Telegram Web Link
الَلَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِمْ (ﷺ)


7 CIRI MUKMIN YANG TAKUT KEPADA ALLAH

1. Menjaga Lisan [ucapannya], baik dari berkata kotor maupun dari perkataan bohong.

2. Menjaga hatinya, agar tidak timbul rasa permusuhan, hasut, dengki dan lain sebagainya.

3. Menjaga pandangannya dari hal yang dilarang dalam agama

4. Menjaga perutnya, agar tidak makan yang diharamkan

5. Menjaga tangannya, agar tidak mencuri atau berbuat hal yang tercela dalam agama

6. Menjaga kakinya, agar tidak digunakan untuk berjalan kejalan maksiat

7. Menjaga ketaatannya, maksudnya menggunakan sikap taat tersebut semata-mata untuk Allah subhanahu wa ta'ala.

*اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً*

@theluahann
Isnin 05 SYAWAL 1442H

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Jika kita sedar....

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba,

kita tidak akan tega untuk terus bersengketa.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba,

kita akan menghargai setiap pertemuan.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba,

kita akan bersedia memaafkan bahkan melupakan.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba,

kita akan menekuni ketaatan dan meminggirkan kemaksiatan.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba,

kita akan banyak memberi dan kurang menerima.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba,

kita akan memandang segalanya penuh cinta

@theluahann
Ingatan Buat Ku...

Setiap saat itu adalah nyawa kamu hilangnya sesaat dari hidupmu itu maka berkuranglah umurmu,

Maka perbaiklah disaat-saat yang masih ada

Marilah kita ingat-mengingati antara satu sama lain kerana ingat-mengingati mencantikkan amal, memperbaguskan akhlak, melembutkan jiwa tentang hidup dan dunia yang sementara ini...

Tiada jalan lain yang paling selamat adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Benar...

@theluahann
Hakikat Hari Raya Sebahagian salafusolleh menyebutkan;

Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakaian baru

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.

Hari raya bukanlah bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahan dan dosanya.

Hari raya bukanlah bagi orang yang memiliki wang ringgit

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang mendapatkan rahmat Allah

Hari raya bukanlah bagi orang yang banyak makan dan minum

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang benar amalnya dan berterusan.

Hari raya bukanlah bagi orang yang boleh pergi kemana sahaja tempat yang dia suka

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah keimanannya.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata;

Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Eid Mubarak… Selamat Hari Raya

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian.

Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian

@theluahann
Yahudi laknatullah n us can kill muslims . But not islam.

@theluahann
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 094 hinnga 100

Keingkaran orang-orang kafir, dan bantahan terhadapnya.

وَمَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُمْ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِهِ وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ عُمْيًا وَبُكْمًا وَصُمًّا مَّأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَاهُمْ سَعِيرًا

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.

Al Israa' 17:097

#surah17ayat097
#QURAN

@theluahann
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 094 hinnga 100

Keingkaran orang-orang kafir, dan bantahan terhadapnya.

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُم بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا وَقَالُوا أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا وَرُفَاتًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا

Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami, dan mereka berkata: "Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baharu?"

Al Israa' 17:098

#surah17ayat098
#QURAN

@theluahann
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 094 hinnga 100

Keingkaran orang-orang kafir, dan bantahan terhadapnya.

قُل لَّوْ أَنتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَائِنَ رَحْمَةِ رَبِّي إِذًا لَّأَمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ الْإِنفَاقِ وَكَانَ الْإِنسَانُ قَتُورًا

Katakanlah (wahai muhammad): "jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut".

Al Israa' 17:100

#surah17ayat100
#QURAN

@theluahann
sepatutnya kita kena mula mencari Circle yang selalu berbincang tentang :

- masa hadapan
- akhirat
- kasih sayang Tuhan
- kerja kerja kebajikan

Ini bukan masanya untuk kita berada di dalam Circle yang suka berbincang tentang :

- aib orang lain
- hiburan keterlaluan
- iri hati sesama sendiri
- saling menyalahkan
- membuatkan kita jauh dari Tuhan

Mungkin inilah masanya untuk kita mula mencari Circle dan sahabat yang :

- kita lihat KEBAIKAN dalam dirinya
- kita nampak KEBAJIKAN dalam perbuatannya
- kita rasakan KASIH SAYANG dari dirinya
- kita saksikan KEIMANAN dalam rutin hariannya

Good circles and friends are like stars, you don't always see them but you know they are there

♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️

Kredit : Kamarul Razali

@theluahann
Orang sanggup tinggalkan yang lama bersusah payah dengan dia kerana yang baru.

Hadirnya orang baru nyata tidak sama dengan yang lama .

Kesetiaan ini bukannya setakat cakap tapi hayati perkataan yang disebut tu.

Cinta paling sejati yang akan diredhai dan diberkati oleh Allah adalah pabila kau mempunyai pasangan , kau tak lalaikan agama kau. Mean, kau pentingkan agama dalam hubungan. Menitikberatkan pasangannya terhadap ugama. Inssyaallah Allah akan izinkan kita dengan jodohnya sehingga ke hujung hayatnya amin.

@theluahann
Barangsiapa yang bersyukur, bersabar, beristighfar pasti akan memperoleh kebahagiaan.

@theluahann
Sentiasa bersangka baik...

Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bererti Allah mendidik kita untuk SABAR...

Jika kita tak pernah mengusik kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT...

Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR..

Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu, Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri lebih baik.

Sabar, redha dan syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun itu tidak kita sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia dan dirahmati-Nya.

Aamiin...

@theluahann
RAHMAT ALAM..

"Rahmatilah mereka yang berada
di bumi, nescaya kamu akan dirahmati
mereka yang berada di langit ''

Rahmatilah si Jahil dengan Ilmu
Rahmatilah si Hina dengan Kemuliaan
Rahmatilah si Miskin dengan Harta
Rahmatilah si Lemah dengan Kekuatan
Rahmatilah Kanak-Kanak, Orang Tua dan Binatang dengan Kasih Sayang...

Nescaya Seluruh Alam akan merahmati Kamu"


@theluahann
2024/10/01 14:36:22
Back to Top
HTML Embed Code: