Telegram Web Link
btw korangg. tahu kann tak lama lagi kakteh akan release my new solo book? πŸ₯ΊπŸ˜­
Kakteh ada create satu channel khas untuk sharing pasal buku tu je nanti.

https://www.tg-me.com/+s0SOuoeKfP1hODE1

If korang sudi, jemput join channel tu ya. In shaa allah nanti nak belanja something dekat situ ☺️
Buat caption video ni tadi spontaneous as always. Sebab rasa diri tak berapa nak kuat these few days πŸ₯Ί
Penat fizikal kita boleh rehat. Penat mental ni payah nak handle.

hmm
Hidup kita ni memang tak boleh lari dah dengan manusia. Kadang tu kita ni dah fokus dekat diri sendiri dah, tapi masih ada juga yang tak puas hati dengan kita.

Tak puas hati sensorang takpe lagi. Ni mentally tortured. Sekuat kuat kita menahan rasa, tetap akan ada fasa sakitnya juga.

Sebab hati kita ni bukan diperbuat daripada besi 🀧
Cubalah. Cuba belajar terima orang lain juga ada kehidupan mereka sendiri.

Mereka berhak bahagia dengan cara mereka sendiri.

Cubalah belajar terima. Allah dah beri bahagian masing2 dah. Nak apa lagi? Jangan sampai Allah tarik nikmat yang ada sekarang :(
Hidup ni sebenarnya bahagia je walaupun kita tak punya banyak harta. Tapi dengan rasa cukup dengan apa yang kita ada, pasti bahagia.

Kita bahagia cara kita masing2 ya? ☺️
Jangan lupa cipta kenangan indah hari ini pula! 🌹
Forwarded from Booxtall
Semalam drive balik rumah nak dekat Maghrib.. Tekan butang radio, semua tak best. Akhirnya berhenti dekat satu frekuensi radio yang sedang siarkan audio ceramah Ustaz Wadi Annuar.

Tajuk pasal kiamat, tapi slot tu cerita tentang matahari je. Betapa matahari ni makhluk yang sangat taat dengan Allah, sampaikan dia tak pernah berganjak sikit pun dari orbitnya (yang mengelilingi bumi).

Bayangkan.. kalau matahari terlari sejengkal kedepan dari orbitnya, boleh terbakar seluruh isi bumi yang kita duduk ni. Kalau matahari gerak sejengkal kebelakang, maka seluruh bumi boleh beku. ❄️πŸ₯Ί

Makin meremang bulu roma bila Ustaz sentuh bab matahari menghilangkan diri (ada beza pendapat) selama 2 atau 3 hari..

Hari pertama tu, kita bangun macam biasa, solat subuh 6 pagi, yang jenis tak bangun, memang tak bangunlah subuh tu (ayat Ustaz). Kemudian, masuk jam 8, 10, 12 tengahari, langit masih gelap macam malam. Yang pasti, dia bukan gelap sebab langit mendung nak hujan..

Masuk 1.30 petang.. bilal yang ada ilmu tentang ni, yang mengaji hadith -- dia akan tetap laungkan azan Zuhur walaupun tak nampak langsung matahari ketika tu. Seluruh manusia akan dapat berita bahawa hari itu sedang berlaku 'fenomena' yang tak pernah dibahas dalam Sains..

Keadaan jadi sangat huru-hara. Apa lagi bila matahari tiba-tiba muncul dari Barat. Ketahuilah pada hari itu, pintu taubat telahpun ditutup.

Mana yang baru nak taubat, tak diterima taubatnya. Mana yang tengah berjual beli, dia letak duitnya, balik rumah untuk solat. Masa tu solatnya dah takde nilai. Ada orang dia cari emas merah dalam rumah -- dia ketuk pintu rumah orang miskin, "Makcik, saya nak sedekah emas ni, ambillah.". Makcik tu kata, "Alangkah baiknya kamu datang bagi sedekah ni semalam, kerana harini sedekah kamu tidak bermanfaat lagi.."

😭😭

Masa matahari 'menghilangkan diri' tu sebenarnya dia tengah menghadap Allah. Dan Allah puji dia kerana begitu taat. Kejadian matahari muncul dari Barat tu berlaku sekali je.. Esok lusa dia berpusing secara normal balik.

Ustaz minta sampaikan pada semua sbb tak ramai yg datang masjid untuk dapat ilmu ni. Wallahua'lam..
Ishhh tak sabar rasanya nak kongsikan dengan korang 1 bab dalam buku terbaru kakteh yang akan release nanti 😭
2024/11/05 23:24:44
Back to Top
HTML Embed Code: