Kenapa susah nak sabar ?
Kadang-kadang sesetengah daripada kita sukar untuk sabar dalam keadaan-keadaan tertentu. Seringkali kita bersangka baik dan mencari hikmah di sebalik kejadian, namun kadang-kadang kita juga ada sebut sabar itu ada hadnya.
Saya ingin cuba sebutkan bahawa antara sebab susah nak sabar adalah kerana solatnya tidak khusyuk. Siapa yang khusyuk solatnya, akan benar-benar mudah bersabar.
'Dan mintalah tolong dengan kesabaran dan solat, dan sesungguhnya perkara itu adalah berat, melainkan mereka yang khusyuk. Iaitu orang sentiasa merasakan (menyedari) bahawa mereka akan bertemu Tuhannya, dan kepada Dia mereka akan kembali' - surah Al-Baqarah
Ini kerana siapa yang mampu bersabar dan khusyuk dalam beribadah kepada Tuhannya, Tuhan akan berikan ganjaran kesabaran dalam hidupnya.
Begitulah sunnah alam ini, Tuhan akan 'deal' dengan hidup kita, sebagaimana kita 'deal' dengan Dia.
Jadikanlah paksi hidup kita pada hubungan kita dengan Tuhan. Kita akan dapati berbagai rahsia-rahsia tersingkap, apabila kita memandang dengan neraca ketuhanan.
'Dan barangsiapa yang berpaling daripada mengingati-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit' -Surah Taha
Ramadhan makin berlalu, sekarang ini adalah masa terbaik untuk kita pupuk atau tingkatkan kualiti khusyuk kita dalam solat dan ubudiyah kita kepada Allah.
Sepertimana ia adalah kunci syurga di akhirat, ia juga adalah kunci syurga di dunia.
Wallahua'lam.

Ingati hak Tuhanmu dalam doamu
Ya, dalam meminta Tuhan dengan berbagai permintaan dan hajat kita, seharusnya kita tidak lupakan satu perkara, iaitu hak Tuhan yang sepatutnya kita penuhi.
Bagaimana caranya ?
Caranya adalah, selain kita berdoa menyebutkan satu persatu hajat kita, jangan lupa, untuk minta pada Dia, agar menjadikan kita hamba yang patuh, bersabar, tergolong dalam golongan golongan manusia yang bertaqwa, rajin solat berjemaah di masjid, mudah untuk bangun qiamullail, cintakan Al-Quran, menjadi seorang yang suci hatinya agar terus mencintai Dia, ghairah terhadap kehormatan umat Islam keseluruhannya, tidak malas untuk melibatkan diri dalam menegakkan agamanya, tidak liat dalam tunaikan tuntutannya dan seorang yang sentiasa diberikan perasaan ihsan dan muraqabah Tuhan pada setiap tindakan dan ketika.
Ia mungkin lebih berharga berbanding senarai-senarai hajat kita yang panjang, kerana ;
"Sebaik-baik hajat yang engkau minta pada Dia adalah, apa yang Dia minta padamu" - Ibnu Athoillah
Iaitu menjadi hamba yang khusyuk, tidak cintakan dunia, dan hidup di dalam landasan mutlak perhambaan.
Selamat menjalani ibadah Ramadhan pada hari-harinya yang berbaki.
Wallahua'lam

TIPS BAHAGI MAKANAN LELAKI & PEREMPUAN
Jika nak bahagikan makanan untuk jemputan lelaki dan wanita, bahagiannya boleh dibahagi dengan tiga.
Sepertiga untuk wanita, dua pertiga untuk lelaki.
Persis seperti pembahagian harta pusaka, perbandingan antara lelaki dan wanita.
Seperti mana lelaki secara adatnya lebih besar tanggungjawab kewangannya, seperti itu jugalah tanggungjawab kekenyangannya.
Hikmah di hari raya.

Mengetahui dan memberitahu status halal-haram sahaja tidak cukup.
Apabila kita dirundung masalah tertentu dan melibatkan perihal hukum hakam dalam perbuatan, seringkali kita akan merujuk orang yang lebih arif atau ustaz untuk menentukan apakah hukumnya dalam keadaan-keadaan tersebut.
Lalu apabila kita mendapat jawapan, adakah kita akan beramal dengan 'fatwa' orang yang lebih arif tadi atau tidak ? Jawapannya kembali kepada keimanan kita. Jika niat di hati memang bertanya untuk patuh kepada wahyu, maka kita akan ikut. Tetapi jika niat di hati untuk memenangkan kehendak peribadi, maka kita mungkin akan mencari pandangan lain yang kononnya lebih ringan untuk memenuhi tuntutan nafsu kita.
Atas sebab itu Imam Asy-Syatibi menyebut : Memberi pilihan kepada orang yang bertanyakan fatwa adalah bercanggahan dengan maqasid syarak.
Ini kerana orang awam yang tidak mempunyai ilmu akan memilih pandangan yang lebih disukai hawa nafsunya, bukan atas dasar disiplin ilmu.
Sepertimana beliau juga menyebut ciri-ciri 'alim rabbani adalah orang yang :
1. Menjawab soalan bersesuaian dengan kondisi orang yang bertanya
2. Melihat kepada 'ma'aalaat' (natijah/penghujung) terhadap perkara yang ditanya, sebelum menjawab persoalan.
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas pernah ditanya ; Apakah hukum orang yang membunuh ? Adakah baginya taubat ?
Beliau RA menjawab : Tidak ada taubat baginya.
Lalu orang yang bertanya itu pun beredar. Mendengarkan jawapan itu, sahabat-sahabatnya bertanya, bukankah semalam (pada majlis semalam) engkau katakan ada taubat bagi pembunuh ?
Beliau RA menjawab : Aku katakan demikian pada hari ini kerana aku dapati dia yang bertanya sedang dalam keadaan marah. Cuba ekori langkahnya.
Apabila sahabat-sahabatnya mengekorinya ternyata orang yang bertanya itu memang ada masalah dengan jirannya dan mahu membunuhnya, namun jawapan Ibnu Abbas RA telah menghalangnya daripada melakukan dosa besar itu.
Kalaulah Ibnu Abbas RA seorang yang lurus bendul, pasti beliau akan menjawab bahawa berdasarkan semua nas Al-Quran dan hadis semua dosa itu akan diampunkan Allah SWT apabila si pelaku benar-benar bertaubat dan ikhlas, atau rahmat Allah lebih besar daripada dosa hamba-Nya, atau pembunuh 100 orang pun dimasukkan ke dalam syurga seperti dalam satu hadis, atau penzina pun masuk syurga hanya kerana bagi minum air kepada anjing, atau sebagainya yang hanya menjadikan si penanya soalan lebih cenderung untuk menuruti nafsunya dalam mentakwil jawapan-jawapan penuh ilmiah itu dan nescaya tertumpahlah darah seorang muslim akibat jawapan lurus bendulnya itu.
Namun beliau RA cukup memahami waqi' dan realiti semasa hinggakan beliau memberikan jawapan tepat yang boleh menjadikan seseorang itu sentiasa tetap di atas landasan syariah, bukan dijawab dengan jawapan literal dan tidak pula menjadi lurus bendul semata-mata berpegang dengan teks tanpa perkiraan-perkiraan lain yang tidak kurang pentingnya dalam sesuatu fatwa.
Walaupun kita mungkin tidak memiliki cop pengesahan ahli syurga atau neraka, atau surat mendapat pahala dan dosa, tapi janganlah kita pula yang membuka pintu helah bagi orang yang mahu melakukan dosa kerana seburuk-buruk manusia adalah yang menjadi kunci pembuka kepada keburukan dan penutup kepada kebaikan.

Umat yang tunduk atau suka cedok-cedok ?
Melahirkan umat yang berjiwa tunduk dan berserah kepada syariat lebih sukar dan lebih penting, berbanding menyajikan mereka dengan ilmu-ilmu syarak yang tinggi apatah lagi perbahasan para ulamak dan perselisihan mereka dalam sesuatu masalah.
Atas sebab itu kita lihat kebanyakan ayat-ayat dalam surah Makkiyah bertitik tolak dalam membina tasawwur dan tarbiah jiwa untuk tunduk, patuh dan beriman dengan hari pembalasan.
Sebelum menerima arahan dan tanggungjawab yang dipikul selepas jiwa sudah bersedia menerima secara sepenuhnya seperti ayat-ayat tasyrik dalam surah-surah Madaniyah. Apabila jiwa sudah patuh dan berserah, arahan apa pun akan dikatakan 'Kami mendengar dan kami patuh'.
Itulah pengajaran kisah Bani Israel yang telah disajikan pelbagai ilmu berupa musyahadah (menyaksikan) mukjiat-mukjizat para Nabi di depan mata mereka namun itu hanya menjadikan mereka lebih 'memilih' dan mencedok pandangan-pandangan tertentu semata-mata memenuhi tuntutan nafsu mereka, apabila mereka tidak melalui proses tarbiyah iman dengan sempurna.
Cuba tanya yang bela tu, dia bela dulu ke tanya ustaz dulu?

Uruf yang fasid tidak mengubah hakikat syarak
Itulah salah satu kaedah usul dalam agama yang punyai roh syarak yang jelas.
Setiap manusia ada kecenderungan dan pengalaman tersendiri. Mereka ada cara tertentu dalam berhadapan dengan situasi-situasi yang tidak diingini dengan pelbagai cara.
Namun apabila datangnya syarak sebagai penentu baik dan buruk, manusia yang beriman harus akur bahawa tidak semua keinginannya diakui di samping tidak semua kebenciannya juga direstui.
Mereka yang tunduk kepada Tuhan akan memastikan citarasanya, keinginan dan kemahuannya selari dengan kehendak Tuhan. Garis panduan syarak yang jelas digunakan sebagai kayu ukur sejauhmana mereka tunduk dan patuh sebagai hamba kepada Tuhan.
Termasuk dalam uruf yang fasid adalah berleluasanya anak luar nikah, tersebarnya zina dan fahisyah, normalisasi masyarakat terhadap perkara jahiliyah, keinginan pihak tertentu dalam mengenepikan kehendak syarak seperti hak-hak LGBT, ramainya murtad dan yang sewaktu dengannya.
Semua uruf ini dan yang sewaktu dengannya adalah uruf yang tidak muktabar untuk dijadikan pertimbangan dalam menentukan sesuatu hukum syarak yang berkaitan dengan kes-kes sedemikian.
Atas sebab itu apabila berlaku pelbagai masalah dalam dunia manusia, kita boleh fahami hakikat sebenar yang berlaku adalah kerana mereka makin jauh daripada cahaya hidayah Tuhan.
Ada satu kata-kata yang dinisbahkan kepada Imam Malik RHM menyebut :
"Berlaku banyaknya kes-kes baharu ke atas manusia, berkadaran dengan banyaknya mereka melakukan dosa"
Demikianlah hakikat yang diakui oleh Al-Quran sendiri, apabila kita tidak meletakkan neraca dan kayu ukur kita kepada hakikat kebenaran, nescaya akan kacau bilau dan hancur binasa kehidupan kita ;
"Kalaulah sekiranya hakikat kebenaran itu (mesti) mengikut kehendak nafsu manusia nescaya akan hancurlah seluruh langit dan bumi, bahkan (tetapi) Kami datangkan kepada mereka peringatan (Al-Quran), tetapi mereka berpaling daripada peringatan itu" - Surah Al-Mukminun ayat 71
Oleh itu dalam berbicara mengenai perihal-perihal baharu yang berlaku, jadikan rujukan dan neraca kita bukanlah neraca hawa nafsu yang membabi buta, sebaliknya jadikanlah neraca wahyu sebagai panduan agar kita benar-benar menunaikan tuntutan perhambaan.
Kita perlu betulkan neraca dahulu, kemudian baru kita detilkan perbincangan.

Dinamika duat, dinamika kehidupan
Lumrah alam, apabila sesuatu itu memerlukan perubahan, ia akan berkembang, berakar umbi dan terus menjulang tinggi menuju ke fasa perkembangan berikutnya.
Setiap fasa ada tabiat dan cabarannya. Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangannya. Setiap manusia ada faktor dan sebab tertentu untuk bertambah atau berkurang.
Banyak perkara yang relatif dalam penilaian secara teliti apabila ia melibatkan sudut pandang yang berbeza, namun satu perkara malar yang tidak akan pernah mundur :
Dinamik.
Satu perkataan mudah dan biasa disebut, namun ia hanyalah berjaya difahami dan dilaksanakan oleh manusia yang diberikan taufiq oleh Allah SWT.
Ia adalah sunnah alam, bahawa sesuatu yang berkembang perlu meninggalkan takuk lama, menuju ke medan baru, dan mengorbankan perasaan sentimental yang menyayangi memori silam untuk melangkah ke alam baru yang lebih mencabar.
Persis seperti haiwan dan tumbuhan, ketika kecil memerlukan belaian dan penjagaan, apabila meningkat dewasa ada yang terpaksa berpisah dengan ibunya dan berdikari sendiri untuk meneruskan kehidupan, dan melengkapkan kitaran yang ditentukan.
Dalam kamus dakwah, ia disebut 'hayawiyah' yang berasal daripada makna 'al-hayah' yakni kehidupan, yang juga bermaksud sentiasa hidup dan bergerak.
Dakwah adalah salah satu lumrah alam, yang mempunyai formula yang sama. Ia mempunyai marhalah, tabiat dan cabaran tertentu, serta kerangka tertentu bagi mengisi tanggungjawab fardu kifayah yang cukup luas dan berkembang itu kerana ia memikul tanggungjawab umat.
Daie yang memahami tabiat ini pasti akan fahami bahawa dirinya perlu selari dengan dinamika dakwah yang didokongnya. Jika dirinya tidak sehaluan, pasti dia akan tertinggal di pertengahan jalan, kalau pun tidak tersangkut di perhentian.
Perjalanan dakwah adalah perlumbaan menuju ke syurga. Mempersiapkan diri dalam perlumbaan dan berlumba itu sendiri adalah tuntutan Tuhan agar kita sentiasa berada dalam radar ketuhanan dan perhambaan.
Dinamika adalah rahsia alam, untuk terus berkembang dan maju. Intipatinya adalah taufiq dan hidayah Tuhan, diikuti dengan keikhlasan dan kemahuan, diselangi dengan tawadhuk dan rendah diri, mudah untuk menerima pandangan orang, tidak sukar untuk mengubah tabiat lama, sentiasa fleksibel untuk tuntutan yang lebih utama, melihat dalam neraca akidah dan dakwah, serta menyerahkan urusan sebulatnya kepada Allah SWT walau mungkin Dia menyusun perkara di luar perhitungannya.
Dia tidak pernah 'memaksa' Tuhan melengkapkan perancangannya walau dengan apa cara sekalipun, kerana dia tahu dia hanyalah menjalankan tugas, bukan pemberi tugas. Tidak pula dia merasakan bahawa kemenangan mesti kena berada dalam genggaman perancangannya, hanya kerana dia tahu itu bukanlah urusan hidupnya. Dirinya bersungguh-sungguh mengikuti arahan Tuhan, agar terus diberikan hidayah dan taufiq untuk terus melakukan tuntutan dan kekal atas medan hakiki perhambaan.
Dinamika adalah kuncinya. Iaitu kekal dalam perubahan.
Kekal menjadi hamba, walau siapapun dirinya di hadapan manusia.

Tadabbur Surah Saad ayat 27-29
Kejadian alam semesta bukan sia-sia. Kesia-siaannya hanyalah pada sangkaan orang kafir atau yang sewaktu dengannya.
Sedangkan manusia beriman melihat dunia dengan panduan dan neraca Al-Quran, mereka melihat hakikat dengan kacamata hakikat.
Bagaimana mungkin ia boleh dikira sia-sia ?
Semua yang ada di alam semesta dibentangkan segala rahsianya dalam 114 surah.
Diringkaskan dalam 7 ayat (Surah Al-Fatihah) disimpulkan hanya 1 ayat (ayat ke-5).
Dibentangkan seluas alam semesta, disimpulkan sekecil sebuah kata-kata.
Sekecil-kecil fitrah pun mampu menanggapi, bahawa ia adalah salah satu petanda keagungan Tuhan.
Asasnya adalah satu, Dialah yang mencipta, Dialah yang menentukan.
"Dialah yang terawal, yang terakhir, yang paling jelas dan paling tersembunyi, Dialah yang Maha Mengetahui kesemua perkara" - Surah Al-Hadid ayat 3

Istighfar kerana tidak diberikan taufiq
Ketika membelek pandangan Imam Malik berkenaan mendirikan solat fardhu tanpa iqamat, beliau meletakkan galakan untuk beristighfar selepas solat kerana meninggalkan perkara sunat yang besar, iaitu iqamat.
Dalam bab ini, ia termasuk dalam ilmu Usul Fiqh iaitu perkara sunat itu jika dibuat mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak pula mendapat dosa.
Bagaimana seseorang yang meninggalkan iqamat diminta untuk istighfar atas kerana meninggalkan perkara sunat sedangkan ia tidak pula berdosa ?
Merungkai persoalan ini, Imam Al-Qarafi menjawab dengan pandangan yang tajam, menggabung kefahaman nas dan tadabbur terhadap ayat-ayat Al-Quran, jiwa syariat yang diselangi dengan jiwa kesufian dan zuhud, beliau menyebut (saya ringkaskan) ;
"Kebiasaannya Allah akan mengharamkan seseorang hamba daripada amalan kebaikan kerana ia adalah hukuman terhadap maksiat yang dilakukan.
Antara kelebihan sesuatu kebaikan adalah kebaikan selepasnya. Dan keburukan kejahatan adalah kejahatan selepasnya.
Allah SWT menyebut : Sesiapa yang bermujahadah kerana Kami, akan Kami berikan petunjuk jalan-jalan Kami. (Al-Ankabut)
Allah SWT menyebut : Adapun orang yang bersedekah dan bertaqwa, dan membenarkan al-husna (hari akhirat), maka Kami akan memudahkannya untuk perkara kebaikan. Adapun orang bakhil dan sombong, serta menafikan hari akhirat, maka akan Kami mudahkan untuknya jalan keburukan. (Surah Al-Lail)"
Dipetik daripada kitab Adz-Zakhirah, Imam Al-Qarafi (684 H)
Demikianlah huraian seorang yang rabbani dan tajam pemikirannya, memahami rahsia setiap ungkapan imamnya (Imam Malik RHM) yang meneliti hukum bukan sekadar atas dasar garis halal dan haram, tetapi atas asas kepatuhan dan ketundukan kepada Allah SWT agar manusia tetap di atas landasan yang selamat, dan jauh daripada kecelakaan.
Taufiq untuk diberikan hidayah, disucikan hati, melazimi masjid dan tilawa Al-Quran, dan perkara-perkara baik yang lain, ia memerlukan medium yang suci untuk ia bertapak.
"Dan negeri yang baik (tanahnya subur) itu akan keluarlah tumbuhannya dengan izin Tuhannya, adapun tanah yang gersang, ia tidak akan tumbuh melainkan dengan keadaan terbantut" - Surah Al-An'am
Kembalilah kepada Tuhan, dalam apa sekalipun keadaan.
Merasakan diri tidak berdosa itu sendiri adalah satu dosa.
Sejak bila kita yang menentukan kita ini siapa ?

Sunnah yang menjadi ikutan orang
Antara cabaran besar bagi ahli harakah adalah membuat keputusan yang sesuai dan menepati polisi jemaah, mampu menghasilkan kesan yang positif pada skala yang lebih besar, serta tidak menjadikan diri sendiri sebagai pertimbangan terberat dalam membuat apa-apa keputusan dan pilihan.
Ini kerana di belakang mereka akan lahir generasi demi generasi, yang melihat dan memerhati tingkahlaku dan kesan yang ditinggalkan oleh generasi sebelumnya, sebagai salah satu petunjuk jalan atau contoh teladan yang akan dilalui kerana mereka sudah melalui jalan itu terlebih dahulu.
Atas sebab itu, suka untuk saya berpesan kepada diri sendiri dan semua ahli mana-mana harakah, bahawa keputusan dalam hidup kita akan menjadi bahan sejarah dalam kamus sejarah dakwah.
Jangan sekali-kali terfikir apa yang dilakukan akan habis pada zaman kita, ia adalah amal jariah yang dikenang sepanjang zaman, dan akan menjadi ikut-ikutan orang selepas kita.
Sekiranya kita membuat keputusan yang baik, tidak meletak pertimbangan peribadi semata-mata dalam keputusan hidup, melihat dalam kerangka perjalanan dan fasa harakah yang lebih luas, bersedia mengorbankan sedikit 'prinsip muqaddas' (prinsip suci yang tidak boleh disentuh sesiapa) peribadi semata-mata kerana mengutamakan kepentingan jemaah, maka kita akan menjadi pembuka pintu kepada contoh-contoh kebaikan dan sunnah hasanah kepada orang selepas kita.
Apabila generasi selepas kita mahu berkorban dan membuat keputusan dan pertimbangan, kisah keputusan hidup kita akan diingati dan dijadikan penanda aras dalam hidup mereka, nama kita akan diselitkan dalam doa mereka, pintu kita akan menjadi laluan bagi orang-orang yang bermujahadah dan bersabar.
Yang paling penting, pahala kita akan berlanjutan hingga ke akhir zaman walaupun selepas kita meninggal dunia.
Namun jika hidup kita penuh 'tricky' dan 'helah' dalam mencapai sesuatu perkara dalam jemaah, maka (nauzubillah min zalik) kita akan tergolong dari golongan yang membuka pintu 'helah' tersebut lalu menggiurkan manusia lain selepas kita yang berpenyakit hatinya akan mengambil jalan melalui pintu itu dengan hujjah bahawa pintu itu sudah dibuka oleh orang lain sebelum mereka.
Nama kita akan dijaja oleh orang-orang berpenyakit tadi sebagai tokoh mereka yang membuka jalan yang merosakkan sistem sesebuah jemaah secara sedar atau pun tidak.
Marilah kita mengambil contoh seperti para sahabat yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW sebagai bintang-bintang di langit, mereka menunjuk jalan bagi sesiapa yang mengambil mereka sebagai contoh dan ikutan.
Sungguh cukup banyak contoh dan kisah dakwah yang disebutkan dalam Al-Quran, ciri-ciri mereka dihimpunkan dalam satu kalimah iaitulah yang dijadikan gelaran Nabi akhir zaman ;
Kejujuran.

Memahami hakikat pemberian
Bila ada orang memberi, itu tidak bermakna dia ada lebihan. Itu bermakna dia mahu memberi.
Berapa ramai orang yang banyak lebihan tetapi tidak pun memberi, berapa ramai orang yang hidupnya serba tak cukup tetapi pemberiannya cukup banyak.
Isu memberi bukan isu teknikal. Ia adalah isu hati dan kemahuan.
Jalan untuk membanyakkan pemberian bukan dengan membanyakkan lebihan, tetapi lebih kepada mendidik kemahuan dan menjernihkan hati, mendidiknya agar sentiasa mengutamakan apa yang ada di sisi Allah berbanding apa yang ada di sisi manusia.
Nabi SAW adalah sepemurah manusia, walaupun baginda SAW bukanlah orang yang kaya. Baginda juga mengajarkan ahli suffah (golongan yang hidup di perkarangan masjid Nabi SAW), agar menjadikan zikir tasbih tahlil sebagai ganti sedekah harta.
Isunya di sini Nabi SAW sentiasa meluaskan makna memberi, dan tidak menghadkan pemberian itu hanya berbentuk material.
Baginda SAW mengajar sahabat untuk sentiasa melihat kepada hakikat, bukan semata-mata pandangan bersifat lahiriah, yang bukan perkara yang sebenar.
Demikian Nabi SAW mentarbiah hati para sahabat, menyamakan mereka pada titik kemahuan, seterusnya melalukan mereka pada kitarannya yang tersendiri.
Cabaran tarbiah hari ini adalah cabaran menghalakan pandangan masyarakat agar melihat neraca hakikat, kerana zaman kini yang diterajui arus kebendaan, teknologi, kosmetik yang melampau, arus yang meraikan kecenderungan nafsu berbanding neraca akal, semuanya itu adalah arus yang menghakis keislaman jatidiri generasi pada hari ini.
Terlepas pandang isu ini, akan menjadikan kita hanyut dalam arus gelap yang penuh perangkap dan penipuan.

Kita bayar apa yang kita pilih dengan hidup kita.
Sekiranya seseorang itu memilih untuk menjadi jahat seperti mencuri atau merompak, dia sebenarnya sedang membayar pilihannya itu dengan sejarah hidupnya yang akan dicatat sebagai seorang perompak.
Sekiranya seseorang itu memilih seorang wanita kerana Tuhan, maka dia sebenarnya sedang membayar pilihannya itu dengan hidup untuk kembali kepada Tuhan.
Sekiranya seseorang itu memilih untuk bersama golongan tertentu, dia membayar pilihannya itu dengan hidupnya untuk bersama dengan mereka.
Tiada apa yang percuma di atas muka bumi ini. Semuanya berbayar dengan bayaran yang tertentu dan ditetapkan.
Demikianlah juga setiap helah, muslihat, eksploitasi, nifaq, bermuka-muka dan menipu, sekiranya kita telah memilihnya sebagai satu tabiat dan jalan keluar untuk selamatkan diri, maka ketahuilah, kita sedang membayar dan menempah untuk hidup di kalangan para penipu dan kita juga bakal ditipu oleh mereka walau apa yang dijanjinya indah-indah belaka.
Itulah tabiat syaitan (jin dan manusia), dia akan memperdaya manusia dengan janji palsu, agar menggiurkan mereka untuk melanggar ketaatan kepada Tuhan.
Hanya dengan janji sepohon khuldi yang kononnya memberikan kelebihan, Adam AS telah pun kehilangan nikmat syurga dan seisinya.
Fikir-fikirkanlah, ke manakah hala tuju hidup kita.
'Maka barangsiapa yang hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu (memang) menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, adapun sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan dirasainya, atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya itu .. menuju kepada apa yang dia niatkan' - Hadis Sahih

'Fastaqim' harus dibaca hingga akhir ayat.
Itulah lontaran yang terkeluar dalam benak fikiran saya apabila memikirkan program hijau besar-besaran baru-baru ini.
Mengambil semangat daripada ayat surah Hud yang telah pun menjadikan Nabi SAW beruban kerana beratnya tu tuntutan dan tanggungjawab, PAS telah menganjurkan perhimpunan untuk para ahli dan penyokongnya bagi memperbaharui janji setia dan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada gelombang hijau dalam aksi PRU ke-14.
Melihatkan kepada semangat para ahli dan penyokong yang konsisten dan tidak berbelah bahagi, ingin saya berikan lontaran sebagai renungan kepada semua terutama ahli PAS dan juga sesiapa yang terlibat dengannya secara langsung atau tidak, yang hanya berkisar ayat Al-Quran yang dijadikan tema dalam perhimpunan kali ini.
'Maka beristiqamahlah sepertimana yang engkau telah pun disuruh, dan sesiapa yang bertaubat bersamamu, dan janganlah engkau berlaku zalim, sesungguhnya Dia sangat melihat apa yang kamu lakukan' - Surah Hud
Itulah ayat penuh yang sepatutnya difahami dalam kerangka perjuangan ini. Menuntut untuk beristiqamah, tetap teguh dalam perjuangan, berprinsip, kesemuanya itu hendaklah difahami dalam konteks tidak berlaku zalim atau berlebihan dalam sesuatu perkara hingga melahirkan gejala ekstremis dalam memperjuangkan agama.
Himpunan Fastaqim harus dilihat sebagai himpunan yang mengembalikan umat ini kepada kedudukan asalnya iaitu memimpin, bersatu, dan menjadikan pandangan syarak sebagai asas pertimbangan dalam apa-apa keputusan.
Sebarang bentuk gejala dan fahaman ekstremis yang wujud dalam apa bentuk sekalipun waima kefahaman 'hanya PAS sahaja jemaah Islam yang sah', 'haramnya berbilang jemaah', 'keluar PAS ibarat keluar jemaah muslimin', 'undi PAS masuk syurga' dan yang seumpamanya jika wujud haruslah dibuang jauh-jauh bagi menjadikan PAS sebagai wadah yang inklusif, terbuka dan diterima pelbagai lapisan masyarakat.
Seruan fastaqim juga seharusnya difahami dalam kerangka menyeru umat Islam kepada mempertahankan jatidiri keislaman bangsa Melayu dan menolak segala unsur-unsur pencairan identiti yang merobohkan segala tiang-tiang seri keislaman negara Malaysia ini.
Seruan yang besar itu seharusnya ditanggapi dengan kerja yang besar iaitu mengembalikan jiwa umat yang lesu ini untuk bangkit kembali memimpin negara atas asas keimanan yang utuh dan kesedaran yang tinggi, bukan semata-mata semangat dan takbir yang berbentuk retorikal dan bersifat zahiri dan terhenti setelah berakhirnya pilihanraya.
Ia menuntut kerja yang besar, perancangan yang besar, jiwa yang besar, pengorbanan yang besar, dan harga yang besar, melangkaui tempoh dan penggal tertentu, dan melangkaui nama-nama parti tertentu, kerana ia adalah projek menghidupkan semula masyarakat atas asas akidah yang suci dan murni, bukan semata-mata asas kepentingan politikal yang bersifat sementara dan oportunis.
Himpunan sedemikian telah pun menyatakan hasrat dan memberikan isyarat tertentu kepada golongan tertentu, namun apa yang saya harapkan PAS dapat melakukan sedikit koreksi dalam silibus tarbiyah dalaman mereka agar generasi yang dilahirkan selepas ini adalah generasi yang lebih terbuka, memahami kepentingan agenda bangsa dan tanah air dalam Islam, serta membuka seluasnya ruang kerjasama dengan pihak-pihak lain atas asas-asas yang disepakati dengan penuh toleransi dan kelapangan hati.
Wallahua'lam bissowab.
Ahli Biasa
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Yang sejati dan yang replika.
Yang sejati berjalan dengan kerja, dirinya tidak mendakwa tidak pula menjaja.
Yang replika berjalan dengan kata-kata, sering mendakwa dan suka menjaja dirinya.
Atas sebab itu Allah ringkaskan jawapan hamba Ar-Rahman dalam surah Al-Furqan bahawa apabila dia berdialog bersama orang jahil, mereka hanya katakan "salaama" (ucapan selamat) dan tidak pula mencaci, menjaja dan mengeji.
Sepertimana Allah SWT sentiasa menyatakan perbezaan ciri-ciri hamba-Nya dan golongan yang bertentangan dalam kebanyakan surah, demikian juga ucapan "salaama" adalah ucapan yang bertentangan dengan ucapan para penentang mereka.
Kenapa mesti bertentangan ?
Ini kerana setiap lafaz yang Allah nyatakan dalam Al-Quran punyai sebab dan hikmahnya, sekalipun tidak pernah ia sia-sia. Sekiranya orang jahil / kafir juga mengucapkan salaama, sudah pasti tiada keperluan sebutan "salaama" yang dikhususkan kepada hamba Ar-Rahman itu dalam berhadapan dengan orang jahil.
Salaama ucapan ringkas, padat dan penuh hormat, tentunya ucapan yang berlawanan dengannya adalah panjang, berjela dan merepek, serta penuh dengan cacian dan kejian.
Seolah-olah tabiat hamba Ar-Rahman itu merendah diri, bersimpati, tidak punyai perasaan dengki, irihati apatah lagi meninggi diri.
Itulah antara ciri sejati hamba Ar-Rahman, yang tertera dalam akhir surah Al-Furqan.
Ya, surah Al-Furqan yang bermaksud "pembeza". Ia bermula dengan penjelasan akidah bagi membezakan yang hak dan yang batil, juga diakhiri dengan ciri-ciri manusia yang memikul akidah, sekaligus bersama perbezaan di antara golongan hak dan golongan batil.
"Adakah mereka itu tidak mentadabbur Al-Quran, kalaulah sekiranya ia turun selain dari Allah sudah pasti mereka akan dapati cukup banyak pertentangan di dalamnya" - Surah An-Nisaa'

Pedoman dalam berjiwa besar
Al-Ashmaie menyebut ;
Dikatakan kepada Al-'Ajjaj ; Kenapa engkau tidak berapa pandai dalam menggubah syair yang berbentuk celaan ?
Lalu dijawab : "Sesungguhnya bagi kami ada impian dan cita-cita yang menghalang kami daripada menzalimi, dan bagi kami ada keturunan yang melindungi kami daripada dizalimi,
Tidakkah engkau lihat, bahawa seseorang yang membina itu hakikatnya dia lebih mampu menghancurkan berbanding membuat binaan ?"
إن لنا أحلاما تمنعنا من أن نظلِم وأحسابا تمنعنا من أن نُظلم وهل رأيت بانياً إلا وهو على الهدم أقدر منه على البناء
- Tarikh Dimasyq, Ibnu Asaakir (28/133)

Kemisterian yang melunturkan tabiat duat
Di antara noktah tarbiyah yang perlu diperhalusi pada hari ini adalah merawat kemisterian anak-anak buah dalam tarbiyah agar terzahir dirinya secara tepat dalam diagnosis murabbi.
Sesiapa yang dirinya dipenuhi misteri dan tanda tanya, kurang berada dalam masyarakat umum, dan khususnya masyarakat para pendakwah, tidak terasa kewujudannya apatah lagi pula tidak terlihat amalnya atau dirinya tidak pula dikenali sebagai orang yang beramal, maka ciri-ciri ini jauh sekali bahkan bertentangan dengan tabiat pemikul risalah.
Para anbiya' AS dan para pengikutnya sangat dikenali di kalangan masyarakat, mereka berjalan di pasar seperti kebanyakan manusia, mereka juga memakan makanan orang biasa, tinggal di tempat yang biasa, diri mereka tidak misteri, fitrah mereka jelas dan tidak pula tersembunyi, serta sifat mereka sangat dikenali oleh orang ramai, sama ada kawan atau lawan.
"Dan tidaklah Kami mengutuskan para rasul kecuali mereka itu juga memakan makanan (seperti biasa) dan berjalan di pasar-pasar (seperti biasa)" - ayat 20, Surah Al-Furqan
Cabaran hari ini, dengan segala akses kepada segala kemudahan, dengan perkembangan pesat industri teknologi maklumat yang tidak terkawal, semua itu menjadi tanda tanya tambahan kepada para murabbi terhadap anak-anak tarbiyah, bahawa adakah mereka terjebak dalam perangkap-perangkap jahiliyah dalam medan-medan begitu ?
Takkan nak minta buka handphone, laptop, atau ceritakan segala yang dibuat di rumah dan di luar, hingga perlu menulis jadual harian dan dipantau sehari-harian oleh murabbi sendiri hingga memenatkan masa anak buah dan murabbi itu sendiri ?
Jadi murabbi perlukan satu neraca yang tertentu dalam menentukan kestabilan tarbiyah anak buah dalam landasan tarbiyah agar boleh diberikan dos tertentu dalam taujih dan penalaan khas kepada anak buah.
Bagi saya antara neraca yang asasi dalam bab ini adalah memerhati kemisterian anak buah.
Ke mana dia biasa pergi ? Siapakah kawan-kawan rapatnya ? Apakah latar belakang keluargnya ? Apakah hobi dan cita-citanya ? Ke mana dia luangkan masa lapangnya ? Apakah kesukaan dan kecenderungannya ? Kepada siapa dia ceritakan masalahnya ?
Soalan ini hanyalah tambahan kepada soalan asasi kehadiran program dan komitmen dalam wasilah tarbiyah dan amal dakwah.
Soalan-soalan itu perlu dijawab dengan telus dan jujur, lalu diukur dengan garisan uruf dakwah setempat, agar ia selari dan sejajar dan meningkatkan proses tarbiyah mereka.
Selagi mereka tidak diukur dengan uruf dakwah dan para duat, selagi itu kita tidak benar-benar membina sekelompok manusia yang benar-benar mampu menjadi batalion dalam saf peperangan melawan jahiliyah.
Itu mungkin kesan luaran iaitu anak buah tidak menjadi. Tetapi yang lebih besar kesannya adalah, apabila kita meneliti sambungan ayat ke-20 dalam surah Al-Furqan tadi, yang merungkai rahsia dalam amal jamaie ;
"Dan kami jadikan di antara sesama kamu itu fitnah (ujian berbagai bentuk, antaranya yang paling bahaya adalah perpecahan saf), adakah kamu mampu bersabar ? Dan Tuhanmu itu Maha Melihat" - ayat 20, surah Al-Furqan.
Sepertimana setiap ayat Al-Quran itu sangat berkaitan antara satu sama lain, ia sangat tepat dalam merungkai permasalahan dalaman, daripada pembentukan anak buah, hingga permasalahan jemaah.
Seolah-olah ia menunjukkan kepada kita bahawa kemisterian (ketidakbiasaan) itu akan membantutkan perkembangan tarbiyah anak buah kerana tidak selari dengan tabiat dakwah, lalu untuk jangka masa panjang, akan terhasillah pula fitnah dalam kalangan saff pendakwah, yang menuntut kita untuk terus bersabar atas jalan ini.
Lalu ayat itu ditamatkan dengan ketukan yang sangat tepat dalam bab ini ;
"Dan Tuhanmu itu Maha Melihat"
Benar, melihat segala kemisterian yang tersembunyi, melihat segala yang dilakukan walau secara sulit dan penuh kerahsiaan, dan melihat segala perancangan yang dibuat walau sehebat mana sekalipun.
Demikianlah satu olahan, yang telah pun tertulis dalam Al-Quran sejak ratusan tahun lepas, seolah-olah kita baru memahaminya pada hari ini.

Bicara zikir buat anak
Seperti kebiasaan apabila berjalan berdua-duaan bersama Abg Long (Qasim) saya akan mulakan topik perbualan santai dengan anak sulung ini. Ia biasanya berkisar ketuhanan dan perhambaan, sifat-sifat rabbani yang perlu ada dan fadilat-fadilat tertentu bagi amalan-amalan khusus.
Saya selalu katakan padanya, sekiranya kita banyak berzikir nanti Allah akan banyak sebut nama kita. Allah akan banyak mudahkan urusan kita.
Saya jelaskan juga kenapa kita kena sentiasa sandarkan semua perkara kepada Tuhan, kerana kita adalah ciptaan Tuhan dan kita tiada apapun keupayaan melainkan semuanya berlaku dengan izin Allah.
Segala kurniaan dan nikmat mestilah disebut padanya 'Alhamdulillah', dan setiap kecantikan mesti disebut padanya 'MasyaAllah La Quwwata Illa Billah', serta setiap keagungan mesti disebut padanya Subhanallah, serta apabila berjanji mesti menyebut 'insyaAllah'.
Suatu hari apabila saya ingin keluar rumah, lalu beliau tanya saya bila akan pulang ? Saya jawab : 930 malam. Kemudian terus beredar. Pada malam itu saya tidak dapat patuhi kata-kata saya kerana saya pulang lewat dan beliau sudah tidur ketika itu.
Dilaporkan kepada saya oleh ibunya bahawa beliau berkata selepas saya tutup pintu ;
"Ummi, abat tak cakap insyaAllah pun. Mana boleh camtu".
Sejuk hati saya mendengar laporan tak bertulis ibunya kerana jiwa anak kecil itu sudah mula membiasakan diri untuk hidup bertuhan sedari awal lagi.
Suatu hari ketika pulang ke rumah selepas solat Asar, saya ceritakan padanya kelebihan zikir 'Subhanallah' iaitu setiap kali menyebutnya Allah akan beri satu pohon kurma di syurga.
Lalu beliau pun bertasbih hinggalah ke pintu rumah, apabila dah nak sampai beliau berhenti bertasbih dan bertanya ;
"Dah habis dah.. haa mana pohon kurmanya?"
Saya berkata : "Qasim, pohon kurmanya itu Allah janjikan di syurga, bukan kat sini"
Beliau menjawab : "Ooh... kena mati dulu?"
Saya terkedu sekejap sambil terketawa sendirian. Ya, minda kanak-kanak memang sangat praktikal.
"Ya, kena mati dulu. Nanti insyaAllah kita mati syahid, kita masuk syurga Allah sediakan banyak sangat pohon kurma".
Demikianlah sedikit sedutan ringkas kisah kami anak beranak. Saya berpegang kepada konsep apabila anak mengenal Tuhan, Tuhan akan membimbingnya dalam banyak perkara.
"Wahai Tuhanku berikanlah daku zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau maha mendengar doa" - (doa Nabi Zakariya) Surah Ali Imran

Iman yang hidup
Ar-Rasul SAW menyebut ;
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak maka dengan hati. Dan itu adalah selemah-lemah iman"
Subhanallah. Seolah-olah tingkatan iman itu berada di tempat tertinggi apabila iman itu mampu ditegakkan di muka bumi, di alam realiti, bukan semata-mata dalam hati.
Proses tarbiyah akan meningkatkan iman, namun ia perlu diselarikan agar kemampuan menegakkan iman di alam realiti itu ditingkatkan, selari dengan hadis.
Mukmin yang celik melihat agar kemungkaran terbesar di muka bumi (menghukum dengan bukan hukum Allah) itu perlu dihilangkan, sebagai tanda kepada penyempurnaan iman.
Jika ia tak membawa kepada apa-apa natijah perubahan di muka bumi ini, ia akan sentiasa dalam keadaan yang disebutkan Ar-Rasul SAW ...
.. wa dzalika adh'aful imaan.
(Dan demikian itulah selemah-lemah iman)

Allah tidak akan mentaklif lebih dari kemampuan manusia, tetapi ...
Benar, Allah tidak akan menguji/mentaklif manusia lebih daripada kemampuannya. Ini adalah kaedah yang diterima semua kerana Allah tidak akan zalim terhadap hamba-Nya.
Oleh kerana itu dalam perbahasan usul fiqh, ada kaedah 'tiada taklif terhadap perkara yang tidak mampu dilakukan'.
Tetapi kaedah itu harus difahami dalam kerangka yang betul.
1. Kerangka yang betul adalah kerangka sunnatullah dalam meletakkan asbab dan musabbab. Yakni meyakini juga bahawa apa yang diberikan/diuji bersesuaian dengan apa yang kita ada, jalan yang kita pernah lalui, pengalaman dan kemampuan kita.
2. Kerangka yang betul juga adalah kerangka ihtisab (sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Tuhan) yang menjadikan seseorang muslim itu positif dan sentiasa meningkat, sesuai dengan tabiat iman dan harakah dalam kehidupannya.
3. Kerangka yang betul juga adalah kerangka ubudiyyah yakni sentiasa meyakini bahawa apa yang Allah berikan itulah yang akan sentiasa mendekatkan diri dengan Dia, apa yang diuji itulah ujian-ujian untuk meningkatkan maqam/kedudukan kita di sisi Dia, dan apa yang diuji itulah yang benar-benar menjernihkan sisi-sisi perhambaan kita di sisi Dia.
Allah akan menguji, tetapi ujian/taklifan itu bersesuaian dengan keadaan kita.
Justeru sepatutnya adakah kita hanya melihat peranan Tuhan dalam menguji tanpa mempertikaikan diri sendiri kenapa tidak meningkat atau hanya diuji dengan benda-benda kecil/sama sehari-hari?
Atas sebab itu, saya suka untuk nyatakan, persoalkan diri apabila tidak diuji dengan ujian yang besar. Persoalkan diri apabila hanya diuji dengan masalah sendiri tanpa penghujung. Persoalkan diri jika kita belum meningkat selaras dengan meningkatnya umur kita.
Seseorang yang memahami kaedah 'Allah tidak akan mentaklif manusia lebih daripada kemampuannya' dalam kerangka yang betul akan sentiasa melangkah, memperbaiki diri, dan melakukan sesuatu yang lebih bermakna untuk membina sebuah kehidupan yang tinggi nilaiannya di sisi Allah.
Begitulah neraca kefahaman para anbiya' AS, sahabat RA, dan para salafussoleh.
Apabila diri mereka meningkat, maka ujian Allah ke atasnya meningkat. Persis seperti kefahaman hadis ;
"Manusia yang paling tinggi ujiannya adalah para anbiya' kemudian sesiapa yang selepas mereka"
"Allah akan menguji seseorang berdasarkan keimanannya"
Begitu juga ada di kalangan salafussoleh yang rasa risau apabila dirinya tidak diuji dengan musibah/ujian yang keras, kerana takut-takut kesenangan itu adalah tanda kemurkaan Tuhan padanya atau kerendahan imannya.
Dan demikianlah sepatutnya kefahaman seseorang muslim, meletakkan neraca iman yang benar sebagai asas ujian dan peningkatan. Bukan neraca-neraca tiruan berupa hiasan dunia (ziinatul hayaatid dun'ya) seperti harta, jawatan dan pengiktirafan manusia.
Sesiapa yang mahukan ketinggian darjat di sisi Tuhan, dia mesti menepati syaratnya.
Sepertimana setiap ahli syurga dan neraka semuanya masuk ke keduanya dengan syaratnya yang cukup, serta sebab dan musabbabnya yang tersendiri (dalam ikhtiar manusia secara pilihan, tanpa mendahului takdir Tuhan).
Apabila kita tepati syaratnya Allah akan mudahkan jalannya.
Itulah pesanan yang biasa saya pesan kepada sesiapa yang minta pandangan, dalam isu-isu kehidupan seperti belum ada jodoh, belum ada anak, dan belum diberikan apa-apa jawatan dan yang sewaktu dengannya. Jika kita mahukan sesuatu, layakkanlah diri kita ke arah itu. Bergayalah seperti orang itu.
Begitulah juga, jika kita mahukan 'syahadah' di sisi Allah, kita harus hidup dengan syarat-syaratnya yang melayakkan kita untuk diiktiraf oleh Allah sebagai 'syuhada'.
Justeru dalam melihat kerangka ujian ketuhanan, sepatutnya kita terlebih dahulu mencermin diri, dalam meneliti adakah kita sudah pun menepati ...
Syarat-syarat perhambaan tanpa syarat itu ?
Atau masih meletakkan terma-terma dan kemestian-kemestian tertentu yang kita tetapkan sendiri, atas jalan menuju Tuhan ?
"Kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera" - As-Syuara' 89

Pedoman dalam surah An-Najm
Saya memilih untuk mentadabbur beberapa ayat dalam Surah An-Najm sebagai pedoman dan muhasabah sempena akhir tahun 2017 ini.
Ia adalah risalah ringkas, padat dan tepat, bagi mengungkap tabiat jiwa dan pemikiran yang dikehendaki Tuhan, serta dorongan tanggungjawab terhadap pegangan dan akidah yang dipegang.
"Tidakkah dia itu (orang yang berpaling daripada seruan dakwah Nabi SAW) disampaikan dengan isi kandungan 'suhuf (Kitab) Musa' ? Dan juga (kitab) Ibrahim yang telah pun memenuhi janjinya ? Bahawa :
1. Tidak ada seorang pun memikul dosa orang lain
2. Manusia tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang diusahakannya
3. Dia kemudian akan dibentangkan amalannya
4. Kemudian akan diberikan ganjaran/balasan setimpal dengan amalannya
5. Sesungguhnya kepada Tuhan itulah penghujung segalanya
6. Dialah juga yang menjadikan orang ketawa dan menangis
7. Dialah juga yang mematikan dan menghidupkan
8. Dialah juga yang menjadikan dua pasangan lelaki dan wanita daripada air mani
9. Dia jugalah yang bertanggungjawab untuk kebangkitan semula
10. Dialah yang memberikan kekayaan dan kepemilikan
11. Dialah Tuhan kepada bintang 'Syi'raa'
12. Dialah juga yang telah memusnahkan kaum Ad sebelum ini, juga kaum Tsamud serta kaum Nuh sebelum mereka, serta Dia jugalah yang menghancurkan bandar-bandar yang diterbalikkan dan diazablah siapa yang diazab"
Surah An-Najm, 36-54
Susunan ayat Al-Quran adalah susunan yang tepat dan maqsud (dikehendaki demikian). Ia mengajar kita beberapa cara fikir dan tabiat kewujudan yang hakiki dalam beberapa potongan ayat Al-Quran.
Saya sengaja menjarakkan di antara nombor-nombor poin di atas itu agar difahami tema tertentu bagi setiap poin yang berderet tanpa jarak.
Itu adalah intipati ajaran Musa & Ibrahim, kedua-duanya adalah di kalangan Ulul Azmi yang telah mengangkat janji setia dengan disebu namanya secara spesifik, di hadapan Allah seperti yang digambarkan dalam surah Al-Ahzab.
Sekiranya kita cuba letakkan tema tertentu pada setiap poin yang berderet itu, kita boleh fahami apakah yang Tuhan mahu kepada kita dalam hidup ini.
Tema yang pertama ; Mengenali hakikat diri dan tanggungjawab individu.
Poin 1 hingga 4 jelas menjelaskan tema ini hingga menekankan beberapa kali perihal usaha, kesalahan, dan balasan.
Tema yang kedua ; Mengenali hakikat Tuhan dan keagungan kekuasaan-Nya
Poin 5 hingga 11 jelas membawa konsep tauhid yang menggambarkan gambaran kefahaman ketuhanan yang jelas. Isu kesudahan, perasaan, nyawa, hubungan sosial, ekonomi, dan ketergantungan semuanya dilengkapkan dalam ayat-ayat ini yang menjadikan seseorang itu mentauhidkan Tuhannya dalam segenap perkara. Melihat Tuhan pada setiap gerak geri kehidupannya.
Tema ini menambah sisi iman seseorang manusia. Dengan tema ini seseorang itu menjadi mukmin, dan hidup dalam tauhid.
Tema yang ketiga ; Tanggungjawab dan tuntutan memikul risalah.
Inilah kemuncak tema yang saya rasakan hasil kepada kedua-dua tema di atas. Walaupun ia menceritakan secara langsung mengenai kehancuran umat-umat terdahulu, tapi ia memberi mesej tersirat yang jelas bagi golongan yang memahami, sifir yang hanya difahami oleh 'rijaal' (pembawa dakwah).
Secara satu-persatu Allah SWT gambarkan kehancuran kaum Ad, Tsamud, Nuh dan bandar-bandar yang telah pun dibinasakan. Seolah-olah Allah SWT mahu nyatakan bahawa walaupun sudah memahami hakikat diri, mengenali Tuhan, namun ia belum cukup untuk menyelamatkan diri daripada azab Tuhan.
Di sana ada risalah yang perlu diselesaikan. Di sana ada amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Di sana ada perjuangan yang perlu ditegakkan.
Tema inilah hakikatnya yang akan terhasil secara tabie bagi sesiapa yang menyedari hakikat diri sendiri dan kehendak Tuhan dalam dirinya.
Tema yang pertama akan menanam sifat positif, semangat untuk bekerja, memahami tabiat usaha dan berjuang untuk mendapat ganjaran terbaik.
Tema yang kedua akan menghidupkan jiwa, meletakkan paksi ketuhanan dalam setiap usaha, menambah mekar setiap kerja dan mengingatkan manusia bahawa dia sedang berenang dalam lingkaran berp