Telegram Web Link
Actually kalau tengah rasa tak seronok, rasa down ke apa kakteh suka baca kata-kata macam ni.

So, seperti mana nasihat yang kakteh nak dengar time down seperti itulah kakteh buatkan quotes untuk korang.

Win win situation.

Sambil beri peringatan buat diri, sambil tu berkongsi semangat dengan korang.
I hope nothing unless bila korang baca ayat-ayat ni at least korang okayy ❀️
Nak bagi pulih betul2 tu bukan bidang kuasa kita, kalau nak kuat korang sendiri pun tahu kan?

CARILAH ALLAH ❀️
Segala yang berlaku terhadapmu, kamu pasti mampu menghadapinya. Yakin dengan Tuhan, yakin dengan diri. Teruslah bertahan, demi kebaikan diri ❀️
Nak hijrah ni memang susah. Lagi susah bila dah mulakan langkah, proses nya lebih payah.

Yelah, hadiah bagi orang yang mampu melawan rasa susahnya nak hijrah ni SYURGA.

Takkan senang2 gitu je kita nak masuk? Kenalahh ikut syaratnya. hehe
Syarat mudah, buat apa yang Allah suka, tinggal apa yang Allah tak suka.
Sebenarnya kan korang, proses hijrah ni takdela sesusah yang kita jangka kalau NIAT kita hijrah tu betul.

Kita ni hijrah sebab apa?

Sebab nak suruh orang nampak kita ni baik ke? hmm.
Kita hijrah diri, biarlah kerana Allah. Andai segalanya kita niatkan kerana Allah setiap cabaran yang Dia hadirkan sepanjang proses kita pasti akan lulus dengan mudah.
2024/10/01 22:35:33
Back to Top
HTML Embed Code: