Telegram Web Link
Forwarded from Booxtall
Tahun 2020, wani pernah tanya soalan random dekat seorang sahabat ni. Masa tu dalam fasa trauma. Fobia -- tengah takut lagi nak cari 'kawan baru'.

"Awak, kalau satu hari nanti Allah uji persahabatan kita ni, apa kita nak buat?"- wani

Disebabkan dia tahu wani orang aktif IG, dia pesan macam ni; "Awak kalau terdengar satu perkara buruk tentang saya, awak direct dengan saya. Jangan masuk social media."

Masa tu macam tak nak percaya; dalam hati kata -- "Ish takkan lah. Dia ni orang baik kot. Tak kan buat benda bukan-bukan."

Dan "satu hari" tu pun sampai. Kita pun apply lah seperti mana yang dipesan. Which is settle berdua. Orang lain tak perlu tahu isinya.

So memang betullah. Boleh jadi apa kita dengar tu, satu fitnah. Atau orang yang berkata buruk tu sedang diuji dgn masalah hati.

Maka, dengan itu tabayyun-lah. Simple.

Takde siapa perfect dalam hidup ni πŸ˜‰
Walau berapa kali kamu dijatuhkan oleh manusia, teruskan langkah. Usah takut untuk bangkit walau sendirian kerana kita punya Tuhan 🀍
Kerna bukan semua bisa mendoakan yang baik-baik buatmu πŸ₯€
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hai korang ☺️ haritu kakteh ada recording sesi inspirasi dekat radio Zayan.my bersama Fatin Nabila. In shaa allah malamni akan keudara di radio.

Bermula pukul8-12, tapi slot kkteh pukul 9-10 rasanya. Jemput dengar hopefully ada sesuatu yang korang dapat dari perkongsian kakteh nanti ❀️
Kalau ada yang dengar tadi tak ada apa yang kakteh harapkan selain korang terus bersemangat untuk teruskan kehidupan walau terukkk manapun korang sedang atau bakal diuji kedepan nanti ❀️
REASON WHY MAKIN BERANI KEDEPAN πŸ•Š

Tak pernah terfikir pun diri ni akan berani macamni untuk kedepan, bercakap dengan khalayak. Tak pernah fikir.

Namun, keadaan menjadikan diri ni lebih berani. Terlalu banyak push factor yang β€˜menolak’ diri untuk teruskan dengan apa yang sedang buat sekarang.

Selalu direndahkan. Buatkan diri untuk lebih bersemangat buktikan yang diri ni mampu untuk buat sesuatu walau dengan sendiri. Bukanlah nak buktikan pada manusia, tapi cuma untuk beri semangat buat diri.

Bila direndahkan tu rasa tertanya juga β€œBetul ke aku tak boleh buat ni?”

Dah cuba buat tu barulah kita tahu setakat mana keupayaan diri kita. Kunci dia, mulakan buat!
Namun, untuk kedepan ni kena bersedia lah. Bersedia untuk hadap pelbagai lagi ujian.

Jadi penting sangat untuk JAGA NIAT 🀍
Kita sebagai wanita ni bila pilih untuk munculkan diri di media sosial, banyak aspek yang kena jaga.

Yang menjaga pun terpalit dengan fitnah, apatah lagi yang tidak. Ye kan?

Kita kedepan, bukan untuk buatkan manusia kagum dengan diri kita. TAPI, kita kedepan hanya sekadar untuk buatkan lebih ramai manusia kagum dengan AGAMA ISLAM.

Cukup saja itu.
Betul, tak nafikan jadi wanita yang tak expose diri itu tampak mahal.

Tapi, jadi wanita yang berani tampil kedepan untuk perjuangkan agama Tuhan itu sangat exclusive.

Tak expose diri, jangan rasa diri kita dah cukup baik dan orang yang expose diri di media sosial tu tak jaga diri. NO!

Jaga hati. Jaga agar tidak bersangka-sangka dengan perkara yang belum pasti.
Buat sahabat perjuangan dalam sebarkan dakwah, teruskan! ❀️
2024/11/05 22:55:56
Back to Top
HTML Embed Code: