LIVE PELUNCURAN BUKU GRAVITI AL-QURAN

InsyaAllah, saya akan adakan sesi siaran langsung (LIVE) di Facebook untuk meluncurkan buku saya, Graviti Al-Quran : Temui Diri Di Sebalik Ruang dan Masa, pada pendetailan berikut :

Hari : Jumaat, 29 Mac 2024
Waktu : 10.00 am - 11.30 am
Tempat : Astaka Fikir, Bandar Baru Bangi

Slot berbentuk soal jawab dan penerangan mengenai buku, yang akan diaturcara oleh seorang moderator.

Siaran langsung akan disiarkan di facebook saya : https://www.facebook.com/syamil.esa

Dijemput bagi yang berdekatan untuk hadir secara bersemuka. InsyaAllah stok buku juga akan dihadirkan ketika peluncuran, bagi siapa yang ingin membeli.

Wassalam wbt.
Daripada aturan seluruh semesta, kepada satu kalimah "kun"

Setiap titik peluh, wang ringgit, jerih payah, sedih dan duka, dalam melalui perjalanan kehidupan, hakikatnya adalah proses pemahaman, fasa demi fasa, bagi menggapai makna dan hakikat, bahawa kesemua aturan alam berada pada satu paksi, kalimah keramat, "Jadilah" maka jadilah ia.

Kematangan ruh bergantung kepada sejauhmana ruh menanggapi bahawa asal hubungannya bukan pada lingkungan alam material, bukan juga semata lingkungan alam non-material, tetapi suatu alam ketuhanan, yang di luar perkiraan material atau bukan material.

Sejauhmana ruh menanggapi ghaib mutlak, sejauh itu ia makin menyedari hakikat kewujudannya, dan mengenali tabiat tadbir Tuhannya.

Perjalanan hidup, dari titik kepelbagaian kepada titik kesatuan.

ألا إلى الله تصير الأمور
Khatam Dalam Qiam Sempena Nuzul Quran

InsyaAllah pada malam ini akan dianjurkan qiamullail jamaie sempena malam Nuzul Quran, di Surau Ar-Rahmaniah, Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang.

Bermula jam 2 pagi, dijangka selesai pada 5.30 pagi.

Sahur disediakan bagi yang berminat.

Bacaan daripada juzuk 28 hingga tamat juzuk 30.

Dijemput hadiri bersama, untuk iktikaf juga dibenarkan. Sama-sama kita semarakkan bulan ibadah.

Kalau bukan bulan ini, bila lagi ?

Wsalam wbt.
"Satu juzuk qiam tak rasa apa dah ustaz"

Itulah seloroh salah seorang jemaah qiam di surau pagi ini. Setelah melalui kebiasaan dalam qiam sejuzuk, dan pada semalamnya telah melalui qiam 3 juzuk, hari ini beliau merasakan kesannya secara fizikal dan mental, bahawa 1 juzuk tidaklah begitu memenatkan.

Ya, itulah hakikatnya.

Kita bukan tidak mampu, tetapi kita cuma tidak mahu.

Orang yang mahu akan ditambahkan keyakinan oleh Tuhan, berbentuk pelbagai sokongan dan pembuktian, bahawa segala alasan selama ini hanyalah tipudaya nafsu yang mengongkong diri untuk berdiri di hadapan Tuhan.

"Wahai orang yang berselimut, bangunlah pada waktu malam kecuali sedikit (masa untuk berehat)" - Surah Al-Muzzammil, ayat 1-2
Forwarded from PEMIKIR (Channel)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
100 TAHUN TAJDID & RISALAH PERADABAN

Nabi Muhammad telah menyatakan bahawa setiap 100 tahun akan lahirnya mujadid umat dengan membawa usaha tajdid.

Wujud beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan. Mengapa perlunya mujadid? Apakah kerangka tajdidi yang dibawa? Adakah tugasan mujadid bagi umat ini?

Ketahui isu ini secara lebih mendalam di dalam Majalah Akal Wahyu edisi khas Memperingati 100 Tahun Kejatuhan Khilafah.

Dapatkan melalui pautan link di bawah:
https://ezy.la/AkalWahyuEdisi100Tahun
Forwarded from Ismaweb.net
Pelaku hina agama patut dikenakan hukuman takzir

Usahawan popular berulang kali cetus kontroversi dengan video keterlaluan


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 22 Ramadan 1445H, Selasa - Individu yang menghina agama Islam terutama di bulan suci Ramadan sewajarnya segera ditahan pihak berwajib dan dikenakan hukuman tegas.

Setiausaha Agung Muafakat Ilmuan Islam (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa berkata, pihak berkuasa tidak boleh berkompromi ke atas pesalah yang jelas menista agama secara berulang kali.

“Orang begini patut ditangkap, dirotan dan dihukum secara takzir kerana menyebarkan kandungan tidak senonoh di khalayak ramai.

“Apatah lagi ketika umat Islam sedang berpuasa dan menghidupkan ibadah di 10 malam terakhir,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas klip video single terbaharu usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri berjudul ‘Love Raya’ yang memaparkan aksi lelaki menari dan berpakaian secara tidak senonoh.

Rata-rata warganet termasuk ibu kepada usahawan tersebut, Rozita Ibrahim turut menyatakan kemarahan atas klip video kontroversi itu.

Ini kerana, konsep video diterbitkan Aliff saban tahun seringkali memaparkan aksi keterlaluan, tidak bermoral dan tersasar daripada akhlak seseorang yang beragama Islam.

Susulan itu, Aliff menyatakan berkecil hati dengan teguran itu, namun dia mengambil keputusan memadam video berkenaan daripada media sosial miliknya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Khatam Qiam Malam 27 Ramadan

InsyaAllah malam ini di Surau Ar-Rahmaniah, Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang, akan mengadakan qiamullail khatam Al-Quran bermula jam 2 pagi hingga 5.30 pagi.

Bacaan juz 28, 29, dan 30.

Dijemput meraikan dan iktikaf seisi keluarga. Sahur disediakan seadanya, digalakkan juga membawa juadah dan sebarang bentuk makanan ringan sebagai 'R & R' para makmum ketika rehat antara tahajjud.

Wassalam wbt.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Allah menerima amalan kita semua dan menggolongkan kita dari kalangan mereka yang bertaqwa.

Wsalam wbt
ثم أنشأناه خلقا آخر .. فتبارك الله أحسن الخالقين

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga madrasah Ramadan menjadikan kita makhluk yang baharu. Sesuai dengan sunnah-Nya dalam membina satu proses perpindahan dalam tempoh tertentu, untuk mengubah sesuatu makhluk menjadi makhluk yang lain.

Makhluk yang baharu, dengan memori ibadah yang baharu, pengalaman ubudiyah dan ketundukan yang baharu, teman-teman amalan soleh yang baharu, frekuensi memahami isyarat Al-Quran yang baharu, sekaligus menjadikan seseorang manusia itu kembali kepada status fitrahnya, seperti seseorang yang lain dari sebelumnya.

Hayati perpindahan ini, kita akan syukuri betapa besarnya nikmat Ramadan, dan tingginya erti Aidil Fitri.

أمن هو قانت آناء الليل ساجدا وقائما يحذر الآخرة ويرجو رحمت ربه قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون إنما يتذكر أولوا الألباب

Wassalam wbt.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Terkadang kita gemar meraih perhatian makhluk berbanding meraih redha Allah SWT sang pencipta. Maka, adakah kita tahu apakah kesannya kepada hati kita?

Dengarkan sebuah pesanan daripada ulama' salaf Abu Ubaidah Al-Qassim bin Salam tentang sebuah kaedah bagaimanakah cara kita mahu mengetahui kadar kedudukan kita di sisi Allah SWT.

Bagi sesiapa yang berhajat untuk sama-sama membantu MUIS seperti dinyatakan di atas boleh salurkan ke akaun:

Bank Rakyat
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam
1102 2570 59
--------------------------------------------
Ikuti
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS : https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS : https://bit.ly/muisTV
Tiktok MUIS : https://bit.ly/TTmuis

#kalamsalaf
#MuafakatImuanIslam
Isu khurafat dan saintifik

Hukum asal sesuatu ibadat adalah taabbud tanpa melihat kepada makna dan sebab.

Hukum asal sesuatu adat adalah taaqqul yakni melihat kepada makna, tujuan dan sebab musabbab.

Mana-mana perkara yang dibuat tanpa taaqqul, wajah taabbudnya akan zahir, dari situlah datangnya khurafat, bid'ah dan amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik dan seumpamanya.

Adapun jika perkara itu difahami wajah sebab musababnya, difahami tujuan dan maknanya, dalam masa yang sama sebab, makna dan tujuan itu diizinkan syarak, maka wajah taaqqulnya akan zahir, dan hilanglah padanya sifat bid'ah, khurafat dan syirik.

Wallahua'lam bissawaab.
Sekilas pandangan terhadap merenjis air ruqyah ke kereta

Saya melihat ada pelbagai sudut yang dibahaskan dalam perihal ini, ada yang mengharuskan, dan ada yang mengharamkan, ada pula tidak mengharamkan tetapi tidak menggalakkan. Saya cuba merungkai beberapa permasalahan ini dari kerangka syarak :

"Merenjis air ruqyah kepada kereta DIHARUSKAN dengan wujudnya pelbagai kaedah, dalil dan jalan kira, SELAGI ia tidak dijadikan kelaziman (kemestian) dan tidak pula diangkat menjadi syiar dalam agama"

Bilakah ia menjadi bid'ah ?

Apabila amalan itu dijadikan kemestian dan syiar (suatu lambang kepada agama), ia boleh berpindah daripada hukum harus kepada hukum bid'ah kerana mengada-adakan satu syiar yang bukan daripada agama.

Syiar agama seperti akikah, korban, tahnik dan seumpamanya adalah amalan yang wujud dalam syariah secara nas hadis yang soreh. Ia sememangnya perlu dimasyhurkan dan diangkat sebagai syiar dalam agama.

Selain daripada syiar yang diwarisi secara nas, perkara lain yang walau ia sabit secara 'qias', tidak boleh diangkat sebagai syiar seperti "menyambut kehadiran kereta baharu secara khusus dengan upacara yang khusus" dan diwar-warkan kepada seluruh pelusuk masyarakat perkara ini.

Selagi ia tidak masuk dalam kategori syiar, ia kekal dalam ruang lingkup HARUS.

Bilakah ia menjadi khurafat dan tahyul ?

Apabila amalan itu tidak difahami sebab musababnya, dan tidak pula difahami sudut 'logika' sesuatu amalan. Logika sesuatu amalan pula boleh difahami dari pelbagai ilmu, dalil, dan riwayat serta pengalaman.

Jika ada dalil syarak, lalu dijadikan masalah merenjis ini sebagai qias, maka selesailah logikanya secara syarak.

Jika ada suatu catatan ilmiah dan pengalaman bahawa perkara ini memang memberi kesan yang berbeza dengan jika tidak dilakukan perkara ini, maka selesailah logikanya secara adat kebiasaan.

Islam menerima segala perkara yang dilakukan berasaskan ilmu, dan menolak perkara yang berasaskan dakwaan, sangkaan, tekaan dan teka-tekaan.

Apakah kategori amalan merenjis air ini ?

Kategorinya adalah kategori 'bertabarruk' (mengambil keberkatan orang soleh), 'mengambil sebab' dan 'tafaa'ul' (optimis) sahaja, dan ia adalah SALAH SATU daripada RIBUAN sebab mengapa sesebuah kereta itu boleh selamat dari sebarang bala, kecelakaan atau kemalangan.

Ia tetap tidak sempurna tanpa kemahiran pemandu membawa kereta, pematuhan kepada undang-undang lalu lintas, serta pemanduan berhemah para pemandu.

Dalam fiqh, apabila seseorang bayi itu di-akikah-kan, antara galakannya kepada kambing yang di-akikah-kan itu adalah tidak memotong tulang-tulangnya, sebagai satu bentuk 'optimis' bahawa akhlak bayi itu akan baik, dan anggota badan bayi itu juga sempurna.

Walau demikian, ia tetap hanya sebagai SALAH SATU sebab musabab sahaja, tanpa dinafikan PELBAGAI SEBAB lain boleh menjadi faktor pembentukan peribadi bayi itu pada masa depan.

Adakah boleh kita merenjisnya setiap hari dengan bacaan air yasin dan ruqyah ?

Apabila perkara yang sangat kecil persennya diutamakan, berbanding sebab musabab yang lebih besar, ia boleh dimasukkan dalam kategori MELAKUKAN PERKARA YANG SIA-SIA dan dikhuatiri boleh membawa kepada KHURAFAT dan TAHYUL.

Wallahua'lam bissawaab.
----
Ikut catatan saya di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
InsyaAllah buku Graviti Al-Quran akan dijual di PBAKL kali ini, boleh dapatkan di reruai Pustaka Taybah di 3149-3150.

Saya akan hadir di sana dalam sesi bersama Penulis pada Ahad 26 Mei & 2 Jun pada 11 tengahari hingga 3 petang.

Jemput hadir.
The one who learns from anything, is the teacher for everything.
InsyaAllah saya akan ke PBAKL di reruai Pustaka Taybah, di Dewan Tun Razak, pada Ahad ini dan Ahad depan.

Siapa perlukan pencerahan mengenai apa yang saya tuliskan, dialu-alukan untuk hadir.

Graviti Al-Quran punyai latar belakangnya tersendiri, ia adalah suatu memori yang disingkap setelah berlalunya masa selama hampir 7 tahun yang lalu, di mana idea itu mula berputik.

Selamat membaca dan menerobos alam realiti, dan mencerap alam hakiki.
Sebahagian yang dibeli di PBAKL, catatan Dr Mustafa Mahmud

Mungkin ramai tidak tahu, bahawa antara yang membentuk cara fikir saya adalah Al-Marhum Dr Mustafa Mahmud.

Buah fikirannya mendalam, dikenali seorang yang menghubungkan sains dan Al-Quran, pernah menjadi 'free-thinker' dan seakan 'tidak percayai Tuhan' lalu Tuhan sapa beliau dengan satu teguran halus, hingga menjadikan beliau kembali kepada hidayah dan pertahankan ketinggian akidah, makna ketuhanan, dan Al-Quran daripada segala syubhat ateisme dan materialisme.

Buku 'Hiwar Ma'a Sodiqiy Al-Mulhid' (Dialog Bersama Sahabatku Yang Ateis), menjawab segala syubhat dan lontaran sebagai seorang ateis terhadap persoalan ketuhanan, dengan jawapan-jawapan mantiq dan akli, cukup untuk mentuntas pelbagai persoalan dari sudut yang berbeza, yang boleh memuaskan kehendak hati.

Buku-buku ini hanyalah sebahagian dari catatan beliau. Ada satu buku namanya 'As-Sirr Al-A'dzom' yang berkisar tasawwuf dan kesufian, cumanya dah habis di kedai itu.

Wallahua'lam.
Cari Tuhanmu, dengan menjadi dalil-Nya

Engkau sangka mencari Tuhan itu suatu perjalanan peribadi, sendiri, satu hala, dan seorangan.

Hakikatnya perjalanan itu, pada peringkat permulaan mungkin dilihat kita menimba, menadah, menyerap dan menghadap.

Sampai suatu masa, Tuhan akan minta kita lalui satu fasa pencarian yang baharu. Ketika itu engkau akan diminta menjadi petunjuk-Nya, memandu manusia kepada-Nya, mencerminkan kasih sayang-Nya, dan mengungkap rahmat-Nya dengan caramy yang tersendiri.

Ketika itu engkau akan mula tertanya, adakah ketika itu engkau masih dalam pencarian, atau sudah menemukan makna ketuhanan ?

Hakikatnya, dirimu ketika itu sudah mula menjadi sebahagian dalil-Nya, dimudahkan menjadi lampu-Nya, dipilih menjadi sebahagian hidayah-Nya.

Pencarianmu ketika itu berpindah daripada mencari dan mencerap, kepada merasai dan menghadap, daripada rasa keseorangan kepada rasa keterikatan, mungkin engkau menyangka dirimu keseorangan dengan Tuhan, tetapi Tuhan merasakanmu kebersamaan dengan tadbir dan aturan-Nya yang menyebarkan rahmat dan kasih kepada hati-hati manusia.

Dahulu engkau menaruh penuh harapan, hari ini engkau memberi harapan. Dahulu engkau penuh gelisah, hari ini engkau yang memandu manusia agar sentiasa rasa berserah.

Lalu engkau mula terfikir, adakah aku masih mencari cahaya, atau aku sudah menemukannya?

Ketahuilah selagi engkau bergelar hamba, selagi itu paksi ketuhanan akan melayarkan lingkarannya agar engkau sentiasa berlari dan mencari.

Jika begitu, apakah maknanya semua ini?

Ya, kini engkau akhirnya akan fahami, kita menuju Cahaya, dengan menjadi cahaya.

"Cahaya atas cahaya", Surah An-Nur, ayat 35

Wallahua'lam bissawaab.
'Childfree marriage' adalah isu persoalan kewujudan (existential question) yang gagal dijawab atau difahami dengan baik

Siapakah kita?
Kenapa kita wujud di sini?
Ke mana kita akan pergi?
Apakah peranan kita di alam ini?


Persoalan-persoalan ini jika dijawab dengan baik, akan membuahkan pelbagai penyelesaian kepada persoalan-persoalan lain, berbentuk makna kehidupan, kemajuan, dan falsafah kebahagiaan.

Persoalan kewujudan hakikatnya bukanlah mampu dijawab dengan hukum-hakam fiqh secara juz'ie, kerana perkara juz'ie itu mudah di-halal-kan dengan sekelumit sebab dan jalan kira yang rasional.

Persoalan kewujudan berdiri atas satu tasawwur dan konsep kehidupan yang berasaskan hubungan manusia dengan Tuhan, dan hubungan manusia sesama alam.

Gagal menjawab persoalan kewujudan, akan menatijahkan jawapan-jawapan yang mungkin dilihat rasional dan syar'ie, tetapi ia tetap tidak dapat lari bahawa ia sedang bergerak bertentangan dengan tabiat kewujudan yang ia sedang hidup di dalamnya.

Semakin lama ia gagal dalam persoalan ini, semakin terhakis padanya sifat kemanusiaannya yang sebenar, yang menjadi pemain utama dalam kewujudan ini.

"Ketahuilah bagi-Nya itu penciptaan dan peng-arah-an, Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam" - Surah Al-A'raaf, ayat 54

Wallahua'lam bissawab.
2024/06/26 04:16:49
Back to Top
HTML Embed Code: