π”˜“β© Title : Adjacent
π”˜“β© Genre : #Romance #Comedy
π”˜“β© Author : liaisnotfine
π”˜“β© Status : OG

៚ Link : https://www.wattpad.com/story/392670425
✎ Blurbs :

Adjacent
(n.) next to or very near something; sharing a border or edge.


Dek kerana dia berada di dalam semester akhir, orang tua Yara Adhia memutuskan untuk tidak membawanya bercuti bersama. Protes? Sudah tentu. Nak-nak lagi bila dia terpaksa tinggal sendiri.

"Janganlah macam ni sayang. Okey macam ni, sepanjang sebulan ni mama bagi izin Dhia guna apartment Aiden yang dekat Mont Kiara tu."

Sebulan yang Adhia sangka indah bertukar menjadi bencana pabila berjiran dengan mamat perangai bajet bagus. Hari-hari ada saja nak cari masalah dengannya. Tambah-tambah lagi mereka belajar di tempat yang sama. Memang huru-haralah hidup Adhia dibuatnya.

"Apa bendalah anak dara bangun tengah hari buta. Naik berkulat rumah!"

Izz Rafael, manusia yang bertanggungjawab menghuru-harakan hari Adhia. Tak sah harinya kalau tidak melihat wajah cemberut dan tak puas hati gadis itu. Dengan perangai Adhia yang suka menjawab, memang memancing nakal seorang Izz la jawabnya.

"Kau ni kalau sehari tak menyakitkan hati tak boleh ke? Pergilah buat benda-benda yang boleh mendatangkan pahala." - Yara Adhia

"Benda yang boleh mendatangkan pahala? Contohnya tolong kutip spender kau yang tercicir ni?" - Izz Rafael

Hari-hari mereka berlalu seperti perang antara Rusia dan Ukraine. Tanpa mereka sedari, ada hati yang telah jatuh. Entahkan Adhia ataupun Izz, tidak pasti siapa yang telah tewas dalam perang hati.

π”˜“β© #malaystory .
π”˜“β© #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
π”˜“β© Title : Towards Raif Idris
π”˜“β© Genre : #SadRomance
π”˜“β© Author : ilynurna
π”˜“β© Status : OG

៚ Link : https://www.wattpad.com/story/392564117
✎ Blurbs :

"Bangun! Bangun sekarang!"

Hara kaku. Hati dia macam kena cucuk dengan pen merah. Suara itu keras dan kasar. Dah macam drill komando. Dia tak berani toleh.

"Maaf, Tuan!" sahut satu suara lelaki lain, panik.

Dia pusing perlahan.

Lah... ada sekumpulan pelajar SUKSIS tengah dalam formasi berlari. Salah seorang anak buah yang jatuh dan suara garau tadi rupanya milik ketua barisan. Wajah serius, uniform kemas, lencana tergantung di lengan kanan.

Itu kali pertama dia tengok Raif Idris. Presiden SUKSIS universiti.

Hara cepat-cepat kutip assignment dia, tunduk. Dia rasa macam dia yang kena jerkah tadi. Tapi sebelum dia berlalu pergi, sempat dia jeling. Raif pandang dia sekejap. Muka beku. Tak senyum langsung.

Tapi pelik, sejak hari tu... setiap kali SUKSIS berlatih, dia tunggu.

Dan makin lama, makin dia tunggu... Raif Idris.

[Raif Idris
Lelaki yang keras dan beku. Tinggi lampai, berwajah mempersona, cukup untuk buat seorang gadis menyimpan rasa suka bertahun lamanya. Tapi Raif bukan lelaki yang mudah jatuh hati. Baginya, cinta cuma sekali. Dan bila cinta itu pergi, dia percaya tidak akan ada gantinya. Dia tahu erti tanggungjawab. Dia tahu erti menjaga. Tapi cinta? Dia tidak pasti dia masih punya rasa itu.

Nurin Fahara
Baru melangkah ke dunia dewasa. Naif dan penuh harapan. Hidup baginya akan lebih indah jika bersama orang yang dia cinta. Tapi dia tak pernah tahu, mencintai tak semestinya akan dicintai semula. Dia tunggu. Dia bertahan. Hari demi hari, hanya luka dan sepi yang menjadi teman.

Dua dunia yang pernah berselisih jalan, kini dipertemukan semula. Bukan atas nama cinta, tetapi kerana takdir.
Dan takdir... tak pernah memilih yang mudah.

"Dia bukan perempuan yang dia cinta. Tapi mungkin... dia perempuan yang dia perlukan."]

π”˜“β© #malaystory .
π”˜“β© #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
π”˜“β© Title : Target
π”˜“β© Genre : #Mystery
π”˜“β© Author : whoaprel
π”˜“β© Status : C

៚ Link : https://www.wattpad.com/story/356309919

✎ Blurbs :

Menjadi buruan. Rahsia terbongkar. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

"Jangan beritahu siapa-siapa tentang apa yang ada dalam diri kamu."

π”˜“β© #malaystory .
π”˜“β© #recommended .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
π”˜“β© Title : Protect : Alya Radwa
π”˜“β© Genre : #Medical #Friendship #Romance
π”˜“β© Author : farhannrul
π”˜“β© Status : OG

៚ Link : https://www.wattpad.com/story/392768332
✎ Blurbs :

> "Seorang doktor. Seorang gadis yang dibuang keluarga. Dan satu pertemuan yang tak disangka β€” bila cinta hadir dalam waktu yang paling tak sesuai."

"Saya janji, abang… kalau abang sedar, saya akan basuh baju abang setahun. Saya tunggu abang. Jangan buat saya tunggu sia-sia." Farhan perlahan-lahan membuka matanya, dan Alya cepat-cepat menggenggam tangannya, air mata mulai menitis tanpa disedari.

Alya: "Abang... abang sedar... saya janji, saya akan basuh baju abang setahun, tapi jangan buat saya tunggu lagi."

Farhan: (terbatuk perlahan, suara serak) "Alya... saya... saya dengar."

Alya tergamam, mulutnya terkunci seketika. Dia tak tahu apa yang perlu dikatakan. Cuma hati dia yang berdebar-debar, penuh rasa syukur dan cinta.

Alya: (dengan suara gemetar) "Abang... saya tak peduli apa pun. Saya cuma nak abang selamat."

Farhan tersenyum lemah, masih dalam keadaan yang lemah, tapi cukup untuk memberi harapan. "Saya janji, saya takkan buat awak tunggu lagi."

π”˜“β© #malaystory .
π”˜“β© #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
π”˜“β© Title : Mengusik Jiwa
π”˜“β© Genre : #Romance
π”˜“β© Author : WannyAbdullah9
π”˜“β© Status : OG

៚ Link : https://www.wattpad.com/story/392589581
✎ Blurbs :

Cinta Antara Dua Darjat - Danish Rayqal baru balik dari London selepas menamatkan pengajian dalam business & law . Dia merupakan anak kepada Tan Sri Dato Dhia Azman pemilik empayar syarikat berjuta kontrak setiap tahun.
Seorang gadis gadis cantik , lemah lembut percakapannya yang bernama Nurin Iman. Dia bukan siapa-siapa. Cuma anak sulung dari keluarga yang bersederhana- maknya sakit, adik dua orang masih sekolah. Dia tangguh pengajian semata nak kerja dulu, tampung keluarga .
Maka akan terjadi bibit-bibit pertemuan antara dua hati menjadi satu jiwa .

Langit Kuala Lumpur petang tu mendung. Kereta sport hitam berkilat berhenti betul-betul depan pintu masuk bangunan kaca milik Dhia Holdings Berhad.
Keluar seorang lelaki berpakaian kasual tapi tetap nampak mahalβ€”kemeja putih separuh diselak lengan, jam tangan Rolex perak melingkar kemas di pergelangan. Rambut disikat rapi, senyuman selamba tapi mata... penuh rahsia.

Danish Rayqal, 26 tahun. Baru balik dari London selepas tamatkan pengajian dalam bidang Business & Law. Nama dia besarβ€”bukan sebab dia, tapi sebab bapak dia: Tan Sri Dato' Dhia Azman, pemilik empayar syarikat yang uruskan berjuta kontrak setiap tahun.

Tapi Danish? Dia nak hidup dia dulu. Nak "enjoy life", katanya. Pergi kelab, travel, kenal orang baruβ€”dunia belum puas dia rasa.

"Danish..." suara papanya garau dan tegas. "Papa tak hantar Danish belajar tinggi-tinggi semata nak tengok Danish merempit dengan masa. Syarikat ni tunggu pewaris. Kau anak tunggal."

Danish senyum senget. "Bagi Danish enam bulan. Lepas tu, I'll be the son you want. Tapi sekarang... bagi Danish jadi diri sendiri dulu."

Tan Sri Dhia pandang anaknya tajam. "In six months, Danish naik pejabat, atau papa jual nama Danish sekali dengan syarikat ni."

π”˜“β© #malaystory .
π”˜“β© #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
π”˜“β© Title : Ghost Hunters
π”˜“β© Genre : #Fantasy #Adventure
π”˜“β© Author : Hawariahazahari
π”˜“β© Status : OG

៚ Link : https://www.wattpad.com/story/392550633
✎ Blurbs :

Sekumpulan pemburu hantu yang dipimpin oleh Nadia, seorang wanita dengan kemampuan luar biasa untuk melihat dan berkomunikasi dengan roh, menyertai sebuah misi berbahaya untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman roh jahat yang menguasai tempat-tempat bersejarah. Bersama-sama dengan ahli-ahli lain yang memiliki kekuatan unik, seperti Ryan si penyelidik sejarah, Afiq pakar teknologi, Maya ahli ilmu hitam, dan Zach ahli fizik paranormal, mereka meneroka dimensi gelap yang penuh dengan misteri.

Namun, dalam perjalanan mereka, kebenaran tentang kematian adik Nadia yang misterius terungkap, dan mereka terpaksa berhadapan dengan ancaman yang lebih besar daripada yang mereka sangkakan. Ketika roh jahat dan makhluk gelap cuba menguasai dunia, adakah Nadia dan kumpulannya mampu untuk menghentikan mereka, atau akankah dunia ini jatuh ke dalam kegelapan selamanya?

Misi mereka bukan sekadar untuk menangkap roh jahat, tetapi untuk mencari kebenaran yang tersembunyi di balik misteri dunia yang tidak diketahui.

π”˜“β© #malaystory .
π”˜“β© #recommended .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
π”˜“β© Title : Griselda
π”˜“β© Genre : #Fantasy
π”˜“β© Author : hazeladaline
π”˜“β© Status : OG

៚ Link : https://www.wattpad.com/story/360274915
✎ Blurbs :

Clara Emily, yang lebih dikenali sebagai Clara, menjalani kehidupan yang penuh kebahagiaan bersama ibunya. Namun, kebahagiaan itu tergoncang apabila ibunya jatuh sakit dengan penyakit kronik yang tiada penawarnya. Di penghujung hayatnya, ibu Clara memohon satu permintaan terakhir untuk Clara menyerahkan sebuah surat kepada seorang kawan lamanya.

Dalam perjalanan yang tidak disangka, Clara tiba di dunia fantasi yang penuh misteri dan bahaya. Bersama adik-adiknya, Erland dan Sandra, Clara terpaksa menavigasi dunia yang asing dan penuh teka-teki untuk mencari penerima surat yang tidak pernah disangka. Namun, perjalanan itu membawa Clara kepada penemuan mengejutkan tentang dirinya yang sebenar

"Tapi Clara lain. Dia ada kaitan dengan dunia kami," King Kaiser Alaric.

Dalam menunaikan permintaan ibu yang terukir di sehelai kertas, fikiran Clara kian bercerlaru. Pengembaraannya membuka pintu kepada seribu satu persoalan, tentang dirinya, dan dunia yang kewujudannya tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

Namun, di tengah pencariannya, muncul Queen Isla Juliet yang membawa amarah lama yang belum padam, menyerang Therondia demi dendam yang terbuku bertahun-tahun.

"Dendam apa lagi yang kau bawa? Tak cukup apa yang telah buat pada kakak ku, Roselle?" Queen Aressea Belarin.

Queen Isla Juliet tidak berputus asa. Dia akan mencapai apa yang diidamkannya selama ini.

"Aku, Princess Odessa Leona, puteri kepada King Kaiser Alaric, bersumpah menyerahkan kerajaan Therondia kepada Queen Isla Juliet," Princess Odessa Leona.

Keadaan serta-merta menjadi huru-hara, seperti badai yang menanti saatnya untuk melanda.

Apakah yang berlaku kepada Princess Odessa Leona? Dendam apa Queen Isla Juliet ingin membalas? Dan...siapa sebenarnya Clara?

π”˜“β© #malaystory .
π”˜“β© #recommended .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
2025/04/16 04:26:09
Back to Top
HTML Embed Code: