Telegram Web Link
Sarawak hentikan daftar PADU serta merta - sumber
πŠπ„πŒπ€π’ 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒

22 Mac 2024 | 4.30 petang

πŸ”ΈTerdapat 1 kawasan berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu di Perlis

Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

πŸ”ΈTerdapat 12 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Langkawi, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar) Kedah, dan (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta) Perak.

Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Maklumat silap,tercicir: Profil PADU boleh dikemas kini secara berkala

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata melalui Pangkalan Data Utama (PADU) kerajaan inginkan reformasi bantuan sosial rakyat untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Subsidi bersasar yang dipertimbangakan, dibincangkan dan diperhalusi di peringkat kerajaan ialah menjurus kepada model pindahan tunai bulanan

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
23 March 2024
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sistem Pangkalan Data Utama (PADU) perlu dilihat semula.

Beliau berkata, bukan bermakna kerajaan Sarawak tidak menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan, tetapi ada maklumat peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan.

β€œPADU secara peribadi saya lihat adalah seperti yang kita ada sebelum ini (E-Kasih). Mengapa anda terus mahu mempunyai perubahan? Dua tiga tahu tukar. Ini menimbulkan banyak masalah.

β€œSaya juga tidak tahu sama ada media telah mendaftar PADU. Boleh sahaja anda mengisinya seperti bogelkan diri sendiri. Secara praktikalnya hampir semua maklumat anda, akun bank, rumah, semua yang anda ada, anda telanjangkan.

"Ini membabitkan maklumat peribadi. Jika tiada keraguan, sudah tentu kami akan menyokong PADU, tapi ada beberapa perkara penting yang kami mahu kementerian terbabit jelaskan dan mungkin butiran tertentu yang mereka tidak perlu minta," katanya.

Sumber: Harian Metro
πŠπ„πŒπ€π’ 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒

23 Mac 2024 | 4.30 petang

πŸ”ΈTerdapat 9 kawasan berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu di Perlis, (Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, dan Kota Setar) Kedah dan Hulu Perak, Perak

Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

πŸ”ΈTerdapat 4 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Langkawi, Kuala Muda dan Pendang) Kedah, dan (Kuala Kangsar dan Kinta) Perak.

Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
Cuti Perayaan KPM sempena Hari Raya Aidilfitri 1445H. ✌️

(Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025)
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Photo
πŠπ„πŒπ€π’ 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒

24 Mac 2024 | 4.40 petang

πŸ”ΈTerdapat 2 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu di Perlis dan (Hulu Perak) Perak.
πŸ”ΈTerdapat 1 kawasan di Sabah berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu di Beaufort.

Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

πŸ”ΈTerdapat 29 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang, Kuala Muda, Pulau Langkawi, Sik, Baling, Kulim, Pokok Sena dan Padang Terap) Kedah, (Kinta, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Kampar) Perak, (Jempol) Negeri Sembilan, (Alor Gajah dan Jasin) Melaka, (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Segamat) Johor, (Bera, Maran, Temerloh dan Raub) Pahang dan (Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Pasir Mas) Kelantan.
πŸ”ΈTerdapat 3 kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Mukah, Telang Usan dan Limbang.
πŸ”ΈTerdapat 1 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kota Belud.

Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas
Apalah nasibku... .. Buat puding laici merah depa kata nampak mcm gigi laa pulak.... Ni semua salah laici tu laaaaa ..huwaaaa

Kredit:fb Meeza Azmi
πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŒπ„π“π„πŽπ‘πŽπ‹πŽπ†πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€: ππ„π‘πŒπ”π‹π€π€π 𝐅𝐀𝐒𝐀 ππ„π‘π€π‹πˆπ‡π€π πŒπŽππ’π”π.

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.

Met Malaysia
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
25 March 2024
Pemimpin Sabah pula gesa pendaftaran PADU dihentikan

Selepas Sarawak, kini Sabah pula mahu Kementerian Ekonomi menghentikan sementara pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) dan membuat penilaian semula terhadap pelaksanaan program berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata beliau mengambil berat gesaan Kerajaan Persekutuan untuk pendaftaran menyeluruh sistem PADU, terutama apabila maklumat peribadi menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.

Baca Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1227699/pemimpin-sabah-pula-gesa-pendaftaran-padu-dihentikan

Berita Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
25 March 2024
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tular di X, video dua ekor anak kucing baka dibuang kerana cacat kekal πŸ₯²
2024/10/01 14:35:35
Back to Top
HTML Embed Code: