Telegram Web Link
Jangan sedih andai ditakdirkan kita untuk tidak dapat apa yang kita inginkan. Contohnya, tidak berjodoh di dunia ni. Usah terlalu menekan diri. Didik hati untuk selalu yakin dengan segala takdir yang Allah sudah tetapkan.
Setiap yang berlaku dalam hidup kita, adalah untuk kebaikan pastinya. Allah tidak akan susahkan hambaNYA.

TIDAK AKAN!
Hari ini Allah patahkan, untuk kita makin bertumbuh di kemudian hari.

Hari ini Allah pisahkan kita dengan seseorang, untuk digantikan dengan yang lebih baik di kemudian hari.

Hari ini Allah turunkan ujian yang berat, untuk Dia gantikan dengan satu rasa yang amat hebat iaitu KEKUATAN.
Ya, diri kita tidak akan lari dari kesilapan. Namun,jangan sesekali salahkan diri. Bangkitlah dan perbaiki apa yang perlu diperbaiki.

Walau siapapun kita, walau banyak manapun dosa kita. Allah tetap terima, asalkan kita usaha. Usaha untuk menjadi semakin baik dari diri kita terdahulu.
Tetaplah hidup, teruslah merendah hati, tinggikan adab dan akhlak. Belajar untuk menghormati kehidupan kita manusia.

Segalanya simple andai kita rendahkan hati, tinggikan Yang Maha Tinggi bukan diri sendiri ❀️
Korang pernah kena situasi orang mengata buruk dekat belakang macam ni?

Bila orang mengata macamni kan. Mungkin lahh ada silapnya juga diri kita ni. Jadi cara paling baik untuk respon adalah dengan berbalik kepada diri sendiri. Check silap diri kita. Perbaiki.

Nak balas balik dekat si pengata tu rasanya tak guna. Buang masa je. Tak payah la susah susah buang masa nak respon pada perkara yang sia-sia.
Sejujurnya kakteh pernah je dalam situasi ni. Tahu je apa yang orang tu kata dekat diri ni di belakang. Tapi kakteh memang pilih untuk ignore je.

Bukan nak kata diri ni baik. Alhamdulillah Allah bagi kelebihan sikit pada diri ni level of ignorance tersangat tinggi. hehe. So, orang nak kata kita macam mana pun. Biarkan jelah.

Tetap pilih untuk terus tersenyum dan layan dia bebaik. Sebab ada banyak je kebaikan yang dia dah bagi pada diri ni. Jadi, pilihlah untuk memandang sisi baik dia saja.

Apa yang Allah timpakan buat kita, pasti ada hikmah paling terbaik untuk kita. Yakin je okeh!

Kita bukanlah baik, tapi kita cuba untuk jadi yang terbaik ❀️
Usah terlalu fokus untuk bertanding dengan seseorang yang tidak pernah terfikir untuk menang ataupun kalah.

Kerana dia sedar, fokus berjuang menuju kebaikan itu adalah yang terbaik. Bukan bertanding siapa paling terbaik. Cukup sekadar menjadi lebih baik dari diri dia yang sebelum.

Kerana dia tahu, yang sebenar benar paling terbaik hanya ALLAH Yang Satu ❀️
aishh lately ni macam seronok pulak sembang dengan korang dekat channel ni
walaupun korang tak boleh respon tapi kakteh tahuu korang baca. terima kasih yang ss dan share dekat status whatsapp, story ig masing2. kakteh really appreciate you all punya effort ❀️
Korang jangan mengeluh tau bila diuji. Tak kisahla ujian dalam bentuk apa pun. Sebab dari ujian tu ada sesuatu yang indah Allah nak bagi dekat kita.

Tahap indah tu tak boleh nak describe macam mana sebab orang yang berjaya lepasi ujian itu saja dapat merasainya.
Betul. Nikmat selepas diuji tu berganda ganda Allah ganti dari apa yang DIA tarik dari kita sebelum ni.

β€˜Allah ambil sesuatu yang kita rasa baik untuk kita untuk DIA gantikan sesuatu yang LEBIH BAIK.
Jangan mengeluh tau korang. Kita sepatutnya bersyukur apabila selalu diuji. Kerana orang yang diuji ni tandanya Allah sedang pandang.

Melalui ujian, Allah nak kita sedar bahawa kita ni sebenarnya dalam perhatian dan jagaan DIA.
Jangan sesedih okehh. Kita kuat sama-sama! ✊🏻❀️
Tanpa sedar, sudah sejauh ini kaki kamu melangkah. Sudah sejauh ini kamu berjuang melawan segala kesesakan.

Teruskan langkahanmu teman. Jangan takut untuk melangkah walau sendiri. Andai apa yang kamu perjuangkan demi Ilahi, segalanya kamu mampu tempuhi walaupun berjalan sendiri ❀️
2024/10/02 04:37:19
Back to Top
HTML Embed Code: