Telegram Web Link
Jangan lupa cipta kenangan indah hari ini pula! 🌹
Forwarded from Booxtall
Semalam drive balik rumah nak dekat Maghrib.. Tekan butang radio, semua tak best. Akhirnya berhenti dekat satu frekuensi radio yang sedang siarkan audio ceramah Ustaz Wadi Annuar.

Tajuk pasal kiamat, tapi slot tu cerita tentang matahari je. Betapa matahari ni makhluk yang sangat taat dengan Allah, sampaikan dia tak pernah berganjak sikit pun dari orbitnya (yang mengelilingi bumi).

Bayangkan.. kalau matahari terlari sejengkal kedepan dari orbitnya, boleh terbakar seluruh isi bumi yang kita duduk ni. Kalau matahari gerak sejengkal kebelakang, maka seluruh bumi boleh beku. ❄️πŸ₯Ί

Makin meremang bulu roma bila Ustaz sentuh bab matahari menghilangkan diri (ada beza pendapat) selama 2 atau 3 hari..

Hari pertama tu, kita bangun macam biasa, solat subuh 6 pagi, yang jenis tak bangun, memang tak bangunlah subuh tu (ayat Ustaz). Kemudian, masuk jam 8, 10, 12 tengahari, langit masih gelap macam malam. Yang pasti, dia bukan gelap sebab langit mendung nak hujan..

Masuk 1.30 petang.. bilal yang ada ilmu tentang ni, yang mengaji hadith -- dia akan tetap laungkan azan Zuhur walaupun tak nampak langsung matahari ketika tu. Seluruh manusia akan dapat berita bahawa hari itu sedang berlaku 'fenomena' yang tak pernah dibahas dalam Sains..

Keadaan jadi sangat huru-hara. Apa lagi bila matahari tiba-tiba muncul dari Barat. Ketahuilah pada hari itu, pintu taubat telahpun ditutup.

Mana yang baru nak taubat, tak diterima taubatnya. Mana yang tengah berjual beli, dia letak duitnya, balik rumah untuk solat. Masa tu solatnya dah takde nilai. Ada orang dia cari emas merah dalam rumah -- dia ketuk pintu rumah orang miskin, "Makcik, saya nak sedekah emas ni, ambillah.". Makcik tu kata, "Alangkah baiknya kamu datang bagi sedekah ni semalam, kerana harini sedekah kamu tidak bermanfaat lagi.."

😭😭

Masa matahari 'menghilangkan diri' tu sebenarnya dia tengah menghadap Allah. Dan Allah puji dia kerana begitu taat. Kejadian matahari muncul dari Barat tu berlaku sekali je.. Esok lusa dia berpusing secara normal balik.

Ustaz minta sampaikan pada semua sbb tak ramai yg datang masjid untuk dapat ilmu ni. Wallahua'lam..
Ishhh tak sabar rasanya nak kongsikan dengan korang 1 bab dalam buku terbaru kakteh yang akan release nanti 😭
Tapi kakteh cuma share dalam group khas buku tu je tau. Korang dah join ke belum group tu? hehe
Special untuk korang yang masih setia stay dalam channel ni nah kakteh bagi lagi link.

Yang berminat untuk dapatkan buku tu jelahh join ek. Yang xberminat xyah join. hahahaha 😝

Ok gurau jee 🫣
Anything pasal buku tu nanti kakteh akan share dalam channel tu saja
Dekat sini share jugakk. Tapii, bukan semua berminat hahaha
Kakteh excited sangat! Neves lagi lahh 😭

Buku ni sangatttt bermakna untuk kakteh πŸ₯Ί
Semoga perkongsian kakteh dalam tu turut beri manfaat buat korang yang baca nanti 🀲🏻
Pihak publisher cakap β€œConfirm best seller ni!”

Allah. Takuttt.

Best seller tak best seller itu bukan keutamaan kakteh. Kakteh cuma nak, penulisan dalam tu beri manfaat pada ramaiiii orang. Dan…moga ianya akan berikan pahala berpanjangan untuk kakteh dan kita semua nanti andai suatu masa nanti kita sudah dijemput Ilahi πŸ₯Ί
2024/11/05 23:35:37
Back to Top
HTML Embed Code: