Telegram Web Link
Mungkin takdir menjadikan aku seorang yang gagal pada permulaan.
Mungkin takdir menjadikan aku seorang yang gagal pada perjalanan.
Agar aku bisa menjadi orang yang berjaya pada akhirnya.

@theluahann
Harta yang paling berharga adalah....
Umar bin Khattab RA bertanya kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki... Beliau SAW bersabda :
Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang Bersyukur, Lisan yang senantiasa berdzikir dan Istri Mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat..

@theluahann
Al-Quran ini memberitahu kamu tentang penyakit kamu dan penawarnya. Adapun penyakit kamu ialah dosa-dosa manakala penawarnya ialah Istighfar.

Perbanyakkanlah Istighfar ketika di rumah, semasa makan, berjalan, dipasar dan duduk-duduk. Sesungguhnya kamu tidak tahu bilakah turunnya keampunan.

@theluahann
Kehidupan perlukan pengorbanan.
Pengorbanan perlukan perjuangan.
Perjuangan perlukan ketabahan.
Ketabahan perlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula menentukan kebahagiaan.

Namun, jika perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapkan, senyum dan ingatlah, manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta.

@theluahann
Kita tidak akan dapat kebahagiaan jika kita tak merasakan apa itu sebuah kesakitan, Allah bagi kita merasakan sebuah ujian dan dibalik ujian itu ada kebahagiaan yang Allah akan berikan pada kita.

@theluahann
..
Tiada manusia yang terlahir sempurna. Tiada manusia yang tidak pernah sunyi dari kesalahan.
Kerana kesalahan itu tandanya kita ini hamba yang lemah, yang kekuatan kita hanya ada dengan pergantungan ALLAH.

Jadi, tutupi aib orang, dan ALLAH akan sembunyikan aib kita sebagaimana kita jaga dengan berhati-hati keburukan (aib) mereka.

insha'Allah.. tiap kebaikan yang kita buat, ALLAH gandakan dengan 10kali ganda tiap-tiap satu daripada kebaikan itu..

Harini dah subuh?
Ucaplah alhamdulillah.. kita masih diizin celik mata dan bernafas lagi di bumi bertuah milik ALLAH ini :'))

@theluahann
Setia itu bukan tentang selalu jumpa, selalu chat.
Bukan juga tentang 24 jam ucap 'I love You' , 'You Love Me' ke apa .

Tapi setia itu, even dimana kau pergi, dengan siapa pun kau kenal. Even ada yang cuba dekati kau. Tapi , hati kau tak berubah dan tetap pada dia seorang.

@theluahann
Forwarded from Deleted Account
jika di dunia nyata kau tak berdaya untuk buat kebaikan,jangan pula di dunia maya tempat untuk kau kukuhkan gelaran sebagai pendosa

@theluahann
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

فَاعْلَمْ أَنَّهُۥ لَآ إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنۢبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنٰتِ  ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوٰىكُمْ
fa'lam annahuu laaa ilaaha illallohu wastaghfir lizambika wa lil-muminiina wal-muminaat, wallohu ya'lamu mutaqollabakum wa maswaakum

"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."
(QS. Muhammad 47: Ayat 19)

hai assalamualaikum kali ini saya (Amir) nak kongsikan adab dalam kita berdoa dalam ayat ini menerangkan agar kita tidak melupai untuk mendoakan orang mukmin yang lain..
ayat ini juga mengajar kita untuk tidak sombong dalam mendoakan kesejahteraan dan keampunan bagi orang mukmin yang lain insyaallah .

@theluahann
Pada akhirnya apa yang susah payah dulu ingin kita lupakan, kelak mungkin akan kita kenang dan kita peluk sebagai rangkaian perjalanan yang membuat kita tumbuh dan mengerti. Menjadi pelajaran berarti yang membentuk kita menjadi sosok yang lebih bijak dalam menjalani kehidupan.

@theluahann
Jangan sibuk membuktikan kepada orang-orang kalau kamu adalah orang baik tapi sibuklah memberi manfaat, sibuklah berbuat baik, menolong sesama dan tunjukkanlah akhlak yang baik.

Niatkan semua itu karena Allah, bukan karena agar manusia mengenal dan menyukaimu karena sungguh kita akan mendapatkan sesuai apa yang kita niatkan.

Bila air yang sedikit bisa menyelamatkanmu dari rasa haus, tak perlu meminta air lebih banyak, yang mungkin akan membuatmu tenggelam.

@theluahann
Jadilah Orang Yang Mudah memaafkan.

Rasulullah shallallahu'alaihi wa dalam memberikan wasiat pada Kabir bin Sulaim.

Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu dengan sesuatu yang ia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk biarlah ia yang menanggungnya.

@theluahann
Bosan :

Ketika bosan,setidak tidaknya mengisilah ruang itu dengan mengadap dan membaca ayat ayat Al-Quran / beramal. Tatkala musim puasa sebegini,sesungguhnya tak elok jika kita mengisi masa berkenaan dengan sibuk tidur, layan Tik tok atau sebagainya dan leka tentang amalan.

Dunia merupakan tempat dimana kita perlu beramal, bukannya leka dengan hiburan dunia

@theluahann
Forwarded from Deleted Account
jangan pernah takut pada kegagalan , kerana orang yang takut pada kegagalan tak akan pernah merasa kejayaan .

@theluahann
still in love even when there is no relationship .

@theluahann
Isnin 14 RAMADHAN 1442H

Selamat BERPUASA

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta-Nya.

Marilah kita bersama-sama mengisi Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan memperbanyakkan bersedekah, membaca dan mentadabur al-Quran kerana pada bulan ini adalah bulan yang dipenuhi keberkatan serta dihidangkan di dalamnya dengan pelbagai amal ibadah yang pahalanya digandakan.

Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadahnya pada bulan Ramadhan sahaja dengan tidak beramal pada bulan yang lain, tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang dan momentum memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.

Al-Quran Juzuk 14

① Sinopsis
② Ayat
③ 14 Ramadhan
④ 1 Hari 1 Hadis Edisi Ramadan 1442H
⑤ Madrasah Ramadhan
⑥ Ringkasan Tafsir Ibn Kathir

@theluahann
lesson from Surah Yusuf :

• dreams do come true if Allah wills .
• never lose hope .
• keep making Dua .

@theluahann
i am a typical person who is very easy to forget your bad behavior towards me , but i am also one of those people who really remembers everything if you act up for the that time .

@theluahann
listen to the silence because it's telling the truth .

@theluahann
2024/10/03 06:29:43
Back to Top
HTML Embed Code: