Telegram Web Link
Hidup pasti Mati

Kehidupan hanya lah sementara dan singkat bagi yang bernyawa

Orang yang melalaikan / melupakan tentang kematian merupakan orang orang yang lebih pentingkan dunia berbanding akhirat.

Ingat, nak buat amalan, tak perlu tunggu esok dan keesokkannya. Kau tahu ajal kau bila ? Tak tahu, buat apa nak tunggu esok keesokkannya sehingga ajal tiba , kau tak dapat capai apa yang kau nak capai tu.

Ajal tak kira usia dan tak kira pangkat apa kau miliki di dunia. Nak buat kebaikan @ berubah menjadi lebih baik demi ugama kau, berubah sekarang sebelum terlambat. Berubah atas keinginan diri kau dan bukan kerana orang kau berubah.

@theluahann
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*
*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم*
*الحمد لله رب العالمين والعاقبة للمتقين ولا عدوان الا على الظالمين ‎والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى ءاله وصحبه اجمعين..*

*Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami agar kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.*

*يا الله يا رزاق...*
*Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal lagi berkat, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat..*

*ربنا ظلمنا انفسنا وان لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين*
*ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة وفى الاخرة حسنة وقى عذاب النار*
*وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم*
*والحمد لله رب العالمين....*

*Zikir harian (Rabu)*

*يا الله*

@theluahann
tiga elemen untuk bahagia :

1) Baca Al-quran dan memahami maksudnya
2) Ikut apa yang ada dalam Al-quran
3) Mendirikan solat

[ Al-Ankabut : 45 ]

@theluahann
bagaimana kita nak bahagia kalau kita lupa kepada Pemberi bahagia ?

- Ustaz Ebit Lew -

@theluahann
Allah bagi ujian pada seseorang . tanda Allah sayang . Allah ingat pada kita supaya baiki diri . bukan untuk buat kita sedih .

- Alif Teega -

@theluahann
orang yang paling bahagia adalah yang paling kuat cintanya pada Allah .

- Imam Al-Ghazali -

@theluahann
Perbaikilah hatimu dan hatimu akan memperbaiki fikiranmu dan fikiranmu akan memperbaiki lidahmu dan lidahmu akan memperbaiki hidupmu dan hidupmu akan memperbaiki akhiratmu. Tidak perlu memikirkan jalan hidupmu yang mungkin berbeda dengan orang lain. Yang harus kamu ingat adalah setiap orang memiliki jalan hidup yang tidak sama. Jadi jangan pernah ada kata lelah untuk menjalaninya.

@theluahann
Sabar
Orang yang benar benar penyabar adalah orang yang suka diam ibarat mati ketika orang mengatakan tentang dia tak kesah lah baik atau buruk, berdiam diri bukanlah bermaksud kamu mengalah dengan apa yang orang cakap terhadap ko malahan ko kawal keegoan diri kau sendiri dan kau tahu bila kau diam , kau mampu menyelesaikan masalah.

Latih diri untuk jadi seorang insan yang penyabar demi kebaikan diri kau sendiri

@theluahann
"Carilah hikmah dalam segenap perkara yang kita kerjakan. Hanya dengan itu diri kita akan tersenyum dan terus tersenyum meskipun kita diuji dengan ujian yang tidak pernah pun dipikul oleh sesiapa pun didunia ini."

@theluahann
A guy that never lies , where can I find one ?

@theluahann
" i miss you ", can i send that to him ?

@theluahann
DOA HARIAN

Agar Mensyukuri Nikmat Allah

رَبِّ اَوْزِعْنِيْۤ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْۤ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَا لِدَيَّ وَاَ نْ اَعْمَلَ صَا لِحًا تَرْضٰٮهُ وَاَ صْلِحْ لِيْ فِيْ ذُرِّيَّتِيْ ۗ اِنِّيْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِ نِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." [Surah Al-Ahqaf ayat 15]

@theluahann
Ramadhan dan al-Quran satu ikatan yang tersimpul mati. Apabila disebut Ramadan, di samping puasa, kita akan teringatkan penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran).

Bulan Ramadhan bulan yang diturunkan dalamnya al-Quran.

Penurunan al-Quran itu dua peringkat:

Pertama, dari Luh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah (langit dunia).

Kedua, dari langit dunia kepada Nabi s.a.w secara berperingkat-peringkat dalam tempoh sejak Nabi Muhammad ditabalkan menjadi rasul sehingga baginda wafat iaitu selama 23 tahun.

Para sarjana tidak berbeza pendapat bahawa al-Quran turun (Nuzul al-Quran) dalam bulan Ramadhan.

Ini kerana Allah sendiri yang menjelaskan bahawa al-Quran itu turun dalam bulan Ramadhan.

Firman Allah: (maksudnya)

“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185).

Namun begitu sarjana berbeza pendapat tentang berapa haribulankah Ramadhan penurunan itu berlaku?

Ada yang berpendapat ia diturunkan pada 21hb Ramadhan.

Pendapat ini dipegang oleh beberapa orang ulama, antaranya tokoh Sirah yang terkenal al-Syeikh Safiyy ar-Rahman al-Mubarakfuri seperti yang beliau sebut dalam karyanya Rahiq al-Makhtum.

Ada juga yang berpendapat 24hb Ramadhan kerana bersandarkan hadis riwayat al-Imam Ahmad yang menyebut:

“…Allah turunkan al-Quran pada 24hb Ramadan”.

Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama, dihasankan oleh sebahagian yang lain.

Terdapat juga sarjana yang mendaifkannya disebabkan kritikan terhadap salah seorang rawi iaitu Imran bin al-Qattan.

Namun ada riwayat lain daripada Ibn 'Abbas yang boleh menyokong riwayat ini.

Di sana ada lain-lain pendapat tentang haribulan Nuzul al-Quran ini.

Di tempat kita biasanya kita mendengar tarikh Nuzul al-Quran pada 17hb Ramadhan. Ini juga salah satu pendapat yang telah sesetengah sarjana kemukakan.

Pun begitu pendapat ini mendapat kritikan sebahagian sarjana yang lain atas beberapa alasan.

Antaranya, al-Quran sendiri menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada Malam al-Qadr (Lailatul Qadar).

Ini seperti yang Allah sebut dalam Surah al-Qadr (maksudnya) “Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr” (ayat 1)

@theluahann
Kita mungkin tidak berada dalam muka surat yang sama, tetapi kita berada dalam sebuah buku yang sama.

Tanpa kehadiran sehelai muka surat, maka tidak lengkaplah sebuah buku.

Ibarat setiap insan yang hadir dalam hidup kita, hadirnya bukan sebagai watak utama, tetapi sebagai pelengkap cerita.

@theluahann
“Jika Allah menerima amalan seorang hamba, Allah akan memberi taufik untuk melakukan amalan saleh setelah itu. Sebagaimana dikatakan oleh sebagian Ulama, ‘Balasan dari kebaikan adalah kebaikan selanjutnya.’ Oleh karena itu, siapa yang melakukan kebaikan lantas diikuti dengan kebaikan selanjutnya, maka itu tanda amalan kebaikan yang pertama diterima. Sedangkan yang melakukan kebaikan lantas setelahnya malah ada kejelekan, maka itu tanda tertolaknya kebaikan tersebut dan tanda tidak diterimanya.

@theluahann
2024/10/02 20:40:49
Back to Top
HTML Embed Code: