Telegram Web Link
Semua yang sudah hilang
akan aku ikhlas kan
Semua yang sudah hancur
akan aku relakan

Yang ingin pergi
tidak akan aku tahan
Semua yang membebani
akan aku lepaskan

Aku sedang berjuang
untuk menerima takdirMu
YA ALLAH..

Kerana aku yakin,
takdir yang aku jalani
adalah yang terbaik
menurut Engkau....

Atur saja yang terbaik menurutMu Ya Allah
Al fatihah untuk diriku๐Ÿคฒ

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami sebagai wanita islam๐Ÿคฒ

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Perbanyaklah ibadahmu saat mudamu, walaupun banyak godaan dan cubaan saat kau berusaha menjalaninya, paksalah dirimu untuk taat walau berat kerana jika kau tua, kau hanya mahu tapi kadang tak mampu"

Sayyid Muhammad Al Maliki
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Jadilah orang baik, namun jangan sibukkan waktumu untuk membuktikannya pada sesiapapun"

Habib Abdullah Bin Syihab
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Kewajipan Menjaga Lidah dan Kemaluan

ุนูŽู†ู’ ุณูŽู‡ู’ู„ู ุจู’ู†ู ุณูŽุนู’ุฏู ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุถู’ู…ูŽู†ู’ ู„ููŠ ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ู„ูŽุญู’ูŠูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฑูุฌู’ู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูŽุถู’ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ

Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.โ€

(HR Bukhari No: 6474)
Status: Hadis Sahih
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Berhati-hati Dalam Berbicara

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ  ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ูŽ ู„ูŽูŠูŽุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ู ุจูุงู„ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู ู„ูŽุง ูŠูŽุฑูŽู‰ ุจูู‡ูŽุง ุจูŽุฃู’ุณู‹ุง ูŠูŽู‡ู’ูˆููŠ ุจูู‡ูŽุง ุณูŽุจู’ุนููŠู†ูŽ ุฎูŽุฑููŠูู‹ุง ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:  Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.

(HR Tirmizi No: 2314)
Status: Hadis Sahih
KALAM ULAMA'

"Siapa saja yang banyak beribadah di malam hari, maka wajahnya akan terlihat indah di siang hari"

Syeikh Ibnu Attha'illah As Sakandary
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan"

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
2024/09/28 18:13:56
Back to Top
HTML Embed Code: