Telegram Web Link
Harga jualan runcit beras putih import turun di antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa esok, 20 Mac 2024. - KPKM
Ekuinoks Mac: Seluruh Dunia Alami Masa Siang & Malam Sama Panjang Esok
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Ekuinoks Mac: Seluruh Dunia Alami Masa Siang & Malam Sama Panjang Esok
EKUINOKS MAC | 20 MAC 2024 | RABU
Masa siang dan malam yang sama panjang.


Pada Rabu, 20 Mac 2024, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari tersebut yang juga dikenali sebagai peristiwa ekuinoks. Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlaku waktu tengahari β€œtanpa bayang”.

Peristiwa tengahari tanpa bayang di Malaysia pula akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Putrajaya pada 27 Mac 2024 (Rabu) dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2024 (Khamis).

Sumber & Grafik: Planetarium Negara
Subsidi tepung gandum ditamatkan mulai tahun ini - Armizan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bahawa subsidi tepung gandum kegunaan am telah ditamatkan mulai tahun ini.

Menurutnya, pengeluaran tepung bersubsidi tidak dapat diteruskan berikutan pengilang tidak mampu untuk mengeluarkan tepung bersubsidi pada harga kawalan RM1.45 per kilogram.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pada Selasa yang bertanya sehingga bilakah barangan bersubsidi seperti gula, tepung, minyak petrol dan sebagainya yang diberikan oleh pihak Kerajaan dapat dinikmati oleh warga asing.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
20 March 2024
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penduduk Palestin di Jabalia, Gaza bergelut untuk mendapatkan 'stew' dan sayur-sayuran untuk juadah berbuka puasa mereka pada Selasa. 😭😭😭
Tak perlu panjangkan isu stoking kalimah Allah, kata Anwar, Zahid

Perdana menteri berkata kita seharusnya terus maju kehadapan manakala timbalan perdana menteri menyeru orang ramai supaya tidak berlebih-lebihan.

Baca Penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/20/tak-perlu-panjangkan-isu-stoking-kalimah-allah-kata-anwar-zahid

Free Malaysia Today
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
20 March 2024
Jangan berlebih- lebih ulas isu hina islam- Ahmad Zahid

Semua pihak diminta tidak berlebih-lebihan mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah bagi mengelak sentimen 3R (raja, kaum, agama) dibangkitkan, sekaligus mencetuskan tidak harmoni masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi, berkata permohonan maaf dibuat dan siasatan ke atas pihak pengilang juga mendapati stoking itu diimport dari China.

Baca Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1226047/jangan-berlebih-lebihan-ulas-isu-hina-islam-ahmad-zahid

Berita Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
20 March 2024
Kes Covid Malaysia
10 Mar - 16 Mar, 2024
Anwar akui beras tempatan 'hilang', akibat penguatkuasaan lemah

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui β€˜kehilangan’ beras putih tempatan (BPT) akibat kelemahan aspek penguatkuasaan dan pemantauan.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu semua pihak lebih tegas dan kerap melakukan pemantauan dan tinjauan bukan sahaja mengenai soal beras sahaja sebaliknya barangan keperluan lain.

Beliau berkata, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang berlangsung baru-baru ini telah memberi tumpuan kepada isu makanan asasi itu.

Jelasnya, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan sesetengah pengilang telah bersetuju untuk menurunkan harga beras putih import antara RM2 hingga RM3.

Sumber : Kosmo
Masa zaman budak-budak dulu kalau tak puasa macam ni lah, tak dibenarkan makan berbuka bersama-sama. Memang rasa sedih sebab dipinggirkan. Tapi tak pernah pula nak memberontak.

Pernah merasa? 🀭
🀣🀣🀣
Lepas mohon maaf, Google enggan siar graf tukaran ringgit

Selepas mengemukakan permohonan maaf pada Isnin, Google kini enggan menunjukkan graf pertukaran kadar tukaran asing.

Pengecualian itu hanya berlaku membabitkan ringgit namun nilai tukaran semasa bagi mata wang lain masih dipaparkan Google.

Google Malaysia pada Isnin membuat permohonan maaf kepada Bank Negara selepas mengeluarkan kadar tukaran tidak tepat membabitkan dolar Amerika (USD).

Kadar tukaran itu membabitkan RM4.98 kepada USD pada 15 Mac lalu namun dinafikan Bank Negara Malaysia.

Sumber : Google
2024/10/01 12:25:53
Back to Top
HTML Embed Code: