Telegram Web Link
Assalamualaikum semua ✌🏻

Alhamdulillah harini dah mula PBAKL. Ada ke yang dalam ni plan nak datang? Nanti kalau ada yang datang 28/5, 30/5, dan 1/6 jemput singgah di booth whitecoat di bilik Mawar booth no M23 & M24 okeh! Sesi meet & greet kakteh dekat situ pukul 1-2 petang ☺️

Kalau datang tegur-tegur kehh 😘
Nak mulakan hijrah ni perkara yg paling kita rasa susah untuk nak buat. Kan?

Benda pertama yg akan kita fikir ialah 'nanti apa orang kata'!

Betul kan??

Sebab tu susah sangat nak berubah. Susah nak mulakan perubahan. Nanti orang kata 'Ek eleh dia ni, macam aku tak kenal dia tu dulu camna.'

Kehidupan kita yg dulu, kita tinggal blakang. Tu belakang cita. Yang paling kita kena fokus is, kehidupan kita yang sekarang ni. Kenapa?

Sebab, apa yang kita buat sekarang adalah penentu masa hadapan kita. Taknak ke future kita ni baikΒ² je?

Yang lepas, yang lalu. Tinggal belakang. Toleh sikitΒ² untuk baiki diri tu takpe. Macam kita drive keta, kalau pandang cermin belakang terlalu lama mau nya accident nanti. Jeling sikitΒ² sudahla. Fokus jalan ke depan!

So kat sini kakteh nak bagitau korang. Penentu masa depan kita, bukanlah orang lain. Tapi diri kita sendiri. Orang nak kata apa pedulikan jika kataΒ² mereka akan buat kita givap dalam proses nak berhijrah.

So korang nampak tak kat sini? Sebenarnya, susah kita nak mulakan perubahan bukannya disebabkan orang lain. Tapi sebab diri kita sendiri.

Diri kita sendiri adalah musuh utama yg perlu kita lawan untuk kita mulakan perubahan.
Moga baik2 saja dehhh. macam biasaa asyik tak sempat nak konsisten sharing dalam ni 😭

Maaf dehh πŸ™πŸ»
Actually sekarang kakteh tengah buat survey berkenaan HIJRAH DIRI.

Boleh tak korang kongsikan apa yang buatkan korang rasa susah untuk mulakan hijrah?

Contohnya, kalau perempuan. Susah betul nak mula labuhkan tudung. Kalau lelaki pula, susahnya nak jaga pandangan 😭

Fahamm sebenarnya banyakk faktor yang buatkan kita β€˜hold’ jalan hijrah kita ni. Even kakteh sendiri pun banyak kali juga tersungkur πŸ₯Ί

Susahh 😭

Tapiii, alhamdulillah bila kita tahuu tujuan utama kita berubah kerana apa segalanya mudahhh saja.
In shaa allah nanti kakteh akan bantu korang macam mana nak tangani segala masalah tu dengan cara yang betul dengan izin Allah.
Sportinggnyaa korangg ramai responn. Tqq tauuu. keep on respon apa masalah yang korang hadapi okehh.

In shaa allah kakteh akan cuba bantu ☺️🫢🏻
Kalau sekarang kita lalui kehidupan dengan penuh senyuman, jangan lupa untuk panjatkan rasa SYUKUR pada Tuhan yang memberi nikmat.

Namun, jika sekarang kehidupan yang kita lalui penuh liku ujian maka berSABARlah kerana pada ketika ini sebenarnya Tuhan sedang persiapkan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu kebaikannya pada masa depan.

Segala yang berlaku, ada hikmahnya. Saat dan waktu yang tepat kita pasti akan tersenyum gembira dengan segala nikmat dari Tuhan :)
Bila sebut soal hijrah, bukan muslimah sahaja. Lelaki pun sama. Sebenarnya kaum lelaki juga punya struggle kalian yang tersendiri kan?

Antara yang paling struggle adalah untuk menundukkan pandangan. Betul kan?

Ada lagi tak struggle yang susahhh sangat para lelaki nak atasi untuk mulakan perubahan dalam diri? Korang share dekat link yang kakteh sediakan tu ehh.

In shaa allah nanti ada yang akan bantu kalian untuk lebih kuat mulakan perubahan dengan izin Allah ☝🏻
π“πžπ‘ π…πšπ­π’π‘πšπ‘ πŸ•ŠοΈ pinned Β«https://ngl.link/teh.fatihah Korang boleh share problem korang dekat sini keh. No worries, komen semua anonymous ✌🏻»
Kadang Tuhan beri situasi yang kita tak pernah minta dan sangka akan kita lalui dalam permusafiran kita di dunia ni.

Allah SWT beri ujian, sebab DIA nak tengok macam mana cara kita respon terhadap sesuatu ujian tersebut. Kadang Allah beri ujian pada orang sekeliling, dan hakikat sebenarnya ujian orang sekeliling itu juga merupakan ujian kita.

How we react bila ada sahabat kita diuji? Masih bersama untuk saling menguatkan atau terus tinggalkan sebab kita taknak lah berada dekat dengan orang yang selalu sangat diuji ni. Kang berjangkit pula.hurmm

____

Hidup kita ni, jangan sesekali angkuh dengan Allah. Sebab anytime saja segala yang DIA pinjamkan DIA akan tarik balik.

Bersyukurlah saat punya teman yang mana selalu ada walau saat kamu senang ataupun susah. Dan yang paling susah nak jumpa sekarang orang yang banyak berkorban untuk kita tanpa mengharapkan balasan apa-apa.
Bila dah pilih jalan hijrah ni, diri kena kuat sikit untuk lawan nafsu yang sering lebihkan dunia.

Dunia ni, banyak perkara yang indah. Namun ianya cuma sementara. Kena banyak remind diri tentang itu.

Penat dalam bermujahadah ni penat dekat dunia je, di akhirat kelak kita dah boleh nak berehat-rehat :)
2024/09/29 18:27:00
Back to Top
HTML Embed Code: