Telegram Web Link
Selain syirik kepada Allah Taala, dosa yang boleh mengheret manusia ke lohong api neraka ialah menderhakai kedua-dua ibu dan bapa.

Ingatlah, wahai insan-insan yang bergelar anak, walaupun seluruh dunia memberi gelaran kepadamu sebagai orang yang paling hebat di dunia ini, namun sekiranya ibu bapa tidak mengakui kehebatanmu, maka sebenarnya kamu bukanlah seorang yang hebat.

Anak-anak mesti mematuhi perintah ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan syariah.

@theluahann ❤️❤️❤️
Panduan Ringkas Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

@theluahann 🦉🦉🦉
SELANGKAH KE ALAM BARZAKH

Sehari selangkah ke kubur.....
Bertambahnya umur menghampiri kubur....

Semalam sudah berlalu selangkah....
Hari ini satu langkah lagi akan berlalu pergi....

Dan esok pasti satu langkah lagi akan mendekatkan kita dengan kematian....
Dan begitulah seterusnya.....

Entah berapa langkah lagi yang tinggal....
Kita tidak tahu...
Tiada siapa yang tahu......

Kita sedang beratur menunggu giliran tanpa nombor giliran.....

Giliran yang akan datang tanpa mengira tempat dan waktu...

Bersiaplah sekarang...
Saat ini dan ketika ini...
Janganlah bertangguh....
Sedialah untuk menuju ke dunia baru.....

Alam barzakh.....

ADA BEKAL ATAU TIADA.
ANTARA HIBA DAN TAWA.
ANTARA DOSA DAN PAHALA.
KITA PASTI MENUJU KE SANA.

@theluahann
Selasa 13 SYAWAL 1442H

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Dahulu, tatkala berlaku gerhana, baginda Nabi gementar, takut serta bimbang berlakunya kiamat lalu lama bermunajat di dalam masjid.

Namun, dunia sekarang semakin terbalik, lagi dunia semakin hampir penghujungnya, manusia semakin pelik gembiranya.

Tatkala berlaku gerhana, manusia sibuk untuk ambil gambar, berselfie dengan gerhana, riuh rendah merakam video untuk di paparkan di media sosial dan menjadikan fenomena itu satu kejadian yang disambut dengan suka ria.

Malangnya sebahagian besar langsung tidak menunaikan solat gerhana bahkan hanya sedikit sahaja kelibat manusia di masjid.

Astaghfirullahalazim.

Semoga kita menginsafi diri

@theluahann ❤️❤️❤️
CIRI-CIRI AHLI SURGA :

- Wajahnya bercahaya.
- Perkataannya hikmah.
- Hatinya lembut.
- Sifatnya dermawan.
- Akhlaknya mulia.
- Lisan dan hatinya selalu berdzikir dan berShalawat.

@theluahann 🐜🐜🐜
CARA MENDAPATKAN WAJAH BERCAHAYA :

- Menjaga takbiratul ula bersama imam.
- Menjaga sholat tahajjud.
- Menjaga wudhu.
- Menjaga pandangan dari yang haram.

@theluahann 🐚🐚🐚
Perempuan yang rambutnya cantik, Allah SWT uji dengan rasa mahu freehair.

Lelaki yang badannya sado, Allah SWT uji dengan rasa bangga, mahu menunjukkan tubuh badan sehingga menampakkan aurat.

Lelaki yang wajahnya tampan, Allah SWT uji dengan dikelilingi dengan perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah SWT uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Orang yang kuat agama, Allah SWT uji dengan rasa dirinya sahaja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

Setiap orang diberi ujian berbeza maka, jangan lah menuding jari dan mencari kelemahan orang lain. Namun, sekiranya ternampak kelemahan atau maksiat yang sedang dilakukan orang seseorang, tegurlah dan doakan dia.

@theluahann 💋💋💋
Nasihat...

Hendaklah kamu berbaik sangka terhadap saudaramu selagi mana kamu dapati masih ada jalan untuk itu.

Sekalipun kamu mempunyai seratus andaian bahawa "si fulan telah melakukan sekian-sekian terhadap diri saya" dan "si fulan telah berkata tentang saya sekian-sekian". Maka hendaklah kamu mengambil hanya satu andaian yang ada padanya berbaik sangka terhadapnya dan tenangkan hatimu dan jangan kamu memusuhinya. Dan hendaklah kamu ingat bahawa sebahagian daripada perasangka itu mengundang dosa, justeru janganlah kamu berburuk sangka terhadap saudaramu.

Hendaklah kamu sentiasa ingat bahawa sikap hasad itu tersebar dalam kalangan manusia. Dan kebanyakan daripada orang yang berhasad dengki terhadapmu, dia tidak mahukan kebaikan bagi kamu dan bagi saudaramu yang lain lalu dia mendorong kamu untuk berperasangka buruk terhadap saudaramu tersebut.

Maka sepatutnya, timbanganmu adalah syarak Allaah. Jangan sekali-kali kamu menuruti syaitan pada perkara yang dia begitu menggalakkan kamu padanya daripada kejahatan dan berperasangka buruk, kerana tujuannya adalah untuk memisahkan kamu dengan saudaramu tersebut.

Maka, jauhkanlah dirimu daripada setiap mereka yang menggalakkan kamu untuk berburuk sangka terhadap saudara-saudaramu. Ketahuilah bahawa tiada kebaikan kamu bersahabat dengannya.

@theluahann 🐞🐞🐞
📌 Jika ada seorang teman atau saudara yang menasihati, berarti teman dan saudaramu sayang terhadapmu.

📌 Kerana mereka ingin bersamamu bukan cuma dunia melainkan sampai dunia akhirat.

📌 Jangan berburuk sangka kerana yang sayang kepada kita selalu menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

@theluahann
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".(Surah As-Sajdah (32) ayat 12)

@theluahann ❤️❤️❤️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Ali Imran Ayat 15
Reciter : Fadli Abdullah

@theluahann 💕💕💕
Jangan sia-siakan usiamu

@theluahann 🙊🙊🙊
Dosa itu ibarat titik hitam yang mengotorkan jiwa yang asalnya putih.

Tanpa istighfar hati bertambah hitam dan kelam hingga tiada dirasakan lagi besarnya dosa itu dan hilanglah rasa bersalah kepada Tuhan.

أسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ الَّذِي لاَ إلَهَ إلاَّ هُوَ، الحَيُّ القَيُّومُ، وَأتُوبُ إلَيهِ

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang sentiasa beristighfar memohon keampunan Mu atas segala dosa yang dilakukan.

@theluahann 💋💋💋
Apa yang kau cari didunia ini?
Kehidupan sesungguhnya barulah di akhirat nanti.
Carilah bekal untuk di akhirat nanti.

@theluahann 💍💍💍
@theluahann 🧑🏻‍🦯🧑🏻‍🦯🧑🏻‍🦯
Orang yang melakukan dosa dan merasa diri berdosa lalu bertaubat,

Itu LEBIH MULIA dari orang yang TAK BUAT DOSA dan TAK pernah rasa diri berdosa.....

SEBAB...

Merasa diri berdosa itu adalah sifat kehambaan...

@theluahann 🙉🙉🙉
"Lihatlah apa yang membawa dirimu kepada kebaikkan, lalu pertahankanlah, sekalipun itu dinilai tidak baik oleh manusia.

Lihatlah apa yang membawamu kerosakkan, lalu tinggalkanlah, sekalipun itu dipandang baik oleh kebanyakkan manusia"

-Imam Salamah Bin Dinar Rahimahullah Taala-

@theluahann 🧝🏻‍♀🧝🏻‍♀🧝🏻‍♀
📝 Seberat apapun beban masalah yang harus dihadapi percayalah bahwa semua itu tidak akan melebihi batas kemampuan kita

Sesungguhnya, dibalik kesulitan akan selalu ada kemudahan. Maka bersemangatlah menjemput kebahagiaan dari rencana terbaik Allah 😇

@theluahann 🧎🏼🧎🏼🧎🏼
Jadilah deseorang di mata Allah. Bahkan jika kita bukan siapa siapa di mata orang.

@theluahann 🐳🐳🐳
MUHASABAH DIRI

Ingatlah akan datang
Satu Masa Satu saat
Di mana bibir kita
Tdak bisa lagi bergetar
Menyebut nama Allah.

Di saat itu kita akan
Di ke dalam kubur, dan
wajah kita dibuka dan
Diciumkan ke tembok
kubur kita.

Lalu kita dikuburkan dan
Di tinggalkan Semua
kaum kerabat sahabat handai

Di saat itu tidak ada kekasih,
Di saat itu tidak ada jawatan,
Di saat itu tidak ada harta.
Itulah hadirin hadirat,
kita dan kita sendiri

Di saat itu beruntunglah
mereka yang selalu berzikir,
Yang Mengingati Allah
Dan Allah mengingatinya,
Yang merindui Allah Dan
ALLaH pun merinduinya.

Tiada ada daya upaya
Melainkan kehendakMu

"Allaahumma a' innii 'alaa dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika"

@theluahann 💐💐💐
2024/10/03 13:21:38
Back to Top
HTML Embed Code: