Telegram Web Link
Assalamualaikum korang korangg yang disayangi. ecehh ❀️
Malamni kita dah masuk tahun baru 1 Muharam. Awali tahun kita ni dengan perkara yang baik2, niatkan yang baik2. Yang nak mula hijrah tu, this is the right time for you untuk mula. Semoga segala urusan kita Allah permudahkan 🀲🏻
Assalamualaikum semua. Sihat ke tu? Malamni saje open ruang chat, rasa nak sembang2 dengan korang dalam ni πŸ₯°

Btw Salam Maal Hijrah semua 🫢🏻 moga kita jadi lebih baik lagi dari sebelum2 nya ya :)

Korang okay tak tuu?
β€œ Akakk, susah tak nak istiqamah sepanjang akak hijrah? β€œ

β€” Hurm susah! Sepanjang jalan pasti ada ujian sana sini. Pernah hampir putus asa, sebab time tu sungguh rasa payah sangat nak bangkit. Namun, kita kena sedar hakikat di sebalik ujian tu sebenarnya kita ni sedang disayang Tuhan. Allah beri ujian sebab DIA sedang perhatikan kita, DIA tahu kita mampu hadapi ujian tersebut.

Begitulah sehingga hari ini. Jatuh, bangkit. Jatuh lagi, bangkit lagi. Itu saja pilihan yang kita ada :)
Ikhtilat.

Lately ni kakteh dapat a few DM bertanya soal ikhtilat. Yang paling kakteh suka nak cerita. Sebab, ikhtilat ni lah yang palinggg struggle sangat diri ni nak jaga masa baru fahammm erti ikhtilat.
Bagus sangat korang sangat ambil berat soal ikhtilat. Saya dulu masa remaja memang taktahu punn pasal ikhtilat ni. Sekadar jaga diri macam tu jee. Batas pergaulan antara lelaki dengan wanita ni memang tak ramai yang tahu ya.

Orang yang memang dari background agama benda ni tak pelik bagi korang, tapi yang bukan dari background agama memang tak faham. Kalau kita sebut pasal ikhtilat ramai yang respon β€˜Laaa tak boleh ke, laaa taktau pun tak boleh macamni macamtu…’
Bagi yang dah biasa bergaul lelaki dengan wanita, memang agak struggle nak mulakan. Tapi takpe korang, phase by phase. Kalau kita nak, kita akan usaha dan at that time Allah pasti akan bantu untuk mudahkan.
Mungkin nanti, akan ada kawan cop kita sombong. Yelahh, mesej dah tak reply. Nak keluar lepak2 lagi lahh dah taknak join macam dulu2. Yes pasti akan ada yang terasa hati. Jangan risau, fahamkan kawan2 soal ikhtilat. In shaa allah lama kelamaan mereka akan faham juga. Malah mereka akan lebih menghormati kita. Lagi best bila mereka sendiri turut mula menjaga batas. Mashaallah 😍
Jangan takut hilang kawan, kalau kita buat semua kerana Allah nanti Allah akan hadirkan kawan yang sama jalannya dengan kita juga. Ya, kawan yang ingin sama2 ke syurga.
Buat sesiapa yang sedang baca ni, yang terdetik dalam hati kalian untuk mula jaga ikhtilat semoga Allah kuatkan hati kalian untuk teruskan langkah menuju jalan yang diredhai Allah. Jangan takut seandainya perlu melangkah sendirian, kedepan nanti pasti akan ada teman.

Kita jaga sama2 tau! ❀️
Kita memang tidak selalu bertemu orang baik. Tapi, jadilah baik untuk setiap orang yang kita temui :)
Forwarded from Booxtall
Sharing dari Radio IKIM tadi.. Ciri-ciri orang sabar ada lima :

1. Lebih prefer untuk berdamai, tidak memanjangkan isu.

2. Senang memaafkan dan meminta maaf (walau tak diketahui apa salahnya).

3. Berusaha tak sakitkan hati sesiapa.

4. Berusaha buang ego dengan cara bersemuka, settle depan-depan.

5. Fikir sebelum bertindak.

Ingat, Allah sentiasa bersama dengan orang yang ada kesabaran dalam hatinya. Buatlah apa yang termampu mengikut situasi πŸ₯°
Forwarded from Booxtall
Tips nak lawan perasaan 'tak dihargai' adalah dengan cara fokus untuk MEMBERI. Maka kita akan all out buat yang terbaik walau apapun yang berlaku dihujungnya nanti.

Awali setiap kebaikan tu dengan niat nak khidmat orang tu. Hatta sekecil-kecil benda; macam tolong tunjuk jalan, tolong jaga anak dia, tolong belikan barang. Semua tu dikira pahala bila kena dengan niat yang betul.

Kedua, azam untuk lupakan apa yang kita dah beri. Supaya takde isu mengungkit yang bersarang dalam hati kita. Dah beri, lupakan. Terus cari orang lain yang kita boleh bantu. Jadikan kebaikan atau khidmat kita ni bermanfaat, dapat dirasai semua orang.

Effect rasa tak dihargai ni sangat besar.. Takutnya, kebaikan kita ni hanya terhenti dekat seseorang bilamana kita rasa orang tu tak appreciate pun tenaga dan loyalty kita dengan dia selama ni.
β€’1 September 2023β€’

Salam Jumaat yang penuh berkah. Moga hari ini menjadi pemula untuk menghapus segala yang mengganggu minda dan fikiran kita. Teruskan perjuangan walau sedang payah untuk melangkah. Jangan putus asa, yourself need you :)

Have a blessed day!🀍
Assalamualaikum semua sahabat. Moga sentiasa baik belaka ya 🀲🏻🀍

Tumpang lalu sat nak simpan kenangan untuk diri sendiri dalam ni πŸ₯°
2024/09/29 18:21:14
Back to Top
HTML Embed Code: