Telegram Web Link
Kita semua masing2 punya struggle sendiri berbuat baiklah sesama sendiri jangan menyakiti 🀍
Dalam fasa move on ni, lama kelamaan kita akan faham kenapa ramai yang berpesan β€œFokuslah pada diri sendiri” sebab rasa manis tu hanya diri kita sendiri saja boleh rasa setelah redha dengan segala ujian dari-NYA.

Nak move on ni take time. Tak boleh paksa diri untuk move drastically. Yang kata dah move on dalam masa yang cepat tu saya tak pasti macam mana tapi memang ada orang yang sebegitu. Cuma, satu dalam sejuta. Kuatnya dia! hehe.

Bila fokus pada diri, pada kebahagiaan diri sendiri, kita takkan ada masa dah untuk peduli pada hal hal yang meruntuhkan diri.

Walau siapapun yang sedang rasa payah untuk move on, take your time okay? In shaa allah kamu akan β€˜sembuh’ sepenuhnya nanti. Berdamai dengan diri sendiri, jangan pura-pura sudah kuat sedangkan dalam hati masih ada luka yang belum terubati.

Semoga terus kuat ya awak! ❀️
Ternyata kita semua jaguh dalam berpura-pura.

Ya. Pura-pura okay πŸ˜”
Kadang mahu saja bertanya,

β€œBila semua ni akan berakhir?”

Penat. Ya, penat!

Namun, masih perlu teruskan. Tak apa lah walau payah manapun untuk melawan β€˜penat’, ganjaran di hujung hidup kita nanti pastinya baik baik saja.

:)
Kita takkan pernah tahu apa yang bakal kita hadap di depan nanti. Dulu, kita tak pernah jangka pun akan lalui ujian seberat hari ini.

Teruskan kehidupan jangan terlalu risaukan masa depan. Walau buruk manapun keadaan kita sekarang, tidak mustahil ending hidup kita ni jauh lebih baik dari sekarang.

Kita hari ini mencipta siapa kita pada masa depan. Choose wisely. Allah sudah atur semuanya sempurna :)

β€”tehfatihah | 27 June 2024 πŸ•ŠοΈ
Ada yang minta video ni jadi saya share dekat sini ya ☺️
Kita takkan selamanya berada di fasa ini. Segalanya pasti akan berlalu. Sabar ya? Buat apa yang terbaik untuk diri ❀️
Saya percaya dalam kalangan kita ni semua pasti tak terkecuali dari diuji Allah. Kan? Cuba tengok dekat mana korang berada sekarang. Masih lagi menjalani kehidupan walau terasa berat sangat ujian.

Jangan terkejut. Ya, korang memang kuat! Sudah sejauh ini korang melangkah berjuang dalam ujian. Itu sebenarnya kejayaan. Congratulate yourself! 🫑
2024/09/30 14:36:47
Back to Top
HTML Embed Code: