Telegram Web Link
Rabu, 11 Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

M U H A R R A M  1 4 4 6 H

01   02   03   04   05   06   07
08   09   10   11   12   13   14
15   16   17   18   19   20   21
22   23   24   25   26   27   28
29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi 🌻

Syurga untuk Pengunjung Masjid 🕌

Bring your attention to…♥️

Teruslah berjalan 🚶‍➡️

Mengendalikan Diri 🌼

Kaabah 🕋

Perumpamaan Orang Yang Solat Berjemaah 🕌

Selawat Nuril Mubin

Salam ASAR

⑩ AI - 01 02 03

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
ILMU dan FAHAM adalah dua perkara yang berbeza.

Orang yang berilmu belum tentu Faham.

Tetapi orang yang faham, itu petanda dia memiliki ilmu/adab dan Akhlak.

Ilmu boleh diambil daripada makhluk, tetapi kefahaman hanya diperolehi daripada khaliq ( ALLAH ).

Ilmu didahulukan daripada faham, tetapi kefahamanlah yang akan membaikkan setiap ilmu.

Tidak ada ilmu yang lebih utama melainkan ilmu mengenal Allah.

Tidak ada kefahaman yang lebih baik melainkan faham dalam urusan agama......

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Setiap insan memiliki jalannya sendiri.

ada yang harus mengeluarkan wang untuk mendapatkan keringat,

ada pula yang harus berkeringat agar dapat memperoleh wang.

bersabarlah...

yang mewah belum tentu bahagia,

sebagaimana ia yang berbalut peluh perih tak mesti bersedih.

yang membuatmu mampu bertahan dalam berbagai penderitaan sampai saat ini bukanlah usahamu,

tetapi cinta dan pertolongan Allah kepadamu.

makanya jangan pernah terfikir berputus asa,

yakinlah Rahmat Allah Maha Luas...

@quotephotovideo 🦋🦋🦋
📚 AL-QURAN 📚

SURAH 18 AL KAHFI (110 ayat)
ayat 75 hingga 110

NABI MUSA A.S. MENCARI ILMU

📌 75-76 : Khidhr membunuh seorang anak
18:075 18:076

📌 77 Khidhr membetulkan dinding rumah
18:077

📌 78-82 Hikmah-hikmah dari perbuatan-perbuatan Khidhr
18:078 18:079 18:080 18:081 18:082

📌 83-101 DZULQARNAIN dengan YA'JUJ DAN MA'JUJ
18:083 18:084 18:085 18:086 18:087 18:088 18:089 18:090 18:091 18:092 18:093 18:094 18:095 18:096 18:097 18:098 18:099 18:100 18:101

AZAB BAGI ORANG-ORANG MUSYRIK DAN PAHALA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN

📌 102 Celakalah orang-orang musyrik
18:102

📌 103-106 Amat merugilah orang-orang yang terpedaya oleh dirinya sendiri
18:103 18:104 18:105 18:106

📌 107-108 Syurga Firdaus bagi orang-orang yang beramal soleh
18:107 18:108

📌 109-110 Luasnya ilmu allah tidak terhingga
18:109 18:110

Penutup

💡 LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM 💡

🌻 Tiada daya Dan kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang maha Tinggi Lagi maha Agung. 🌻

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Saat kau meninggalkan Al-Quran, Allah akan menambatkan hatimu pada perkara yang lain.

Allah akan menambatkan hatimu pada Handphone, komputer, laptop, buku, komik, majalah dan lain-lain lagi perkara yang tak menguntungkan akhirat.

Ertinya, kau akan merasa lebih senang dengan semua itu daripada Al-Quran. Kau akan merasa berat membaca Al-Quran.

Sebaliknya, engkau selalu mencari hiburan-hiburan lain, seperti seseorang yang sedang kehausan mencari air. Padahal air jernih ada dalam Al-Quran.

Jika itu terjadi, bererti awal musibah telah menimpa dirimu.

Segeralah sedar bahawa hatimu saat itu sedang sakit.

Sebab, hati yang bersih tak pernah merasa kenyang dengan Al-Quran.

Ini pesan untuk diriku dan untuk semua.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
024028
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:28

فَإِن لَّمْ تَجِدُوا۟ فِيهَآ أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّىٰ يُؤْذَنَ لَكُمْۖ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ٱرْجِعُوا۟ فَٱرْجِعُوا۟ۖ هُوَ أَزْكَىٰ لَكُمْۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

@quotephotovideo 📚📚📚
Satu hal yang perlu diingat

Bahawa daun jatuh pun sudah diatur oleh Allah, apalagi jalan hidup kita. Setiap ketetapanNya pasti yang terbaik.

Tetap semangat dan ikhlas, semoga setiap langkah kita selalu diredhai oleh Allah.

Selamat mengerjakan Solat Fardhu Maghrib dan Isya...

Lakukan dgn tulus dan ikhlas...


@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al Mulk سورة الملك
Qari Anas Awat Kaskany

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
HARGAILAH NASIHAT

Mestinya kita berterimakasih kerana masih ada yang menasihati kita, masih ada yang sayang dengan kita.

Bila orang tua, guru, atau pun Sahabat masih menasihati kita itu bererti mereka masih peduli, masih perhatian, masih sayang dengan kita.

Begitupun ALLAH, memberi nasihat dengan penyakit, kesusahan hidup di dunia, dengan tumbuhnya uban dirambut agar kita ingat untuk persiapan bekal ke akhirat yang abadi itulah tempat tinggal kita selamanya.

Siapa yang tidak ingin disayangi
Pastinya semua ingin disayangi

Hargailah Nasihat...

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Jika kita himpun semua mata pen dan pensil dalam dunia ini pun..

Kita tetap tak mampu nak tulis takdir hidup sendiri..

Jika kita berjaya kumpul semua pemadam dalam dunia ni sekalipun..

Kita tetap tak berdaya nak padam apa yang sudah berlaku dalam hidup ini.

Untuk bahagia belajarlah REDHA.

Dan saat kita melepaskan segala kesakitan itu, bahagia akan hadir disisimu..

InsyaAllah. ♥️

@quotephotovideo 💫💞💫
Tak solat subuh, rugi sepanjang hari.

Tak solat Isyak, rugi sepanjang malam.

Tak solat 5 waktu, rugi sepanjang usia.

Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan mereka yang rugi.

Orang yang jaga solat 5 waktu (on time), automatik jadual kehidupan mereka tersusun.

Bukan dia yang susun jadual keseluruhannya untuk jadi begitu,

Tapi asbab penjagaan solatnya maka Allah membuka jalan kemudahan dalam melengkapkan kerja² seharian.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Laa Hawla wa Laa Quwwata Illa Billah

untuk hati yang sedang kacau, bimbang, dan hilang arah, ucapkalanlah. semoga Allah permudah urusan kita.

@quotephotovideo 💫💞💫
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
200 of 365 🗓 KHAMIS 💕 12 MUHARRAM 1446H 18 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Mensyukuri dan Menerima Takdir Allah

Dalam kehidupan ini, tidak semua yang terjadi adalah pilihan atau harapan kita. Kadang-kadang, takdir membawa kita ke jalan yang tidak pernah kita rancang, menghadirkan ujian yang tidak pernah kita pinta. Namun, izinkan hati kita untuk menerima dengan lapang dada, kerana hidup ini bukan tentang mendapatkan apa yang kita inginkan semata-mata.

Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, 2:216)

Firman Allah ini mengingatkan kita bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita mungkin tidak memahami sekarang, tetapi percayalah bahawa Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk hamba-Nya.

Hidup ini juga tentang mensyukuri apa yang kita miliki. Syukur adalah kunci kebahagiaan yang sebenar. Dengan mensyukuri nikmat yang ada, hati kita menjadi tenang dan redha dengan ketentuan Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut agar kamu tidak menghinakan nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam menghadapi ujian, bersabarlah. Kesabaran adalah jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki. Bersabar menanti yang akan datang dengan keyakinan bahawa Allah akan memberikan yang terbaik pada waktu yang tepat. Ingatlah, setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Kesimpulannya, terimalah setiap yang terjadi dengan hati yang lapang, mensyukuri nikmat yang ada, dan bersabar menanti yang akan datang.

Hidup ini bukan hanya tentang mencapai apa yang kita inginkan, tetapi juga tentang bagaimana kita menerima, mensyukuri, dan bersabar dalam setiap keadaan.

Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan dan ketenangan dalam menjalani liku-liku kehidupan ini.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K831
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  12 MUHARRAM 1446H
🗓  18 JULAI 2024
📌  KHAMIS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
2024/10/03 11:16:18
Back to Top
HTML Embed Code: