Telegram Web Link
TANDA-TANDA KITA MENDAPAT KASIH ILAHI

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
Kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

@theluahann
Kekuatan itu akan hadir bila kita cuba untuk mencari. Kerana kekuatan itu tak akan hadir dengan sendirinya. Carilah kekuatan itu dengan mencari Tuhan yang mampu beri kita kekuatan saat kita berasa tak berdaya.

Sebab itu hidup ini bukan waktu susah sahaja baru nak cari Tuhan. Tetapi carilah Tuhan ketika waktu senang mahupun susah. Kerana Dia tak pernah tinggal kita walau sesaat.

Jadi apa alasan untuk kita cari Dia di waktu susah je kan?
Paling menyedihkan. Bukan hanya waktu senang tak mencari Tuhan. Waktu susah pun lupa Tuhan.

Sememangnya hidup akan menjadi kosong bila kita lari dari Tuhan ni. Kerana pemberi kebahagiaan dan juga ketenangan ini hanyalah Dia sang pencipta.

Allah yang maha baik. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Dia sangat cinta kan kita. Balas la cinta Tuhan sambutlah hidayahNya walau berkali-kali kita jatuh.

Sebab Dia tak hairan pun banyak mana pun dosa kita. Tapi yang hairannya kita tak pernah nak bertaubat dan kembali kepada Dia.

@theluahann
Zakat itu berada diantara shalat dan puasa ramadhan.

Sebagaimana fardhu/diwajibkannya pentingnya shalat dan puasa ramadhan bagi orang-orang beriman maka zakat hal yang wajib ditunaikan bagi setiap muslim, kaya atau miskin yang mampu menunaikannya.

Sehingga syarat wajib zakat fithri ada dua Islam dan Mampu.
*DOA HARI SELASA*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بسم الله الرحمن الرحيم*
*الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين*

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari *SELASA* ini, kami memohon kpdMu, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami, luaskanlah rezki kami dan mudahkanlah urusan2 kami.

Ya Allah Ya Rahim Ya Razzak,
limpahkanlah rezeki yang berpanjangan dan mencukupi lagi berkat kepada kami. Sihatkanlah tubuh badan kami, pendengaran kami juga penglihatan kami. Dan jadikanlah kami sentiasa di dlm keredhoanMu Ya Allah.

Allahumma Ya Ghaffar, kami memohon keampunan ke atas segala dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa anak2 dan pasangan kami, kaum keluarga kami, sahabat2 kami; dan, dosa sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*
*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَ ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ*

*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن*

@theluahann
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 078 hinnga 085

Petunjuk-petunjuk Allah dalam menghadapi tantangan

وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.

Al Israa' 17:083

@theluahann
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya ."

[Abu Daud dan at-Tirmidzi]

Salam Iftar,Salam Maghrib dan Salam Isyak rakan rakan dan ahli ahli dalam grup ini 😊

@theluahann
ADAB DAN SUNNAH

Aisyah رضي الله عنها berkata bahawa,

"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah ‎ﷺ iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?"

Jawab Rasululullah ‎ﷺ berdoalah,

"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni

(Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku)."

Hadis Riwayat Tirmizi

@theluahann
MANFAAT SEDEKAH

- Melanggengkan nikmat.
- Menolak kedengkian.
- Menghilangkan bencana.
- Meningkatkan kesembuhan.
- Melepaskan dari kesulitan.
- Memadamkan kemurkaan Allah.

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

"Apa saja yang kau nafkahkan maka sesungguhnya Allah akan menggantinya, dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki."

@theluahann
Cara Menjaga Diri.

Ibnu Baththah Al 'Akburi rahimahullah mengatakan,

أصونُ الـناس لـنفسه : أحفظـهم للسـانه وأشغلـهم بدينه، وأتركهم لـما لا يعـنيه.

Orang yang paling menjaga dirinya adalah :

- Yang paling menjaga lisannya.
- Yang paling sibuk dengan agamanya.
- Yang paling meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baginya.

@theluahann
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata,

الأيام تمضي ولا أدري هل ازددت قرباً من الله أو بعداً من الله؟ هل نحاسب أنفسنا على هذا الأمر؟

"Hari-hari terus berlalu, sementara saya tidak tahu, apakah saya semakin dekat kepada Allah atau semakin jauh.

Sudahkah kita menghisab diri kita dalam perkara ini?"

@theluahann
Dalam kekurangan kita, ia menjadi kelebihan dalam diri orang lain.
Begitulah dengan kekurangan orang, ia bertukar kelebihan pada kita.

Keadilan terletak di sudut yang pelbagai.

Kita bisa mendapatkan manfaat dalam hidup saat kita tidak berhenti mencari pahala.

@theluahann
2024/10/02 16:32:44
Back to Top
HTML Embed Code: