Telegram Web Link
Bila kita buat kerana Allah, walau apa jua cabaran mendatang kita pasti mampu tempuhi.
Kita tak mampu nak paksa manusia untuk kekal stay dengan kita, yang nak pergi biarkan. Kita fokus perbaiki diri.

Orang menjauh, mungkin ada salah dan silap dari kita juga sebenarnya. Jadi, check balik lah diri kita dan perbaiki yang mana perlu perbaiki.

Nak minta orang bertahan dan stay dengan kita tak guna dah. Paksa lah macam manapun, sebab mereka dah pilih jalan untuk pergi. Maka belajar untuk ikhlaskan.

Kita takkan terasa sakit jika hubungan sebelum ni terbina kerana Allah. Allah hadirkan mereka, Allah jua lah yang tarik mereka kembali dari hidup kita :)
Jangan pernah mengharapkan kesempurnaan dari manusia lain jika kita sendiri juga seorang manusia, yang jauh lagi untuk sempurna :)
Buang jauh jauhh rasa angkuh dan sombong dalam diri, kerana dari situlah akan terbinanya titik hitam di dalam hati kita.

Nauzubillahiminzalikh!😭
Hai awak πŸ˜‰

Jangan lupa ucapkan syukur harini keh. Kerana dari satu kata syukur, pasti akan diikuti dengan pelbagaii nikmat dari Tuhan.

Syukur walau sedikit, Allah pasti tambahkan nikmat berbukit bukit ❀️
TEGAS DENGAN DIRI.

Sejak mula bertegas dengan diri sendiri banyak perubahan yang dapat rasa.Terutamanya dari segi mental health.

Kita tahu apa yang diri tak suka, jadi tinggalkan. Kita tahu apa yang diri kita mahu, jadi usahakan. Kalau ada perkara yang mengganggu proses kita sedang upgrade diri, jauhi dan usah peduli.

Hidup ni mudah kita saja yang sering rumitkan :)
Kita mudah label orang lain toxic sedangkan diri kita sendiri pun ada juga kurangnya πŸ˜”
β€œAkak, macam mana akak boleh dapat circle dakwah macam ni? saya teringin, tapi susah.”

Jawapan :
Akak ni ilmu agama memang cetek. Jadi masa awal2 hijrah dulu selalu hadir majlis ilmu. Jadi dari situlah dapat bina ukhuwah yang sama2 sedang belajar dan dalam jalan yang sama.

Lesson ‡️
Kita dulu yang kena mulakan perubahan dalam diri jangan hanya tunggu semata-mata :)
Same goes to HOW TO GET POSITIVE CIRCLE :

Kita terlebih dahulu yang kena perbaiki dan train diri untuk sentiasa bersangka baik walau dalam apa keadaan sekalipun.

**sidenote : Kekal positif jangan sampai jadi toxic positivity pula ya :)
Makin dewasa ni kita nak hidup yang tenang2 je. Macam mana nak tenang?

1. Kurangkan untuk peduli hal-hal orang lain.
2. Fokus pada apa kebaikan yang kita boleh beri dekat diri.
3. Belajar untuk menghargai orang sekeliling.
4. Jangan expect lebih dekat dunia sbb bila kita put high expectation, tendency untuk kita sakit bila apa yg kita nak tu tak dapat juga tinggi.

Semoga bermanfaat ☺️
Kadang kita terlihat kuat sedangkan beban yang kita pikul teramat berat. Kita terlihat kuat bukanlah sebab kita ni yang kuat tetapi sebab kita tahu pada saat Tuhan berikan kita seberat berat ujian, pastinya selepas itu akan Tuhan ganti dengan nikmat yang sangat indah.

Saat kita ditimpa ujian lagi dan lagi, sebenarnya itu tanda diri kita sedang dalam perhatian Tuhan. Terima kasih Tuhan :)
Tertarik dengan video ni πŸ˜” ya benar! wanita ni memang akan diuji dengan kecantikan. Kita sukakan kecantikan. Macam dalam video ni kata, β€˜Kalau kita jaga, kita menang!’

Yes! Kalau kita jaga, dekat syurga nanti kita akan dikurniakan kecantikan malah lebih cantik dari bidadari syurga. Siapa yang lebih cantik dari bidadari syurga? Wanita yang pandai menjaga kehormatan dirinya dekat dunia.

Muhasabah diri sendiri 😭❀️
2024/09/29 16:28:55
Back to Top
HTML Embed Code: