Telegram Web Link
Re-print 🫢🏻🀍

Masa tulis buku ni macam2 feeling ada. Takut terlari niat menulis, nanti kang sia2 je. Niat saya menulis untuk berkongsi kata semangat supaya lebih ramai lagi yang tidak memilih untuk berputus asa dalam hidupnya. Tak harapkan lebih, cuma semoga yang
baca buku TERLALU BERHARGA UNTUK PUTUS ASA ni teruskan segala langkah kalian walau terasa payah.

Tak apa, harini mungkin terasa berat. Esok esok Allah gantikan dengan nikmat. Stay strong ❀️
Hai sahabat2 kakteh semua :)

Dah tido ke? erm kakteh sebenarnya baru saja check anonymous message dekat NGL link tu. Seriously sangat sedih setiap kali baca luahan2 korang semua πŸ₯Ί

Kakteh rasa diri ni diuji hebat dah, rupanya korang semua lebih besar ujian yang sedang korang hadapi 😒

Minta maaf kalau tak dapat nak membantu, tapi korang jangan rasa keseorangan. Kita semua masing ada untuk saling menguatkan. Okay? ☺️
Untuk awak yang hantar luahan panjang dekat anonymous message tadi, awak sebenarnya kuat. Sebab tu lah Allah berikan awak ujian macamni.

Kena ingat, Allah takkan uji kalau kita tak mampu nak hadapinya. Allah takkan uji kita saja2. Allah takkan uji kita selain dari untuk kuatkan kita, untuk naikkan lagi darjat kita di sisiNYA.
Tersentuh baca sebab situasi awak lebih kurang sama je dengan kakteh πŸ₯Ί

Yang orang nampak, kita terlihat kuat. Sedangkan hakikatnya kitalah yang palinggg lemah dan menunggu masa untuk rebah.

Ya. Ujian ni memang sangat sangatt penat untuk kita hadap. Apatah lagi non-stop pula ujian ni datang. Penat. Rasa nak give up. Semua lahh.
Jangan salahkan Allah jika kita sentiasa diuji. Jangan persoalkan apa yang Allah dah beri pada kita.

Tapi, tetaplah pilih untuk bersyukur walau payah manapun kita rasa.

Mungkin tanpa kita sedari Allah uji kita dengan pelbagai ujian sebenarnya Allah sedang β€˜tarik perhatian’ kita untuk KEMBALI PADA DIA.

Allahuakbar sentap pula diri sendiri 😭
Mungkin β€˜masa’ kita luangkan dengan Allah sekejap saja. Yelah, solat pun dalam keadaan gopoh 😒

Mungkin lidah kita ni dah kurang kita basahkan dengan memuji DIA dengan zikrullahπŸ₯Ί

Maka, hanya melalui UJIAN sajalah yang boleh buatkan kita KEMBALI DEKAT padaNYA.
Apepun, buat semua yang merasakan dirinya diuji saat ini. Tenanglah, kuatlah! Kita diberikan ujian sebab diri kita sedang disayangi Tuhan ❀️
Assalamualaikum semua salam Jumaat 🌸

Moga hari yang penuh berkah ini segala urusan kita semua dilancarkan. Have a blessed day everyone! 🀍
Kalau nak tanya edit dekat mana, semua2 gambar dengan quotes ni kakteh edit dekat ig story sahaja 😁
2024/09/29 12:24:35
Back to Top
HTML Embed Code: