Telegram Web Link
REMINDER DHUHA 💟👇

Dhuha ialah waktu matahari mula naik kira-kira segalah.

Solat sunat Dhuha merupakan salah satu amalan yang sangat dituntut untuk kita melakukannya.

Ia merupakan salah satu sunnah baginda yang sangat dituntut.

Antara fadhilat/kelebihan mengamalkan solat sunat Dhuha ialah :

1⃣Mencukupi sedekah kepada anggota badan pada hari itu.

2⃣Allah telah membuka cabang-cabang rezeki (murah rezeki)

3⃣Memperoleh ganjaran yang besar dari Allah.

💝Pelaksanaan Solat Sunat Dhuha💝

Boleh dilaksanakan dalam bilangan rakaat 2 hingga 12 tanpa batas dengan setiap 2 rakaat satu salam.

Waktu solat Dhuha 👉🏻 8 pagi hingga 12 tgh hari (waktu afdhol) namun waktu Dhuha berakhir 15 minit sebelum Zohor.

🌀Niat :

“Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”.

Bacaan yang paling mudah

Rakaat 1⃣ 👉🏻 Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
.
Rakaat 2⃣ 👉🏻 Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.

#dhuha
#solatdhuha

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⚠️ Selama kamu menaruh kebahagiaan pada di luar dirimu, maka selamanya kamu tidak akan pernah merasakan kebahagiaan sejati.

Kebahagiaan itu sebenarnya tanpa syarat.

Ketika kamu memasang berbagai syarat untuk merasa bahagia, kamu hanya semakin membatasi kebahagiaanmu dan semakin memperluas kesedihanmu hingga tak berujung.

Lepaskanlah syarat-syarat tersebut.

Mulailah merasakan kebahagiaan sejati yang datang dari dalam dirimu.

Sebagaimana Tuhanmu memberimu hidup tanpa syarat, kebahagiaan sejati juga hadir tanpa syarat.

Jika kamu memaksa bahagia harus ada syarat, maka cukuplah nyawa dan nafas memberimu kebahagiaan, karena tanpa itu kamu akan mati.

Kebahagiaan sejati adalah anugerah yang tak ternilai, yang tak tergantung pada pencapaian, materi, atau orang lain, sehingga kamu menemukan jati diri aslimu.

Ketika kamu mengenali dan menerima dirimu dengan segala kelebihan dan kekurangan, kebahagiaan akan muncul secara alami.

Kebahagiaan sejati adalah perasaan damai dan puas yang berasal dari dalam, dari penerimaan dan cinta terhadap diri sendiri.

Kamu akan memahami bahwa kebahagiaan sejati adalah pilihan yang bisa kamu buat setiap hari, tanpa syarat apa pun.

Maka, lepaskanlah semua syarat untuk bahagia, dan rasakanlah kebahagiaan sejati yang telah menantimu selama ini.

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
024027
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:27

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا۟ وَتُسَلِّمُوا۟ عَلَىٰٓ أَهْلِهَاۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

@quotephotovideo 📚📚📚
Sememangnya kita manusia ini lemah sifatnya.

Hanya kekuatan iman sahaja yang dapat membenteng diri dan menjadi muslim yang sejati.

Ada segelintir manusia gemar mencetuskan pertelingkahan.

Suka berbalah tanpa memikirkan akibatnya.

Kenapakah jadi sedemikian rupa sedangkan kita sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.


@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Setiap Tindakan Dan Amalan Akan Dinilai Oleh Allah SWT

Allah SWT menjelaskan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh manusia akan dinilai di sisi-Nya.

Sama ada ia kecil mahupun besar, penilaian daripada Allah SWT adalah yang paling adil untuk manusia.

@quotephotovideo
Tentang Wanita

Mereka bukan dicipta daripada tulang tangan, untuk kau jadikan bahan tamparan.

Bukan juga daripada tulang kaki, untuk kau tendang dan dibuat sesuka hati.

Mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang dekat dengan hati. Tidak juga untuk disakiti. Tapi untuk disayangi, dikasihani, diberi pembelaan dan dihormati.

Mendidiknya perlu kelembutan. Penuh dengan kesabaran.

Begitulah.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Tips supaya tak cepat marah :

1. Sentiasa membaca (ta’awwuz) أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

2. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk

3. Bertenang dan berlapang dada dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup.

- Ustaz Ahmad Dusuki

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
Apa saja yang kita lalui waktu ini.

Kena percaya "Tuhan akan gantikan yang lebih baik dari sangkaan kita."

Cuma sekarang kena sabar dan perbaiki kesilapan diri.

Lihat pada diri part mana yang kena improve untuk jadi manusia yang lebih baik.

Hari bahagia tu akan datang nanti.

Kalau Allah tak bagi apa yang kita nak, maknanya Allah tengah sediakan sesuatu yang lebih indah dari apa kita bayangkan.

Mungkin kena lebih bersabar lagi.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Selalulah berdoa dengan tiga doa ini setiap hari

1. Berdoa mati dalam keadaan Husnul Khatimah.

2. Berdoa supaya Allah SWT menerima taubat kita sebelum ajal datang menjemput.

3. Berdoa agar Allah SWT kukuh dan kekalkan kita dengan Islam hingga akhir hayat.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Ibuku selalu berpesan kepadaku :

Nak, tertawalah riang di hadapan ayahmu manakala beliau pulang ke rumah,

Kerana dunia luar itu begitu kejamnya sehingga dapat membahayakan ayahmu...

Tahukah kau nak, apa beda ibu dengan ayah?

Ibu membawamu(mengandungmu) di dalam rahim selama 9 bulan, namun ayahmu membawamu seumur hidupnya, tanpa kau sadari...

Ibu berupaya kuat agar kau tak merasa lapar, namun ayahmu lah yang mengajarimu agar kau tak kelaparan lagi, tanpa kau fahami...

Ibu menggendongmu (dengan memelukmu) di dada, namun ayahmu menggendongmu di punggungnya, tanpa kau perhatikan...

Cinta ibu ini sudah kau kenali mulai dari semenjak kau lahir, namun cinta ayahmu 'kan kau ketahui setelah kau menjadi seorang ayah...

Kerana itu bersabarlah dengan baik...


Ibu, memang tak ternilai harganya, sementara ayahmu, takkan bisa dikembalikan oleh waktu...

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al Mulk سورة الملك
Qari Syeikh Bandar Balilah

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Tanpa doa dari ibu bapa, kita bukanlah sesiapa.

Tanpa redha Allah kita takkan berjaya.

Jadi, jaga hubungan kita dengan Allah dan ibu bapa.

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
199 of 365 🗓 RABU 💕 11 MUHARRAM 1446H 17 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Ramai Orang Takut Kiamat, Tapi Tak Jaga Solat

Dalam kehangatan siang hari, seringkali kita mendengar bicara tentang hari kiamat, tentang saat bumi ini akan hancur lebur dan kehidupan berakhir.

Ramai yang takut dan gentar memikirkan hari tersebut, namun ironinya, mereka tidak menjaga solat, kewajipan yang lebih dekat dan penting dalam kehidupan seharian.

Padahal, kematian itu lebih dekat dengan kita berbanding kiamat. Stop meramal, start beramal.

Kematian: Hakikat yang Dekat

Setiap detik yang berlalu membawa kita semakin dekat dengan saat kematian.

Allah berfirman dalam Surah Al-Imran:

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.” (Surah Al-Imran, 3:185)

Kematian adalah satu kepastian yang tidak dapat dielakkan. Namun, betapa ramai yang lalai dengan urusan dunia hingga melupakan persiapan untuk menghadapi saat yang pasti tiba itu.

Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di hari akhirat, namun masih ada yang menunda dan mengabaikannya.

Solat: Titian Menuju Keredhaan Allah

Solat adalah tiang agama, dan ia adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dalam solat, kita merendahkan diri dan mengakui kelemahan di hadapan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Amalan yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalannya. Namun jika solatnya rusak, maka rusak pula seluruh amalannya.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Dengan menjaga solat, kita sebenarnya sedang membina titian menuju keredhaan Allah. Setiap kali kita sujud, kita merasakan kehadiran-Nya yang Maha Penyayang, memberikan ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup.

Beramal Sebelum Terlambat

Daripada meramal tentang hari kiamat, lebih baik kita memperbanyakkan amalan sebagai persiapan menghadapi kematian.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah:

“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah, 2:45)

Solat adalah cara kita memohon pertolongan dan kekuatan daripada Allah. la adalah amalan yang mendekatkan kita kepada-Nya, memberikan kekuatan rohani untuk menghadapi segala ujian dan dugaan.

Jangan takutkan kiamat hingga melupakan kewajipan yang lebih dekat, iaitu solat. Kematian itu lebih dekat dengan kita dan ia adalah saat yang pasti tiba.

Jadikanlah solat sebagai amalan utama, sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memohon rahmat-Nya.

Stop meramal, start beramal.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah, istiqamah dalam menunaikan solat, dan sentiasa bersedia menghadapi kematian dengan amalan yang diredhai.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K826
Jadual Waktu Solat
📍 Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan)
🗓 Rabu, 17 Julai 2024
🌟 11 Muharram 1446H

 🌥 Imsak   : 05:48AM
⛅️ Subuh : 05:58AM
🌤 Syuruk : 07:10AM
🌞 Zohor : 01:22PM
☀️ Asar : 04:46PM
🌙 Maghrib : 07:31PM
⭐️ Isyak : 08:45PM


Selamat menunaikan solat fardhu! 😄
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  11 MUHARRAM 1446H
🗓  17 JULAI 2024
📌  RABU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin


عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Daripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh badan. Apabila ada salah satu anggota tubuh badan yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) '

(HR Muslim No: 4685)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara.

2.  Perumpamaan berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan.

3.  Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya. Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan.

4.  Hak-hak yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain sama seperti wajibnya menunaikan solat, puasa, zakat dan haji

5.  Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan.

6.  Kejayaan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijrah membina Negara Madinah yang makmur dan harmoni apabila baginda berjaya mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajiran untuk sama-sama bertolong bantu membangunkan Negara Islam Madinah.

Ayuh kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin dan bertolong bantu membina Ummah Sejahtera Yang Berkualiti. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib.

17hb Julai 2024
11hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 11 Muharram 1446H

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 9]

#Kita dituntut untuk melakukan amal soleh agar kita dibangkitkan di hari kiamat dalam kalangan orang yang soleh.

#Jangan tinggalkan walaupun satu amal soleh meskipun kita rasakan ia kecil. Gunakan peluang melakukan amal soleh pada setiap masa biarpun hanya memberi senyuman kepada orang lain.

#Jika ada orang susah, cuba kita ringankan tangan membantunya. Jika ada orang sakit, kita perlu ziarah dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

#Lakukan apa sahaja amal soleh tanpa memilih kerana kita semua tidak pernah mengetahui kadar pahala yang dijanjikan Allah swt kepada kita. Yang pastinya orang yang sentiasa sibukkan diri dengan amal soleh, akan sentiasa mendapat bimbingan dan petunjuk Allah swt.

وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-ʿAnkabūt 69]

#Amal soleh tidak dapat diukur oleh banyaknya sumbangan yang kita berikan, akan tetapi diukur oleh banyaknya manfaat yang kita berikan kepada orang lain.

#Setiap perbuatan yang dapat menghapuskan penderitaan orang yang susah, semuanya dianggap ibadah yang amat bernilai di sisi agama dan berat timbangannya di sisi Allah swt meskipun pada pandangan kita sendiri perkara itu remeh sahaja.

#Disamping giat melakukan amal soleh, banyakkan berdoa agar kita mati sebagai seorang muslim dan dihimpunkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh sebagaimana doa Nabi Yusuf Alaihissalam.

فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِیِّۦ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ تَوَفَّنِی مُسۡلِمࣰا وَأَلۡحِقۡنِی بِٱلصَّـٰلِحِینَ

"Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh" [Surah Yūsuf 101]

Perbanyakkan amal soleh dan lakukan segala kebaikan, moga kita digolongkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
2024/10/03 09:14:18
Back to Top
HTML Embed Code: