Telegram Web Link
Lagu : Syahadah
Artis : Faizal Tahir

لا إله إلا الله
محمد رسول الله
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

Ku serahkan semua yang ku ada
Hati jiwa dan segala-galanya
Dengan nama-Mu ku bernawaitu
Dan pada-Mu tempat ku mengadu

لا إله إلا الله
محمد رسول الله
لا إله إلا الله
محمد رسول الله
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Saat jiwa hilang mencari arah
Kau bawa cahaya penuh harapan
Membawa rahmat pada seluruh alam
Sungguh hati rindu tuk bertemu

لا إله إلا الله
محمد رسول الله
لا إله إلا الله
محمد رسول الله
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

لا إله إلا الله
محمد رسول الله
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

لا إله إلا الله
محمد رسول الله
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah


Jemput subscribe YouTube Faizal Tahir https://youtu.be/avmrqsq-rUM

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
LUAR BIASA!

عجوز فلسطينية تبلغ من العمر 74 عاماً قرأت القرآن كاملاً في يوم واحد!  بدأت حفظ القرآن في سن 55 وأكملته في سن 60.

Seorang wanita Palestina berusia 74 tahun membaca seluruh Al-Quran dalam satu hari!  Dia mulai menghafal Al-Quran pada usia 55 dan menyelesaikannya pada usia 60.

Kita semua pasti boleh seperti dia. Semangat! 💪💪

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menangis tengok video ni bagi anak yang kini berjauhan dengan ibu apatah lagi yang ibunya telah tiada. 😭😭

Syurgalah buat mu ibu. Amiin.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
[SAYA MAHU JADI TELEVISYEN]

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

Suami : 'Kenapa menangis ni?'

Isteri : 'Lihatlah karangan budak ni.'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen. Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya.

Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen. Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan.

Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata;

Suami : 'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

Isteri : 'Abang, itu karangan anak kita!'

Jika diperhatikan sekarang ini. Ramai ibubapa sibuk dengan phone masing-masing..layan email, Facebook, Whatsapp, TikTok & lain lain.. kadangkala anak-anak tengok je dari jauh sambil main mainannya..

Jangan pula nanti anak-anak kita tulis esei, ‘Jadikan saya sebuah telefon’

Sama-sama kita berusaha untuk berubah dan berikan perhatian kepada insan di sekeliling kita khususnya pasangan & anak-anak kita yang memerlukan perhatian serta kasih sayang kita.

#copypaste

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hati-hati semua, scammer berleluasa di Telegram!

Tonton video ini.

Admin sendiri sudah banyak kali ditarik masuk group² scam macam tu. Kita leftgroup dan block acc yg add kita tu okey.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Contohilah Khairul Aming

Banyak tips Khairul Aming bagi dalam livenya tapi aku tertarik dengan satu kualiti yang ada pada dia. (Dan dah ramai hilang kualiti ni)

Ada orang bergurau tanya dia dalam live-

"KA taknak pakai mustang ke?"

Sambil gelak die jawab:

"Aa mustang. Pakai Bezza je. Sekarang aku pakai 4x4. Bezza bagi kat adik aku dah."

Camtu lebih kurang jawaban die. Sale dalam 3 tahun ni dah capai 33 juta. Die tetap dengan Bezza, tukar 4x4 pun sebab bisnes. Sebab keperluan.

2018 die cerita. Masa content die meletop. Die dapat tawaran job endorse produk skincare dengan bayaran RM200k. Tapi die tolak.

Baru buat content, dah dapat tawaran RM200k. Tempting weh. Tapi KA berjaya tolak.

Sebab apa? Sebab 1 kualiti mahal ni:

DELAY GRATIFICATION. Kebolehan menunda kehendak.

Dia fikir panjang. Die fikir direction die. Bukan duit semata-mata.

Sebab die mampu tunda kehendak, dia boleh tepis tawaran-tawaran duit yang tak selari dengan goal die.

Sebab tunda kehendak, die dapat jaga kualiti brand die sendiri.

Delay gratification ni powerful. Terutama sekali dalam pengurusan kewangan.

Ramai orang nak menyimpan duit. Ramai orang die tahu die kena buat saving. Tapi apa yang jadi? Ramai tak mampu tepis kehendak. Ramai tak mampu menunda kehendak.

Dengan iklan sentiasa lalu lalang di media sosial. Dengan offer tiap bulan ada. Dengan macam-macam lagi tawaran gila, ramai orang kalah dengan kehendak.

Mereka tak mampu tunda kehendak.

Kesannya bukan sekarang. Kesannya 5-10 tahun akan datang.

Sebab tu orang cakap, kalau kita menang dengan nafsu, kita akan menang dalam hidup.

It is indeed true.

#copypaste

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1445H.

Semoga bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan diterima baginda sebagai umatnya. 🤍

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
5 Nasihat Jibril Kepada Rasulullah

Kebiasaannya apabila Malaikat Jibril ingin menyampaikan pesanan daripada Allah, kepada Nabi SAW, panggilan yang akan digunakan ialah ‘Ya Nabiyallah” atau “Ya Rasulullah”.

Namun pada suatu hari, Jibril datang kepada Nabi SAW untuk menyampaikan pesanan dan panggilan yang digunakan ialah “Ya Muhammad”. Sesetengah ilmuwan berpendapat bahawa panggilan itu digunakan untuk memberitahu bahawa pesanan yang disampaikan itu khusus pesanan istimewa daripada JIbril sendiri kepada Rasulullah.

Malaikat Jibril menyampaikan pesanan ini ketika Islam sudah tersebar dan dakwah sudah boleh diterima oleh umum. Hadis ini disampaikan sewaktu hayat Rasulullah SAW semakin sampai ke penghujungnya.

Sabda Rasulullah SAW:

عن سهل بن سعد قال جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مَفَارِقُهُ وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ ثُمَّ قَالَ: يَا مُحَمَّدُ شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ
Dari Sahl bin Sa’ad ra, berkata: Jibril datang kepada Nabi saw, lalu berkata: “Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan kerananya.”

Kemudian dia berkata: “Wahai Muhammad! Kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam), dan keperkasaannya adalah ketidakbergantungannya kepada manusia.”

(HR. At-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath no 4278, Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliyaa, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7921)


#copypaste

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
TERKINI

Di saat azan Subuh sedang berkumandang di Malaysia, dapat berita Gaza dibedil dengan teruk sekarang ni. Banyakkan berdoa untuk penduduk Gaza!

Allahuakbar 😭🤲🏻
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TERKINI

Pesawat tentera rejim zionis mengebom di kawasan lapangan terbang, tenggara Rafah.

Sumber: Shehab News
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari ini, pejuang kemerdekaan Palestin menunjukkan sifat kemanusiaan mereka dalam layanan mereka terhadap penduduk haram Israel yang ditawan, berbanding dengan tindakan kejam tentera rejim zionis terhadap wanita dan kanak-kanak Palestin.

“Kami tidak akan menyakiti anak-anak anda.”

MasyaAllah susah untuk seorang manusia yang sentiasa diserang setiap hari untuk ada sifat humanity dan empathy yang sangat tinggi macam ni 😭

Sumber: QNN
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Adegan menyayat hati di bandar Rafah di mana pesawat pejuang tentera rejim zionis menyasarkan sebuah rumah dan membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Allahuakbar 😭

Sumber: QNN
TERKINI

Laman web Ibrani Saluran 7: Terdapat kira-kira 100 tahanan Israel di Gaza, termasuk penduduk haram Israel, tentera dan pegawai.

Sumber: Shehab News
RINGKASAN

Sekurang-kurangnya seramai 232 rakyat Palestin telah dibuuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. Sekurang-kurangnya 250 warga Israel telah terbunuh.

Menurut sayap tentera Hamas, mereka telah menawan "berkali ganda lebih besar" daripada berpuluh-puluh orang Israel.

Serangan ini adalah tindak balas terhadap pencemaran Masjid Al-Aqsa dan peningkatan keganasan penduduk haram Yahudi Israel.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah memberitahu penduduk Gaza untuk "pergi sekarang" dan mengatakan tentera rejim zionis akan menghancurkan tempat persembunyian tentera Hamas.

Sumber: Al Jazeera
2024/09/22 09:26:00
Back to Top
HTML Embed Code: