Telegram Web Link
025012
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:12

إِذَا رَأَتْهُم مِّن مَّكَانٍۭ بَعِيدٍ سَمِعُوا۟ لَهَا تَغَيُّظًا وَزَفِيرًا

Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.

@quotephotovideo 📚📚📚
Saling berpesan...

Hidup ni terlalu singkat untuk dihabiskan berkawan dengan orang yang salah.

Carilah sahabat-sahabat yang membuatkan kita dekat dengan Allah.

Bila bersamanya iman bertambah.

Kita ingat Allah dan rasa segan nak buat dosa.

Dia buat kita jadi insan lebih baik.



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

@quotephotovideo 🍄‍🟫🍄‍🟫🍄‍🟫
اللهم بلغنا رمضان 🌙🌹

Six Months to go till Ramaḍhān Bi-idhnillāh

@quotephotovideo 💐💐💐
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Roda yang selalu dikayuh akan terus berputar.

Begitu juga dengan keinginan, kerana dalam setiap prosesnya selalu ada pembelajaran.

Jika dipercepat, Allah ingin kita bersyukur.

Jika diperlambat, Allah ingin kita bersabar.

Namun satu hal yang harus difahami, bahawa Allah pasti beri diwaktu yang tepat.


@quotephotovideo ⌛️⌛️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tidak ada yang lebih berharga dari hidup yang kamu rasakan saat ini.

Sadarlah bahwa triliunan sel dalam tubuhmu bekerja tanpa henti, setiap detik, untuk menjagamu agar bisa tetap hidup.

Mereka berjuang melawan racun yang mengancam, menjaga keseimbangan, dan memastikan kamu bisa tersenyum dan melanjutkan hidup.

Mereka setia, meskipun kamu sering melupakannya.

Mereka ada untukmu dengan cinta dari Tuhan yang tulus.

Tuhan menciptakanmu dengan sebaik-baiknya alasan, namun seringkali kamu merusaknya dengan seburuk-buruknya pikiran.

Kamu adalah satu-satunya di dunia ini, benar-benar unik.

Tak seorang pun bisa menggantikan peranmu atau menyamai kehadiranmu di dunia.

Kamu istimewa, tak ternilai, dan tak tergantikan.

Ketika hidup terasa berat dan semangatmu meredup, ingatlah bahwa hanya dengan ada di sini, kamu sudah membawa keajaiban.

Cintailah dirimu sendiri dan lihat betapa luar biasanya dirimu.

Kamu bukan sekadar angka, bukan hanya bagian dari keramaian, kamu adalah jiwa yang penuh makna, dengan potensi luar biasa yang belum sepenuhnya kamu ketahui.

Jangan biarkan kelelahan menghentikan langkahmu.

Tarik napas dalam-dalam, rasakan kehidupan dalam dirimu, dan ingatlah:

kamu berhak bahagia, berjuang, dan menciptakan hidup yang kamu impikan!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tetapi bila ikan sudah mati. Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.

Begitulah juga HATI kita, HATI yang hidup, ianya sukar untuk dinodai. Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi!

Semoga Allah sentiasa memelihara HATI kita.


@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Berkata Hujjatul Islam Imam Al Ghazali Rahimahullahu Ta'ala;

Aku hairan melihat manusia sering menyucikan wajahnya tapi kurang menyucikan hatinya.

Ramai yang lebih menjaga muka, kerana muka adalah tempat pandangan manusia. Tapi sikit yang menjaga hati kerana ia adalah tempat pandangan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Mereka yang jarang menyuci hati tapi sering menyuci muka, mereka itu lebih mementingkan pandangan Manusia daripada pandangan ALLAH.

Barang siapa yang menjaga hatinya, maka ALLAH akan jaga pandangan manusia terhadapnya.


@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah At-Taubah سورة التوبة
Qari Syeikh Hani Ar-Rifa'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
Keberkatan Sedekah: Kunci Kemudahan Hidup

Sedekah adalah salah satu amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam.

Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, tetapi juga membawa keberkatan yang luar biasa kepada pemberi.

Namun, ramai yang masih kurang memahami hikmah di sebalik sedekah.

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kita sering mencari jalan untuk memudahkan urusan hidup.

Sedekah, dengan niat kerana Allah, adalah salah satu kunci utama yang membuka pintu-pintu kemudahan tersebut.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:

"Perumpamaan (pahala) orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Ayat ini menunjukkan betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang bersedekah dengan ikhlas.

Setiap kali kita memberikan sedekah, ia bukan sahaja akan mempermudahkan urusan kita di dunia, tetapi juga menjadi saham kita di akhirat.

Sedekah juga merupakan salah satu cara untuk meluaskan rezeki, menghapus dosa, dan menarik rahmat Allah.

Apabila kita bersedekah, Allah akan menggantikan setiap sen yang kita keluarkan dengan lebih banyak nikmat.

Selain itu, sedekah juga mampu menyucikan hati daripada sifat tamak dan kedekut, mendidik jiwa untuk lebih bersyukur dan reda dengan ketentuan-Nya.

Dalam hadith riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda,

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta. Dan tiada seorang yang bersikap pemaaf, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaannya.”

Oleh itu, janganlah kita merasa berat untuk bersedekah.

Apa jua yang kita miliki, walau sedikit, berilah dengan hati yang ikhlas.

Niatkan semata-mata kerana Allah dan untuk kebaikan diri kita di dunia dan akhirat.

@quotephotovideo 🌾🌾🌾
RAHSIA TERBESAR DOA DIMAKBULKAN

Ketika kita berdoa, jangan tinggalkan 4 doa ini supaya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala makbulkan doa kita.

1. Minta ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ampunkan segala dosa kedua ibubapa kita.

2. Minta ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ampunkan segala dosa umat islam didunia ini, sama ada lelaki mahupun perempuan, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

3. Minta ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala matikan seluruh umat Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mati dalam keadaan yang baik, yakni mati dalam keadaan husnul khatimah.

4. Minta ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala masukkan seluruh umat islam, sama ada lelaki mahupun perempuan, sama ada masih yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia ke dalam syurga. Aamiinn..

Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat buat semua.

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah dan berusaha untuk mengamalkannya.

@quotephotovideo 🤲🤲🤲
AYU DEWI ELMIGHWAR
NABI PUTRA ABDULLAH (Manusia Idolaku Nabiyullah Muhammad)
Ayu Dewi Elmighwar - Nabi Putra Abdullah (Manusia Idolaku Nabiyullah Muhammad)

@quotephotovideo 🎼🎼🎼
MUHASABAH

Jika hari ini kita
Berjanji setia
Sehidup semati

Mungkin esoknya
sudah berpisah.

Jika hari ini kita
Bergelak ketawa
Bersama

Mungkin esoknya
Menjadi musuh

Jika hari ini kita boleh
mengukir senyuman,

Mungkin esoknya kita
Bermuram durja.

Begitulah roda kehidupan
Selagi mana kita
Masih hidup

Tiada suatu benda pun
Yang akan kekal.

Melainkan Allah

Justeru itu

Marilah kita sama-sama memperbaiki amal ibadah kita dalam kehidupan Seharian kita mudah mudahan kita mendapat keredhaan Allah SWT

Inilah Perkara paling bernilai dalam kehidupan di sini untuk pulang ke sana..

Sesamalah kita doakan agar semua diberikan keampunan terhadap segala dosa, kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT

Semoga kita sentiasa mendapat kejayaan dunia dan akhirat.


La haula wala quwwata illa billah.

@quotephotovideo 🌹🌷💐
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
يَا حَيُّ يَا قَيُّومِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
252 of 365 🗓 AHAD 💕 04 RABIUL AWAL 1446H 08 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Kekuatan di Sebalik Nikmat Allah"

Setiap hari yang kita lalui, Allah SWT mencurahkan beratus-ratus nikmat kepada kita, tanpa kita sedari atau syukuri sepenuhnya.

Dari sekecil-kecil nikmat udara yang kita hirup, sehingga sebesar-besar nikmat kesihatan dan rezeki, semuanya adalah kurniaan Allah yang tiada tandingan.

Namun, ada kalanya kita diuji dengan kesulitan.

Dalam saat sukar ini, jangan biarkan diri tenggelam dalam rasa putus asa.

Sebaliknya, ingatlah semua nikmat yang pernah Allah berikan.

Inilah rahsia kekuatan orang yang beriman—syukur di kala senang, sabar di kala susah.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim, ayat 7:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambahkan nikmat kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih."

Ayat ini menjadi peringatan bahawa mensyukuri nikmat adalah kunci kepada kelapangan hidup, manakala kufur membawa kesulitan.

Ujian yang menimpa bukanlah tanda Allah membenci kita, tetapi tanda kasih sayang-Nya.

Ia mendewasakan kita, mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya sementara.

Setiap kali kita diuji, Allah mahu mengingatkan kita untuk kembali kepada-Nya, memohon kekuatan dan petunjuk.

Oleh itu, apabila ujian datang, jangan lupa bahawa di sebalik setiap ujian itu ada nikmat yang jauh lebih besar menanti, sekiranya kita terus berpegang kepada tali-Nya.

Jadikanlah setiap ujian sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Hargai setiap nikmat yang telah diberikan dan percayalah, ujian itu hanya sementara.

Di hujungnya, ada hikmah yang tak ternilai menunggu.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K786
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berhati-hati Dalam Berbicara


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.

(HR Tirmizi No: 2314)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dalam menyampaikan berita, seseorang mesti bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya sama ada secara lisan mahupun tulisan. 

2.  Al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79).

3.  Setiap berita yang disampaikan mestilah benar serta tidak akan mengundang kepada keaiban dan pembohongan. Jangan sampai mengundang kemurkaan  Allah SWT dan berlaku kekacauan di dalam masyarakat. Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ  لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم  بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ  لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ  وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (Surah An-Nur, 11).

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menerangkan hukuman yang menimpa ke atas orang yang ikut serta menyebarkan berita dusta; mereka semua akan mendapat hukuman yang setimpal dengan peranan yang dimainkan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4730).

Moga kita sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat termasuk di media sosial.

04hb Rabiul Awal 1446H
08hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Awwal 1446H

وَكُلࣰّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ

"Semuanya Allah janjikan Syurga (balasan yang sebaik-baiknya)" [Surah al-Ḥadid 10]

#Maksudnya orang-orang yang masuk Islam, berperang dan berinfaq sebelum Fathul Makkah (pembukaan kota Mekah) mahupun selepasnya, semuanya Allah jamin akan dimasukkan ke dalam Syurga.

#Hal ini menunjukkan keutamaan para sahabat Nabi saw semuanya. Allah swt saksikan keimanan mereka dan Allah redha kepada mereka dengan jaminan syurga.

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِینَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِینَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنࣲ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 100]

#Rasulullah saw melarang keras umat Islam mencaci maki para Sahabat r.anhum. Sabda Nabi saw:

مَنْ سَبَّ أَصْحَابِي، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ، وَالْمَلاَئِكَةِ، وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ.

"Barangsiapa mencaci-maki Sahabatku, maka baginya laknat Allah, Malaikat, dan manusia seluruhnya" (HR at-Thabrani. Hadis Hasan)

#Berkata Sayidina Abdullah bin Umar r.huma: "Janganlah kalian mencaci para Sahabat Nabi saw. Berdirinya mereka sesaat bersama Nabi saw lebih baik daripada ibadah seorang dari kamu sepanjang umurnya" (Riwayat Ahmad dalam Fadhailus Shahabah)

#Daripada Imam Malik bin Anas, katanya: "Dahulunya, Salaf akan mengajarkan anak-anak mereka cinta kepada Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar sepertimana mereka mengajarkan satu surah daripada al-Quran".

#Abdul Aziz bin Ja'far al-Lu'luie berkata: "Aku bertanya kepada al-Hasan: "Cinta kepada Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar itu Sunnah?" Beliau menjawab: "Tidak, (bahkan) satu kefardhuan" (Lihat Syarh I'tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah oleh Abu al-Qasim Hibah Allah Ibn al-Hasan bin Mansur al-Tabari)

Belajar dan dalamilah sirah tentang para sahabat, maka kita akan mengetahui dengan yakin, bahawa mereka para Sahabat adalah sebaik-baik manusia sesudah para Nabi, yang tidak pernah ada sebelumnya serta tidak akan ada lagi yang seperti mereka. Mereka adalah insan pilihan dari generasi umat ini dan sebaik-baik umat yang dimuliakan oleh Allah swt

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  04 RABIUL AWAL 1446H
🗓  08 SEPTEMBER 2024
📌  AHAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
2024/10/04 11:30:47
Back to Top
HTML Embed Code: