Telegram Web Link
β€œSemua benda nak tunjuk.”

β€œSikit2 nak record.”

β€œSemua benda nak update sosmed.”

πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»

Statement yang rasanya ramai orang pernah terdetik dalam hati masing2 kan ?

Sebenarnya saya pun sama lah. Semalam ada tertengok satu video, terus terdetik dalam hati β€œErmm sebab terbiasa record, jadi pegi tempat yang tak sepatutnya pun kita nak record.”

Bukan nak judge orang, cuma teringat diri sendiri juga lah. Dulu memang pegi situ pegi sini mesti nak rekod, nak buat video 😌

Takde salah pun korang nak record2. Yelah kot lahh salah sorang antara kita semua Allah jemput dulu, ada lah kenangan nga nak tengok kan? ☺️

Sajelah nak share dengan korang something…
Saya dulu pun jenis suka rekod itu ini. Cuma lately ni dah kurang rasa nak rekod2, amik gambar apa semua especially gambar diri sendiri.

Dan ada hikmahnya juga bila tak selalu amik gambar ni. Boleh elakkan untuk tak upload gambar kita di media sosial 😌
Tu jelah nak share, ada perkara yang Allah jentik hati untuk tak buat pasti ada kebaikannya untuk diri kita.

Semoga yang sedang struggle untuk ubah diri dari tak upload gambar di media sosial dipermudahkan segala urusan, diteguhkan hati hanya untuk Ilahi.

Semangat ! ❀️
Ohh lagi satu nak share dengan korang. Semoga ada manfaat untuk korang yang baca hehe.

Masih dalam cerita hijrah saya.
Haritu ada borak2 dengan isteri ustazadnin. Memang suka dengar kalau cerita pasal nak jaga diri ni especially kita para muslimah.

Random je sebenarnya masa tu kami borak pasal topik nak buat dakwah. Yang paling saya terkesan adalah ayat ni ‡️

β€œBukan kesalahan pun kita wanita nak kedepan untuk tujuan dakwah, sebab banyak cara untuk dakwah ni. Cuma, bila kedepan kita ni wanita risiko untuk menjadi fitnah tu tinggi.”

Lebih kurang gitulah ayatnya takdela 100% sama cuma korang faham kan maksudnya apa?

Deep rasa. Dah la time tu memang kalau boleh nakkk sangat buat gitu. Share dakwah melalui quotes saja.

Lepastu terus buat keputusan untuk STOP amik review. Actually time tu memang dalam plan nak stop sebab rasa tak seronok nak upload diri ni dah mula membuak. Tapi belum kuat πŸ₯²

Alhamdulillah sekarang memang dah stop amik review, salah satunya sebab ni lah. Nak jaga diri. (Bukan nak cakap yang post gambar tu tak jaga diri ya. Ini cara dan jalan yang saya pilih)

Namun, susah ya. Nak istiqamah tu sangattlah susah πŸ₯²
Masa tu gamble jelah. Ada la tuu nanti rezeki lain Allah bagi. Ermm part ni betul2 tak tahu nak describe macam mana 😭

Tiba2 Alhamdulillah Allah berikan rezeki lain dan lebihhh lagi 😭

Banyak duk muhasabah diri masa tu. Erm betul lahh, kalau kita tinggalkan dunia untuk akhirat. Kita akan dapat dunia dan akhirat IN SHAA ALLAH!
Bukan nak cakap diri ni baik ya. Cuma ginilahh sedikit sebanyak jalan hijrah yang sebenarnya pengalaman diri sendiri lalui tersangatlah mahal dan tiada nilainya.

Baiknya Allah dekat kita yang serba serbi kurang ni 😒
Sepertimana kita jaga aurat diri begitu juga lah kita jaga aurat teman-teman kita yang ada dalam gambar sebelum upload.

#selfreminder
Tak kira sukar manapun jalan yang sedang kau lalui, teruskan langkah. Pengakhiran yang indah tak ada jalan mudah.

Keep going! 🀍

#boosterforyou
Hidup kita akan tenang bila hati kita tenang. Macam mana nak bagi hati tenang?

Jaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia.

Simple kan? ☺️

Moga baik2 saja semuanyaaa 😘
Janji dengan diri untuk berhenti peduli akan hal-hal yang akan membuatkan hatimu kembali patah, dirimu kembali lemah.

Bangkitlah berjalan terus melangkah kedepan. Sesungguhnya rencana yang sudah Tuhan persiapkan buatmu tersangat indah.

Trust the process ❀️
Dalam kesedihan yang kita rasa, ada kebahagiaan yang Allah akan ganti. Jangan sedih2 okay?

Janji Allah itu pasti ❀️
Lepaskan masa lalu yang sering membuatmu sakit. Redha dengan segala yang sudah diatur Tuhan agar kita dapat jalani kehidupan dengan tenang.

Keep going ❀️
Doa lah selalu, minta selalu dengan Allah supaya jauhkan diri kita dari perasaan rasa diri lebih baik. Kerana dari situlah bermulanya titik merosakkan hati.

Bila rasa diri lebih baik, semua orang kita akan pandang rendah. Bahaya tu. Lama kelamaan tanpa sedar akan buatkan kita bermegah lalu kufur dengan segala nikmat yang Allah bagi.

Kita hidup sederhana saja ya? Cara sebegini Allah lebih suka ☺️
2024/09/30 22:26:41
Back to Top
HTML Embed Code: