Telegram Web Link
Pernahkah kamu menghitung nikmat yang Allah berikan kepada kamu sebelum kamu mengeluh dengan ujian dan dugaan yang di hadapi ?

Renungkanlah

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Mereka bertanya kepada seorang hamba yang soleh,

Ceritakan kepada kami sesuatu yang ringkas tentang syurga yang membuatkan kami berasa rindu kepada syurga.

Jawab orang soleh itu,

Ada di dalamnya Rasulullah SAW.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
APA KAITAN JODOH DAN ISTIQOMAH ?

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Teringat kembali waktu pertama kali bertemu dengan Tuan Guru serta zaujahnya selepas Kuliah Dhuha pada 31 Ogos lalu.

Kenangan terindah untuk dikenang kembali. Dapat menziarahi seorang guru yang berjaya membawa kami mencintai Nabi Muhammad SAW.

Hati membuak-buak ingin bertanyakan banyak perkara, tetapi setelah bertemu hilang rentak untuk bicara.

Awalnya kami hanya meminta taujihat daripada Tuan Guru supaya dapat menguatkan hati kami untuk terus bergerak kerja demi Islam.

Tuan Guru turut kongsikan cerita sewaktu muda beliau yang sudah pasti banyak pengalaman untuk dijadikan pedoman.

Pada akhir waktu berbaki, kami memberanikan diri untuk bertanyakan satu hajat penting yang sudah lama bermain diminda.

.
.

"Ustaz, boleh tak nak minta doakan kami semua istiqomah?."

Dalam hati sudah terlintas, pasti Tuan Guru akan berikan amalan atau doa untuk istiqomah.

"Nak amalan istiqomah noh, sebelum tu nak tanya semua ni dah kahwin ka?"

Serentak kami menggelengkan kepala. Soalan yang tak terlintas akan ditanya oleh Guru Mulia.

"Nak doa jodoh? Haa, ikut Syeikh baca, salin dan amalkan." Arah Tuan Guru kepada kami.

Awalnya kami agak terpinga-pinga, diminta amalan untuk istiqomah tetapi kenapa diberi doa jodoh?

Bila berfikir semula, fahamlah kami apa sebenarnya mesej tersirat daripada jawapan Tuan Guru kepada kami.

Bahawa salah satu pintu untuk kekal istiqomah adalah dipertemukan dengan pasangan yang soleh/ah dan sudi bersama-sama dalam menggalas amanah perjuangan dakwah.

.
.

Doa yang diijazahkan oleh Tuan Guru untuk dijadikan amalan oleh para muslimat:

ﺍﻟﻠﻬُﻢَّ ﺳَﺨِّﺮْ ﻟِﻲ ﺯَﻭْﺟًﺎ ﺻَﺎﻟِﺤًﺎ ﻳَﺨْﻄِﺒُﻨِﻲ ﻭَﻳَﺘَﺰَﻭَّﺝُ ﺑِﻲ ﻭَﻳَﻜُﻮﻥُ ﺻَﺎﺣِﺒًﺎ ﻟِﻲ ﻓِﻲ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴﺎ ﻭﺍﻟﺠَﻨَّﺔ

Allahumma sakhirli zaujan solihan, yakhtibuni wayatazau wajubi wayakunu sohibanli fiddunya wal jannah.

Maksudnya, "Ya Allah, ya Tuhanku, pilihkan daku suami yang soleh, dia meminangku dan mengahwiniku, dan jadikanlah dia, sahabatku di dunia dan di syurga."

Doa ini diberikan dan diamalkan sendiri oleh zaujah Tuan Guru dan hanya dalam tempoh yang singkat dipertemukan dengan Tuan Guru, Alhamdulillah.

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka di luar sana yang sedang berusaha mengubah diri menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik disisi Allah SWT.

Allahumma Ameen, Wallahu'alam.

Bil Hikmah,

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Insya Allah lps isyak saya akn buat quizz tentang sirah😊
Solat itu satu penghubung antara kita dengan Allah. Solat itu tiang agama. Solat itu tonggak kepada agama.

Bila solat itu tiang agama bermaksud solat itu penyambung dan pembeza antara orang islam dengan bukan islam.

Orang yang tidak solat, mereka tidak memiliki kehidupan. Sekaya mana pun harta kita tetapi apabila kita tidak solat. Maka, kita telah memutuskan hubungan kita dengan Allah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Ok semua min akn start buat quiz
Berapakah Nabi yang wajib diketahui?
Anonymous Quiz
7%
10
88%
25
1%
30
4%
40
Berapakah Nabi ulul azmi?
Anonymous Quiz
80%
5
11%
10
8%
20
1%
30
Siapakah Nabi Yang tidak hangus dibakar?
Anonymous Quiz
7%
Muhammad
69%
Ibrahim
14%
Isa
11%
Musa
Rumah ukuran Batu gunung ini peninggalan kaum apa?
Anonymous Quiz
23%
Ad
16%
Sodom
40%
Tsamud
21%
Firaun
Siapakah Nabi Yang diutus kepada kaum tsamud?
Anonymous Quiz
19%
Ibrahim
28%
Nuh
32%
Hud
21%
Saleh
Siapakah Nabi yang mencari tuhan-nya sendiri semasa meningkat remaja ?
Anonymous Quiz
32%
Musa
24%
Isa
33%
Ibrahim
11%
Muhammad
Dimanakah lokasi hawa terjatuh semasa dikeluarkan Dari syurga?
Anonymous Quiz
62%
Jeddah
19%
Sri lanka
18%
Jordan
1%
Malaysia
Dimanakah Adam dan hawa bertemu di dunia?
Anonymous Quiz
26%
Di mina
15%
Di mekah
53%
Di Padang arafah
6%
Di Madinah
Menara putih damsyiq adalah tempat Nabi ISA....
Anonymous Quiz
18%
Bersembunyi
18%
Disalib
55%
Turun dari langit
8%
Azan
Orang yahudi memanggil Nabi yahya dengan Nama....
Anonymous Quiz
24%
John
22%
Isacc
34%
Jacob
21%
Ezekiel
Masjid al-aqsa dibina oleh Nabi...
Anonymous Quiz
37%
Ibrahim
19%
Ya'kub
40%
Muhammad
4%
Adam
Alhamdulillah sudah tamat quiz Kita pada mlm ni tetimat kasih kepada hampa yg sudi jawab quizz pada Malam ini.🥰
PALING HINA ORANG YANG BERMUSUH DENGAN IBU BAPA SENDIRI

Wahai anak, jika kau belum mampu untuk membahagiakan ibu bapamu tetapi ingat! jangan pula kau melukai hati mereka, cukuplah taatmu kepada mereka, kerana itulah harapan ibu bapamu.

Jika ALLAH masih memberi kau rezeki dapat menatap dan mendengar suara mereka, hargailah kedua-duanya sehingga ke akhir hayat.

Ibu bapa akan memaafkan walau sejuta kesalahan anaknya, tapi seorang anak akan pergi meninggalkan ibu bapa dengan satu kesalahan.

Sehina-hina orang yang bermusuh, adalah lebih hina orang yang bermusuh dengan ibu bapa sendiri. Sebagai anak tidak harus mengambil hati atas kata-kata ibu bapa, mereka hanya mahu yang terbaik untuk kamu.

Ketika kamu merasa lelah melayani karenah ibu bapamu yang sudah tua, ingatlah betapa susahnya mereka melayan karenahmu sewaktu kau masih kecil, mendidik dan membesarkanmu hingga dewasa.Tidak mungkin kamu mampu membalas jasa mereka.

Sekiranya ada dalam kalangan kita pernah berasa kecil hati ditegur, ingatlah itu bukan bermakna mereka tidak suka atau mahu membebankan hidup kita. Nabi Muhammad bersabda, apabila mendengar kata-kata ibu bapamu jawablah, "Aku dengar dan aku taat. Jangan berkata ‘ah’ dan jangan membentak mereka dan katakanlah kata-kata yang baik."

Keredaan ALLAH bergantung kepada keredaan ibu bapa. Oleh itu jangan sesekali membuat ibu bapamu terluka. Jika itu terjadi, maka tiada lagi keberkatan hidup buat anak itu serta menutup petunjuk ALLAH kepadanya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
2024/09/23 20:19:17
Back to Top
HTML Embed Code: