Telegram Web Link
Ya Allah...

Diatas bumi kami meminta
Dibawah langit kami memohon
Diatas sajadah kami berdoa
Bahagiakanlah hidup kami

Lengkapi kebahagiaan kami
Dengan amal pahala kebaikan
Sempurnakan kebahagiaan kami
Dengan iman dan takwa

Dan jadikanlah kebahagiaan kami
Menjadi bahagia yang hakiki & abadi
Di dunia dan di akhirat
Aamiin...


@quotephotovideo 🤲🤲🤲
Rezeki itu ibarat air, ia mengalir mencari jalannya sendiri. Jangan risau tentang jumlahnya, tetapi syukurilah yang ada.

@quotephotovideo 🦋🦋🦋
Tak harus menyenangkan semua orang, cukup dengan tidak menyakiti sesiapa.

Tak harus selalu bahagia, cukup dengan berusaha menerima keadaan sepenuh rela.

Kecewa itu biasa, sedih itu lumrah, tugas kita hanya menerima semua rasa dan tetap di jalan yang semestinya.


@quotephotovideo 🌾🌾🌾
Doa itu mengubah yang mustahil menjadi mustajab...

Doa itu mengubah yang mustahil menjadi mustajab, mengubah yang jauh menjadi dekat, mengubah yang tak mungkin menjadi mungkin.

Jadi jangan pernah lelah untuk selalu berdoa yaa.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
RENUNGAN MALAM

Setiap detik berlalu bererti diri kita semakin dekat ke liang lahad.

Bila tiba masanya roh meninggalkan jasad tidak cepat mahupun lewat walau sesaat.

Cukupkah bekal kita untuk kehidupan abadi itu?

Mengapa bersungguh-sungguh hanya dalam mengumpul harta dunia sedangkan persediaan untuk hidup di alam abadi tu acuh tak acuh sahaja dalam usaha.

Sesungguhnya sesat jalan di dunia..banyak U-turn masih boleh ditemui hingga boleh sampai ke tempat di tuju, boleh tangguh, boleh rancang semula perjalanan agar semuanya selamat.

Namun bila dah masuk alam akhirat yang pertama (alam barzakh) sahaja, menangis air mata darah pun sesekali tiada lagi apa pun bentuk peluang kedua.

Janganlah kita tinggalkan solat, puasa & zakat dengan sengaja.

Simpan duit tunaikan haji dulu daripada kehendak-kehendak yang lain.

Bab tunaikan haji ni sebenarnya ramai di kalangan kita yang mampu namun wang yang ada telah banyak digunakan untuk 'kehendak' dunia.

Tanamkan niat dan azam yang kuat untuk bahagia di alam abadi.

Sesungguhnya niat itulah titik pemula yang kuat untuk kita benar-benar menjadi seorang 'insan'.


Sentiasalah kita ingat mengingatkan agar tanggungjawab itu Allah tidak persoalkan di akhirat nanti...In Syaa Allah.

SEMOGA BERMANFAAT 🌹

@quotephotovideo 🌙🌙🌙
Sebelum tidur, ada beberapa zikir yang dianjurkan dalam Islam untuk ketenangan jiwa dan perlindungan.

Berikut beberapa zikir yang baik untuk diamalkan:

1. Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255)
Membaca Ayat Kursi sebelum tidur dipercaya memberikan perlindungan dari gangguan syaitan hingga pagi hari.

2. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas (Tiga Qul)
Membaca ketiga surah ini tiga kali masing-masing sebelum tidur dapat melindungi diri dari bahaya dan gangguan.

3. Zikir Tahlil
“Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir.”
(Tidak ada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu).

4. Tasbih, Tahmid, dan Takbir
• “Subhanallah” (33 kali)
• “Alhamdulillah” (33 kali)
• “Allahu Akbar” (34 kali)

Zikir ini juga dianjurkan sebelum tidur, dan memberikan ketenangan serta rasa syukur kepada Allah.

5. Doa Sebelum Tidur
“Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa.”
(Dengan nama-Mu ya Allah, aku mati dan hidup kembali).

Mengamalkan zikir-dmzikir ini dapat memberikan ketenangan hati, mendekatkan diri kepada Allah, serta melindungi diri dari gangguan selama tidur.

@quotephotovideo 🤎🤎🤎
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

🩷 Doa Pagi

❤️ Doa agar Allah Perbaiki Setiap Urusan

🧡 Allahumma Afini

💛 Doa Rezeki tak Putus

💚 Doa Pagi - Hijjaz

🩵 Doa Memohon 'Afiyah

💙 Zikir Pagi

💜 Zikir Pagi - Allahumma Bika Ash Bahnaa

@quotephotovideo 🤗😊🙂
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
241 of 365 🗓 RABU 💕 23 SAFAR 1446H 28 OGOS 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Teguhkan Solatmu, Bina Hidupmu

Dalam kehidupan ini, kita tidak pernah lari daripada dugaan dan ujian. Ada kalanya kita rasa lemah, tertekan, dan seolah-olah dunia ini sudah tidak memberi apa-apa makna lagi.

Namun, di saat kita merasa hancur dan hilang arah, solat adalah jawapan yang Allah sediakan untuk kita.

Solat bukan sekadar kewajipan harian, ia adalah sumber kekuatan dan ketenangan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 45:

"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."

Perbaiki solatmu, dan Allah akan memperbaiki hidupmu. Ini adalah janji yang benar-benar terbukti.

Solat yang dikerjakan dengan penuh khusyuk dan ikhlas mampu mengubah keadaan hati dan jiwa. Ketika kita menghadap Allah dalam solat, kita sedang membuka diri untuk menerima rahmat dan petunjuk-Nya.

Kita mengakui kelemahan kita sebagai manusia, dan pada masa yang sama, kita menyerahkan segala urusan kita kepada-Nya.

Di sinilah letaknya kekuatan solat. Ia mengajar kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah, bukan kepada manusia atau harta dunia.

Apabila kita menjaga solat dengan sebaik-baiknya, Allah akan membimbing kita ke arah kebaikan.

Hidup kita mungkin tidak sentiasa bebas daripada ujian dan cabaran, tetapi dengan solat yang teguh, kita akan diberi kekuatan untuk menghadapinya dengan sabar dan tenang.

Kita akan merasakan bahawa Allah sentiasa bersama kita, membantu dan melindungi kita daripada sebarang kesulitan.

Solat juga adalah momen refleksi diri, di mana kita mengambil masa untuk merenung kembali tindakan dan pilihan kita.

Ia adalah saat di mana kita memohon keampunan atas dosa-dosa kita dan memohon petunjuk untuk jalan yang lebih baik.

Dengan solat yang konsisten, kita akan mula merasai ketenangan yang datang dari rasa dekat dengan Allah, dan ini adalah rahsia kehidupan yang benar-benar bahagia.

Janganlah tinggalkan solat walaupun hidupmu kelihatan hancur sehancurnya. Jadikan solat sebagai teman setia dalam setiap keadaan.

Di saat engkau merasa tidak berdaya, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada, mendengar rintihan dan doa-doamu.

Perbaiki solatmu, dan lihatlah bagaimana Allah memperbaiki seluruh aspek hidupmu.

Akhir sekali, yakinlah dengan janji Allah.

Sesungguhnya, Dia tidak pernah mengecewakan hamba-Nya yang bergantung sepenuhnya kepada-Nya.

Solat adalah kunci untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan meraih keberkatan dalam kehidupan.

Mulakan hari dengan solat yang khusyuk dan akhiri hari dengan solat yang penuh tawaduk.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menjaga solat, dan semoga Allah memperbaiki kehidupan kita di dunia dan akhirat. Aamiin.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K515
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jaga Hak Allah, Diri dan Masyarakat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا وَقَالَ اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَلَا تُكْثِرْ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Siapakah yang mahu mengambil beberapa kalimat daripadaku lalu mengamalkannya atau mengajarkan pada orang yang akan mengamalkannya?" Abu Hurairah menjawab: Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah memegang tanganku lalu menyebut lima perkara; Jauhkanlah larangan-larangan nescaya kamu akan menjadi orang yang paling beribadah, terimalah pemberian Allah dengan rela nescaya engkau akan menjadi orang paling kaya, berbuat baiklah kepada jiran tetangga nescaya kamu akan menjadi orang yang benar-benar beriman, kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau akan menjadi orang muslim yang sebenar-benarnya dan, janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati."

(HR Tirmidzi No: 2227)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Rasulullah SAW mengajar kepada kita untuk mengambil pesanan baginda bagi di amalkan dan disampaikan kepada orang lain. Antara pesanan untuk dilaksanakan dan disampaikan:

a.Jauhi larangan dan tegahan seperti minum arak, mencuri, meninggalkan perintah wajib umpama solat dan sebagainya agar kita menjadi orang yang paling beribadat.

b.Merasa reda dan puas hati dengan apa yang dikurniakan Allah. Tidak merasa keluh kesah, kecewa serta tamak dengan apa yang dimiliki. Yakin setiap sesuatu itu adalah ketentuan taqdir Allah nescaya kita akan menjadi orang yang paling kaya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati." (HR Bukhari No: 5965)

c.Berbuat baik kepada jiran tetangga dengan sentiasa menyayangi, memberi pertolongan, menziarahi, tidak menyakitinya sama ada dengan perbuatan, perkataan dan sebagainya. Menjaga hak jiran sama ada Muslim mahupun tidak, adalah bukti kesempurnaan iman.

d.Mengasihi orang lain sepertimana kita mengasihi diri sendiri adalah bukti keislaman dan keimanan seseorang. Tidak boleh menzalimi dan menganiaya serta menyakiti saudara kita. Firman Allah:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَة
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara (Hujurat: 10)

e.Jangan banyak ketawa kerana banyak gelak ketawa akan melalaikan seseorang daripada mengingati Allah serta akan menjadi penyebab menghalang cahaya petunjuk dan boleh mematikan hati.

2. Marilah kita menjaga hak Allah, hak diri dan hak manusia. Peliharalah hubungan yang baik sama ada hubungan dengan Allah juga dengan masyarakat seluruhnya.

23hb Safar 1446H
28hb Ogos 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1446H

قُلۡ مَا یَعۡبَؤُا۟ بِكُمۡ رَبِّی لَوۡلَا دُعَاۤؤُكُمۡۖ فَقَدۡ كَذَّبۡتُمۡ فَسَوۡفَ یَكُونُ لِزَامَۢا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu" [Surah al-Furqān 77]

#Dalam ayat akhir Surah al-Furqan ini, Allah swt memaklumkan bahawa keselamatan kita di dunia dan akhirat terletak kepada doa dan ibadah kita.

#Berkata ulamak tafsir: "Allah menggunakan perkataan 'tidak menghargai' bagi menunjukkan Allah swt tidak memerlukan kepada kita atau ibadah kita sama sekali. Yang perlu adalah kita untuk memohon dan meminta hanya kepadanya untuk segala-galanya. Kejayaan dan keselamatan manusia itu apabila dia menyembah Tuhannya, bermunajat kepadaNya, memohon kepadaNya dan bergantung segala urusan kepadaNya.

#Doa adalah senjata yang ampuh bagi orang mukmin. Islam mengajar disamping kita berusaha sehabis daya, maka sebagai makhluk, kita serahkan segala keputusan kepada pemilik segalanya. Sebagai muslim yang beriman, kita percaya dan yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan sentiasa memberi perlindunganNya kepada kita.

#Doa adalah otak atau intipati kepada keseluruhan ibadah. Bahkan doa dan ibadah adalah penyelamat kita didunia dan akhirat.

#Rasulullah saw bersabda:

لا يَرُدُّ القَضَاءَ إلَاّ الدُّعاءُ

"Tidak ditolak satu-satu takdir ketentuan melainkan dengan doa" (HR at-Tirmizi)

#Hadis ini menyarankan untuk berdoa kerana hakikat kepada takdir Allah swt itu tidak diketahui. Dengan doa boleh merubah takdir jika diperkenankan Allah swt dan menyelamatkan masa depan akhirat kita.

#Nabi saw juga menyebut dalam sabdanya:

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمُ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

"Tidak ada sesuatu yang paling mulia bagi Allah Ta’ala daripada doa" (HR Ahmad, al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, at-Tirmidzi dan al-Hakim)

#Daripada Sayidina Ibn Umar r.a, Nabi saw bersabda:

إِنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ، فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِالدُّعَاءِ

"Sesungguhnya doa bermanfaat terhadap apa yang telah diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Hendaklah kamu berdoa wahai hamba Allah"
(HR at-Tirmizi)

#Orang yang enggan berdoa, maka dia tergolong dalam kalangan orang yang rugi dan binasa, bahkan dikategorikan mereka yang angkuh lagi sombong. Dan mereka bakal dihumban ke dalam neraka Jahannam. Firman Allah swt:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِیۤ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِی سَیَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِینَ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina" [Surah Ghāfir 60]

#Allah swt mengatakan orang yang tidak berdoa dan tidak melakukan ibadah kepada Allah bakal diazab di dalam nerakaNya dengan penuh kehinaan dan kesengsaraan.

Sentiasalah berdoa, kerana ia merupakan sifat seorang hamba dan menghindari dari sifat takabbur dan sombong. Ingatlah, kita adalah hamba yang lemah dan sentiasa berharap kepadaNya. Doa dan ibadah bakal menyelamatkan kita. Jom doa!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  23 SAFAR 1446H
🗓  28 OGOS 2024
📌  RABU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Rabu, 23 Safar 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📀 Video QURAN

🎬 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🎨 Koleksi Photo

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    1 4 4 6 H

S   A   F   A   R     1  4  4  6  H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
       01   02   03   04   05   06
07  08   09   10   11   12   13
14  15   16   17   18   19   20
21  22   23   24   25   26   27
28  29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Heart is meant for loving…♥️ ~ Give yourself time…

Memperbanyakkan Istighfar

④ Memohon rahmah

Tiga Akhlak Mulia orang Beriman

Keutamaan solat Subuh

Tanda-Tanda Hampir Berlakunya Kiamat

Berlebihan dalam menggunakan Air

Kelebihan Membaca al-Mathurat

⑩ Larangan Melakukan Kerosakan

Tiga Kunci Kehidupan

Lancarnya Rezeki sebab berbakti kepada orang tua

Circle yang Baik

Tempat akhir kita

Solat

     ○ Solat Sunat Dhuha

     ○ Solat Taubat

     ○ Selawat Badar

     ○ Selawat Nabi

     ○ Ayat 1000 Dinar

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Zikir Hasbi Rabbi

     ○ Sujud

     ○ Rezeki

     ○ Janganlah Harta Melalaikan kita

     ○ Kesombongan Sebab Rosaknya Hati Seseorang

     ○ Alhamdulillah ala kulli haal

Jom Selawat

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB ~ JUMAAT

Zikir  01 02 03 04 05 06 07

Doa  01 02 03

@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Hikmah di Sebalik Ujian dan Kesakitan

Setiap manusia pasti pernah merasa sakit, sama ada fizikal mahupun emosi.

Namun, adakah kita sedar bahawa setiap rasa sakit itu sebenarnya menghapuskan dosa-dosa kita?

Seperti kata-kata hikmah,

"Bahkan saat jari tertusuk jarum pun ada dosa yang Allah hapuskan."

Ini menunjukkan betapa rahmat dan kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat besar, bahkan dalam kesakitan yang paling kecil sekalipun.

Allah SWT tidak akan membiarkan hamba-Nya melalui musibah atau rasa sakit tanpa hikmah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Tiada suatu musibah yang menimpa seorang Muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya kerana musibah itu, walaupun hanya terkena duri.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Setiap ujian adalah tanda kasih sayang Allah, satu peluang untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya dan memperbaiki diri.

Percayalah, Allah tidak akan membebankan kita melebihi kemampuan kita.

Setiap musibah atau rasa sakit yang diberikan pasti ada kebaikan yang tersembunyi di dalamnya.

Mungkin ia adalah tanda agar kita kembali mengingati-Nya, memperkuat keimanan kita, atau mungkin juga sebagai penebus dosa-dosa yang kita tidak sedari.

Oleh itu, apabila kita diuji, janganlah berputus asa atau merasa kecewa.

Ingatlah bahawa di sebalik setiap ujian, pasti ada rahmat dan kebaikan yang Allah sediakan untuk kita.

Teruskan berdoa, bersabar, dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita, memberikan kekuatan dan petunjuk di setiap langkah kehidupan.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
"Manusia terkadang menjauhkan kita ketika kita susah, namun ALLAH tidak akan pernah menjauhkan atau meninggalkan kita walau sesusah mana pun keadaan kita"

"Kehidupan paling indah adalah ketika kita bersyukur kepada ALLAH SWT atas yang telah berlalu, yang saat ini, dan yang akan datang"

آللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّد

نويت لله تعالى

⚖️⋄⋄⚖️⋄⋄⚖️⋄⋄⚖️⋄⋄⚖️⋄⋄⚖️

@quotephotovideo 🦋🦋🦋
Reminder Asar

"Solat mengingatkan manusia akan identitiNya yang sebenar iaitu sebagai HAMBA...

Kekadang dalam kesibukan mengurus hidup , kita lupa akan hakikat diri kita sehingga lahir sifat sombong , takbur dan bangga dengan pangkat , kedudukan dan kekayaan yang kita miliki.

Dengan datangnya waktu solat kita dapat memperbaharui ingatan kita bahawa kita hanyalah HAMBA"


@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Setiap orang memiliki 3 topeng dalam hidupnya.

1. Topeng pertama adalah, yang dia perlihatkan kepada semua orang ditempat umum.

2. Topeng kedua adalah, yang dia perlihatkan kepada orang-orang yang dekat dengannya dan keluarganya.

3. Topeng ketiga adalah, yang tidak pernah dia perlihatkan kepada siapapun dan "Itu adalah dirinya yang sebenarnya."

@quotephotovideo 🐚🐚🐚
Semua berdiri pada takdirnya masing...

Jangan pernah merasa kenapa kita tidak seperti dia,

Kerana percayalah takdir seorang hamba memang berbeza,

Tuhan tahu bagaimana yang terbaik untuk kita,

Maka berdirilah pada takdirmu sendiri dengan kemampuanmu dan dengan usahamu untuk menjalaninya.


@quotephotovideo 🍀🍀🍀
2024/10/05 13:23:57
Back to Top
HTML Embed Code: