Telegram Web Link
Forwarded from Palestine Collections
Hari ini gambar-gambar ini dijana AI. Esok lusa ia mungkin menjadi realiti. Tiada yang susah untuk Allah, kan?

Kredit Nadir Al-Nuri
Forwarded from Nadir Al-Nuri (Nadir Al-Nuri)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Media barat tak akan berkongsi video ini jadi ia tugas kita mengongsikannya.

Pejuang menyelamatkan seorang perempuan dan kanak-kanak Israel yang ditawan.

“Lindungi. Lindungi. Dia ada bayi. Jangan risau. Tiada yang akan cederakan kamu.”

Allahuakbar. Begitulah sifat yang Nabi Muhammad SAW sendiri ajar kepada umat Islam!

Sumber: Awan Wafdan
STATISTIK TERKINI

🔴 Kementerian Kesihatan Palestin: Seramai 313 rakyat Palestin mati syahid, termasuk 20 kanak-kanak dan seramai 1990 rakyat cedera, termasuk 121 kanak-kanak.

Kalian boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: EMERGENCY.

#TaufanAlAqsa
#IsraelKoyak
TERKINI

Rakyat Türkiye berdemonstrasi di Istanbul mendesak agar Tentera Türkiye dihantar ke Gaza.

Sumber: Marchforward
Peta Baru Semenanjung Gaza:
🟥 Gaza
🟩 Tanah merdeka
🟨 Kawasan pertembungan antara mujahidin Palestin dan IOF

#IsraelKoyak
#TaufanalAqsa

Kredit : CintaGazaMalaysia
Israel tanpa belas kasihan membunuh bayi baru lahir semasa serangan berterusan di Semenanjung Gaza 😢

Sumber: PALM
Penulis yang berpangkalan di Gaza, Refaat al-Areer berkata waktu malam adalah waktu yang "paling mengerikan".

“Apabila Israel sudah mengenal pasti sasaran, mengganas dan menyerang dengan peluru berpandu,” katanya.

“Kanak-kanak bangun menangis dan menjerit. Israel telah menyasarkan begitu banyak bangunan perniagaan dan bangunan kediaman Palestin.”

Pada masa ini, al-Areer berkata keluarganya dan yang lain bergantung kepada bateri untuk bekalan elektrik, dengan sambungan internet di kawasannya semakin lama semakin lemah.

Sumber: AL Jazeera
Sekurang-kurangnya 22 ahli keluarga Abu Daqqa dibunuh berhampiran Khan Younis selepas rumah mereka menjadi sasaran serangan udara Israel, lapor Al Jazeera Tareq Abu Azzoum.

“Antara yang dibunuh termasuk tujuh kanak-kanak. Pasukan penyelamat awam masih cuba menyelamatkan enam ahli keluarga yang tersepit di bawah runtuhan rumah yang musnah,” tambah Azzoum.

Allahuakbar 😭

Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Aku hadiahkan kesyahidanmu kepada pemuda Gaza, dan kepada pemuda Jenin."

Ibu kepada Ahmed Awoaoda mengucapkan kata-kata terakhir kepada anak lelakinya yang mati syahid. Allahuakbar 😭

Sumber: PALM
Serangan udara Israel yang menyasarkan rumah dan bangunan pangsapuri telah menyebabkan kira-kira 123,538 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal di Gaza, menurut agensi bantuan kemanusiaan PBB.

Ramai daripada mereka yang dipindahkan berlindung di kira-kira 64 sekolah di enklaf pantai, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB dalam kemas kini terbarunya.

Bangunan terkenal yang musnah dalam serangan Israel termasuk empat menara besar dengan beberapa tingkat unit kediaman, katanya, sambil menambah bahawa sejumlah 159 unit rumah telah musnah manakala 1,210 telah mengalami kerosakan teruk.

Sumber: Al Jazeera
Krew Pertahanan Awam sedang berusaha memindahkan mangsa yang cedera selepas rejim Israel menyasarkan rumah-rumah di daerah Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Sumber: PALM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pasukan rejim telah menggunakan bom fosforus, senjata kimia yang diharamkan di peringkat atarabangsa dalam serangan udara mereka ke atas Semenanjung Gaza.

Sumber: PALM
2024/09/22 11:26:09
Back to Top
HTML Embed Code: