Telegram Web Link
Malam ni dah mula tarawikh dahh. Esok kita puasaaa 😍 excited right? in shaa allah moga diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan dan penuhi bulan mulia ni dengan perkara-perkara bermanfaat.
Di kesempatan ini kakteh mohon ampun maaf dengan semua sebab lamaa tak aktif sharing dekat sini πŸ™πŸ»

Jugaa minta maaf kalau ada salah silap dari kakteh yang penuh kekurangan ni ya. πŸ™πŸ»

Salam Ramadan! ❀️
| 1 Ramadan 1444H β€’

Doa memohon keampunan dan diampunkan dosa pada malam lailatul qadar.

Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosa kami,Kau permudahkanlah segala urusan kami, Kau permudahkanlah ibadah kami, Kau rajinkanlah kami untuk mengerjakan ibadah, Kau terimalah segala amal ibadah kami 🀲🏻
| 2 Ramadan 1444Hβ€’

Jumaat pertama di bulan Ramadan. Perbanyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW pada hari Jumaat. Semoga kita semua mendapat syafaat darinya 🀲🏻
Ni antara pesanan ustaz Syaari masa kakteh hadiri kelas tadabbur therapy Empower Quran Global haritu. Banyak pesan ustaz yang membuka mata hati sendiri πŸ₯Ί

Cuba tanya diri sendiri selama ni macam mana bentuk doa kita? Adakah berbentuk keTuhanan atau keduniaan semata-mata? 😭
Jangan bandingkan ibadah kita dengan orang lain. Biarlah kita mula sedikit demi sedikit asalkan ibadah kita tu berkualiti ❀️
Hurmm. Okay ataupun tak, kita kena okay juga. Kan? Itu jelah yang boleh dan mampu kita buat.

Tapi takpe korang. Selagi mana kita memilih untuk terus okay walau keadaan tidaklah sebegitu okay, in shaa allah ada hikmah yang paling terbaik sedang menanti kita.

Allah dah persiapkan yang indah-indah. Hari ini, kita cuma perlu sabar.

Yes. Sabar lagi dan sabar lagii :)
Perbanyakkan muhasabah diri. Check lah apa yang kita rasa kurang dalam diri ni. Bulan Ramadan ni masa terbaik untuk kita perbaiki.

Yelah. Level rajin ibadah upgrade banyak bulan Ramadan ni kan? hihi πŸ˜„
Banyakkan berdoa. Minta apa yang kita nak sungguh-sungguh.

Nak menangis dengan ujiandunia ni, menangis β€˜depan Allah’ itulah yang paling terbaik. Rasa lega tu kita kita je tau. Kan? πŸ₯²
Hurmm. Random je ni nak sembang dengan korang. Mungkin sedang ingin meluah rasa tidak enak dalam hati.

Apepun, moga korang baik2 saja keh. Tak apa kalau hari ini belum baik untuk korang, pasti akan ada saat yang tepat untuk korang nanti.

Dan kakteh pun menunggu juga my turn tu. Kadang Allah beri rasa tak enak bukan sebab balasan dosa lampau, tapi hanya sekadar untuk kita sedar sebenarnya KITA SEDANG DALAM PERHATIAN DIA πŸ₯°
2024/11/05 18:47:50
Back to Top
HTML Embed Code: