Telegram Web Link
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 101 hinnga 111

Beberapa kisah pengalaman Nabi Musa a.s. sebagai pelipur kesusahan hati Nabi Muhammad s.a.w.

ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ููˆู†ูŽ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุจู‘ูู†ูŽุง ุฅูู† ูƒูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุนู’ุฏู ุฑูŽุจู‘ูู†ูŽุง ู„ูŽู…ูŽูู’ุนููˆู„ู‹ุง

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana.

Al Israa' 17:108

#surah17ayat108
#QURAN

@theluahann ๐Ÿน๐Ÿน๐Ÿน
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 101 hinnga 111

Beberapa kisah pengalaman Nabi Musa a.s. sebagai pelipur kesusahan hati Nabi Muhammad s.a.w.

ูˆูŽูŠูŽุฎูุฑู‘ููˆู†ูŽ ู„ูู„ู’ุฃูŽุฐู’ู‚ูŽุงู†ู ูŠูŽุจู’ูƒููˆู†ูŽ ูˆูŽูŠูŽุฒููŠุฏูู‡ูู…ู’ ุฎูุดููˆุนู‹ุง

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.

Al Israa' 17:109

#surah17ayat109
#QURAN

@theluahann ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 101 hinnga 111

Beberapa kisah pengalaman Nabi Musa a.s. sebagai pelipur kesusahan hati Nabi Muhammad s.a.w.

ู‚ูู„ู ุงุฏู’ุนููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุฃูŽูˆู ุงุฏู’ุนููˆุง ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽูฐู†ูŽ ุฃูŽูŠู‘ู‹ุง ู…ู‘ูŽุง ุชูŽุฏู’ุนููˆุง ููŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽุณู’ู…ูŽุงุกู ุงู„ู’ุญูุณู’ู†ูŽู‰ูฐ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฌู’ู‡ูŽุฑู’ ุจูุตูŽู„ูŽุงุชููƒูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูุฎูŽุงููุชู’ ุจูู‡ูŽุง ูˆูŽุงุจู’ุชูŽุบู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ุณูŽุจููŠู„ู‹ุง

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Al Israa' 17:110

#surah17ayat110
#QURAN

@theluahann ๐Ÿงถ๐Ÿงถ๐Ÿงถ
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 101 hinnga 111

Beberapa kisah pengalaman Nabi Musa a.s. sebagai pelipur kesusahan hati Nabi Muhammad s.a.w.

ูˆูŽู‚ูู„ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชู‘ูŽุฎูุฐู’ ูˆูŽู„ูŽุฏู‹ุง ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู† ู„ู‘ูŽู‡ู ุดูŽุฑููŠูƒูŒ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู† ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ููŠู‘ูŒ ู…ู‘ูู†ูŽ ุงู„ุฐู‘ูู„ู‘ู ูˆูŽูƒูŽุจู‘ูุฑู’ู‡ู ุชูŽูƒู’ุจููŠุฑู‹ุง

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

Al Israa' 17:111

#surah17ayat111
#QURAN

@theluahann ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ
ADAB DAN SUNNAH

Godaan Syaitan

Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata,

"Rasulullah SAW bersabda, Jika panggilan solat (azan) dikumandangkan, maka syaitan akan lari sambil mengeluarkan kentut sehingge dia tidak mendengar suara azan. Apabila panggilan azan telah selesai, maka syaitan akan kembali.

Dan bila iqamat dikumandangkan, syaitan kembali berlari, dan jika iqamat telah selesai dikumandangkan, dia kembali lagi, lalu menyelinap masuk kepada hati seseorang sambil berkata, Ingatlah ini dan itu'. Dan terus sahaja dia melakukan godaan ini hingga seseorang tidak menyedari berapa rakaat yang sudah dia laksanakan dalam solatnya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Riyadus Salihin, No. 1036, 2010 M: 295)

@theluahann ๐Ÿ‘ฃ๐Ÿ‘ฃ๐Ÿ‘ฃ
โ™ป๏ธ Ketika datangnya Dajjal nanti, manusia menempuh tiga tahun yg sangat sukar.

โ™ป๏ธ TAHUN PERTAMA : Allah tahankan satu pertiga hujan.

โ™ป๏ธ TAHUN KEDUA : Ditahan dua pertiga hujan dan.

โ™ป๏ธ TAHUN KETIGA : Langsung tiada hujan.

โ™ป๏ธ Ketika itu semua tanaman mati hingga akhirnya kita kehabisan makanan. Ketika itulah Dajjal datang menawarkan makanan. Syarat utk dapatkan makanan itu ialah mengaku bahawa Dajjal itu sebagai tuhan.

โ™ป๏ธ Para solihin tidak terkesan dgn tawaran itu kerana zikir sudah jadi makanan mereka. Bayangkan, jika kita hidup pada zaman itu...? Dan kita tak tahu bila saatnya.

โ™ป๏ธ Boleh jadi kita tak sempat tetapi boleh jadi juga sempat bertemu dengannya.

โ™ป๏ธ Jika tidak dari sekarang melazimi amalan fardu dan sunat kemudian ditambah dgn zikir harian, bagaimana mungkin zikir boleh mengenyangkan perut kita.

RENUNGAN!!!

@theluahann ๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„
SYAWAL BULAN PENINGKATAN

Sebenarnya Syawal menurut bahasa mengandungi dua makna, iaitu :

1. Syawal ertinya naik, ringan atau mengandung. Orang Arab zaman dahulu memperhatikan bahawa pada setiap bulan Syawal, kebanyakan unta-unta yang sedang mengandung menaikkan ekornya kerana tidak mahu dikahwini oleh unta jantan. Oleh itu orang Arab Jahiliyah beranggapan adalah tidak baik atau sial jika perkawinan dilakukan pada bulan Syawal, sehingga mucullah istilah ( ุดูŽุงู„ูŽุชู ุงู„ู†ู‘ูŽุงู‚ูŽุฉู ุจูุฐูŽู†ูŽุจูู‡ูŽุง ) : Unta itu menaikkan ekornya. Untuk menghapuskan keyakinan khurafat inilah, maka Nabi Muhammad SAW mengahwini Aisyah RA justeru pada bulan Syawal.

2. Syawal dengan maksud ( ุงุฑู’ุชูŽููŽุนูŽ ) : peningkatan (up gread). Syawal muncul setelah bulan Ramadhan yang berkah, bulan yang penuh disiplin dengan pelbagai aktiviti mendekatkan diri kepada Allah. Jika insan betul-betul disiplin dengan ibadah puasanya, tarawihnya, sahurnya, tilawah al-Quran, memang sangat boleh diharapkan insan seperti itu akan meningkat ketaqwaannya kepada Allah SWT pada bulan Syawal.

SYAWWAL DAN RAMADHAN

Dalam nota ini saya cuba menjelaskan maksud Syawal dengan maknanya yang kedua, yakni "Peningkatan" sebab Syawal mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Ramadhan.

Seseorang yang telah menamatkan Madrasah Ramadhaniyah selama sebulan dengan tekun dan disiplin yang tinggi, siang dan malam, apakah dengan menahan dari perkara yang boleh membatalkan puasanya, seperti makan, minum, jimak pada siang hari, tetapi juga mesti menahan dari perkara yang boleh merosak pahala puasanya, seperti mengumpat, melihat yang haram, berjalan menuju ke tempat yang haram dan lain-lain.

Jadi tidak mustahil jika selesai puasa Ramadhan maka manusia tersebut relatif akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Dan barangkali inilah hikmahnya mengapa matlamat puasa ialah agar kita menjadi orang-orang yang bertaqwa.

Allah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman diwajipkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajipkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. ( Al-Baqarah : 183 )

ISTIQAMAH DAN FADHILATNYA

Istiqamah adalah sesuatu yang paling sukar dalam Islam, sebab kalau sekadar melakukan suruhan Allah bukanlah sesuatu yang susah dalam Islam andaikata suruhan itu dilakukan sesekali.

Demikian juga meninggalkan larangan juga tidak sukar jika larangan itu ditinggalkan sesekali. Tapi yang susah itu ialah melakukan suruhan Allah dan menjauhi larangan Allah secara berterusan dan konsisten (istiqamah).

Selain perkataan istiqamah mempunyai akar kata yang sama dengan "mustaqim" yang saban hari umat Islam paling kurang 17 kali memohon agar diberi petunjuk ke-5 Shirat Al-Mustaqim (Jalan Yang Lurus). Hal ini memberi isyarat betapa hebat dan mendalam maksud yang terdapat di dalam istilah istiqamah. Allah menyebut beberapa kelebihan istiqamah di dalam firman-Nya :

Sesungguhnya orang-orang yang berkata : Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka istiqamah, maka malaikat akan turun kepada mereka lalu berkata : Janganlah kamu takut, janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu. (Fushshilat : 30)

PENINGKATAN DAN ISTIQAMAH

Kalau Syawal itu dengan makna peningkatan, ini tidak bermakna setelah berakhir bulan Ramadhan, lalu kita mesti melakukan amalan dalam bulan Syawal lebih banyak bilangannya berbanding bulan Ramadhan.

@theluahann ๐Ÿ™‰๐Ÿ™‰๐Ÿ™‰
Jika dalam bulan Ramadhan kita berpuasa satu bulan, khatam Al-Quran 30 Juz, solat Tarawih dan Witir 11 atau 23 rakaat, maka tidak semestinya kita mesti lakukan lebih dari bilangan itu dalam bulan Syawal.

TIDAK !!! Peningkatan (Syawal) di sini, bukan dengan makna peningkatan bilangan (kuantiti) tetapi lebih kepada makna peningkatan dari sudut istiqamah (komited dan konsisten). Kita disuruh agar mentaati ajaran agama secara berterusan dan istiqamah, walaupun bilangannya tidak sebanyak yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan. Hakikat ini telahpun dinyatakan sendiri oleh Rasulullah SAW :

Aisyah RA berkata : Nabi Muhammad ditanya oleh sahabat : Ya Rasulallah, amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Lalu baginda menjawap : Amalan yang dilakukan secara konsisten walaupun amalan itu dia lakukan sedikit sedikit. (HR Bukhari ; No : 6465)

PENGAJARAN

1. Kerana Syawal mengandungi maksud "Peningkatan", maka begitu memasuki bulan Syawal kita mesti pertingkatkan amalan kita melebihi amalan kita pada bulan Ramadhan.

2. Peningkatan BUKAN dengan maksud bilangan atau kuantiti atau jumlah yang banyak, tetapi peningkatan disini dengan makna Istiqamah atau komited dan kosisten atau berterusan walaupun dalam bilangan yang sedikit.

@theluahann ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Jauhilah kami dari sifat2 ini Ya Allah,

Semoga sentiasa terpelihara dari dosaยฒ besar mahupun kecil. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป Nauzubillahiminzalik.

@theluahann โŒ›๏ธโŒ›๏ธโŒ›๏ธ
Hidup tidak selalunya indah kerana disitulah keindahan hidup.

Air mata itulah yang menyebabkan bernilainya satu senyuman.

Dan senyuman itulah yang merawat kedukaan.

SYUKUR adalah senjata dan SABAR adalah perisai.. untuk menghadapi rencah kehidupan.

@theluahann ๐Ÿฃ๐Ÿฃ๐Ÿฃ
Dia tersentak dari tidurnya di tengah malam, dia berusaha mengingati Allah lalu berdoa memohon keampunan dan keredhaan Nya, bahkan ada yang terus qiamullail, berdiri tegak mengerjakan sembahyang. Yang mendorongnya untuk berusaha, berqunut mengingati Allah sampai bersujud dan sembahyang lain ialah kerana takut sekiranya di akhirat nanti amalanya mendapat nilai yang rendah di sisi Tuhan, malah dia mengharapkan rahmat Ilahi, kasih sayang Allah yang tidak berkesudahan dan tidak terbatas.

@theluahann ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹
Pada ujian hidup orang lain,Allah mahu kita belajar. Ambil ibrah.Ambil iktibar. Kerana ujian itu umpama satu batu dilontar,habis mengenai seluruh di sekitar.

Kita juga terkena tempiasnya.Kita juga sedang diduga iman.Begitu konsepnya.Jika faham,maka bertindaklah yang wajar.

@theluahann ๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช
Astagfirullah.. ๐Ÿ˜ข

Semoga kita dilindungi dari ketujuh sifat tersebut, Aamiin..

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.โ€ (QS. An-Nur: 21)

@theluahann ๐Ÿš๐Ÿš๐Ÿš
Tetap Rajin Ibadah Meskipun di Luar Ramadhan

Di antara yang perlu kita muhasabah dalam diri kita sendiri adalah betapa rajinnya kita di bulan Ramadhan ini untuk melaksanakan berbagai macam amal ibadah dan ketaatan kepada Allah Taโ€™ala.

Akan tetapi, di luar bulan Ramadhan, semua itu sirna, hampir tanpa bekas.

Tidak perlu menunggu sampai akhir bulan Syawal, shalat jamaah subuh tanggal 1 Syawal pun masjid kembali sepi seperti biasa.

Kita yang rajin shalat malam di bulan Ramadhan, setelah Ramadhan berlalu, kita pun meninggalkannya.

@theluahann ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ
2024/11/20 10:40:29
Back to Top
HTML Embed Code: