Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ghibah, Gosip Perbuatan Tercela


عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah  SAW pernah bertanya:

"Tahukah kamu, apakah ghibah (mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudara kamu dengan perkara yang tidak disukainya." Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada padanya maka engkau telah berbuat ghibah (mengumpat), namun jika tidak benar, maka engkau telah memfitnahnya."

(HR Muslim No: 4690)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Perbuatan ghibah atau mengumpat atau gossip  adalah berdosa.

2.  Ghibah atau mengumpat adalah menceritakan sesuatu yang buruk yang ada pada diri orang lain. Sesuatu yang diceritakan mengenai orang lain itu mungkin berkaitan  tubuh badan seseorang, agamanya, dunia, diri, akhlak, harta, anak, orang tua, isteri, pembantu, pakaian, cara jalan, gerak-gerik, wajah atau segala hal yang berkaitan dengannya.

3.  Imam al-Ghazali mengatakan ghibah itu bermaksud: ‘…engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya, sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunan, akhlak, perbuatan, perkataan, agama, atau dunianya hatta pakaian, rumah atau haiwannya..’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)

4.  Ghibah atau Mengumpat atau Gossip boleh berlaku melalui lisan, tulisan, gambar atau melalui bahasa isyarat.

5.  Walaupun yang diperkatakan itu betul pada orang tersebut, ia adalah ghibah atau mengumpat yang diharamkan. Jika yang dibicarakan itu tidak benar, maka ia adalah fitnah.

6.  Dunia sosial hari ini mudah terdedah dengan mengumpat dan fitnah melalui media sosial sama ada melalui FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Bila di post atau ditularkan, akhirnya ia mengundang komen dan umpatan netizen walaupun ia betul  atau boleh menjadi fitnah jika tidak benar.

Berhati-hatilah dalam pertuturan, penulisan dan perbuatan daripada perkara yang tidak benar, palsu, mencela, mengumpat, atau memfitnah.

05hb Rabiul Awal 1446H
09hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Awwal 1446H

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]

#Allah swt menyatakan dengan jelas bahawa salah satu daripada etika dan peraturan berkaitan makan minum ialah makan makanan dari sumber yang halal lagi baik.

#Memakan makanan yang halal dan suci mempunyai hubungan yang erat dengan amalan kebaikan, sebaliknya memakan makanan yang haram dan kotor tidak mendatangkan keberkatan sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Allah swt.

#Berkata Imam Sahl bin 'Abdullah rahimahullah: "Keselamatan itu terletak pada tiga perkara iaitu makan makanan yang halal, melaksanakan perkara fardu atau wajib dan mencontohi Nabi saw".

#Seorang Tabi’in yang masyhur, Imam Yusuf ibn Asbat rahimahullah pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan. Kata beliau:

إذا تعبد الشاب يقول إبليس: انظروا من أين مطعمه؟ فإن كان مطعمه مطعم سوء، قال: دَعُوه، لا تَشتغلوا به، دَعُوه يجتهد ويَنْصَب، فقد كفاكم نفسَه

"Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata:" Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita" (Lihat: al-Bayhaqi, al-Zuhd al-Kabir)

#Imam al-Ghazali rahimahullah pernah menukilkan pandangan daripada Imam Ahmad rahimahullah yang menyatakan bahawa isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata Imam Ahmad:

أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: "كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً

"Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: "Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh" (Ihya Ulumuddin)

#Oleh yang demikian, pedulilah berkaitan apa yang kita makan samada halal atau haram. Hal ini kerana di akhir zaman, kebanyakan manusia tidak peduli berkaitan apa yang disuap ke dalam mulutnya atau mulut ahli keluarganya samada halal atau haram. Yang penting makan.

#Rasulullah saw pernah mengingatkan kita mengenai sebuah fenomena yang akan melanda pada umat ini iaitu mereka tidak lagi mempedulikan perkara halal atau haram. Sabda baginda saw:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ، أَمِنَ الحَلاَلِ أَمْ مِنَ الحَرَامِ

"Akan datang satu zaman nanti, seorang lelaki tidak mempedulikan dari mana sumber (makanan/pendapatan) yang diambil, apakah dari halal atau perkara yang haram" (HR al-Bukhari)

Islam amat menitikberatkan serta mengambil perhatian berkaitan isu makanan halal. Jangan anggap remeh kerana isu halal haram berkait rapat dengan masa depan kita di akhirat samada bahagia atau binasa

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  05 RABIUL AWAL 1446H
🗓  09 SEPTEMBER 2024
📌  ISNIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Isnin, 05 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

🎧 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Let your heart smile ~ Be in Love ~ Smile

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal

6 Keutamaan bulan Rabiul Awal

Sepanjang bulan Rabiul Awal

④ Surah AL FATIHAH

🔒 TA'AWUDZ

🤲🏻 BASMALAH 🤲🏻 CATATAN TAMBAHAN 📝

📚 SURAT AL-FATIHAH

🍃 TENTANG KASIH SAYANG ALLAH

🤲🏻 PUJIAN TERHADAP ALLAH

🪴 LUASNYA RAHMAT ALLAH

👑 PENGUASA HARI PEMBALASAN

🩵 HANYA KEPADA-MU ~ Bhg 2

🧭 JALAN YANG LURUS

🛣️ JALAN YANG INI, BUKAN YANG ITU ~ Bhg 2

Jom kenali Rasulullah 💕

Biodata NABI MUHAMMAD S.A.W

○ Akhlak Rasulullah 01 02

Panduan Solat atas Kapal Terbang

Ingin hati lembut atau keras

Sering berkhayal ketika sedang solat

Al-Quran sebagai syafaat kepada pembacanya

Meninggalkan solat Perbuatan Kekufuran

3 Pintu Syaitan

Berbuat baik kepada ahli Keluarga

3 Kunci Kebaikan Dunia dan Akhirat

Kehidupan Zaman Sekarang

Adab Berdoa

     ○ Doa Ibu Bapa

     ○ Circle yang Baik

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Bismillah 5

     ○ Hari Putih Rabiul Awal

     ○ Doa untuk Mayit

     ○ Zikir Penenang Hati

     ○ Ayat 1000 Dinar

     ○ Bermuka-Muka

     ○ Sujudlah

     ○ Good Night 😴

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Setiap Manusia Diuji

Setiap orang yg hidup di dunia ini pasti akan diuji samaada berat atau ringan, samaada dlm kesusahan atau kesenangan .

Jika kita melihat orang yg susah diuji dgn keperitan hidup sebenarnya kita yg melihat ini lagi berat ujiannya.

Allah nak lihat samaada kita membantu atau hanya memandang sahaja.

Sesungguhnya itulah yg amat berat ujiannya kerana nanti kita akan dipersoalkan kenapa kita tak menggunakan apa yg kita ada utk membantu orang yg dlm kesusahan.


Wallahualam...

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Teruskan walau di hina
💪🏻 be strong....

Jalan dakwah ini bukannya mudah.

Banyak ujian, duri ranjaunya.

Kita berdakwah tak semua orang suka.

Ada yang mengeji kata bajet2 alimlah, dah ada ilmu sikit sibuk nak mentarbiyah orang.

Kita jangan lihat siapa yang menyampaikan ilmu tu, tapi lihatlah apa yang disampaikannya.

...💦

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Ringankan diri untuk berbuat kebaikan kepada semua orang.

Boleh jadi Allah uji untuk kita untuk bantu orang yang sedang memerlukan pertolongan.


@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Seorang guru yang bijaksana pernah membawa belon ke sekolah, menyuruh murid-muridnya untuk meniup dan menuliskan nama2 mereka masing2 di setiap belon.

Setelah anak-anak melemparkan belon mereka ke bilik darjah, guru itu bergerak ke bilik darjah untuk mencampur semuanya.

Anak-anak diberi waktu lima minit untuk mencari belon dengan nama mereka di atasnya,

Tetapi meskipun mereka mencari dengan cepat, tidak ada seorang pun yang menjumpa belon mereka sendiri.

Kemudian guru tersebut menyuruh mereka untuk mengambil belon yang paling dekat dengan mereka,

Dan memberikannya kepada orang yang namanya ditulis di belon.

Dalam waktu kurang dari 2 minit, semua orang memegang belonnya sendiri.

Guru tersebut berkata kepada anak-anak ini,

“Belon-belon ini seperti kebahagiaan.

Engkau tidak akan menemukannya ketika dirimu hanya mencari milikmu sendiri.

Tapi jika kita peduli dengan memberi kebahagiaan orang lain...

itu pada akhirnya akan membantu kita menemukan kebahagiaan kita sendiri.

BAHAGIA ITU SEDERHANA...

KITA BANTU BAHAGIAKAN ORANG LAIN AKAN JADIKAN KITA BAHAGIA...


@quotephotovideo 🎈🎈🎈
025014
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:14

لَّا تَدْعُوا۟ ٱلْيَوْمَ ثُبُورًا وَٰحِدًا وَٱدْعُوا۟ ثُبُورًا كَثِيرًا

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya)"

@quotephotovideo 📚📚📚
Pintu taubat terbuka 😎

ALLAH SENTIASA MENUTUP AIB HAMBANYA💜

Pada zaman Nabi Musa berlaku kemarau panjang.

Nabi Musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan.

Akan tetapi hujan masih tidak turun.

Umum mengetahui Nabi Musa digelar Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi Musa pun berbicara dengan Allah ;

"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku. "💜

Allah menjawab antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat.🌹

Sejurus itu bertanya Nabi Musa akan para jemaah,

" Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat?

Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini.”🌹

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun.

Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.

Lalu dia pun mohon agar Allah mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.🌹

Tiba-tiba hujan pun mula turun.

Nabi Musa kehairanan. Tiada yang mengaku dan meninggalkan tempat ini, tetapi Allah masih menurunkan hujan.

Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah. "Mengapa Engkau menurunkan hujan?”🌹

Allah menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.💜

Nabi Musa bertanya kepada Allah,

"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orang itu?”

Allah menjawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?”💜

Salah satu nama Allah ialah as-Sattar iaitu Maha Menutup Keaiban dan Keburukan.

Jika Allah sendiri tidak mendedahkan aib hamba-hambaNya maka janganlah kita mendedahkan aib saudara kita.

Dan jangan pula mendedahkan aib kita sendiri yang selama ini Allah telah tutup dari pengetahuan orang lain sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita, kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk mengetuk pintu taubat-Nya. 💜💜💜

@quotephotovideo 🍄‍🟫🍄‍🟫🍄‍🟫
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perbudakan tidak pernah benar-benar berakhir; ia hanya berubah bentuk menjadi lebih modern.

Kita mungkin tidak lagi terikat oleh rantai fisik, tetapi rantai yang lebih halus telah muncul—rantai pikiran.

Banyak dari kita menjadi budak perusahaan, terjebak dalam rutinitas harian yang membatasi potensi, tetapi yang lebih berbahaya adalah menjadi budak pikiran.

Pikiran yang tidak bisa bebas dari kecemasan, ketakutan, dan keraguan membuat kita terbelenggu pada ketidakpastian.

Kebebasan sejati tidak datang dari melarikan diri dari tanggung jawab atau pekerjaan, tetapi dari membebaskan diri dari batasan pikiran yang kita ciptakan sendiri.

Setiap kecemasan yang kita biarkan berkembang tanpa kendali adalah rantai yang menahan kita.

Namun, rantai itu bisa kita lepas, dengan merubah cara pandang, dengan memilih untuk berfokus pada peluang, bukan masalah.

Setiap kali kita memilih untuk percaya pada diri sendiri, kita sedang memutus satu rantai lagi.

Ingatlah, perbudakan modern dimulai dari dalam pikiran, dan kebebasan sejati juga berawal dari pikiran.

Saat Anda memilih untuk melangkah, saat Anda percaya bahwa kamu bisa lebih dari sekadar apa yang Anda jalani hari ini, saat itulah kebebasan Anda dimulai.

Pikiran yang sama hanya menciptakan masalah yang sama.

Maka untuk terbebas dari masalah, ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
"Belajarlah MENGALAH sehingga tak seorang pun yang bisa mengalahkan mu..."

"Belajarlah MERENDAH DIRI hingga tak seorang pun yang bisa merendahkan mu..."

Belajar REDHA dan BERSYUKUR
Hingga dirimu tidak menjadi kufur dan mendpat RAHMATNYA.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Belum tentu yang ahli maksiat masuk neraka, belum tentu yang ahli ibadah masuk syurga.

Kerana dosa dapat terhapus dengan kesungguhan taubat, dan pahala dapat terhapus dengan ujub dan riya'.


@quotephotovideo 🎋🎋🎋
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al Anfal سورة الأنفال
Qari Hani Ar Rifa'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
MUHASABAH

Kehidupan di dunia ini bukan kehidupan yang sebenar dan hakiki melainkan ia hanyalah tempat persinggahan untuk mencari bekal.

Bekal untuk menuju ke mana?

Tak lain tak bukan menuju ke negeri abadi dan hakiki yakni hari akhirat.

Hari yang tiada penghujung. Hari di mana kematian itu sendiri dimatikan.

Jadi, rugilah manusia yang masih menganggap dunia ni tempat untuk bersedap-sedap dan berseronok-seronok.


- Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub

@quotephotovideo 🐞🐞🐞
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
254 of 365 🗓 SELASA 💕 06 RABIUL AWAL 1446H 10 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Ujian Hidup: Tanda Kasih Allah"

Kehidupan ini umpama sebuah layar yang penuh dengan pelbagai warna.

Ada kalanya cerah, kadang kala kelam.

Namun, satu perkara yang pasti, setiap manusia tidak pernah terlepas daripada ujian.

Ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk—kesusahan, kesedihan, bahkan kekayaan dan kemewahan.

Tetapi apakah yang sebenarnya Allah inginkan daripada kita?

Dalam al-Quran, Allah berfirman:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka belum diuji?" (Surah Al-Ankabut, 29:2)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa ujian adalah bahagian daripada keimanan.

Ia adalah cara Allah menguji sejauh mana keikhlasan kita dalam menerima ketentuan-Nya.

Ujian bukanlah beban yang ingin menenggelamkan kita, sebaliknya ia adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Kadang kala kita terlupa bahawa ujian adalah tanda Allah mengingati kita.

Dalam setiap kesulitan, ada rahmat yang tersembunyi.

Yang Allah ingin lihat hanyalah,

"Adakah kamu menerima ujian ini dengan redha dan bersyukur?"

Sebagaimana dalam kehidupan, ujian adalah bukti kasih sayang Allah.

Bukanlah ukuran kejayaan dunia yang diambil kira, tetapi bagaimana kita menghadapinya.

Menerima ujian dengan sabar dan ikhlas membuka pintu rahmat yang lebih besar.

Ingatlah, tiada ujian yang datang tanpa hikmah.

Setiap detik kesabaran yang kita hadapi adalah pahala yang menanti.

Seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Dia akan menimpakan musibah kepadanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Maka, dalam setiap langkah kehidupan, sambutlah ujian dengan hati yang tenang.

Redha, sabar, dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K803
2024/10/07 12:25:24
Back to Top
HTML Embed Code: