Telegram Web Link
KALAM ULAMA'

"Jangan hitung berapa kali orang menyakitimu, tapi hitunglah berapa kali kau menyakiti Allah, dan Allah tidak meninggalkanmu"

Habib Umar Bin Hafidz
🕊 @PenaDakwah
KALAM ULAMA'

"Seorang pecinta tak akan pernah takut terjatuh, kerana dia yakin kekasihnya akan memeluknya"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah
TIDAK ADA MAK YANG SEMPURNA

Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira. Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.

Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya. Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.

Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga. Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya.

Kredit: Rohana Saad
2024/11/16 13:10:28
Back to Top
HTML Embed Code: