Telegram Web Link
Kita memang tidak selalu bertemu orang baik. Tapi, jadilah baik untuk setiap orang yang kita temui :)
Forwarded from Booxtall
Sharing dari Radio IKIM tadi.. Ciri-ciri orang sabar ada lima :

1. Lebih prefer untuk berdamai, tidak memanjangkan isu.

2. Senang memaafkan dan meminta maaf (walau tak diketahui apa salahnya).

3. Berusaha tak sakitkan hati sesiapa.

4. Berusaha buang ego dengan cara bersemuka, settle depan-depan.

5. Fikir sebelum bertindak.

Ingat, Allah sentiasa bersama dengan orang yang ada kesabaran dalam hatinya. Buatlah apa yang termampu mengikut situasi πŸ₯°
Forwarded from Booxtall
Tips nak lawan perasaan 'tak dihargai' adalah dengan cara fokus untuk MEMBERI. Maka kita akan all out buat yang terbaik walau apapun yang berlaku dihujungnya nanti.

Awali setiap kebaikan tu dengan niat nak khidmat orang tu. Hatta sekecil-kecil benda; macam tolong tunjuk jalan, tolong jaga anak dia, tolong belikan barang. Semua tu dikira pahala bila kena dengan niat yang betul.

Kedua, azam untuk lupakan apa yang kita dah beri. Supaya takde isu mengungkit yang bersarang dalam hati kita. Dah beri, lupakan. Terus cari orang lain yang kita boleh bantu. Jadikan kebaikan atau khidmat kita ni bermanfaat, dapat dirasai semua orang.

Effect rasa tak dihargai ni sangat besar.. Takutnya, kebaikan kita ni hanya terhenti dekat seseorang bilamana kita rasa orang tu tak appreciate pun tenaga dan loyalty kita dengan dia selama ni.
β€’1 September 2023β€’

Salam Jumaat yang penuh berkah. Moga hari ini menjadi pemula untuk menghapus segala yang mengganggu minda dan fikiran kita. Teruskan perjuangan walau sedang payah untuk melangkah. Jangan putus asa, yourself need you :)

Have a blessed day!🀍
Assalamualaikum semua sahabat. Moga sentiasa baik belaka ya 🀲🏻🀍

Tumpang lalu sat nak simpan kenangan untuk diri sendiri dalam ni πŸ₯°
Re-print 🫢🏻🀍

Masa tulis buku ni macam2 feeling ada. Takut terlari niat menulis, nanti kang sia2 je. Niat saya menulis untuk berkongsi kata semangat supaya lebih ramai lagi yang tidak memilih untuk berputus asa dalam hidupnya. Tak harapkan lebih, cuma semoga yang
baca buku TERLALU BERHARGA UNTUK PUTUS ASA ni teruskan segala langkah kalian walau terasa payah.

Tak apa, harini mungkin terasa berat. Esok esok Allah gantikan dengan nikmat. Stay strong ❀️
Hai sahabat2 kakteh semua :)

Dah tido ke? erm kakteh sebenarnya baru saja check anonymous message dekat NGL link tu. Seriously sangat sedih setiap kali baca luahan2 korang semua πŸ₯Ί

Kakteh rasa diri ni diuji hebat dah, rupanya korang semua lebih besar ujian yang sedang korang hadapi 😒

Minta maaf kalau tak dapat nak membantu, tapi korang jangan rasa keseorangan. Kita semua masing ada untuk saling menguatkan. Okay? ☺️
Untuk awak yang hantar luahan panjang dekat anonymous message tadi, awak sebenarnya kuat. Sebab tu lah Allah berikan awak ujian macamni.

Kena ingat, Allah takkan uji kalau kita tak mampu nak hadapinya. Allah takkan uji kita saja2. Allah takkan uji kita selain dari untuk kuatkan kita, untuk naikkan lagi darjat kita di sisiNYA.
Tersentuh baca sebab situasi awak lebih kurang sama je dengan kakteh πŸ₯Ί

Yang orang nampak, kita terlihat kuat. Sedangkan hakikatnya kitalah yang palinggg lemah dan menunggu masa untuk rebah.

Ya. Ujian ni memang sangat sangatt penat untuk kita hadap. Apatah lagi non-stop pula ujian ni datang. Penat. Rasa nak give up. Semua lahh.
Jangan salahkan Allah jika kita sentiasa diuji. Jangan persoalkan apa yang Allah dah beri pada kita.

Tapi, tetaplah pilih untuk bersyukur walau payah manapun kita rasa.

Mungkin tanpa kita sedari Allah uji kita dengan pelbagai ujian sebenarnya Allah sedang β€˜tarik perhatian’ kita untuk KEMBALI PADA DIA.

Allahuakbar sentap pula diri sendiri 😭
Mungkin β€˜masa’ kita luangkan dengan Allah sekejap saja. Yelah, solat pun dalam keadaan gopoh 😒

Mungkin lidah kita ni dah kurang kita basahkan dengan memuji DIA dengan zikrullahπŸ₯Ί

Maka, hanya melalui UJIAN sajalah yang boleh buatkan kita KEMBALI DEKAT padaNYA.
Apepun, buat semua yang merasakan dirinya diuji saat ini. Tenanglah, kuatlah! Kita diberikan ujian sebab diri kita sedang disayangi Tuhan ❀️
Assalamualaikum semua salam Jumaat 🌸

Moga hari yang penuh berkah ini segala urusan kita semua dilancarkan. Have a blessed day everyone! 🀍
2024/09/29 12:28:14
Back to Top
HTML Embed Code: