

Nasihat Al-Habib tentang masalah hati.

Hasad dengki ini adalah satu-satunya
penyakit yang hukumannya datang dulu sebelum penyakitnya

Orang yang mempunyai hasad dengki hatinya itu tidak boleh tenang.

Selagi tengok orang yang dia hasad itu masih selesa, masih nikmat, masih ok, dia geram.

Walaupun dia tak boleh buat apa kepada orang yg (dia) hasad dengki itu.

Tapi dirinya sudah terseksa.

Ingatlah sahabatku sekalian

Bila ada seseorang menyampaikan
pada kita tentang keburukan
Orang lain dengan tujuan mengumpat,

Katakanlah kepadanya, :

Semoga Allah SWT mengampuni
kita dan mengampuninya...

Cukup dan tidak perlu kita
Menambah -nambah lagi keburukan ITU.

Jangan kerdilkan dirimu dengan takabur,
Jangan sempitkan dadamu dengan dengki dan
Jangan keruhkan fikiranmu dengan amarah.

Semoga Allah menjaga hati kita semua

InsyaAllah. Aamiin.

@quotephotovideo 🎋🎋🎋
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kebahagiaan ternyata bukanlah sesuatu yang rumit.

Kebahagiaan hanyalah soal hormon.

Hormon seperti dopamin, serotonin, oksitosin, dan endorfin adalah kunci yang mengatur perasaan bahagia kita.

Namun, cara kita mengaktifkan hormon-hormon ini tidak sama untuk setiap orang.

Itu semua tergantung pada cara kerja otak genetik kita.

Setiap orang lahir dengan pola genetik tertentu yang memengaruhi bagaimana otak merespon situasi dan memproduksi hormon kebahagiaan.

Cara tercepat untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan mengenali pola otak genetik kita sendiri.

Dengan memahami bagaimana otak kamu bekerja, kamu bisa lebih mudah mengoptimalkan hormon kebahagiaan dan menghindari stres berlebihan.

Dan kabar baiknya, kamu bisa mengetahui pola otak genetikmu hanya dalam waktu 5 menit melalui analisa wajah!

Wajah kita menyimpan informasi penting tentang bagaimana otak kita berfungsi secara alami.

Dengan menemukan potensi genetikmu, kamu bisa merancang hidup yang selaras dengan caramu berpikir dan merasa secara alami.

Ini adalah jalan pintas menuju kebahagiaan yang sejati, bukan dari hal-hal eksternal, melainkan dari dalam dirimu sendiri.

Ingatlah, kebahagiaan adalah soal mengenali diri, dimulai dengan memahami genetik otakmu!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al-A'raaf سورة الأعراف
Qari Hani Ar Rifa'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Suara Ibu: Nikmat yang Sering Dilupakan

Setiap hari kita sibuk dengan urusan dunia.

Masa berlalu begitu pantas hingga kadang-kadang kita terlupa akan satu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita—suara ibu di rumah.

Suara yang mengiringi kita sejak kecil, penuh kasih sayang dan doa.

Ia mungkin kedengaran biasa, namun itulah nikmat yang tidak ternilai yang sering diabaikan.

Bayangkan hidup tanpa suara ibu.

Tiada lagi sapaan lembut di waktu pagi, tiada lagi nasihat yang datang dengan pengalaman hidup, tiada lagi gelak tawa yang menghiasi rumah.

Hanya sunyi.

Hakikatnya, suara ibu adalah tanda kehadirannya dalam hidup kita, sebuah bukti bahawa kita masih diberi peluang untuk menghargai dan berbakti kepada orang yang paling berjasa.

Allah SWT berfirman dalam surah Luqman, ayat 14:

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."

Ayat ini mengingatkan kita betapa besarnya jasa seorang ibu.

Pengorbanan dan kasih sayang mereka tidak terhitung, malah Allah perintahkan kita untuk sentiasa menghargai mereka.

Jadi, jangan biarkan suara ibu berlalu begitu sahaja.

Ambillah masa untuk menghargai setiap nasihat dan doa yang keluar dari mulutnya.

Jadikan setiap detik bersamanya sebagai peluang untuk berbakti, kerana kita tidak tahu sampai bila kita akan diberi peluang ini.

Mudah-mudahan, kita sentiasa tergolong dalam golongan yang bersyukur dan menghargai nikmat-nikmat kecil yang sebenarnya besar di sisi Allah SWT.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD :

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.

2. Doa dimakbulkan Allah.

3. Memperolehi ketenangan jiwa.

4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.

5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.

7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.

8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.

9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.

10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.

11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.

12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.

14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.

15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.

16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

18. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.

19. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal ~ Mustaqim.

Semoga Allah Ya Rahman Ya Rahim pilih kita untuk istiqamah setiap malam mengerjakan Solat Tahajjud. Aamiin. 🤲🤍

#jommuhasabahdiri

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Kita belanja orang makan, tuhan tak balas semula dengan makanan.

Boleh jadi hidup kita tenang, tubuh badan sihat dan dikelilingi kawan yang baik-baik.

Kita aniaya orang, kita mengata dan buka cerita buruk orang lain. Tidak semestinya tuhan buka aib kita serta merta.

Boleh jadi duit banyak habis sebab kereta selalu rosak, asyik ke hospital sebab sakit dan duit dan gaji banyak tetapi bergerak laju entah ke mana.

Hidup ini,
Buat baik dibalas baik,
Jika kita aniaya orang,
Balasannya juga ada.

Orang baik tidak semestinya baik pengakhirannya,

Begitu juga orang jahat, tidak selamanya dia akan jahat.

Hati manusia adalah milik tuhan,
bukan hambanya.


@quotephotovideo 🍄🍄🍄
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
255 of 365 🗓 RABU 💕 07 RABIUL AWAL 1446H 11 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Syukur: Kunci Kebahagiaan Sejati"

Setiap hari yang kita lalui adalah hadiah yang tak ternilai.

Saat mata kita terbuka di pagi hari, ia merupakan tanda kasih sayang Allah yang masih memberikan kita peluang untuk bernafas, bergerak, dan berbuat kebaikan.

Namun, dalam kelangsungan hidup yang sibuk, seringkali kita lupa untuk menghargai nikmat-nikmat kecil yang tidak ternilai ini.

Nafas yang dihela, degupan jantung yang tidak pernah berhenti, dan kesihatan yang kita miliki—semua ini adalah rezeki yang sering dipandang remeh.

Betapa ramai di luar sana yang berjuang dengan kesihatan mereka, berdoa agar diberi sedikit keselesaan seperti yang kita kecapi setiap hari.

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim, ayat 7:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”

Melalui kesyukuran, kita bukan sahaja menghargai apa yang kita miliki, tetapi juga membuka pintu untuk lebih banyak keberkatan.

Syukur bukan hanya sekadar ucapan di bibir, tetapi harus hadir dalam setiap tindakan dan niat kita.

Apabila kita belajar menghargai sekecil-kecil nikmat, kita akan merasa lebih tenang dan damai.

Dalam perjalanan hidup ini, cabaran pasti akan datang.

Ada masanya kita akan merasa letih dan putus asa.

Namun, dengan syukur, kita akan menemui kekuatan untuk bangkit kembali.

Ingatlah, ujian adalah tanda kasih sayang Allah, dan setiap kesusahan pasti disertai kemudahan.

Jadikanlah syukur sebagai nafas kita setiap hari.

Kerana di sebalik setiap kesusahan, masih ada nikmat yang terselit.

Dan dengan syukur, kita akan temui kebahagiaan yang sejati, insya-Allah.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K829
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Adab Menggunakan Media Sosial


عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Daripada Hafsh bin ‘Ashim, dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda,

“Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar (tanpa tabayyun).”

(HR. Muslim no. 5)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dusta ialah memberitahu kepada orang ramai satu berita atau satu cerita yang tidak benar. Apabila dia membaca atau dia mendengar sesuatu maklumat, tanpa siasat dan tanpa bukti, dia terus menyampaikan kepada orang lain malah mungkin ada tambah menambah, bagi menyedapkan cerita.

2.  Setiap kita perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima. Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi orang pertama yang menyampaikan.

3.  Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah.

4.  Media sosial hari ini sering menyebarkan maklumat yang berbeza daripada yang asal. Contohnya petikan ucapan, video atau gambar mungkin juga diedit dan disebarkan yang boleh menimbulkan kontrovesi. Lalu di olah dan diulas dengan gambaran yang berbeza daripada cerita asal  atau keseluruhan ucapan. Oleh sebab itu apa yang didengar atau sesuatu yang ditulis boleh jadi benar, boleh  jadi tidak. Jika seseorang menceritakan atau menyebarkan setiap apa yang ia dengar atau setiap apa yang di terima seperti menerusi whatsaap, telegram, FB dan sebagainya, maka ia telah berdusta kerana memberitakan sesuatu yang sebenarnya mungkin tidak terjadi atau tidak benar. Kalaupun benar mungkin boleh jatuh kepada mengumpat kerana sengaja membuka aib orang lain serta membuka ruang kepada maki hamun dalam komen nitezen.

Ingatlah Firman Allah:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan (al-Hujurat: 6)

5.  Imam al-Syaukani berkata;“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”

6.  Tidak semua berita yang benar itu boleh disebarluaskan jika ia boleh menimbulkan salah faham, keresahan juga kekacauan kepada masyarakat. Kata Abdullah bin Masud RA dalam Muqaddimah Sahih Muslim: 

مَا أَنْتَ بِمُحَدِّثٍ قَوْمًا حَدِيثًا لَا تَبْلُغُهُ عُقُولُهُمْ إِلَّا كَانَ لِبَعْضِهِمْ فِتْنَةً

“Tidak boleh engkau menceritakan (suatu berita) kepada sekelompok orang, berupa berita yang tidak boleh mereka fahami malah akan menjadi sumber kerusakan (keresahan atau kekacauan) kepada mereka.”

7.  Berhati-hatilah apabila menyebar atau share sesuatu maklumat. Latihlah diri agar tidak terus share info yang diterima. Moga kita tidak menjadi pendusta. Justru diam itu lebih baik daripada menyebarkan berita palsu.

07hb Rabiul Awal 1446H
11hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
2024/10/07 10:25:22
Back to Top
HTML Embed Code: