Telegram Web Link
Kadang-kadang hikmah itu terlalu misteri...

Kalau tak ada dalam kebahagiaan mungkin ada dalam kesulitan...

Kalau tak ada dalam keriangan mungkin ada dalam kesedihan...

Kalau tak ada dalam kesenangan barangkali wujud dalam kesulitan...

Kalau tak mampu dilihat, mungkin mampu dirasa dalam hati....

Hikmah itu subjektif...

Hikmah tu kadang rahsia, yang bertahun lama, barulah kita akan menemuinya...

Hikmah itu kadang indah, cuma kita yang melalui dan Allah sahaja yang tahu...

Cantik kerja Tuhan...

mogaAllahredha


@quotephotovideo 🦋🦋🦋
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini...

Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut...

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukkan tertentu...

Sudah tentu bukan senang untuk mengaku dan memberitahu kelemahan diri sendiri...

Selagi kejujuran bertahta di hati kebahagiaan menjadi milik kita...

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan kearah kebaikan...

Dan serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa...

Moga semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapat kebahagiaan hidup didunia dan juga di akhirat......

Aamiin

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم..

استغفرالله العظيم..

۞🌹 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
C I N T A

Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan dengan kata kata.

Kadang kala rasa bahagia. Kadang kala rasa sunyi, walaupun hakikatnya cinta itu ada.

Kadang kala ianya hadir mewarnai hari-hari, cinta sahabat, cinta kedua orang tua, cinta keluarga.

Kadang kala cinta itu sepi seolah-olah hilang bersama angin.

Tapi yang aku pasti, di kala aku kesunyian memang cinta daripadaNya sentiasa ada.

DIA tahu aku sedih. DIA tahu aku gembira. Segala-galanya DIA tahu, kerana DIA Maha Mengetahui.

@quotephotovideo ❤️❤️❤️
𝙷𝚊𝚝𝚒 𝚒𝚝𝚞 𝙼𝚊𝚑𝚊𝚕 𝚔𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝚍𝚒 𝚜𝚒𝚝𝚞𝚕a𝚑 𝙰𝚕𝚕𝚊𝚑 𝚖𝚎𝚗𝚒𝚕𝚊𝚒 𝚔𝚒𝚝𝚊.

𝙱𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚛𝚞𝚙𝚊
𝙱𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚙𝚎𝚗𝚊𝚖𝚙𝚒𝚕𝚊𝚗
𝙱𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚑𝚎𝚋𝚊𝚝𝚗𝚢𝚊 𝚔𝚒𝚝𝚊
𝙱𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚙𝚞𝚕𝚊 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚜𝚎𝚋𝚎𝚛𝚊𝚙𝚊 𝚋𝚊𝚗𝚢𝚊𝚔 𝚑𝚊𝚛𝚝𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚙𝚞𝚗𝚢𝚊.

𝙳𝚒 𝚑𝚊𝚍𝚊𝚙𝚊𝚗 𝙰𝚕𝚕𝚊𝚑 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚜𝚖𝚞𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚜𝚊𝚖𝚊.

𝙳𝚊𝚛𝚓𝚊𝚝 , 𝚙𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚝 & 𝚑𝚊𝚛𝚝𝚊 𝚜𝚖𝚞𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚍𝚞𝚗𝚒𝚊 𝚑𝚊𝚔𝚒𝚔𝚊𝚝𝚗𝚢𝚊 𝚜𝚎𝚔𝚎𝚕𝚒𝚙 𝚖𝚊𝚝𝚊.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
BAHAGIA DAN KAYA

Satu perkara yang membuat kita rasa bahagia dan kaya adalah berlapang dada menerima apa yang Allah kurnia.

Kita merasa cukup dengan apa yang seadanya dalam hidup kita.

Sedikit pun tidak mengapa. Banyak pun tidak mengapa.

Menerima segala yang Allah kurnia banyak sedikit nya dengan rasa cukup dan berpada.

Dalam sedikit kita banyakkan dengan mensyukurinya dan dalam banyak kita imarahkan dengan kemurahan bersamanya.

Sedikit yang mencukupkan dalam urusan agama adalah lebih baik dari banyak yang menjadikan kita lalai dan leka.

Sedikit yang kita kongsi bersama-sama adalah lebih baik dari banyak yang ada tapi boros dan bangga bersamanya.

Merasa cukup dengan apa yang kita ada adalah khazanah bahagia dan kaya yang tiada habis-habisnya.

Ya Allah Ya Salam Ya Ghani
Ya Mutakabbir Ya Rahman

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Apa beza sabar dan redha?

Sabar : kau hanya menahan kesakitan tapi masih belum mampu menerima

Redha : kau mampu tahan dan kau mampu terima dengan hati yang terbuka

Self healing terbaik adalah diam, menghilang dan belajar untuk berdamai dengan takdir.

InsyaAllah yang terbaik pasti akan datang.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Menerima Masa Lalu dan Melangkah ke Hadapan dengan Istighfar

Setiap insan punya masa lalu. Ada yang manis untuk dikenang, ada pula yang pahit untuk dilupakan.

Yang sudah terjadi, terimalah dengan lapang hati dan perbanyak istighfar agar dosa diampuni.

Allah SWT berfirman dalam Surah Az-Zumar:

“Katakanlah, 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'” (Surah Az-Zumar, 39:53)

Firman Allah ini mengingatkan kita bahawa tidak ada dosa yang terlalu besar untuk diampuni, selagi kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Memperbaiki Diri dan Meningkatkan Kebaikan

Dalam perjalanan hidup, ada yang baik dan ada yang buruk. Yang buruk jangan diulangi, yang belum baik diperbaiki.

Itulah tanda keimanan dan kesungguhan dalam menjalani kehidupan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang bijak adalah orang yang menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah mati. Dan orang yang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Hadis ini menekankan pentingnya muhasabah diri, menghisab amalan dan berusaha memperbaiki kelemahan.

Menggapai Keindahan dengan Amal Soleh

Yang sudah baik dijaga dan ditingkatkan lagi. Setiap amal soleh yang kita lakukan, walaupun kecil, adalah langkah menuju redha Allah.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, 2:133)

Berusaha untuk meningkatkan kebaikan adalah tanda ketakwaan dan kesungguhan kita dalam mencari redha Allah.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
🌹𝑃𝐸𝑅𝑀𝐴𝑇𝐴 𝐻𝐴𝑇𝐼🌹
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

🌞 Dari air kita belajar ketenangan.
🌞 Dari batu kita belajar kekuatan.
🌞 Dari tanah kita belajar kehidupan.

Dari kupu-kupu kita belajar merubah diri.
Dari padi kita belajar rendah hati.
Dari Allah kita belajar kasih sayang yang sempurna.

🌼 Melihat ke atas memperoleh semangat untuk maju.
🌼 Melihat ke bawah bersyukur atas semua yang ada.
🌼 Melihat ke sisi semangat kebersamaan.

🌸 Melihat ke belakang sebagai pengalaman berharga.
🌸 Melihat ke dalam untuk muhasabah diri.
🌸 Melihat ke depan untuk jalan lebih baik

🌺 Dari kegagalan kita belajar keberhasilan..
🌺 Dari kekalahan kita belajar kemenangan..
🌺 Dari kejujuran kita belajar kejayaan..

🥀 INILAH KEHIDUPAN..

SUBHANALLAH...

Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita menuju kebahagiaan hidup yang hakiki, yang berakal, berakhlak, dan berbudi pekerti mulia seperti yang dicontohkan oleh baginda kita, Rasulullah Muhammad ﷺ Aamiin...

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Hidupkan hati
Jangan biarkan ia mati
Bangkitkan rasa
Jangan biarkan dia binasa...

Hidup kita di dunia hanya sekali.
Nikmatilah ia dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Jika engkau kecewa pada manusia. Jangan kau sekali kali kecewa pada Allah SWT.
Jangan berharap penuh pada manusia. Berharaplah sepenuhnya pada Allah SWT.

Janji manusia susah nak tertunai. Tetapi janji Allah itu pasti...

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
5 Perkara Yang Kita Perlu Rahsiakan

1. Hal keluarga dan kebahagiaan

2. Harta

3. Umur

4. Sedekah

5. Kesilapan diri dan Aib orang lain


Sebab Bukan Semua Senang Melihat Kita Senang

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
Selamat BerSahur dan Selamat Berpuasa....💪

Moga Allah swt qabulkan amalan kita... آمين

@quotephotovideo ❤️❤️❤️
198 of 365 🗓 SELASA 💕 10 MUHARRAM 1446H 16 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Berbuat Baik Tapi Tak Dibalas: Hakikat Keikhlasan

Dalam perjalanan kehidupan ini, seringkali kita berbuat baik dengan harapan dibalas dengan kebaikan yang sama.

Namun, hakikatnya tidak semua perbuatan baik akan dibalas oleh manusia. Mungkin kita akan merasa kecewa, namun di situlah letaknya keikhlasan yang sebenar.

Perlakukan Orang Lain dengan Baik

Perlakukanlah orang lain sebagaimana engkau ingin diperlakukan. Ini adalah prinsip emas dalam berinteraksi dengan sesama manusia. Tetapi, janganlah terlalu berharap bahawa kebaikan yang kita lakukan akan selalu dibalas dengan setimpal.

Allah berfirman dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah, 2:195)

Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik, walaupun kebaikan mereka tidak dibalas oleh manusia. Kerana itu, lakukanlah kebaikan semata-mata kerana Allah, bukan kerana mengharapkan balasan dari manusia.

Keikhlasan dalam Berbuat Baik

Keikhlasan adalah melakukan sesuatu dengan niat yang murni, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya amal itu tergantung pada niatnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berbuat baik dengan ikhlas adalah tanda ketakwaan dan keimanan yang tinggi. Ia menunjukkan bahawa kita melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah, mengikuti perintah Rasulullah SAW. Walaupun sukar, berbuat baik tanpa mengharapkan balasan adalah puncak keikhlasan yang sebenar.

Keindahan Berbuat Baik

Berbuat baik adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil, akan dicatat oleh Allah sebagai amal soleh.

Allah berfirman dalam Surah Al-Zalzalah:

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.” (Surah Al-Zalzalah, 99:7)

Setiap kebaikan, walaupun sekecil zarrah, tidak akan terlepas dari perhatian Allah. Kebaikan itu akan menjadi saksi dan pemberat timbangan amal di akhirat kelak.

Penutup

Berbuat baik tanpa mengharapkan balasan adalah ujian keikhlasan yang sejati. Lakukanlah kebaikan semata-mata kerana Allah dan mengikuti perintah Rasulullah SAW.

Walaupun sukar, inilah hakikat keikhlasan yang sebenar.

Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun tidak dibalas oleh manusia, tetap akan mendapat balasan yang terbaik dari Allah.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berbuat baik dengan ikhlas dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K816
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  10 MUHARRAM 1446H
🗓  16 JULAI 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Pintu Kebaikan


عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda;

"Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari.

(Musnad Ahmad No: 21628).
Dar Ihya Turath Arabiy.

Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Nabi SAW  menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.

2.  Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.

3.  Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (HR Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’).

4.  Puasa sunat pada bulan Muharam antaranya puasa Tasu’a pada 9hb Muharam dan puasa Asyura pada 10 hb Muharam moga menjadi salah satu pintu kebaikan serta perisai buat kita dari api neraka.

5.  Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan.

6.  Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi antara pintu kebaikan serta pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

7.  Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini  mampu membina kekuatan rohani kita.

Marilah kita melaksanakan amal-amal  yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail.

16hb Julai 2024
10hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 9 Muharram 1446H

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 9]

#Untuk tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh, maka disepanjang kehidupan perlu sibukkan diri untuk melakukan amal soleh.

#Sekarang kita berada di bulan Muharram. Bulan Muharram adalah salah satu daripada empat bulan suci dan dihormati dalam Islam selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Dalam bulan ini, peperangan dan pertumpahan darah dilarang. Umat Islam dianjurkan untuk meningkatkan amal soleh dan menghindari dosa. 

#Antara amal soleh yang dianjurkan untuk dilakukan ialah berpuasa di sepanjang bulan Muharram terutamanya pada hari Asyura.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ

"Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah, iaitu bulan Muharram" (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi menjelaskan: "Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ia (bulan Muharram) adalah bulan yang paling afdhal untuk berpuasa".

#Kita digalakkan puasa pada hari Tasu'a dan hari Asyura iaitu pada 9 dan 10 Muharram atau pada 10 dan 11 Muharram.

#Berkata Sayidina Ibn Abbas r.huma apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata:

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ 

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari ‘Asyura" (HR al-Bukhari)

#Berkata lagi, Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma, bahawa Nabi saw bersabda:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

"Berpuasalah kamu semua pada hari ke-10, dan berbezalah dengan orang-orang Yahudi, berpuasalah kamu semua sebelumnya atau sesudahnya"
(HR Ahmad, al-Bazzar dan Ibn Khuzaimah)

#Antara kelebihan puasa pada hari 'Asyura ialah diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda saw:

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ 

"Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu" (HR Muslim)

#Kita juga dianjurkan untuk meningkatkan amal soleh di bulan Muharram dengan memperbanyakkan solat sunat, solat malam, bersedekah, membaca al-Quran, berselawat, amar makruf nahi mungkar, santuni anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan banyakkan berdoa disepanjang bulan haram ini.

#Rasulullah saw bersabda: "Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail)" (HR Abu Daud)

Ketahuilah bahawa segala amalan soleh menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga menjadi lebih besar hitungannya di dalam bulan-bulan haram. Jom puasa sunat di bulan Muharram!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 10 Muharram 1446H

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 9]

#Sambung bicara berkaitan amal soleh yang di galakkan dilakukan dibulan Muharram iaitu puasa.

#Puasa yang utama pada bulan Muharram ialah puasa 'Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa Asyura mempunyai kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang telah disebutkan. Begitu juga di nyatakan sunat puasa pada hari ke-9 atau pada hari ke-11 sebagai pelengkap kepada puasa Asyura.

#Di dalam as-Sahihain daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma berkata:
 
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَهُمْ يَصُومُونَ يَوْمًا، يَعْنِي عَاشُورَاءَ، فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ، وَهْوَ يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى، وَأَغْرَقَ آلَ فِرْعَوْنَ، فَصَامَ مُوسَى شُكْرًا لِلَّهِ‏.‏ فَقَالَ ‏ "‏ أَنَا أَوْلَى بِمُوسَى مِنْهُمْ ‏"‌‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ‏.‏
 
"Rasulullah saw tiba di Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi  berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka: Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran. Kata Rasulullah saw: Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Diceritakan daripada Fath bin Syakhraf beliau berkata: "Aku memecah-mecahkan roti setiap hari untuk memberi makan kepada semut. Apabila tibanya hari ‘Asyura, mereka tidak memakannya".
 
#Diriwayatkan juga oleh Al-Qadir Billah Al-Khalifah Al-Abbasi bahawa perkara tersebut turut berlaku kepada dirinya dan beliau berasa pelik. Lalu beliau bertanya kepada Syeikh Abu Al-Hasan Al-Qazwini, lalu Syeikh itu berkata: "Hari ‘Asyura ini turut berpuasa padanya semut". Dikatakan, semut juga turut berpuasa pada hari ‘Asyura. (Lihat: Lathaif al-Ma’arif)

#Bulan Muharram disebut bulan Allah.

‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ

"Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah, iaitu bulan Muharram" (HR Muslim)

#Berkata Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah:  "Sesungguhnya Nabi saw telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah. Penisbahannya kepada Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihannya. Sesungguhnya Allah tidak menisbahkan kepada diriNya melainkan makhluk-makhlukNya yang istimewa. Ketika mana bulan ini mendapat status istimewa dengan dinisbahkan kepada Allah, puasa pula merupakan amalan yang dinisbahkan kepada Allah. Sesungguhnya puasa adalah milik Allah. Amalan yang mempunyai sifat yang sama dengan keistimewaan bulan ini, iaitu dinisbahkan kepada Allah, ialah puasa". (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

Sebagai permulaan dalam bulan takwim Hijri, maka sewajarnya kita mengisi bulan Muharram dengan pelbagai acara kebaikan terutamanya ibadah seperti puasa pada 9, 10 dan 11 Muharram dan juga ibadah-ibadah serta amal soleh yang lain

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Selasa, 10 Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

M U H A R R A M  1 4 4 6 H

01   02   03   04   05   06   07
08   09   10   11   12   13   14
15   16   17   18   19   20   21
22   23   24   25   26   27   28
29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi

Hari Asyura

Kaabah

Keutamaan Hari Asyura

Kelebihan Bulan Muharram

Semangat Pagi

Hope and Happiness

Alhamdulillah

15 Doa Mustajab Para Nabi

Zikir

Salam ZOHOR

Rezeki

Kehidupan Miliknya

Salam ASAR



@quotephotovideo 🍃🍃🍃
2024/10/03 06:20:00
Back to Top
HTML Embed Code: