Telegram Web Link
Andai sesuatu musibah itu mmbuatkan kita lebih dkt dgn Allah, maka itu adalah ujian.
Tapi, andai satu musibah tu membuatkan kita makin jauh dr Allah, maka itulah bala
Musibah yg mmbuatkan kita lebih dkt kpd Allah adalah lebih baik drpd kenikmatan yg membuat kita jauh dr Allah.

@theluahann
Al-Imam Ibnu Baththal rahimahullah berkata:

ุฅู† ู„ู‚ุงุก ุงู„ู†ุงุณ ุจุงู„ุชุจุณู…ุŒ ูˆุทู„ุงู‚ุฉ ุงู„ูˆุฌู‡ุŒ ู…ู† ุฃุฎู„ุงู‚ ุงู„ู†ุจูˆุฉุŒ ูˆู‡ูˆ ู…ู†ุงู ู„ู„ุชูƒุจุฑุŒ ูˆุฌุงู„ุจ ู„ู„ู…ูˆุฏุฉ.

"Sesungguhnya menjumpai orang lain dengan senyuman dan wajah yang ceria termasuk akhlaq kenabian, dan hal itu juga melenyapkan kesombongan serta menimbulkan rasa cinta."

@theluahann
Ketika hal buruk menimpa & jalan keluar belum juga ketemu.
Bukan alasan utk putus asa & berburuk sangka
Berkacalah dulu, seperti apa hubunganku dgn Yang Maha Mencipta
Perbaiki saja dulu hubungan dgn Tuhanmu & perbanyak doa
Nescaya Tuhanmu akan mempermudah jalan hidupmu

@theluahann
Tangisan paling istimewa seorang hamba adalah datangnya daripada hati yang benar-benar mengagungkan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :

"Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya ialah mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang bermalam dalam rangka berjaga di jalan Allah SWT."

@theluahann
128 of 365 ๐Ÿ—“ SABTU ๐Ÿ’• 26 RAMADHAN 1442H 08 Mei 2021

Bismillahirrahmanirrahim ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽ

Assalamualaikum dan Salam Tengahari

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู…

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

โ”ˆโ€ขโ€ขโœพโ€ขโ—†โ€โ—†โ€ขโœพโ€ขโ€ขโ”ˆโ€ขโ”ˆโ”ˆโ€ขโ€ขโœพโ€ขโ—†โ€โ—†โ€ขโœพโ€ขโ€ขโ”ˆ

#KitajagaKita..๐Ÿ˜˜
#PrayertoremoveCovid19... ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ

JANGAN TERHALANG DARIPADA KEBAIKAN

Daripada Anas bin Malik RA ia berkata,

Ketika datang bulan Ramadan, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa diharamkan darinya, maka dia telah diharamkan kebaikan semuanya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang daripada kebaikan"

(Sunan Ibn Majah No: 1644) Maktabah Ilmiyyah
Status: Hadis Hasan

PENGAJARAN:

1. Terdapat satu malam (Lailatul Qadar) yang barang siapa beramal soleh pada malam tersebut, seumpama dia telah melakukan amal soleh melebihi 1000 bulan

2. Barang siapa yang terhalang daripada beribadah pada malam lailatul Qadar, sungguh ia telah terhalang dari kebaikan seluruhnya, dan tidaklah terhalang dari kebaikan malam itu kecuali orang yang mahrum (terhalang dari kebaikan).

3. Setiap muslim sangat dianjurkan untuk menghidupkan lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap pahala yang dijanjikan. Sehingga apabila ia ikhlas melaksanakannya, dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu akan diampunkan Allah.

4. Rebutlah peluang beribadat. Jangan sampai kita tergolong dari kalangan yang terhalang melakukan amal ibadat khususnya di sepuluh malam akhir Ramadan.

JANGAN biarkan Ramadhan berlalu tanpa kesungguhan kita beribadat...

JANGAN biarkan Lailatul Qadar berlalu tanpa amalan yang bersungguh...

JANGAN biarkan kita buat tak tahu je...

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya...

SEMOGA BERMANFAAT ๐Ÿฅฐ

โ€ขโ•โ•โ—Žโ—Žโ™กโ—Žโ—Žโ•โ•โ€ข

ุฑูŽุจูู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠู’ ูˆูŽู„ููˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠูŽู‘ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูู…ูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ูŠูŽุงู†ููŠู’ ุตูŽุบููŠู’ุฑู‹ุง

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

๐ŸŽ‹ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ๐ŸŒปุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡๐ŸŒบู„ุง ุงู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ๐ŸŒผุงู„ู„ู‡ ุงูƒุจุฑ

@theluahann
Jangan terlalu riak dengan rupa paras dan kekayaan dunia yang kamu miliki, jika kamu tiada bekalan amal sia-sia sahaja hidup kammu di atas muka bumi.

@theluahann
Ada orang sangka dia akan masuk syurga sedang hakikatnya Allah murka dengan dia dan akhirnya mengheret dia ke neraka.

Ada orang sangka dia akan dihumban dalam neraka lantaran dosa yang pernah dia lakukan sedang hakikatnya Allah menerima taubat dan rindu untuk dia kembali taat padaNya yang akhirnya membawa dia ke syurga.

@theluahann
apabila ada yang menunding jari kepadamu , maka biarkan sahaja mereka , mereka hanya dengki dengan dirimu dan ingin dirimu jatuh , jadikan semua itu pembakar semangatmu , jangan pernah jatuh sebab mereka , mereka tidak mampu bertanding dengan dirimu , maka maafkan mereka dan doakan agar mempunyai kelebihan seperti dirimu . ๐Ÿค

@theluahann
maaf . sungguh perkara yang susah untuk dikatakan . tidak semua merasakan kesalahannya itu wajar untuk meminta maaf . sedar tak sedar mungkin apa yang kita buat ada yang terasa , maka janganlah kita terlalu mementingkan diri sendiri , bermaaf-maafanlah , tiada apa pun yang kurang dari pahala kita .

@theluahann
ummi , sembilan purnama telah kau lewati , bersamaku di rahimmu . tidak kau hiraukan fisikmu dengan pengaruh hormon tubuhmu , gelombang cinta oksitosin muncul tanda mulai persalinanku . kau lalui proses dengan pengorbanan , senyum rona bahagia ketika aku telah dilahirkan , lelah sudah tak ku hiraukan serasa sudah terbayarkan , wajahmu terpancar bagaikan sinar penuh kebahagian .

ummi , mungkin kata kasihku tak akan sebanding dengan pengorbananmu disaat engkau melahirkan aku .

ummi , maafkan diriku selalu menyakiti dirimu dan belum bisa menjadi kebanggaan dirimu . maafkan silapku , bila semua silapku menyakitimu .

siang dan malam kau lawat dan temani buah hatimu iaitu aku , pengorbananmu menjadi tauladan dalam hidupku . cinta dan kasihku selalu terpateri dalam sanubari , kau malaikat tak bersayap yang tidak mengenal erti lelah setiap hari .

ummi , doamu selalu menyertai setiap langkahku . nasihatmu penuh makna dalam kehidupanku , ku ingin selalu mengukir senyum dalam keseharianmu , akan ku buktikan janji baktiku padamu hingga masa senjamu .

ummi , aku harap engkau sehat selalu , diberikan usia yang panjang agar aku mampu membuat dirimu bahagia .

@theluahann
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam โ€˜Lailatul Qadarโ€™ akan diampuni oleh Allahโฃ

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam, beliau bersabda,โฃ

โ€œBarangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.โ€ (HR. Bukhari no. 1901)โฃ

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan bahawa yang dimaksud โ€˜iimaananโ€™ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah iaitu pahala yang diberikan (bagi orang yang menghidupkan malam tersebut).

Sedangkan โ€˜ihtisaabanโ€™ bermakna mengharap pahala (dari sisi Allah), bukan kerana mengharap lainnya iaitu contohnya berbuat riyaโ€™. (Lihat Fathul Bari, 4: 251)[1]โฃ

Ya Allah, mudahkanlah kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar dengan bisa mengisi hari-hari terakhir kami di bulan Ramadhan dengan amalan soleh.โฃ

@theluahann
2024/11/19 21:58:33
Back to Top
HTML Embed Code: