Telegram Web Link
9 Resolusi Muzakarah Permasalahan Syarak Berkaitan Perjuangan Palestin

Muzakarah Majlis Ulama ISMA (MUIS) dengan tema โ€œBeberapa permasalahan syarak berkaitan perjuangan Palestin" yang berlangsung pada 18 November 2023 bersamaan 4 Jamadil Awwal 1445H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama GSB UKM.


Jemput baca artikal selanjutnya pada pautan dibawah ๐Ÿ‘‡
https://muis.org.my/2023/11/resolusi-muzakarah-permasalahan-syarak-berkaitan-perjuangan-palestin/
------------------
Ikuti
Web MUIS : muis.org.my
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#isusyarakberkaitanpalestin
#majlisulamaisma
Yang ditetapkan sudah tertulis, walau seluruh dunia mengingkarinya

Antara pengajaran dan hakikat besar dalam hidup yang saya lalui dan alami, serta sentiasa memerhati dan menghayatinya adalah sebuah potongan hadis berbunyi :

ูˆุงุนู„ู… ุฃู† ู…ุง ุฃุตุงุจูƒ ู„ู… ูŠูƒู† ู„ูŠุฎุทุฆูƒ ูˆุฃู† ู…ุง ุฃุฎุทุฃูƒ ู„ู… ูŠูƒู† ู„ูŠุตูŠุจูƒ

Maksudnya : "Ketahuilah apa yang menimpamu tidak akan tersalah arah, dan apa yang tersalah arah memang tidak akan menimpamu"

Demikianlah keimanan kepada Qadha' dan Qadar, membuahkan rasa tenang dan makmur dengan hikmah dan kesempurnaan tadbir di sebalik tabir.

Moga Allah menggolongkan kita di kalangan para mujahidin, hanya menantikan salah satu kebaikan, kemenangan dan pembebasan, atau syahadah dan kebahagiaan.

Wallahua'lam bissawaab
Memilih buah yang baik, dan sebuah perjalanan

Buah yang baik daripada pohon yang baik. Buah yang buruk daripada pohon yang buruk.

Demikianlah kata-kata manusia ibarat buah, dan jiwanya ibarat pohon.

Mana-mana perkataan yang membawa syubhat, kebencian, permusuhan, keraguan dan kecelaruan, hakikatnya adalah daripada jiwa yang dibajai kesombongan, kerosakan dan kedegilan.

Sebaliknya, perkataan yang lahir daripada jiwa yang makmur dan subur dengan kasih sayang, kepercayaan, keyakinan dan kejelasan, akan menjelmakan rasa tenang, selesa dan damai.

Sebaik-baik perkataan adalah Al-Quran, kerana ia adalah kalam Dzat Yang Maha Sempurna. Seburuk-buruk perkataan adalah daripada syaitan dan iblis, kerana ia daripada seburuk-buruk makhluk.

Hakikat keindahan akan berakhir kepada kesempurnaan Tuhan, dan hakikat kejelikan akan berakhir pada kemurkaan-Nya.

Kita mungkin dilihat perlu untuk memilih, dilihat seolah diberikan pilihan, untuk pergi ke destinasi yang mana satu.

Namun jiwa yang mengenali isyarat ketuhanan, memahami bahawa jiwa itu hanya akan menuju kepada destinasinya yang serasi. Tertarik, cenderung, dan terpikat dengan jalan yang mempunyai 'persamaan' dengan diri.

Pemilihan, di sisinya, hanyalah proses mujahadah dan perjalanan jiwa, bukanlah sekadar membuat satu-satu keputusan.

Hanya kerana, di sisinya, keputusan sudah pun dibuat.

Yang tinggal hanyalah, perjuangan mengharungi sebuah perjalanan.

"Barangsiapa yang bermujahadah di jalan Kami, Kami akan menunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang yang melakukan kebajikan" - Surah Al-Ankabut, ayat 69

Ya, kebersamaan itu telah pun bermula sejak dari awal perjalanan lagi. Demikianlah juga singkapan taufiq dan hidayah, hanyalah ibarat laluan demi laluan, bagi menuju satu penghujung, dan pengakhiran yang abadi.

Wallahua'lam bissawaab.
Himpunan kisah-kisah penghujung kehidupan orang yang melakukan dosa fitnah dan adu domba sangat mengerikan.

Ia hakikatnya lebih ngeri daripada yang digambarkan MASTIKA dan yang sewaktu dengannya.

Dosa itu bukan setakat dibawa ke penghujung riwayat hidupnya, ia akan menghantuinya hingga ke dalam kubur dan perjalanan seterusnya di hari kiamat nanti akan menjadi penghalang demi penghalang seseorang meniti titian sirat dan menuju ke syurga.

Kalah saman berjuta-juta pun belum tentu dosa itu dihapuskan jika maaf tidak diberikan.

Orang yang suka buat kacau pada orang, hakikatnya dirinya sendiri tidak bahagia dan penuh kekacauan.

Manusia hanya mampu memberi, apa yang dia ada.
Gambar 2021; Seorang kanak kanak lelaki di Gaza yang terpaksa dipujuk oleh seorang anggota HAMAS.

Beliau kecewa kerana tidak melepasi syarat untuk menyertai Briged Al Qassam kerana belum cukup umur.

"Ketika kamu sudah dewasa, kami akan menyambut kamu untuk menjadi pejuang pembebasan Palestin."

www.tg-me.com/hadispalestin
100 juta untuk kebajikan tidak mengancam mereka.

Tetapi jika seringgit diberikan kepada para pejuang dan mujahidin, itu mereka akan cari sampai ke lubang cacing.

Siapa tahu sebab apa?
โ€œHadith ini menjelaskan tentang akibat dan hukuman bagi seorang wanita yang sengaja menzalimi makhluk walaupun yang dizalimi itu bukan seorang manusia, tetapi seekor kucing. Namun perbuatan zalim tersebut sudah cukup untuk Allah mengazabnya.

Bayangkan jika yang dizalimi itu adalah seorang insan yang tidak terdaya, memerlukan bantuan tatkala keperluan asasinya disekat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah mereka yang menzalimi akan terlepas daripada ancaman hadith ini?โ€

Jemput baca artikel pada pautan di bawah ๐Ÿ‘‡
https://muis.org.my/2023/12/menyekat-bantuan-ketika-darurat-adalah-zalim/
------------------
Ikuti
Web MUIS : muis.org.my
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#bantahKezaliman
#majlisulamaisma
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bantuan Musim Sejuk di Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia yang disampaikan oleh Aman Palestin tahun lalu. Ya Allah permudahkan urusan kami untuk terus membantu mereka.

Hadis Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://www.tg-me.com/gsppmalaysia

#SebarkanKemenangan
#AkhiriPenjajahan
Teruskan pembukaan dan pembebasan

Jangan jemu baca qunut nazilah, dan jangan jemu buat orang Yahudi Isra3l Zionist dan sekutunya marah dan tak senang duduk.

Setiap satu doa diniatkan paling kurang satu nyawa askar mereka terbunuh.

Setiap satu post yang mengundang kemarahan mereka itu kita niatkan sebagai satu pahala memanah / menembak ke musuh.

ูู„ู… ุชู‚ุชู„ูˆู‡ู… ูˆู„ูƒู† ุงู„ู„ู‡ ู‚ุชู„ู‡ู…

ูˆู„ุง ูŠุทุคูˆู† ู…ูˆุทุฃ ูŠุบูŠุธ ุงู„ูƒูุงุฑ ูˆู„ุง ูŠู†ุงู„ูˆู† ู…ู† ุนุฏูˆ ู†ูŠู„ุง ุฅู„ุง ูƒุชุจ ู„ู‡ู… ุจู‡ ุนู…ู„ ุตุงู„ุญ

Wallahua'lam bissawaab.
Pelajaran 'hakikat' di waktu petang

"Abi, tadi kelas Qasim cuma lima orang sahaja datang"

Ungkap anak sulungku, yang seolah-olah menjadi bukti kenapa dia liat betul nak pergi sekolah lepas Jumaat tadi.

Lalu ayahnya menjawab :

"Yang masuk syurga, orang yang sedikit. Yang bersyukur, orang yang sedikit. Yang beriman, orang yang sedikit, jadi awak nak jadi orang yang sikit ke yang ramai?"

Terdiam sekejap, lalu dia menjawab : Yelah yelah.

Lalu ayahnya menyambung :

"Yang penting, bukan bilangannya, tapi yang penting, buat benda yang betul"

Itulah sedikit kuliah ringkas sewaktu pulang dari sekolah.

Wallahua'lam bissawaab.
Berfikir dengan neraca Al-Quran, bukan hak asasi palsu

Bila Al-Quran menyatakan bahawa Yahudi dan Nasrani sesekali tidak akan redha hingga umat Islam ikuti mereka, maka yakinlah perkhabaran itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.

Bila Al-Quran menyatakan bahawa Yahudi itu paling banyak memungkiri janji, maka yakinlah perkhabaran itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.

Bila Al-Quran menyatakan orang munafiq adalah yang sentiasa menyokong Yahudi di belakangnya, menjadi proksinya dan menjayakan agendanya, maka yakinlah perkara itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.

Bila kita sudah jelas semua ini, maka hakikatnya kita tiada pilihan daripada pendirian :

1. Wajib menyokong para mujahidin yang melawan I5rael, dengan segala kemampuan termasuk ketenteraan, kewangan, sokongan dan desakan.

2. Wajib menyedari kewujudan para munafiq yang membantu menjayakan agenda Z1onist yang kononnya bergerak di sebalik kemanusiaan, ketelusan dan kejujuran, tetapi hakikatnya hanya mahu melemahkan perjuangan para mujahidin melawan I5rael.

3. Wajib meletakkan kepercayaan kepada para mujahidin dalam merangka strategi dalam sebarang bentuk langkah rundingan, bukan meletakkan kepercayaan kepada proksi-proksi yang terbukti bekerjasama dengan I5rael selama ini.

4. Wajib menyedari bahawa langkah pertama membantu para mujahidin yang paling ampuh adalah dengan menyahkan dan menghilangkan 'munafiq-shield' yang menjadi proksi dan pelindung kepada gerakan Z1onist untuk bergerak dan melaksanakan polisi mereka.

5. Wajib menyedari bahawa umat Islam secara keseluruhannya sedang menghadapi peperangan ini, bukan hanya umat di G4z4. Justeru tiada sebarang alasan boleh diberikan untuk 'lari dari medan perang' sekiranya ia bukan untuk merangka strategi atau bersama para mujahidin yang lain (yang juga sedang bersiap sedia untuk berperang).

Wallahua'lam bissawaab.
2024/11/17 05:55:56
Back to Top
HTML Embed Code: