Telegram Web Link
DoktorTarbiah ᰔ pinned «Ok semua min akn start buat quiz»
Jangan lupa baca surah Al-mulk sebelum tidur 🌹

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.

(Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

𔘓 ↬ @doktortarbiah
😊 ليلة سعيدة 🌹

❤️Check List Sebelum tidur❤️ :

1) Jangan lupa baca surah al-Mulk .
2) Berwudhu'
3) Membaca doa sebelum tidur .
4) Mengibas tempat tidur terlebih dahulu .
5) Memaafkan orang lain
6)Delete gambar yang tidak menutup aurat.
7)Muhasabah diri

Selamat malam semua ❤️😍

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Tiga amalan sebelum tidur:

1. Beristighfar sebanyak 3 kali.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

3. Memaafkan semua kesalahan orang kepada diri kita.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹 Zikir Hari Selasa🌹:


۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ۞

Maksudnya : Ya Allah, rahmatilah ke atas hamba-Mu, Rasul-Mu dan Nabi-Mu yang benar dan kesejahteraan ke atas ahli keluarganya serta para sahabat baginda.

Fadhilatnya : Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Hebat macam mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita. Maka, sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit.

Kita akan mencari perlindungan ke hulu dan ke hilir dan yang hebat tidak lagi kelihatan hebat. Bumi yang sangat luas sudah terasa sempit. Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana dibelenggu oleh kegelisahan.

Benarlah kata ulama, bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Isteri Al-Aziz yang kita sebutkan sebagai Zulaikha, tidak disebut namanya di dalam Al-Quran. Allah menutup aibnya kerana ia tahu malu. Malu sewaktu hendak bermaksiat saat ia menutup semua pintu untuk menjerat Nabi Yusuf As didalam kamarnya supaya tidak dilihat oleh orang lain.

Abu Lahab, terang berbutir namanya disebut di dalam Al-Quran, bahkan dikeji, disumpah dengan kebinasaan kerana ia juga malu. Malu menerima kebenaran. Malu menukar cara hidupnya kepada cara hidup yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kita hari ini, jangan sampai ada yang berbangga dengan maksiat, ditayang-tayang, dibanding-banding hingga berasa mulia dan terangkat dengan nilai kemaksiatan itu.

Kita hari ini, jangan sampai ada yang malu hendak beramal soleh. Malu diejek oleh mulut-mulut nista. Malu nampak kolot , padahal agama inilah yang memuliakannya. Seperti kata-kata Khulafa Ar-Rasyidin kedua, "Aku hanya seorang Umar, kemulianku kerana Islam."

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada kereta, tiada rumah, tiada lesen kereta, tiada apa-apa. Mereka wanita yang yakin pada Allah SWT dan lebih mensyukuri hidup ini.

Kecantikan yang sebenar ialah bila datang dari hati yang ikhlas dalam mencintai dan hanya semata-mata kerana Allah SWT.

Ustaz Ebit Lew

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Malam ni Insya Allah saya Akan buat quizz lagi 🥰
Jangan lupa baca surah Al-mulk sebelum tidur 🌹

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.

(Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

𔘓 ↬ @doktortarbiah
😊 ليلة سعيدة 🌹

❤️Check List Sebelum tidur❤️ :

1) Jangan lupa baca surah al-Mulk .
2) Berwudhu'
3) Membaca doa sebelum tidur .
4) Mengibas tempat tidur terlebih dahulu .
5) Memaafkan orang lain
6)Delete gambar yang tidak menutup aurat.
7)Muhasabah diri

Selamat malam semua ❤️😍

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Tiga amalan sebelum tidur:

1. Beristighfar sebanyak 3 kali.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

3. Memaafkan semua kesalahan orang kepada diri kita.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Apa yang ramai perempuan suka?

Pakai pakaian ketat-ketat. Biar orang memandang memuji kurus lansingnya tubuh itu. Biar orang cemburu melihat kecantikan lekuk tubuh itu.

Apa yang ALLAH suka dan Nabi suka?

Wahai perempuan, berpakaianlah dengan pakaian yang longgar. Usah berpakaian seperti bertelanjang.

Perempuan yang beriman, yang taat akan ALLAH dan Rasullullah akan menuruti perintah-NYA ALLAH.

Biarlah orang kata dia macam makcik-makcik kerana pakai baju besar dan longgar. Yang penting baginya adalah suka-NYA ALLAH, bukan sukanya manusia.

Apa yang ramai perempuan suka?

Pakai tudung singkat, belit-belit tudung mengikut trend fesyen.

Apa yang ALLAH suka dan Nabi suka?

Labuhkan tudungmu dan tutupilah dadamu.

Perempuan yang taat ALLAH dan Rasullullah, dia pasti melabuhkan tudungnya menutupi dadanya. Tak mengapalah dia dikata bertudung seperti nenek tua, asalkan itulah yang ALLAH suka dan Nabi suka.

Apa yang ramai perempuan suka?

Mekap muka tebal-tebal dan spray minyak wangi banyak-banyak sebelum keluar rumah.

Apa yang ALLAH suka dan Nabi suka?

Wahai perempuan, usahlah kamu bertabarruj seperti wanita-wanita jahiliyah. Usah kamu menjadi seperti wanita penzina disebabkan wangi-wangianmu menaikkan syahwat lelaki ajnabi yang kamu lintasi.

Perempuan yang takut dan taat akan ALLAH, perempuan itu pasti bercantik-cantik di dalam rumahnya sahaja di hadapan suaminya dan berwangi-wangian di dalam rumahnya. Bila dia keluar dari rumah, tidak akan dia menarik perhatian bukan mahram melalui pemakaiannya, solekannya dan wangi-wangiannya.

Apa yang ramai perempuan suka?

Bermulut laser, mengumpat dan bergosip pasal orang.

Apa yang ALLAH suka dan Nabi suka?

Jaga lisanmu. Bercakaplah dengan perkataan yang baik-baik atau diam.

Perempuan yang taat akan ALLAH dan Rasullullah, dia pasti menjaga lisannya dari menyakiti orang lain. Dia bercakap yang baik-baik yang mendatangkan pahala untuknya.

Jika kita ingin disukai oleh ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, buatlah apa yang ALLAH suka dan Nabi suka.

Apa yang ALLAH tak suka, jangan kita buat walaupun kita suka. Rahmat dan reda ALLAH ada pada suka-NYA ALLAH terhadap kita. Kita nak ALLAH suka kita maka turutilah kesukaan ALLAH. Jauhilah perbuatan-perbuatan yang ALLAH tidak suka.

Wallahua'lam. Semoga bermanfaat.


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


𔘓 ↬ @doktortarbiah
Untuk Malam ni saya terpaksa batalkan buat quizz sbb saya Ada program maaf ye semua 🙏
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹 Zikir Hari Rabu🌹:

أَسْتَغْفِرُ ٱللَّهَ ٱلعَظِيم الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إلَيْكَ

Maksud : Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Kuasa.

Fadhilatnya : Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah mengampunkan hamba-Nya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
jangan memaksa Tuhan dengan doamu kerana kau meminta kepada yang lebih tahu . jangan putus asa dengan doamu kerana kau merayu kepada yang lebih cinta . jangan sekali pun berbolak-balik hati kerana kau meminta kepada yang pasti memberi .

𔘓 ↬ @doktortarbiah
7 Tips untuk mudah menghafal ❤️

✎ Niat
➪ Mesti niat untuk memahami bukannya menghafal

✎ Tempat untuk menghafal
➪ Hafal di tempat yang sunyi , jauh dari televisyen dan jauhkan diri daripada sosial media . Melainkan kalau nak tengok tips , notes dan lain-lain yang memudahkan untuk menghafal 🙂

✎ Baca berulang kali
➪ Baca berulang kali dan sebaik - baiknya 7 kali

✎ Tulis semula
➪ Tulis semula apa yang dihafal di atas kertas kosong 🤩

✎ Tenangkan fikiran
➪ Sebelum menghafal , kita perlu tenangkan fikiran dan buang semua masalah di dalam kepala kita 🧠👍

✎ Waktu yang tepat
➪ Hafal waktu sebelum subuh dan selepas subuh dalam pukul 5:30 pagi hingga 7 pagi

✎ Ajar pada orang lain
➪ Ajarkan pada orang lain apa yang kita hafal dan ini akan uji minda kita adakah kita hafal untuk hafal sahaja atau kita hafal untuk faham sekali . 😉

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Ok semua pagi ni min Akan buat quizz untuk gantikan quizz semalam yg min X sempat nk buat 👍
2024/09/23 18:32:42
Back to Top
HTML Embed Code: