Telegram Web Link
Satu Al-Quran, Satu Malam

Apabila melihatkan kejayaan para penghafaz Al-Quran berjaya melakukan syahadah yakni hafazan Al-Quran sehari sekaligus, ada yang timbul persoalan, tak penat ke?

Saya menjawab :

"Tiada yang mengetahuinya (nikmatnya) melainkan sesiapa yang pernah merasa nikmatnya"

Saya bercita-cita menggapai sunnah Uthman RA yang membaca satu Al-Quran dalam satu rakaat witir. Dikatakan beliau tidak solat malam selain witirnya itu pada malam itu.

Justeru saya ingin mencadangkan inisiatif bagi para huffaz, bagi meletakkan satu pencapaian bacaan penuh Al-Quran dalam solat satu malam, sebagai satu tanda aras kejayaan seseorang dalam menjaga hafazannya terhadap Al-Quran.

Jika idea ini mendapat sambutan, akan ada fenomena besar-besaran yang disambut oleh pelbagai pihak bagi memuliakan Al-Quran dan ahli-ahlinya.

Jika pemain bolasepak ada 'piala dunia', pelumba kereta ada 'Le Mans', pemain catur ada permainan tahap dunia, pelari marathon ada Ultrathon, bagi saya ahli Al-Quran juga perlu ada tahapan yang tinggi yang boleh dikejar dan diraikan.

Saya cuba namakan majlis itu sebagai Malam Ultrahifzi Al-Quran, dengan bacaan Al-Quran dimulakan seawal solat Maghrib, dari awal Juzuk 1, selepas iftar, disambung dengan solat Isyak, dan melalui tarawih sebanyak 8 rakaat, hingga berakhir khatam juzuk 30, pada 15 minit sebelum Subuh untuk sahur.

Dibuat pada malam Nuzul Quran, di tempat di mana para huffaz berkumpul meramaikan, menyemak dan mengulang bacaan mereka.

Demi Allah, jika ia boleh dilakukan, itulah salah satu taman-taman syurga, paling tidak buat ahli Al-Quran.

Adakah siapa yang berminat ?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sedikit perkongsian mengenai kesimpulan ayat-ayat mutasyabihat dalam Al-Quran mengenai sifat-sifat Allah.
Kalam ulama bukan sembang kedai kopi

Ya benar, kalam manusia memang tidak maksum.

Namun guru saya beri satu kaedah, untuk difahami para umat Islam dalam berinteraksi dengan kalam ulama.

Pendapat ulama tidak maksum, namun kadar ketepatannya lebih besar daripada pendapat kita.

Ulama mempunyai jalan kiranya yang sudah kukuh, semua yang dibicarakan ada hujjah dan kaedah tersendiri. Mereka tidak memetik-metik nukilan orang kemudian dipegang seperti pandangan muktamad melainkan disaring dengan kaedah dan prinsip mazhabnya.

Atas asas itu maka ijtihad mereka, mana-mana pun ia pergi, ia tetap dikira dalam lingkungan kebenaran dan mendapat pahala. Ketepatan dan ketidaktepatan hanya berputar sekitar titik yang sahih atau lebih sahih sahaja.

Jadi jika nak dibandingkan, seorang yang biasa cakap benda yang betul, dengan yang biasa cakap merapu, ibarat mempercayai persaksian kanak-kanak berbanding orang dewasa yang dipercayai.

Beza antara orang yang baru graduasi daripada kepakaran dalam bidang tertentu, dengan orang yang sudah lama menjadi pakar pun sudah berbeza kerana pengalamannya, mendarah dagingnya dalam sesuatu bidang, apatah lagi orang yang tidak duduk dalam bidang itu.

Membakulkan semua pandangan ulama seperti pandangan orang biasa adalah satu kebiadaban terhadap pewaris Nabi SAW, dan kezaliman terhadap ilmu itu sendiri.

Atas asas itulah, dalam ilmu usul fiqh, dalil syarak bagi para ulama adalah Al-Quran, Sunnah, Ijmak, Qiyas, dan semua dalil-dalil yang boleh diterima. Adapun bagi orang awam, dalil syarak mereka adalah pandangan mujtahid (ulama).

Membuka ruang kritikan kepada para mujtahid (ulama) yang muktabar di medan awam, sama seperti mengkritik Al-Quran dan Sunnah di medan awam.

Jika bukan kerana mereka, siapakah yang akan sampaikan agama ini kepada kita?

Wallahua'lam bissawaab.
Niat menentukan kesudahan dan pengakhiran, keyakinan adalah anugerah sepanjang perjalanan

1. Kita bermula dengan cita-cita di pengakhiran, dan kita berakhir dengan apa yang kita cita-citakan di permulaan.

2. Perkara utama yang paling asasi dalam hidup adalah di mana kita meletakkan kehendak kita.

3. Di situlah terletaknya penghujung kita.

"Sesungguhnya setiap amalan itu (diukur) berdasarkan dengan niat. Dan setiap manusia akan mendapati apa yang diniatkannya" - HR Muslim

4. Niat perlukan pembuktian. Lalu Tuhan akan datangkan ujian dan cabaran bagi membuktikan adakah niat itu benar, atau sekadar dakwaan.

5. Atas jalan itu wujudnya mujahadah, iaitu suatu medan pertempuran antara jiwa yang murni dengan hawa nafsu, dan syaitan serta tentera-tenteranya.

6. Dalam mengharungi medan jihad, pelbagai persiapan perlu dilakukan, sebagai pelindung, tentera dan benteng bagi mempertahankan 'niat' dan 'kehendak' yang dipegang dari awal perjalanan.

7. Manusia yang paling mengetahui selok-belok jiwa, akan menjadi manusia yang paling bersedia mengharungi medan mujahadah.

8. Mukmin yang mati mempertahankan kehendak dan niatnya, akan dikira sebagai syuhada', yakni kematiannya adalah saksi kepada ketulusan dan kejujurannya dalam 'kehendak' dan 'niatnya' untuk dihadapkan di hadapan Allah SWT.

9. Tingkatan kejujuran dan ketulusan dinilai berdasarkan besarnya ujian dan cabaran yang dilalui. Atas sebab itu manusia yang paling besar ujiannya adalah para anbiya' AS, kemudian manusia yang seterusnya dan seterusnya (berdasarkan keimanan).

10. Kesemua ujian yang dilalui adalah ibarat 'syahadah' (persaksian demi persaksian) yang hanya mengesahkan bahawa ia telah lulus, ia telah disaksikan, ia telah terbukti, bahawa ia kekal dalam niat dan kehendaknya.

11. Apabila ia lulus suatu ujian, Allah SWT akan berikan ia satu anugerah yang tidak diberi kepada orang selain mereka, iaitu anugerah sebuah 'keyakinan'. Semakin banyak ujian yang dilalui, semakin bertambah 'keyakinan' yang diberikan.

12. Orang lain akan pelik bagaimana mereka boleh menempuh ujian dan cabaran yang besar, tetapi mereka tidak memahami hakikat bahawa ia tidak akan mampu dicapai melainkan dengan 'keyakinan' yang telah terbina selama ini, sebelum ini, yang terangkum dalam perjalanan kerohanian yang panjang.

13. Manusia hanya perhatikan pencapaian luaran, tetapi tidak ramai yang memerhatikan pencapaian dalaman.

14. Sedalam-dalam manusia adalah keinginannya, dan yang meneguhkannya terhadap pilihannya itu adalah keyakinannya.

15. Manusia hakikatnya melalui fasa-fasa pembuktian ini samada sedar atau tidak.

16. Jika mereka memahami, mereka akan sampai kepada titik permasalahan mereka adalah pada ketulusan kehendak, kemudian pada cukupnya keyakinan.

"Sembahlah Tuhanmu, hingga sampai kepadamu Al-Yaqiin' - Surah Al-Hijr, ayat 99

Wallahua'lam

---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Forwarded from PEMIKIR (Channel)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
MAJALAH AKALWAHYU EDISI KHAS PALESTIN

Bagi memperingati Taufan al-Aqsa yang telah berlangsung lebih dari 100 hari, PEMIKIR bersama Dunia Palestin telah menerbitkan sebuah e-majalah khas Palestin.

Sebuah e-majalah yang membicarakan konflik di Palestin dengan kaca mata pertembungan tamadun dan falsafah pemikiran.

Penulisan yang padat dengan perbincangan ilmiah daripada para sarjana dan penyelidik yang terus memerhatikan isu Palestin tanpa henti.

Dapatkan segera dengan infaq serendah RM10 melalui pautan di bawah:

ezy.la/emajalahakalwahyu

—————————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

#peradaban
#falsafah
#pemikir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah tujuan kita mempelajari ilmu tauhid dan tasawwuf? Ikuti perkongsian berkaitan sebuah pesanan daripada Imam Junaid Al-Baghdadi tentang 5 perkara yang akan menghilangkan sifat ego seorang hamba.

Untuk menyumbang kepada aktiviti-aktiviti kami :

Bank Rakyat
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam
1102257059

------------------
Ikuti
Web MUIS : muis.org.my
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0
Ibrah Utama Israk Mikraj

Difardhukan padanya solat. Disisip perjalanannya dengan makna-makna agung perjuangan dan jihad.

Memberikan makna ringkas terhadap hakikat kehidupan :

"Tujuannya menghadap Tuhan. Jalannya adalah perjuangan."

Semoga peristiwa ini memberi makna yang besar dalam kewujudan kita.

Wallahua'lam bissawaab.
Tahun Baru Cina, perayaan kebudayaan yang mempunyai saki-baki kepercayaan

1. Ada beberapa persoalan yang timbul baru-baru ini berkenaan perayaan Tahun Baru Cina. Saya kira wajar untuk diteliti semula pandangan syarak dalam isu perayaan.

2. Secara jelas dan sareh, seorang muslim tidak boleh menyambut perayaan berasaskan keagamaan selain Islam, kerana ia ibarat mengakui keabsahan agama itu.

3. Namun jika ia adalah semata-mata budaya, adakah ia boleh ?

4. Adakah seseorang muslim boleh menyambut perayaan yang berunsurkan kebudayaan ?

5. Bagi memberi respons kepada jawapan ini, suka untuk saya menyatakan bahawa mana-mana perayaan pasti ada sejarah dan asal usulnya.

6. Jika sejarah itu adalah memperingati peristiwa tertentu, maka ia tidak syak lagi bahawa ia adalah harus, seperti ulangtahun baru, perayaan maulid, hari kemerdekaan dan seumpamanya. Sambutan itu dilakukan bagi menzahirkan kegembiraan bagi mana-mana masyarakat.

7. Jika dilihat kepada sejarah Tahun Baru Cina, terdapat sumber yang menyatakan ia berkaitan dengan pemujaan dewa-dewa tertentu, juga tuah dan malang, yang dipercayai pada hari-hari awal tahun baru cina.

8. Atas sebab itu, walaupun pada hari ini kita melihat ia dalam kerangka kebudayaan orang Cina semata-mata, namun ia tetap tidak terpisah dengan beberapa kepercayaan dan ritual-ritual tertentu yang hanya berlaku ketika sambutan tahun baru cina.

9. Untuk menyatakan ia bersih daripada sebarang kepercayaan yang rosak, adalah amat sukar.

10. Jadi, hukum menyambutnya boleh berubah daripada 'harus' kepada 'tidak harus'. Namun pastinya ada tahapan adakah ketidakharusan itu secara satu darjat, atau banyak tahapannya.

11. Saya berpandangan jika seseorang itu tiada apa-apa kepentingan keluarga, saudara-mara, sahabat handai, jiran atau kapasiti sebarang seorang pemimpin kepada semua kaum, atau yang seumpamanya, maka baginya, menyambut perayaan ini boleh dianggap 'tidak wajar'.

12. Jika ia punyai kaitan saudara-mara, jiran, sahabat dan seumpamanya, maka menyambutnya hanya pada kadarnya sahaja. Tidak sampai kepada membayar sejumlah wang untuk upah tarian singa, memberi angpau secara berlebihan, atau menghadiri sebarang upacara-upacara perayaan atau aktivitinya dengan lengkap dan bersungguh.

13. Sambutan perayaan ini pula hanya lebih kepada menjaga hati dan berlaku ihsan sahaja, bukanlah benar-benar meraikan kegembiraan atas kehadiran tahun baru cina yang dilatari pelbagai kepercayaan yang bercanggahan dengan akidah Islam.

14. Jika ada seorang muslim yang bersuka hati mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina', tanpa sebab-sebab di atas, maka saya kira ia telah melakukan sesuatu yang tidak wajar, dan ia telah memasuki satu perkara yang tidak kena mengena dengannya.

15. "Di antara kesempurnaan keislaman seseorang itu adalah, ia meninggalkan apa yang tidak berkaitan dengannya' - Hadis Nabi SAW

Wallahua'lam bissawaab.
----
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Manusia melihat dengan jiwanya

إن كلماتنا تظل عرائس من الشمع، حتى إذا متنا في سبيلها دبت فيها الروح وكتبت لها الحياة

"Sesungguhnya kata-kata kita akan kekal menjadi anak-anak patung yang dibuat daripada lilin, hinggalah apabila kita mati (sebagai korban) di jalan memperjuangkannya, ketika itu akan tertiup roh ke dalam anak patung itu, dan tertulislah padanya sebuah kehidupan" - As-Syahid Syed Qutb dalam tulisannya Dirasat Islamiah

Bagi para mujahid, fasa kejelasan agenda dan matlamat hanyalah satu langkah permulaan. Fasa seterusnya adalah fasa pertarungan dan pengorbanan, di mana pada ketika itu 'idea' dan 'agenda' yang diperjuangkan akan membida harganya, berkadaran dengan bilangan korban yang diperuntukkan.

من عرف قيمة ما يطلب هان عليه مقدار ما يبذل

"Barangsiapa yang mengetahui nilai apa yang diminta, pasti akan hina baginya harga yang perlu dibayar" - Pepatah Arab

Ketinggian harga sesebuah 'risalah' yang dibida itulah yang akan menunjukkan wajah murni dan keindahannya di sisi masyarakat awam.

Ketika itu manusia akan tertanya-tanya, mengapa mereka sanggup membayar sesuatu perjuangan dengan harga yang mahal, hingga menjadikan mereka mengkaji, meneliti, membaca dan menyoroti satu persatu perjuangan dan kehidupan para pejuang hingga membawa kepada penerimaan organik yang tertanam dalam jiwa masyarakat.

Mesej dakwah bukan lagi dihebahkan oleh media-media khas anjuran badan-badan dakwah, tetapi ia disebarkan oleh para pempengaruh, artis, media sosial pelbagai peringkat, hingga menjadi arus yang mendokong dan membenarkan serta memenangkan agenda ini.

Kadar penerimaan terhadap sesuatu kebenaran bergantung kepada kekuatan jiwa.

Semakin kuat, tulus dan suci sesebuah jiwa, semakin mudah ia menerimanya, dan semakin kurang ia memerlukan dokongan pembuktian lain terhadap sesebuah kebenaran.

Kisah Abu Bakar As-Siddiq RA membenarkan Rasulullah SAW dalam Isra' Mikraj adalah contoh yang mudah difahami, bahawa kemurnian jiwa Abu Bakar RA menuntunnya untuk memperakui sesebuah kebenaran tanpa sebarang dalil dan petunjuk sokongan selain daripada kebenaran susuk tubuh baginda SAW.

Demikianlah juga mana-mana manusia, penilaian sebenar bukanlah dinilai dengan statistik, logika akal dan pengetahuan semata-mata, ia adalah suatu penilaian struktural yang bersangkut paut dengan kemurnian jiwa dan ketulusan hati, untuk menanggapi satu perkara yang tinggi dan murni.

Oleh itu, sesuatu kebenaran memerlukan faktor lain bagi menunjukkan 'wajah kebenarannya' di mata manusia. Bidaan terhadap harga hingga boleh dilihat sebagai murni, tinggi, bermaruah dan berwibawa perlu dilakukan, dan mesti dibuktikan.

Ia adalah sunnatullah dalam mana-mana perjuangan kebenaran.

Hakikatnya bidaan harga itu (pengorbanan para pejuang) itu adalah lambang manifestasi rahmat Allah SWT terhadap para hamba-Nya, yang hanya mampu menanggapi kebenaran dengan bentuknya yang sudah tersedia dan terpampang indah, boleh dicerap dengan deria dan pancaindera. Ia -ketika itu- bukan lagi dalam bentuknya yang abstrak, tersirat, memerlukan keyakinan peribadi, dan hanya dicerap dan difahami dengan ilham dan mukasyafah.

Bidaan harga terhadap sesebuah perjuangan bukanlah untuk menambahkan keyakinan para pendokong itu terhadap kebenaran, tetapi ia hanyalah medan-medan pembuktian, bagi memberikan nyawa yang setimpal, bagi sebuah hakikat kebenaran.

Manusia yang berjuang akan makin kuat, dan manusia yang ragu-ragu dan culas akan makin menambah keraguan.

"Maka Dia ilhamkan kepada jiwa itu kejahatan dan taqwanya. Telah beruntunglah orang yang mensucikannya, dan rugilah orang yang menodainya" - Surah Asy-Syams

Manusia itu melihat dengan jiwanya,
Dia tidak membuat pemilihan,
Melainkan apa yang direstui jiwanya.

Wallahua'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
"Justeru, jika ada pada hari ini sesuatu perkara yang dibuat bercanggah dengan struktur kenegaraan Malaysia yang asal diwarisi, seperti kepemilikan tanah, makanan warisan kebangsaan, isu bahasa yang dituturkan, serta kemasukan pelancong yang tidak dikawal, ia hakikatnya merupakan suatu perkara yang tidak syarie, tidak menepati konsep siasah syariah, tidak pula menepati rangka kenegaraan yang diwarisi, kerana tidak melaksanakan kehendak syariah dalam hidup bernegara."

Jemput baca artikel pada in pautan di bawah 👇

https://muis.org.my/2024/02/penchinaan-malaysia-bertentangan-dengan-siyasah-syariyyah/

------------------
Ikuti
Web MUIS : muis.org.my
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#PertahanIdentitiNegara
#SiyasahSyariyyah
#majlisulamaisma
Forwarded from Ismaweb.net
Di sebalik pembunuhan beramai-ramai Israel, ketabahan Gaza terpancar apabila lukisan Ramadan menghiasi dinding di kota Gaza.

Sumber: Quds News Network

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kalam Salafussoleh | BERPUASA DARIPADA DUNIA


صم الدنيا واجعل فطرك الموت، الدنيا كلها شهر صيام المتقين يصومون فيه عن الشهوات المحرمات، فإذا جاءهم الموت فقد انقضى شهر صيامهم واستهلوا عيد فطرهم

Berpuasalah engkau daripada dunia dan jadikan iftarnya adalah dengan kematian, hidup di dunia hakikatnya seperti bulan puasa bagi orang yang bertaqwan, mereka berpuasa daripada syahwat dan perkara yang diharamkan, ketika datang kematian maka telah berakhirlah bulan puasa baginya dan menyambutkan la dia dengan (seolah-olah) sambutan aidulfitri

(Kitab Lataif al-Maarif)


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadhan”

(Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (2346)


-------------------------------------------
Ikuti
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#kalamsalaf
#majlisulamaisma
Saya ingin mengucapkan "Selamat Menghidupkan Bulan Ramadan Al-Mubarak" kepada semua umat Islam di seluruh negara.

Semoga kehadiran bulan ini memberi erti dan makna yang baharu, di samping memperbaharui tekad dan keazaman menjadi sebaik-baik hamba Allah SWT.

Moga kita digolongkan daripada golongan yang diampuni, dirahmati, dan dibebaskan daripada api neraka.

Wassalam wbt.
𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 HADIS RAMADAN.

As-salamualaikum wbt,

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak, Institut Ulama al-Juwaini dengan sukacita ingin menjemput Tuan/Puan bagi menghadiri majlis bacaan Hadis seperti berikut:

Kitab: Lathaiful Ma'arif karangan Ibnu Rajab Al-Hanbali
Pimpinan: Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa

Tempat: Pejabat IUJ, Bangi Sentral
Tarikh:

Siri 1: 13 Mac 2024
Siri 2: 20 Mac 2024
Siri 3: 25 Mac 2024

Masa: 12.00PM - 1.30PM

Semua dijemput hadir, penyertaan adalah percuma.

*Risalah Hadis akan disediakan

Pendaftaran:
bit.ly/SiriHadisRamadan

Terima Kasih
Institut Ulama al-Juwaini
Tujuan jihad bagi menegakkan kalimah Allah di tempat tertinggi. Hari ini, kerana kita tinggalkan jihad, kalimah Allah diletakkan di stokin.
Penyelesaian isu kalimah Allah

Jadikan "jihad" sebagai subjek yang dipelajari dalam pendidikan Islam.

Islam tertegak dengan jihad, yang tidak semestinya menggunakan senjata atau peperangan. Jihad bertujuan meninggikan kalimah Allah atas segala slogan, agama dan idea.

Jihad bermula dengan pemikiran, penerangan, penulisan, kemudian memasuki fasa seterusnya iaitu jihad polisi dan peraturan serta tindakan-tindakan yang diperlukan bagi mempertahankan / menyebarkan dakwah Islam kepada semua. Setiap tindakan itu berfasa, dan setiap tindakan berkadaran dengan keperluan yang diperlukan bagi mencapai tujuan jihad.

Akidah dilawan dengan akidah, pegangan denagn pegangan, media dengan media, dan kempen dengan kempen, sistem dengan sistem, begitulah seumpamanya dan seterusnya.

Jihadlah yang akan mengembalikan kejantanan umat Islam, dan kehaibahan mereka ke atas orang kafir. Siapsiaganya mereka untuk berjihad pada setiap masa dan ketika, itu yang akan mengembalikan izzah dan kemuliaan umat Islam.

Hari ini ummah dilembikkan dengan "fiqh at-taayush" yang digunapakai asalnya untuk golongan minoriti muslim yang duduk di negara kafir, bagi menangani diskriminasi yang dikenakan terhadap muslim di sana.

Tetapi malangnya ia juga menjadi sifir utama sebahagian pihak muslim yang duduk di negara Islam, majoriti muslim, diperintah oleh muslim, di mana negaranya juga beragama Islam.

Di sisi mereka, yang penting orang non-muslim kena redha, setuju, angguk, suka, dan hidup aman.

Di sisi mereka, orang muslim yang menjadi punca semua masalah perkauman. Orang muslim yang tidak toleransi, tidak faham kaum lain, tidak teliti agama lain, tidak cuba untuk membina jambatan "engagement" dengan pihak lain.

Di sisi mereka, semua non-muslim di sini baik-baik belaka, ikhlas tulus murni menjaga identiti negara Malaysia, semuanya samada individu atau organisasi, tidak ada sebarang niat buruk terhadap agama Islam, bangsa Melayu, rangka dan konsep negara yang sedia ada.

Sebelum ini mereka pertahankan kegunaan kalimah Allah untuk diletakkan dalam Bible, kali ini mereka cuba pertahankan kalimah Allah yang diletakkan di stokin kaki dengan dakwaan sabotaj dan seumpamanya, seterusnya membersihkan imej 'kawan' mereka yang 'tak perasan' perkara itu berlaku.

Inilah kemunafikan yang sangat nyata. Segelintir umat sudah menjadi munafik hanya kerana mahu bersahabat dengan orang kafir dan pertahankan kedudukan mereka.

Bagi mereka, sifir yang paling tinggi adalah kekal di atas kerusi, walau digadaikan seluruh maruah umat Islam dan semua ajaran agama Islam, semuanya boleh ditafsirkan sebagai teroris, pengganas, pengacau bilau, dan isu perkauman.

Semua nas-nas Al-Quran yang menunjukkan ciri kafir dan konspirasi mereka terhadap umat Islam telah mereka nasakhkan, atau mereka takwilkan hingga menjadikan mereka bersangka baik pada semua organisasi non-muslim, sehingga mereka sanggup bersahabat baik dengan pembunuh saudara mereka sendiri di Palestin.

Umat kena sedar, bahawa mereka kini tidak lagi berkuasa. Semua sudah dipegang orang lain. Apa yang berlaku adalah hanya fenomena dan kesan daripada hilangnya kekuasaan dari tangan-tangan orang Islam.

Itulah hakikat yang berlaku hari ini, pahit untuk ditelan. Namun mungkin ini pelajaran yang perlu dilalui, dengan bayaran harga yang cukup mahal.

Wallahua'lam bissawaab.
GRAVITI AL-QURAN : TEMUI DIRI DI SEBALIK RUANG & MASA
.
Sebaik-baik perkataan adalah Al-Quran. Sebaik-baik buku adalah yang berkisar mengenai Al-Quran.
.
Buku Graviti Al-Quran : Temui Diri Di Sebalik Ruang dan Masa, adalah satu genre buku yang cuba ketengahkan sudut kembara dalam Al-Quran, mengenali diri, melalui catatan dan pesanan yang berkisar sekitar isu kerohanian, Al-Quran dan Ramadan.
.
Dapatkan 50 Pesanan & Taujihat kerohanian berkaitan Jiwa, Ketuhanan, Kehidupan dan Al-Quran dengan memiliki buku ini.
.
Klik link berikut untuk membuat pembelian:
https://taybah.my/product/graviti-al-quran-temui-diri-di-sebalik-ruang-masa/
Forwarded from PEMIKIR (Channel)
E-MAJALAH AKALWAHYU EDISI KHAS 100 TAHUN KEJATUHAN KHILAFAH

Pada tahun ini, genaplah 100 tahun sistem khilafah diruntuhkan.  Dunia Islam masih lagi buntu untuk melakar peta perjalanan yang baru. Sehingga kini, tiada perancangan yang benar-benar strategik untuk mengembalikan Orde Dunia Islam. Kini, bangsa-bangsa dunia (bukan Islam) sedang bersaing untuk menguasai kepimpinan Orde Dunia.

Perbahasan berkaitan dengan permasalahan umat serta cara penyelesaiannya perlu ketengahkan. Atas dasar itu, PEMIKIR bersama Cinta Gaza Malaysia dan Dunia Palestin menerbitkan e-majalah kali ini bagi merancakkan lagi perbincangan dan meniup kebangkitan umat.

Dapatkan melalui pautan link di bawah:

https://ezy.la/AkalWahyuEdisi100Tahun
LIVE PELUNCURAN BUKU GRAVITI AL-QURAN

InsyaAllah, saya akan adakan sesi siaran langsung (LIVE) di Facebook untuk meluncurkan buku saya, Graviti Al-Quran : Temui Diri Di Sebalik Ruang dan Masa, pada pendetailan berikut :

Hari : Jumaat, 29 Mac 2024
Waktu : 10.00 am - 11.30 am
Tempat : Astaka Fikir, Bandar Baru Bangi

Slot berbentuk soal jawab dan penerangan mengenai buku, yang akan diaturcara oleh seorang moderator.

Siaran langsung akan disiarkan di facebook saya : https://www.facebook.com/syamil.esa

Dijemput bagi yang berdekatan untuk hadir secara bersemuka. InsyaAllah stok buku juga akan dihadirkan ketika peluncuran, bagi siapa yang ingin membeli.

Wassalam wbt.
2024/07/01 03:24:19
Back to Top
HTML Embed Code: