Telegram Web Link
Jangan selalu memendam rasa, menyimpan dendam, menyorokkan duka dan lara di dalam hati. Ada masanya perlu untuk diluahkan supaya hati tidak menjadi parah. Terpulang dengan apa cara sekalipun. Benda nak pakai lama, so kena jaga elok2.

@theluahann
Cara menghilangkan sakit hati

Baca al qur'an beserta maknanya Perbanyak Puasa Sunnah
Kerjakan Shalat Sunnah (tahajud)
Selalu berprasangka baik
Berkumpul dengan orang orang shalih Perbanyak mengingat kematian

Insya Allah akan meredam rasa sakit hati

Semoga bermanfaat...

@theluahann
Perancangan Allah pasti akan membawa kita ke jalan yang benar dan lurus

Kenapa bila kita diuji kita merungut tentang ujian yang kita hadapi sedangkan ujian itu yang maha pencipta yang beri kepada kita ?

Ada hikmah ๐Ÿ˜Š
Allah uji kita tak pernah lah dengan syarat, (aku saje nak uji umat aku),tak ada istilah nya seperti itu, malahan Allah menguji hamba ii nya kerana Allah tahu dan Allah mengetahui bahawa ujian itu sesuai dengan kita dan kita mampu hadapi ujian itu.

Maka mensyukuri lah โœจ.


@theluahann
Kematian boleh berlaku bila-bila masa saja terutamanya pada akhir zaman ini. Banyak berlaku kematian mengejut seperti yang Nabi SAW beritahu.

Sebab itulah pada zaman ini tiada lagi masa untuk kita lagha dan leka dengan dosa. Hari ini kita dapat tahu kematian orang lain dan

mungkin esok atau lusa orang lain pula yang dapat tahu berita kematian kita. Jadi, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat, semoga Allah meredhai dan memilih kita untuk mati dalam keadaan khusnul khotimah

@theluahann
Tanda ikhlasnya seseorang dalam menasihati adalah ketika apa yang ia nasehatkan tertuju pada dirinya sebelum orang lain.

Tanda ikhlasnya seseorang dalam menerima nasihat adalah ketika apa yang dinasihatkan padanya benar-benar ia sadari ada pada dirinya bukan pada orang lain.

@theluahann
Ego seseorang kalah dengan rindu

Pada awalnya mungkin juga tidak ada sesiapa yang boleh berlawan kemarahan seorang perempuan terutamanya . Kita nasihat macamne sekali pun dia tetap dengan pendirian dia terhadap semua orang termasuk pakwe dia contohnya . Tu normal.

Lelaki kena pandai berfikir, jangan makwe depa marah sikit je ,ko marah dia balik. Dua ii naik ego ,sapa nak pertahankan hubungan ?

Sabar dan mendoakan . Perempuan marah kejap jer, lepas dia marah tu dia akan fikir balik dan ego dia kalah dengan perasaan rindu itu.

Percayalah ,beri masa dan sabar ,jangan kau makin tekankan pasangan ko, tak jadi apa nanti, bagi dia ruang โœจ.

@theluahann
Letakkan 3 perkara ini sebagai azam kita setiap hari.

Bila tak solat, runtuhlah agama dalam jiwa kita. Allah tak jamin pemeliharaannya pada kita.

Bila tak baca Al-Quran, kosonglah jiwa. Amat mudah untuk maksiat mempengaruhi hati dan jiwa.

Bila tak menuntut ilmu, rosaklah pemikiran. Lantas kita tak dapat beza mana hak (benar) dan mana batil (salah).

Jom sematkan dalam jiwa kita untuk jaga 3 perkara ini setiap hari. ๐Ÿ˜Š

@theluahann
WASIAT IMAM HASAN BIN ALI as.

โ–  Bersiaplah untuk perjalananmu dan ambillah bekal sebelum tiba ajalmu.

โ–  Ketahuilah bahawa kau mencari dunia, sedangkan kematian juga mengejarmu

โ–  Dan janganlah memikul beban hari yang belum datang kepadamu.

โ–  Dan ketahuilah bahawa engkau tidak mencari harta yang lebih dari bekal makanmu, kecuali bererti engkau menyimpan untuk orang lain.

โ–  Sadarlah bahawa harta halal yang kau tumpuk ada hisabnya, dan jika harta itu haram,engkau akan disiksa,sedang jika syubhat (dalam keraguan ) engkau akan dicela

โ–  Maka jadikanlah dunia ini laksana bangkai,
Ambillah secukupnya, sehingga jika itu halal maka engkau telah berlaku zuhud dan jika itu haram maka engkau akan terkena celaan yang ringan.

โ–  Maka kamu mengambil darinya sebagaimana kamu mengambil dari bangkai, berbuatlah untuk suatu urusan duniamu seakan akan kau akan hidup selamanya dan berbuatlah untuk akhiratmu seakan akan engkau akan mati esok.

โ–  Jika engkau ingin perkasa tanpa bantuan orang lain dan ingin kharisma tanpa harus jadi sultan (kekuasaan) maka tinggalkanlah maksiat kepada Allah dan masuklah dalam lingkaran ketaatan Nya"

(Sayyidina Hasan bin Ali bin Abi Tholib as)

@theluahann
โ€œSesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.โ€ (HR Muslim: 1164)

Besar ganjaran bagi umat Rasulullah SAW yang berpuasa enam dalam bulan Syawal.

Tahniah kepada yang telah mulakannya.

@theluahann
โ€œJanganlah engkau menangisi atas pemergian Bulan Ramadhan. Kerana Ramadhan pasti akan kembali lagi. Akan tetapi menangislah kerana takut ketika Ramadhan kembali sedangkan engkau telah pergi (mati)โ€.

Habib Abdullah Al Haddad

@theluahann
Syaitan pandai gugat seseorang , kita sebagai hamba Allah kenapa perlu ikut ajaran dia ?

Sesetengah hamba mudah tercetusnya kemarahan hanya syaitan je puncanya .

Jangan lemah dengan syaitan dan ikut nafsu hati untuk dengar dan ikut apa yang dia rasuki hatimu.

Sebagai hamba Allah, teruskan bertarung dan kuatkan diri dalam keimanan dan bertakwa kepada Allah, Allah ada di sisi dan Allah maha pengasihi. Jangan sesekali berhenti dari berdoa kepada Allah terutamanya ketika mengalami saat kemarahan. Semakin kita berdoa :
Nescaya kita akan tenang .

Doa senjata lumuskan hasutan Syaitan.

@theluahann
Orang yang kuat dan sabar :

Orang yang kuat dan sabar adalah orang yang berjaya menyembunyikan perasaan sedihnya kepada orang lain dan sentiasa mengukir senyuman dengan ikhlas.

@theluahann
2024/10/01 22:28:25
Back to Top
HTML Embed Code: