Telegram Web Link
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
240 of 365 🗓 SELASA 💕 22 SAFAR 1446H 27 OGOS 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Duit dan Pangkat: Ujian Tawadhu' dan Keikhlasan

Di dalam kehidupan ini, kita sering teruji dengan pelbagai nikmat dan ujian.

Salah satu daripada ujian terbesar yang sering tidak disedari ialah apabila kita dianugerahkan dengan kekayaan dan kedudukan.

Duit dan pangkat, dua elemen yang sering dianggap sebagai ukuran kejayaan, boleh sahaja menjadi ujian terbesar bagi hati kita.

Malangnya, ramai yang tidak sedar akan hakikat ini, sehingga sikap dan nada bicara mereka berubah, menjauh daripada sifat tawadhu’ dan merendah diri.

Pangkat dan kekayaan sememangnya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Ia boleh menjadi alat untuk berbuat kebaikan, menyebarkan kebajikan, dan membantu mereka yang memerlukan.

Namun, dalam kegembiraan menerima nikmat ini, ada baiknya kita mengambil pengajaran dari firman Allah SWT dalam Surah Al-Qasas, ayat 83:

"Negeri akhirat itu Kami sediakan bagi mereka yang tidak ingin menyombongkan diri di bumi dan tidak berbuat kerosakan. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa kejayaan di dunia ini tidak seharusnya membuat kita lupa akan tujuan hidup yang sebenar.

Kejayaan yang hakiki adalah apabila kita mampu mengekalkan keikhlasan hati dan sikap tawadhu’ walau setinggi mana pangkat dan sebanyak mana harta yang dimiliki.

Kita harus sentiasa mengingatkan diri bahawa kedudukan dan kekayaan hanyalah sementara.

Ia bukanlah milik kita yang hakiki, tetapi amanah yang dipinjamkan oleh Allah SWT.

Sikap kita terhadap amanah ini akan menentukan bagaimana kita akan diadili di akhirat kelak.

Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa kalian dan harta kalian, tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kalian." (Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa nilai seseorang di sisi Allah bukanlah pada kekayaannya atau pangkatnya, tetapi pada keikhlasan hati dan amal perbuatannya.

Oleh itu, seberapa besar pun nikmat yang kita terima, tidak seharusnya kita berubah menjadi sombong atau meremehkan orang lain.

Sikap merendah diri harus sentiasa menjadi pegangan, kerana tawadhu' adalah cermin keindahan akhlak dan tanda ketakwaan kepada Allah SWT.

Akhir sekali, marilah kita berusaha untuk tidak membiarkan duit dan pangkat mengubah siapa kita.

Teruslah bersikap tawadhu', merendah diri, dan menjaga adab serta nada bicara kita.

Jangan biarkan nikmat yang kita terima menjadi sebab kita lupa kepada Allah dan akhirnya terjatuh ke dalam jurang kesombongan.

Sesungguhnya, dunia ini sementara dan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman.

Maka, marilah kita memanfaatkannya sebaik mungkin, dengan penuh keikhlasan dan ketundukan kepada-Nya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur, tawadhu dan tidak terpedaya dengan nikmat dunia.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K488
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Daripada Abdullah bin 'Umar RA,  bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.

(Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir.
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a.Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain
b.Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3.Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.

4.Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat

5.Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

6.Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

7.Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan dua keadaan:

a.Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.

b.Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aib tersebut.”

Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, berusahalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain serta miliki sifat cakna dan prihatin membantu kepada yang memerlukan.

22hb Safar 1446H
27hb Ogos 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1446H

وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا لَهۡوࣱ وَلَعِبࣱۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡـَٔاخِرَةَ لَهِیَ ٱلۡحَیَوَانُۚ لَوۡ كَانُوا۟ یَعۡلَمُونَ

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" [Surah al-ʿAnkabūt 64]

#Mencintai kehidupan dunia bererti seseorang itu memiliki rasa cinta berlebihan terhadap dunia sehingga membuatnya terlena dan melupakan Allah swt serta melupakan kehidupan akhirat.

#Orang yang cintakan dunia biasanya gemar melakukan sesuatu hal yang kurang bermanfaat untuk kepentingan akhiratnya. Di dalam fikirannya hanyalah dunia dan dunia, bahkan lupa bahawa suatu saat nanti akan mati dan menghadapi negeri akhirat yang abadi.

#Berkata Malik bin Dinar rahimahullah:

إن البدن إذا سقم لا ينجع فيه طعام ولا شراب، وكذلك القلب إذا علق حب الدنيا لم ينجع فيه المواعظ

"Sesungguhnya apabila badan sakit, maka makanan dan minuman tidaklah enak baginya. Demikian pula hati apabila ia condong terhadap cinta dunia, maka nasihat-nasihat tidaklah berguna lagi baginya" (Lihat: Shifatus Shafwah)

#Untuk kita mengetahui tulusnya cinta seseorang samada kepada Allah atau dunia, maka hayatilah kalam al-Imam Sahl al-Tustari ini:

من علامات حب الله: حب القرآن وعلامة حب الله وحب القرآن وحب النبي صلّى الله عليه وسلم وعلامة حب النبي صلّى الله عليه وسلم: حب السنة، وعلامة حب السنة: حب الآخرة، ومن علامة حب الآخرة: بغض الدُّنْيَا، وعلامة بغض الدُّنْيَا أن لا يأخذ منها إلا زادًا يبلغه إِلَى الآخرة.

"Bukti cinta seseorang itu pada Allah adalah dengan dia mencintai al-Quran. Bukti cintanya seseorang pada Allah, al-Quran dan Nabi saw adalah dengan mencintai Sunnah. Bukti mencintai Sunnah adalah dengan mencintai akhirat. Bukti mencintai akhirat adalah dengan menolak dunia. Bukti menolak dunia ialah dengan tidak mengambil sebarang perkara di dunia melainkan ianya bekalan untuk akhirat" (Lihat: Majmu' Rasail oleh Ibnu Rejab)

#Sesiapa mendakwa dia cintakan dunia dan pada masa yang sama dia juga mencintai Allah maka itu cinta yang dusta.

قال الشافعي رحمه الله من ادعى أنه جمع بين حب الدنيا وحب خالقها في قلبه فقد كذب

#Berkata Imam as-Syafie rahimahullah: "Sesiapa yang mendakwa bahawa dia telah menghimpunkan cintanya pada dunia dan Penciptanya dalam hatinya maka dia telah berdusta" (Lihat: Ihya Ulumuddin)

#Sepatutnya kita hendaklah melihat dunia sebagai satu jambatan kita dalam menuju ke akhirat dan bukanlah menjadikan dunia sebagai matlamat utama hingga mengabaikan akhirat. Sedangkan akhirat adalah tempat tinggal kita selamanya.

#Disebabkan terlalu tebal cinta kita pada dunia, menyebabkan kita membenci kematian.

وقال رجل لأبي الدرداء رضي الله تعالى عنه: ما لنا نكره الموت؟ فقال: لأنكم أخربتم آخرتكم وعمرتم دنياكم فكرهتم أن تنتقلوا من العمران إلى الخراب.

"Telah datang seorang lelaki kepada Sayidina Abi Darda' r.a lalu bertanya: Kenapa kami takut akan kematian?. Lalu beliau menjawab: Kamu takutkan kematian kerana kamu telah menghancurkan (kehidupan) akhirat kamu kerana terlalu sibuk mencantikkan (kehidupan) dunia kamu maka kamu benci untuk berpindah daripada tempat yang cantik ke tempat yang telah hancur" (Lihat: Sabilal Rashad)

Jangan terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara. Siapkanlah bekalan amal untuk dibawa ke tempat yang kekal selamanya iaitu akhirat

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  22 SAFAR 1446H
🗓  27 OGOS 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Selasa, 22 Safar 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📀 Video QURAN

🎬 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🎨 Koleksi Photo

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    1 4 4 6 H

S   A   F   A   R     1  4  4  6  H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
       01   02   03   04   05   06
07  08   09   10   11   12   13
14  15   16   17   18   19   20
21  22   23   24   25   26   27
28  29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Heart is meant for loving…♥️ ~ Give yourself time…

Membina Mahabbah

④ Keutamaan Menyempurnakan Wuduk

Hanya Allah yang Memahami

Akan ada masanya kamu terharu atas takdir Allah

Manfaat Berbakti kepada Kedua orang Tua

Tanda Cinta kepada Allah

Hikmah

⑩ Jangan mencari Keredhaan Manusia

Circle yang Baik

Tanda-Tanda Hampir Berlakunya Kiamat

Keutamaan solat Subuh

Tempat akhir kita

Solat

     ○ Solat Sunat Dhuha

     ○ Solat Taubat

     ○ Selawat Badar

     ○ Selawat Nabi

     ○ Ayat 1000 Dinar

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Zikir Hasbi Rabbi

     ○ Umat Islam seperti buih sahaja

     ○ Syaitan Tiga Ikatan

     ○ Pilihlah orang yang meninggikanmu, bukan menjatuhkanmu.

     ○ Salah satu diantara tanda kemunafikan

     ○ Kunci kebahagiaan Rumahtangga adalah Solat

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB ~ JUMAAT

Zikir  01 02 03 04 05 06 07

Doa  01 02 03

@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Hadiah Allah tidak selalu di bungkus indah...

Kadang Allah membungkusnya dengan masalah,

Tapi di dalamnya ada Berkah dan Hikmah yang besar.


@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Mulut Masin

Kenapa Mulut orang dulu-dulu Masin,
Bila Becakap Mudah Terkabul dan akan Berlaku.

Sebab Mulut Orang dulu-dulu,
Jauh Dari Dusta, Makanan Haram
Dan Hati Mereka Bersih.


@quotephotovideo 🪵🪵🪵
Ketikα kαmu mengulαng doα untuk memintα sesuαtu, sejαtinyα kαmu sedαng mengetuk pintu lαngit berkαli-kαli.

Mαkα teruslαh mengetuk, untuk memαstikαn kαmu mαsih berαdα di depαn pintu itu ketikα Allαh membukαkαnnyα.


@quotephotovideo 🪼🪼🪼
025002
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:2

ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٌ فِى ٱلْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍ فَقَدَّرَهُۥ تَقْدِيرًا

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.

@quotephotovideo 📚📚📚
Menunggu Dua Waktu Penting

Dalam kehidupan yang fana ini, kita sebenarnya hanya menunggu dua waktu yang amat penting: waktu untuk solat dan waktu untuk disolatkan.

Kehidupan bukan sekadar untuk hidup tanpa tujuan. Allah SWT menciptakan kita bukan dengan sia-sia, tetapi dengan matlamat yang jelas — untuk mengenal-Nya dan beribadat kepada-Nya.

Sebagai hamba Allah, kita tidak seharusnya menjadi seperti haiwan ternakan yang hanya makan, minum, dan kemudian mati.

Buya Hamka pernah berkata, "Kalau hidup sekadar hidup, kera di hutan juga hidup."

Hidup yang hanya menuruti kehendak jasmani semata-mata adalah hidup yang sia-sia.

Kita diberi akal dan hati untuk mengenal Allah, merenungi ciptaan-Nya, dan menyedari tanggungjawab kita sebagai hamba.

Allah SWT berfirman dalam Surah Adh-Dhariyat, ayat 56:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa tujuan utama kehidupan adalah untuk beribadat kepada Allah dan mengenal-Nya dengan sebenar-benar pengenalan.

Di samping mencari rezeki dan memenuhi keperluan duniawi, jangan lupa tanggungjawab kita yang terbesar — beribadat kepada Allah SWT.

Marilah kita kembali kepada tujuan asal penciptaan kita, mengutamakan solat, dan sentiasa bersedia untuk saat kita disolatkan.

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang, dan kehidupan kita akan dipandu dengan cahaya hidayah-Nya.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Kebaikan itu ternyata berawal dari sesuatu yang sederhana iaitu meminta maaf dan berterima kasih.

Semoga Allah memudahkan kita untuk mengucapkan keduanya.


@quotephotovideo 🍄🍄🍄
🎾 SOLAT ADALAH TANDA KASIH ALLAH PADA HAMBA NYA

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya dan tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai keadaan terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dengan Allah S.W.T ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai seperti mana seriusnya kau dalam bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu untuk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga denganmu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau menjadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

PERINGATAN DAN MUHASABAH
buat diri saya sendiri, keluarga, saudara-saudara saya dan sahabat-sahabat saya.

Semoga Kita Sentiasa Perbaiki Solat.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
6 SEBAB DATANGNYA REZEKI DALAM ALQURAN...

1. Takwa

2. Tawakkal

3. Solat

4. Istighfar

5. Infaq

6. Berusaha dan tidak malas

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berhenti melihat orang lain sebagai cermin untuk membandingkan diri sendiri, dan mulailah melihat mereka sebagai buku yang penuh dengan pelajaran berharga.

Setiap orang di sekitarmu adalah sebuah cerita, penuh dengan pengalaman, perjuangan, dan kemenangan yang unik.

Jika kamu terus-menerus membandingkan diri, kamu hanya akan mengukur dirimu dengan standar yang tidak adil.

Ingat, setiap orang berada pada jalannya masing-masing, dan apa yang mereka capai adalah hasil dari perjalanan hidup mereka, bukan untuk jadi standard perjalananmu.

Daripda merasa tertinggal atau kurang, jadikan pencapaian orang lain sebagai inspirasi.

Belajar dari cara mereka menghadapi tantangan, mengambil risiko, dan bangkit dari kegagalan.

Pelajari strategi mereka, ambil nilai-nilai yang bisa kamu terapkan dalam hidupmu.

Dengan begitu, kamu tidak hanya tumbuh secara pribadi, tetapi juga mendapatkan perspektif yang lebih luas.

Ingatlah, membandingkan diri dengan orang lain hanya akan menciptakan rasa kurang dan ketidakpuasan.

Tetapi dengan mengambil pelajaran dari mereka, kamu akan menjadi versi terbaik dari dirimu sendiri, tanpa kehilangan keunikan yang membuatmu berbeda dan istimewa.

Setiap hari adalah kesempatan untuk tumbuh, dan pelajaran ada di mana-mana jika kamu mau melihatnya.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
🧡🔵🧡🌹💚💚🌹🧡🔵🧡

Kadang kita rasa ,
Kita tak mampu nak lalui ujian yang Allah bagi ini.

Kadang kita rasa ,
Liku-liku kehidupan ini penuh duri dan onak tajam.

Kadang kita rebah hingga menitiskan air mata kerana segala ujian yang kita tak mampu untuk tempuhi.

Walhal ,
Kita mampu.
Mampu tempuh segala-galannya.
Mungkin kita rasa kita tak kuat kerana kita rasa kita banyak di uji dengan dugaan yang diberi oleh Allah.

Tanpa kita sedar ,
Ada yang lebih berat ujian seseorang itu daripada kita.
Bersyukurlah.

Allah beri ujian tanda Allah sayang.
Tanda Allah tahu kita mampu.
Allah ingin lihat kekuatan kita untuk-Nya.
Janji Allah itu pasti.

Kuatkan hati untuk Allah.
Kuatkan hati untuk diri sendiri.

Allah ada.
Dia akan bantu segalanya jika kita usaha untuk-Nya.
Percaya pada-Nya.


🦋

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al-Jinn سورة الجن
Qari Fahad Wasel AlMutairi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Pegang pesanan ini

"Kita memang tidak selalu bertemu orang baik, namun jadilah baik untuk setiap orang yang kita temui."

Berbuat baiklah pada sesiapa sahaja. Kita takkan rugi apa-apa.

Jadilah orang yang memberi manfaat yang banyak kepada insan lain.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Perkara Jangan Dilakukan

Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak Silaturrahim.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


@quotephotovideo 🕸🕸🕸
2024/10/05 11:14:16
Back to Top
HTML Embed Code: