Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Yunus (10:14)

ثُمَّ جَعَلۡنٰكُمۡ خَلٰٓٮِٕفَ فِى الۡاَرۡضِ مِنۡۢ بَعۡدِهِمۡ لِنَـنۡظُرَ كَيۡفَ تَعۡمَلُوۡنَ

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Siapa yang sempurnakan solat, sebenarnya dia sedang sempurnakan hidupnya.

Ustaz Ebit Lew

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Ada orang, kamu nampak dia tenang, kuat macam tak ada masalah.

Tapi pernah terfikir tak berapa kali dia tersungkur sampai nampak kuat macam tu?

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🥎 ┆彡

` A Good Friend .

There is nothing like a good friend to tell your troubles to .

Someone to open up with ,
Someone to talk you through ,

The highs ; the lows ,
The everyday struggles ,

Someone who knows ,
Your every quirk and flaw ,
Someone who understands your ways ,
And loves your after all .


#quotes

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Tiga amalan sebelum tidur:

1. Beristighfar sebanyak 3 kali.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

3. Memaafkan semua kesalahan orang kepada diri kita.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Isnin🌹:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاٱللَّهِ ٱلعَلِيِّ ٱلعَظِيمِ

Maksud : Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Fadhilatnya : Allah memberi ganjaran pahala seperti Bukit Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepada-Nya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Hari ini dia adalah pendosa, esok lusa mana tahu lebih beriman daripada kita . Stop judging, hidayah bukan milik kita seorang.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Ulangkaji bab solat.

Benarkah cara solat kita?

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus.

Ramai yang solat tetapi ramai juga yang solat ikut ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.

Rukun solat ada 13:

1. Niat.
2. Berdiri dengan betul.
3. Takbiratul ihram.
4. Membaca Al-Fatihah.
5. Rukuk.
6. I’tidal.
7. Sujud.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Bacaan tahiyat akhir.
10. Duduk tahiyat akhir.
11. Selawat dalam tahiyat akhir.
12. Salam.
13. Tertib.

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian:

1. Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati.
2. Rukun Fi’li iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja.
3. Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’li dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat.

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati . Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat:

1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir.

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz.

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz.

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir.

5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz.

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz?

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.

Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat:

1. Semasa Takbiratul Ihram.
2. Semasa membaca Al Fatihah.
3. Semasa Tahiyat Akhir.
4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir.
5. Semasa lafaz salam.

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita tidak sah dan sempurna.

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulangi lagi kesalahan yang sama.

2. Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti. In Sha Allah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
jangan pernah kita mengimpikan sebuah kebahagiaan andai diri kita masih belum bersedia untuk menempuhi seribu kedukaan .

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Janganlah engkau membenci sesuatu pun yang telah Allah pilihkan untuk kamu.

Terkadang, Allah memilihkan untuk kamu satu perkara yang besar yang banyak kebaikannya, dalam keadaan engkau tidak menyedarinya.

Syarh Riyadhus Sholihin

𔘓 ↬ @doktortarbiah
` Real friends don't get offended when you insult them .

They smile and call you something even more offensive .


𔘓 ↬ @doktortarbiah
Ouh lupa nk bagitau hampa nanti sabtu ni saya dah kene sambung study Insya Allah nanti Akan Ada sambung hantaq quote ii kat hampa na.hampa share lh link channel ni bagi ramai kalau X nk pon X pa saya X paksa 😊.
Insya Allah sblm saya sambung study saya akn buat quiz dh byk hari saya tangguh untuk buat quiz kat hampa ni
2024/09/23 22:23:10
Back to Top
HTML Embed Code: