Telegram Web Link
Astaghfirullahalazim...😓🤲🏻

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Pesanan Seorang Guru,

Jadilah orang baik walaupun bodoh.

Jadilah orang baik walaupun miskin.

Jangan jadi pandai tapi jahat.
Jangan jadi kaya tapi jahat.
Jangan jadi alim tapi jahat.

Jadilah orang bodoh yang selalu rasa diri tu bodoh.

Bila kita rasa alim nanti akan datang satu sifat namanya sombong.

Bila kita rasa bodoh nanti akan datang satu sifat namanya rendah diri.

Ilmu tak salah. Tapi rasa diri tu berilmu itu yang salah.

Kaya tak salah. Tapi rasa diri tu kaya itu yang salah.

Bila rasa diri tu kaya, kita mula memiskinkan orang lain.

Bila kita rasa kita pandai, kita mula nak membodohkan orang lain.

Tapi kalau kita rasa diri kita bodoh, orang bodoh dia akan bodohkan orang lain tak?

Tidak.

Sebab itu kata Ulamak,

"Awal ilmu itu bodoh, dan akhirnya juga bodoh."

Awal ilmu bodoh itu hakikat diri. Kita memang semua orang bodoh.

Kamu dah belajar. Kamu dah mengaji. Kamu dah ada ilmu. Yang ini usul. Usulnya ilmu Tauhidnya kamu akan nampak Yang Maha Alim adalah ALLAH. Dan kamu tetap rasa diri kamu bodoh.

Sebab itu kita akan nampak kita akan jumpa bila seseorang tu dah mula rasa diri dia pandai, dia takkan nak mengaji dengan orang lain. Sebab dia rasa dia dah pandai. Dia takkan boleh duduk dalam majlis ilmu orang lain. Sebab dia rasa dia pandai.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Hati-hatilah menjaga hati kita. Jangan kita rasa kita lebih dari orang lain.

Jangan kita rasa kita lebih pandai dari orang lain sehingga kita membodohkan orang lain.

Jangan kita rasa kita lebih alim dari orang lain sehingga kita menghukum dan meNerakakan orang lain.

Jangan kita rasa kita lebih mulia sehingga kita menghina orang lain.

Jangan kita rasa kita sentiasa betul sehingga kita menolak nasihat orang lain.

Jangan kita rasa kita lebih tua sehingga kita meremehkan teguran orang muda.

Sifat sombong, bongkak, keras kepala, ego, menolak teguran dan meremehkan orang lain sering menjangkiti orang yang merasa dirinya Iebih.

Inilah sifat iblis dan syaitan. Hati-hati menjaga hati. Usah merasa diri tu lebih.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Antara penyebab manusia itu menjadi sibuk, berhasad dengki, iri hati, bersusah payah, sengsara;

Ingin kelihatan lebih kaya,
Ingin kelihatan lebih pintar,
Ingin kelihatan lebih berjaya,
Ingin kelihatan lebih soleh,
Ingin kelihatan lebih intelek,
Ingin kelihatan lebih cool,
Ingin kelihatan lebih dari kenyataan,
dan sebagainya.

Yang lebih baiknya adalah hidup yang selalu bersyukur dan berani tampil dengan apa yang ada padanya, kerana Allah.


@quotephotovideo 🐞🐞🐞
"EMPAT BELAS PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN"

• Tidak Menjaga solat atau solat dengan tidak betul.

• Tidak membersihkan sawang labah-labah di rumah.

• Mengeringkan air di badan dengan pakaian yang di pakai.

• Menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam.

• Keluar dari masjid selepas solat subuh dengan tergesa-gesa.

• Makan dan minum sebelum mandi wajib.

• Isteri SUKA MARAH Suami.

• Suka bertelanjang dalam rumah.

• Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat.

• Suka membuat dosa.

• Terlalu banyak tidur.

• Menggunakan sikat yang rosak.

• Suka duduk di muka pintu.

• Membiarkan pinggan mangkuk di waktu malam tidak berbasuh.

(Rujukan dari kitab Ta'alim Muta'alim)

@quotephotovideo 🐢🐢🐢
Andai kita melakukan kesilapan,

Tak semua orang mampu berikan kita peluang kedua.

Apatah lagi peluang ketiga, keempat, dan seterusnya.

Namun, berbeza pula dengan Allah.

Dia sentiasa memberikan sebanyak mana pun peluang kepada kita.

Walaupun kita berulang kali melakukan dosa dan maksiat,
Allah tidak pernah menolak disaat kita benar benar bertaubat.

Bahkan Dia lebih menyayangi kita ketika itu.


😇😇😇

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Yakinlah dengan tiga perkara :

1 . Tiada yang lebih sayang kepada kita selain Allah.

2 . Tiada yang paling mengetahui kegundahan kita selain Allah.

3 . Tiada yang berupaya menghilangkan kesulitan kita selain Allah.


@quotephotovideo
لا إله إلا الله

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
251 of 365 🗓 SABTU 💕 03 RABIUL AWAL 1446H 07 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Prasangka Baik di Sebalik Ujian"

Petang semalam, saya terserempak dengan seorang kenalan lama di kedai kopi. Dari riak wajahnya, jelas dia menyembunyikan sesuatu. Selepas beberapa minit berbual santai, dia mula berkongsi.

"Kau tahu, minggu lepas aku kena buang kerja. Syarikat tempat aku kerja tu tutup secara tiba-tiba. Tak sempat nak buat persediaan apa-apa."

Kata-katanya diiringi dengan senyuman pahit. Saya boleh rasa kekecewaannya. Tetapi kemudian, dia sambung lagi:

"Tapi tak apa, aku yakin ini semua perancangan Allah. Mungkin Dia nak bagi aku peluang yang lebih baik."

Saya terdiam sejenak, kagum dengan ketenangannya. Berapa ramai antara kita yang mampu bersikap begitu bila diuji? Selalunya, bila sesuatu yang buruk berlaku, kita mudah hilang harapan dan mula mempersoalkan takdir.

Saya teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh seorang ustaz dalam kelas pengajian. Ada seorang wanita yang kehilangan dompet di pasar. Dia menangis kerana semua duit simpanannya ada di dalam dompet tersebut. Namun, di tengah-tengah tangisannya, dia berkata, "Tak apa, mungkin Allah nak elakkan saya dari kecelakaan yang lebih besar."

Tidak lama selepas itu, dia mendapat tahu bahawa ada rompakan berlaku di tempat yang sepatutnya dia pergi pada hari itu. Kehilangan dompetnya ternyata menyelamatkannya dari berada di tempat kejadian.

Ustaz tu selalu tekankan, "Kadang-kadang, kita perlu melihat kehilangan sebagai bentuk perlindungan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita."

Bila difikirkan, betapa pentingnya kita berprasangka baik pada Allah. Bukan sahaja ia menenangkan hati, tetapi ia juga mengubah cara kita melihat sesuatu masalah. Daripada hanya melihat musibah, kita mula nampak hikmah di sebaliknya.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Saya sedar, untuk sentiasa berprasangka baik bukanlah sesuatu yang mudah. la adalah satu kemahiran yang memerlukan latihan berterusan.

Setiap kali kita berdepan dengan kesulitan, cuba tenangkan diri dan berfikir,

"Mungkin Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik.'

Seperti pepatah Inggeris, "Practice makes perfect."

Kita perlu berlatih untuk membentuk sikap yang sentiasa yakin dengan perancangan Allah.

Mulakan dengan perkara-perkara kecil. Bila terlewat sedikit ke tempat kerja kerana kesesakan lalu lintas, fikirkan, "Tak apa, mungkin Allah nak elakkan saya dari sesuatu yang lebih buruk.

Dengan latihan berterusan, insyaAllah kita akan terbiasa untuk sentiasa berprasangka baik, tidak kira betapa besar ujian yang kita hadapi.

Berlatihlah untuk sentiasa berprasangka baik kepada Allah. Semoga suatu hari nanti, prasangka baik itu berubah menjadi takdir yang baik. Malah, jauh lebih baik daripada apa yang kita sangkakan pada awalnya.

Akhir sekali, ingatlah bahawa kita mungkin tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita, tetapi Allah sentiasa tahu dan Dia sentiasa mahu yang terbaik untuk kita.

Sekadar renungan bersama, di saat kita mencari kekuatan dalam ujian kehidupan.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K782
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menjaga Hak Sesama Muslim


أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya Rasulullah SAW  bersabda:

Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan membiarkan muslim lain dianiaya. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.

(HR Bukhari No: 2262)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.  Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a.  Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b.  Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3.  Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenankan hajatnya.

4.  Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudahkan kehidupannya di hari kiamat.

5.  Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan Muslim yang lain semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

6.  Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan 2 keadaan:

a.  Allah SWT akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.

b.  Allah SWT tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut.”

Setiap kita perlu berhati-hati terutama dalam penggunaan media sosial. Mudahnya  membuka aib,  membuat fitnah dengan menzalimi terhadap individu  tertentu. Sama-samalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain.

03hb Rabiul Awal 1446H
07hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Awwal 1446H

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۗ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ ۖ هَٰذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آيَةً ۖ فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ ۖ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah al-A’raf 73]

#Menurut Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Kaum Nabi Soleh digelar sebagai kaum Thamud yang diambil dari nama nenek moyang mereka iaitu Thamud saudara kepada Jadis. Mereka berdua merupakan anak kepada ‘Abir bin Iram bin Sam bin Nuh berbangsa arab asli dan menetap di al-Hijr yang terletak di antara Hijaz dan Tabuk, juga dikatakan terletak di antara kota Madinah dan Tabuk.

#Al-Hijr atau dikenali sebagai Madain Soleh merupakan perkampungan kaum Nabi Soleh yang terletak berhampiran dengan al-‘Ula. Penduduk kaum Nabi Soleh dianugerahkan umur yang panjang, dan mereka tinggal di kawasan bukit-bukit batu dengan menebuk dan membina rumah di dalamnya.

#Kaum Thamud merupakan kaum yang dimurka dan diazab oleh Allah swt atas pendustaan mereka terhadap rasul yang diutuskan. Kisah mereka meminta bukti tentang kebenaran agama yang disampaikan oleh Nabi Soleh Alaihissalam. Lalu Allah swt memperkenankan doa Baginda dan permintaan kaumnya dengan mengeluarkan seekor unta betina daripada batu besar sebagai bukti kepada mereka.

#Setelah kejadian itu, Nabi Soleh memerintahkan kaumnya supaya memelihara dan menjaga unta tersebut serta anaknya dengan baik. Namun atas sikap kufur dan ingkar, unta tersebut dan anaknya dibunuh lantas Allah swt menurunkan azab ke atas mereka kerana pendustaan dan pelanggaran yang mereka lakukan.

#Nabi saw berpesan supaya kita tidak masuk ke kawasan yang pernah diturunkan azab oleh Allah swt, malahan apabila Baginda saw melalui kawasan tersebut, Baginda saw berjalan laju serta menutupi kepala dan bersegera meninggalkan kawasan tersebut.

#Diriwayatkan oleh Sayidina Ibn Umar r.huma katanya: "Ketika Nabi saw lalu di kawasan al-Hijr, Baginda bersabda:" Janganlah kamu masuk ke kawasan orang-orang yang mezalimi dirinya sendiri, kerana sesungguhnya dibimbangi kalian akan ditimpa musibah seperti mana musibah yang menimpa mereka, melainkan kalian masuk dalam keadaan bersedih". Lalu Baginda menutup kepalanya dan cepat berlalu pergi sehingga menyeberangi lembah tersebut" (HR al-Bukhari)

#Kebanyakan ulamak dalam kalangan mazhab Syafi’i, Maliki dan Hanbali menyatakan bahawa makruh memasuki kawasan yang diazab oleh Allah swt melainkan masuk dengan perasaan takut ke atas azab Allah swt di samping mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku serta tidak berlama-lama berada di tempat tersebut.

#Menurut Ibn Battal sekiranya berkunjung ke tempat yang diazab oleh Allah dalam keadaan gembira dan seumpamanya, maka dikhuatiri akan ditimpa azab sebagaimana mereka sebelum ini.

Ambillah iktibar terhadap umat-umat terdahulu yang dibinasakan, sebagai pedoman dan panduan dalam hidup agar kita tidak dibinasakan seperti mereka kerana engkar perintah Allah swt

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  03 RABIUL AWAL 1446H
🗓  07 SEPTEMBER 2024
📌  SABTU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Sabtu, 03 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📀 Video QURAN

🎧 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo

🎬 Murottal Al-Quran

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Let your heart smile ~ Be in Love ~ Smile

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

④ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal

Jom kenali Rasulullah

Panduan Solat atas Kapal Terbang

Jangan Lupa Berdoa Berterima Kasih dengan Doa yang Mulia

6 Keutamaan bulan Rabiul Awal

Cabang Kemunafikan

⑩ 9 hal yang harus kamu Ingat

Solat Berjemaah

Pikiranmu magnet rezekimu

Ketika hati terasa sempit

Taubat akan Membawa Kebaikan

Adab Berdoa

     ○ Doa Ibu Bapa

     ○ Circle yang Baik

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Bismillah 5

     ○ Hari Putih Rabiul Awal

     ○ Doa untuk Mayit

     ○ Zikir Penenang Hati

     ○ Perbaiki Solatmu Nescaya Allah Akan Perbaiki Rezekimu

     ○ Peristiwa Penting dalam Kehidupan Rasulullah sebelum Kerasulan

     ○ Indahnya al-Quran

3 wasiat Rasulullah

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09

@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Allah Tak Pernah Menzalimi Hamba-Nya"

Hidup ini ibarat pelayaran yang kadang kala tenang, dan ada masanya diuji dengan ombak yang besar.

Ada ketika, kita merasa lemah dan hilang arah kerana ujian yang menimpa.

Namun, setiap kali kita diuji, ingatlah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita.

Ujian yang datang bukanlah tanda kebencian Allah, tetapi ia adalah sebahagian daripada perjalanan hidup seorang mukmin yang sentiasa diuji untuk dikuatkan imannya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Ini adalah jaminan bahawa ujian yang kita hadapi sebenarnya dalam lingkungan kemampuan kita.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

Apa yang perlu kita fahami adalah bahawa yang menulis ujian ke atas kita juga adalah yang menulis nikmat-nikmat untuk kita.

Setiap kesulitan yang dilalui pasti ada ganjarannya, sama ada di dunia atau di akhirat.

Jangan kita merasa kecewa atau putus asa, kerana Allah telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita di sana kelak.

Jika kebahagiaan kita seolah-olah tertangguh di dunia ini, percayalah bahawa Allah sedang menyimpannya di syurga yang kekal abadi.

Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Segala kesabaran, kepayahan, dan air mata kita akan dihargai dan dibalas dengan kebaikan yang tidak terhingga.

Oleh itu, kuatkanlah hati dan teruskan melangkah dalam hidup ini.

Yakinlah bahawa setiap ujian membawa kita lebih dekat dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

@quotephotovideo 🎋🎋🎋
Jalan Rezeki Itu Luas, Namun Usaha Kunci Segalanya

Dalam kehidupan ini, rezeki bukanlah hanya soal jumlah yang diterima, tetapi lebih kepada bagaimana kita berusaha untuk menjemputnya.

Allah telah menetapkan setiap rezeki, namun jalan untuk sampai kepada rezeki itu terbuka luas bagi mereka yang berusaha tanpa putus asa.

Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Mengeluh dan berserah diri tanpa usaha hanya akan menjauhkan rezeki.

Sama seperti tanah yang tidak akan menghasilkan buah jika tidak diusahakan dengan betul.

Jika kita membiarkan diri larut dalam keluhan dan malas, rezeki akan semakin jauh.

Malah, dalam setiap keluhan, kita seolah-olah mempersoalkan takdir Allah.

Sedangkan, Allah telah memberi ruang dan peluang untuk kita mengubah nasib.

Sebaliknya, mereka yang bersyukur, yang bangun pagi dengan tekad untuk berusaha, akan melihat keberkatan Allah menyelinap masuk dalam setiap urusan mereka.

Kerja keras, disertai dengan keikhlasan dan syukur, adalah kunci kepada pintu rezeki yang melimpah ruah.

Tidak kiralah seberapa kecil usaha yang dilakukan, jika disertakan dengan hati yang bersyukur, Allah pasti akan menggandakan nikmat-Nya.

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7:

"Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat kepada kamu."

Ingatlah, rezeki bukan hanya sekadar wang dan harta.

Ketenangan jiwa, kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, semuanya adalah rezeki yang tidak ternilai.

Kita hanya perlu yakin, berusaha, dan berserah kepada Allah dengan penuh tawakal.

Yakinlah bahawa rezeki akan tiba, mungkin tidak seperti yang kita jangka, tetapi ia pasti datang tepat pada masanya.

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Formula jadi Kaya

Beri ibubapa wang setiap bulan walau sedikit

Belanja keluarga, rezeki kembali kadang berbukit

Zakat bersih duitmu, kotor tak terbabit

Bayar hutang, dada tak sempit

Jaga silaturrahim, jangan ungkit

Kayakan jiwa, rezeki tak ke mana, hidup bahagia

@quotephotovideo
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Bulan Rabiulawal: Meraih Syafaat Melalui Selawat"

Saat langit malam dihiasi bintang-bintang, tibalah bulan yang dinanti-nantikan, bulan kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad ﷺ.

Bulan Rabiulawal bukan sekadar satu lagi peredaran masa, tetapi ia hadir dengan keistimewaan, membawa bersama rahmat dan keberkatan yang tiada taranya.

Dalam keberkatan ini, kita diajak untuk mendekatkan diri kepada Baginda ﷺ, memohon syafaatnya di hari yang tiada siapa mampu membantu melainkan dengan izin Allah.

Dalam lembaran sejarah, Nabi Muhammad ﷺ adalah insan yang menjadi contoh terbaik buat umat manusia.

Baginda adalah rahmat kepada sekalian alam, seperti yang Allah sebutkan dalam surah Al-Anbiya' ayat 107,

"Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam."

Maka, setiap langkah kehidupan Baginda adalah pedoman buat kita semua.

Kita mungkin tertanya, apakah amalan yang mampu mendekatkan kita kepada Baginda ﷺ?

Salah satu amalan yang sering diabaikan, namun besar nilainya, adalah selawat.

Selawat bukan sekadar ungkapan di bibir, ia adalah tanda cinta dan penghargaan kita kepada Baginda ﷺ.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 56,

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam penghormatan dengan sepenuhnya."

Dalam bulan penuh keberkatan ini, jangan kita lepaskan peluang untuk memperbanyakkan selawat.

Sekecil-kecil amalan, selawat mampu menjadi jambatan antara kita dengan Baginda ﷺ.

Dengan hati yang ikhlas, kita panjatkan selawat, semoga syafaatnya melindungi kita di akhirat nanti.

Ingatlah, di dunia yang sementara ini, kita sering mencari penyelamat.

Namun, penyelamat sebenar adalah Nabi Muhammad ﷺ dengan syafaatnya.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat syafaat baginda di hari yang tiada naungan selain rahmat Allah.

Jadikan bulan ini medan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amalan, dan menzahirkan kecintaan kita kepada insan yang kita rindui di akhirat kelak.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 🌙🌙🌙
2024/10/04 09:30:53
Back to Top
HTML Embed Code: