Telegram Web Link
Erm banyak sangat dapat dm / respon pasal toxic people ni. Sedih kan dengan environment sekarang. Di mana2 ada sajaa β€˜toxic people’ ni πŸ˜”

Korang jangan down tau. Hidup kita ni jangan terlalu berpandukan β€˜apa persepsi orang’ terhadap diri kita. Cukuplah kita tahu apa yang kita sedang buat ni adalah terbaik untuk diri kita. Yang paling penting, Allah redha.

Dont stress yourself much. Sayanglah diri sendiri instead of nak serabut dengan kata manusia yang hakikatnya mereka tak lalui dan rasai pun apa yang kita sedang alami.

Jaga kesihatan mental kita sendiri juga okay? 🌸
Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―ΩΨŒ ΩƒΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ψ΅ΩŽΩ„ΩŽΩ‘ΩŠΩ’Ψͺَ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ₯ΩΨ¨Ω’Ψ±ΩŽΨ§Ω‡ΩΩŠΩ…ΩŽ Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘ΩƒΩŽ Ψ­ΩŽΩ…ΩΩŠΨ―ΩŒ Ω…ΩŽΨ¬ΩΩŠΨ―ΩŒ.

Maksudnya:β€œSesungguhnya Allah dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW. Salam Maulidur Rasul ✨
Saja terfikir untuk share dekat korang. Ambil pengajaran dari kisah ni ya. Kadang dari pengalaman orang lain juga adalah asbab diri kita untuk β€˜celik mata’ bagaimana sebenarnya diri kita ni pada orang lain ☹️
Baru- baru ni saya dengar luahan hati seorang sahabat berkenaan ni. Sedih rasa πŸ₯Ί

Memang betul lah apa yang kita buat jangan nak harapkan penghargaan dari orang, tapi kalau apa yang kita buat orang balas dengan perkara tak best dia akan jadi auto fikir β€˜APA YANG AKU BUAT KAU SIKIT PUN TAK HARGAI EK’ πŸ₯Ί

Betul tak?

Kita ni manusia gais. Memang akan terasa hati.
Apa lesson yang kita boleh ambil adalah :

1. Berharap pada manusia ni hanya sakit je yang kita dapat.
2. Jangan sakiti diri sendiri hanya kerana nak bahagiakan orang lain.

Selalu suka saya pesan,dahulukan hati dan diri sendiri. Bila emosi dah stabil nanti mudah je kita nak bahagiakan orang lain.

Jaga diri. Okay? :)
Mesti korang dah tido. Tapi tulah izinkan sekejap nak meluah dekat sini 😭
Baru tengok video seorang pempengaruh berkenaan isu Palestine ni. Allah. Saya jarang nak respon benda2 viral ni. Tapi sebab ni isu Palestine, rasa β€˜sakit’ sikit bila dengar penjelasan beliau πŸ₯Ί

Macam faham apa yang beliau maksudkan tu. TAPI awak kena faham, isu Palestine ni isu AKIDAH ya, bukan isu kemanusiaan macam kebiasaan tu. Ni bukan isu abang tesla yang kita boleh beri alasan β€˜Hak saya untuk tidak peduli.’ Kalau yang tu takpelaaa taknak ambil tahu pun.

Pernah dengar ceramah ustaz adnin, siapa yang tak ambil tahu tentang urusan umat Islam maka dia bukan di kalangan mereka. Maknanya kalau kita tak ambil tahu tentang saudara kita di Palestine, kita bukan di kalangan umat Islam. Nabi SAW bagitau, orang beriman ni ibarat satu jasad. Kalau sakit sebahagian maka sakitlah seluruh jasad. Kalau kita tak rasa apa2 bila lihat keadaan saudara seislam kita di sana terseksa, maksudnya keimanan kita palsu.

‡️
Dah banyak kali dah sebenarnya lalu posting berkenaan β€œMANA SEMUA PEMPENGARUH DAN ARTIS YANG RAMAI FOLLOWERS TU?”..Takde pun yang kongsikan berkenaan Palestine ni. Masa ni lah korang gunakan title PEMPENGARUH tu untuk beri AWARENESS pada pengikut2 kalian yang ramai tu.

Ya faham mungkin punca rezeki dekat situ. Ramai je wehh artis2 dan beberapa influencer yang ADA NAMA buat posting berkenaan Palestine. Solute 🫑

Apa yang kita ada dekat dunia ni sekejap je. Apa yang Allah bagi, kalau DIA nak tarik balik bila2 masa je.
Dannn, better diam jelah kot tak perlu buat video explain untuk defense diri kenapa tak share pasal Palestine. Lebih baik diam dari berkata perkara yang sia-sia macamni.

Sedih saya πŸ₯Ί
Itu jelah nak luah. Nanti kita sambung. Bukan nak kecam..

Tapi kena tahuuuu dan ambil tahuu ya isu Palestine ni. Saya sendiri pun takde knowledge pasal ni, tapi sebab taktau ni jadi rasa nak ambil tahu dan mula belajar tentang sejarah Palestine.

Tak salah pun kalau nak rendahkan ego ni. Tak rugi apa2 pun.
Btw koran, jangan berhenti doa untuk saudara kita dekat sana ya. Sedih sangat ya Allah tengok keadaan 😭

Sehari dua ni kakteh slow down sikit sebab mental dah betul2 crack tengok keadaan mereka πŸ˜­πŸ’”

Rasa useless tak dapat bantu. kita keep on doakan yaa. In shaa allah, kita ada Allah. Kuatnya tahap kebergantungan mereka pada Allah kan? πŸ˜”

Ambil la sebagai iktibar untuk diri kita ya.
2024/09/29 10:32:16
Back to Top
HTML Embed Code: