Telegram Web Link
Banyak perkara ingin diluah, banyak kisah yang ingin dicerita. Namun, kerana dengan memilih diam dan sabar adalah tanda cinta kita kepada Allah SWT, maka berdiamlah. Itu lebih baik :)
Bukan saja perihal jodoh tapi juga dalam persahabatan. Bukan semua yang hadir akan kekal lama bersama kita.

Bukan kerana kita tidak baik, juga bukan kerana dia tidak baik.

Tapi, kita masing-masing hanya terbaik untuk orang lain.
Bismillah Assalamualaikum ❀️

Alhamdulillah harini hari terakhir untuk tahun 2023. Syukur kita diberi kenikmatan hidup oleh Allah swt.

Tahun 2023 kita masing2 berbeza, ada yang menjadi tahun luka buat diri, ada yang menjadi tahun bahagia. Walau apapun situasi tahun 2023 kita, tetaplah bersyukur. Kerna setiap yang berlaku pada diri kita semuanya adalah dengan izin Allah.

Tahun 2023 kita simpan rapi. Segala pahit manis pasti ada momen indah yang sudah buatkan kita semua tersenyum.

Tahun 2024, bismillah!

Kita lalui saja sebaiknya. Impikan yang terbaik buat diri sendiri dan orang sekeliling, itu sudah cukup baik.

Selamat tahun baru ya semua. Jaga diri baik-baik ! ❀️
Tadi nak hantar video ni sebenarnya tapi kenapa tak send tu tak ingat pula πŸ˜…

Mungkin korang dah tengok video ni, ni saya saje nak share sebab saya betul2 terkesan lah dengan pesanannya even ringkas jeπŸ₯Ί
Rasa tertampar lah diri ni selepas dengar. Walaupun pesanan ni dah kita dengari berkali kali kan. Saya rasa mungkin kalini Allah nak sedarkan saya dari sesuatu juga. Banyak khilaf ya Allah 😒

Selepas tengok video ni saya β€˜terdiam’ sekejap. Beberapa hari hibernate mode dekat media sosial. Banyak saya muhasabah.

Masa yang baik nak mula untuk maafkan, doakan sesiap saja walaupun orang tu pernah buat tidak baik pada kita. Kita buat semua ni bukan sebab nak bagitau yang kita ni baik, cuma kita buat ni untuk izinkan diri kita berbuat perkara yang baik-baik sahaja.

Mudahkan kami semua ya Allah 🀲🏻 Bismillah !
Sebelum tido nak bercerita sikit how i spent my first day in 2024. ecehh

Alhamdulillah harini habiskan masa dengan sahabat. Kami makan2, lepak tasik, mengopi dalam hujan rintik rintikk, and we talked much about our 2024 planned.

Panjang kami sembang. And we end our conversation with β€œKita ikut jelah ya flow”. Bunyi macam givap sebelum apa2 haha

Tapi hakikatnya, sebaik mana kita rancang jangan lupa Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. Kena selalu pesan dekat diri yang ni sebab taknak terlalu kecewa kalau apa yang kita rancang tak menjadi.

Yes, nervous sangat ya Allah. Tak tahu apa lah ujian dan nikmat yang Allah nk bagi tahun ni ya. Nervous yet excited 🫣 sebab kita yakin, ada banyakkk ni β€˜hadiah’ yang Allah dah siapkan untuk kita mashaallah πŸ₯°

Arghh imagine pun dah rasa happy ni haha. Tapi gitulah kan korang, nak dapat hadiah dari Allah bukan senang2. Kena lulus segala ujian. Macam mana nak lulus?

Satu je skema jawapan yang semua dah tahu, KENA SABAR. in shaa allah !
Sabar is not easy, it’s drains you mentally and physically.

But then, remember this pahala bagi orang yang sabar ni infinity ❀️
Arrogance among Muslims is like a poison in the well of brotherhood. Humble yourself; we all return to the same earth.
To anyone who is carrying a heavy heart in silence, it’s gonna be okay someday.
Tertarik dengan satu perkongsian ni :

Kata Imam Ibnu Qudamah rahimahullah,

β€œTerkadang akhlak yang baik dapat diraih melalui orang-orang baik, karena tabiat itu (ibarat) pencuri yang akan mencuri kebaikan dan keburukan.’

Mashaallah!

Kita berteman, untuk saling mengejar kebaikan, merasa nikmat melakukan ibadah bersama-sama bukan seorang diri, kita berteman untuk saling menjaga dan melengkapi bukan menandingi.

Dulu kita tak rasa diri kita macamni, dulu selalu baran dan bersangka sangka. Sekarang tak ada dah semua tu, dah ubah perlahan-lahan dan mampu kawal.

Mungkin ada akhlak dari teman kita yang menarik perhatian lalu kita β€˜curi-curi’ menjadi seperti mereka. Who knows right?

So, appreciate siapa saja yang ada dengan kita sekarang. Jaga lidah sebelum mengeluarkan kata, jaga jari sebelum menaip aksara. Kerana ada hati yang kita perlu jaga selain kita punya :)
β€œSaat rasa putus harapan, bersangka baiklah pada Allah. Allah pasti akan berikan kita jalan keluar.” - ustazadnin
Pagi ni dengar booster macamni terus rasa tak boleh lahh nak layan mood lemau2. Terus bersemangat ya semua πŸ’ͺ🏻❀️
2024/09/29 20:30:17
Back to Top
HTML Embed Code: