Telegram Web Link
Alhamdulillah sekejap je rasanya dah masuk hari ke-15 Ramadan. Syukur kita masih diberi peluang untuk memohon keampunan Allah swt 🀲🏻

Fasa kedua ni fasa keampunan. Gunakanlah masa dan peluang yang ada untuk perbanyakkan amal ibadah, berdoa mohon ampun dari Allah. Rugi kalau kita siakan peluang yang ada ni dengan perkara yang sia-sia.
Bila sebut soal keampunan, kemaafan ni teringat pula dengan pengalaman lalu. Pernah tak bertegur sapa dengan kawan disebabkan salah faham.

Bertahun juga lah. Padahal masing-masing takde salah apapun, lebih kepada ego je masing-masing.

Alhamdulillah Ramadan lepas, kakteh gagahkan diri untuk mesej dia. Masa tu dm jelah dekat ig since nombor phone dah lost sebab phone rosak. Menangis nangis taip mesej nak minta maaf tu. Sebab rinduu sangat dekat kawan tu. Lebih setahun tak tak senang hati kalau fikirkan persahabatan tu. Nak minta maaf asyik tertangguh sebab takut dia taknak terima :(

Selepas mesej kawan tu, esoknya dia reply. Mashaallah sama-sama menangis kami. Rupanya masing2 saling ingati cuma ego lah yang menguasai diri 😭

Ya Allah, Kau jagalah ukhuwah kami dan berkatilah persahabatan kami sehingga ke syurgaMU 🀲🏻
Dan…siapa sangka, sekarang turut alami situasi yang sama. Sedihnya Allah saja yang tahu. Mungkin diuji macamni sebab kakteh ni bukanlah seorang sahabat yang baik kan? 😒

Situasi sekarang ni agak rumit untuk mulakan. Tapi takpelah, Allah ada. Kita doakan semoga Allah mudahkan jalan untuk lembutkan hati kita semua.

Apepun, selamat beramal ya korang! Jangan siakan peluang yang ada ni. Perbanyakkan memohon keampunan dari Allah. Bulan Ramadan ni adalah masa terbaik dan waktu paling mustajab untuk berdoa :)
2024/09/29 22:23:42
Back to Top
HTML Embed Code: