Telegram Web Link
Kita mudah label orang lain toxic sedangkan diri kita sendiri pun ada juga kurangnya πŸ˜”
β€œAkak, macam mana akak boleh dapat circle dakwah macam ni? saya teringin, tapi susah.”

Jawapan :
Akak ni ilmu agama memang cetek. Jadi masa awal2 hijrah dulu selalu hadir majlis ilmu. Jadi dari situlah dapat bina ukhuwah yang sama2 sedang belajar dan dalam jalan yang sama.

Lesson ‡️
Kita dulu yang kena mulakan perubahan dalam diri jangan hanya tunggu semata-mata :)
Same goes to HOW TO GET POSITIVE CIRCLE :

Kita terlebih dahulu yang kena perbaiki dan train diri untuk sentiasa bersangka baik walau dalam apa keadaan sekalipun.

**sidenote : Kekal positif jangan sampai jadi toxic positivity pula ya :)
Makin dewasa ni kita nak hidup yang tenang2 je. Macam mana nak tenang?

1. Kurangkan untuk peduli hal-hal orang lain.
2. Fokus pada apa kebaikan yang kita boleh beri dekat diri.
3. Belajar untuk menghargai orang sekeliling.
4. Jangan expect lebih dekat dunia sbb bila kita put high expectation, tendency untuk kita sakit bila apa yg kita nak tu tak dapat juga tinggi.

Semoga bermanfaat ☺️
Kadang kita terlihat kuat sedangkan beban yang kita pikul teramat berat. Kita terlihat kuat bukanlah sebab kita ni yang kuat tetapi sebab kita tahu pada saat Tuhan berikan kita seberat berat ujian, pastinya selepas itu akan Tuhan ganti dengan nikmat yang sangat indah.

Saat kita ditimpa ujian lagi dan lagi, sebenarnya itu tanda diri kita sedang dalam perhatian Tuhan. Terima kasih Tuhan :)
Tertarik dengan video ni πŸ˜” ya benar! wanita ni memang akan diuji dengan kecantikan. Kita sukakan kecantikan. Macam dalam video ni kata, β€˜Kalau kita jaga, kita menang!’

Yes! Kalau kita jaga, dekat syurga nanti kita akan dikurniakan kecantikan malah lebih cantik dari bidadari syurga. Siapa yang lebih cantik dari bidadari syurga? Wanita yang pandai menjaga kehormatan dirinya dekat dunia.

Muhasabah diri sendiri 😭❀️
Assalamualaikum korang korangg yang disayangi. ecehh ❀️
Malamni kita dah masuk tahun baru 1 Muharam. Awali tahun kita ni dengan perkara yang baik2, niatkan yang baik2. Yang nak mula hijrah tu, this is the right time for you untuk mula. Semoga segala urusan kita Allah permudahkan 🀲🏻
Assalamualaikum semua. Sihat ke tu? Malamni saje open ruang chat, rasa nak sembang2 dengan korang dalam ni πŸ₯°

Btw Salam Maal Hijrah semua 🫢🏻 moga kita jadi lebih baik lagi dari sebelum2 nya ya :)

Korang okay tak tuu?
β€œ Akakk, susah tak nak istiqamah sepanjang akak hijrah? β€œ

β€” Hurm susah! Sepanjang jalan pasti ada ujian sana sini. Pernah hampir putus asa, sebab time tu sungguh rasa payah sangat nak bangkit. Namun, kita kena sedar hakikat di sebalik ujian tu sebenarnya kita ni sedang disayang Tuhan. Allah beri ujian sebab DIA sedang perhatikan kita, DIA tahu kita mampu hadapi ujian tersebut.

Begitulah sehingga hari ini. Jatuh, bangkit. Jatuh lagi, bangkit lagi. Itu saja pilihan yang kita ada :)
Ikhtilat.

Lately ni kakteh dapat a few DM bertanya soal ikhtilat. Yang paling kakteh suka nak cerita. Sebab, ikhtilat ni lah yang palinggg struggle sangat diri ni nak jaga masa baru fahammm erti ikhtilat.
2024/09/30 10:35:06
Back to Top
HTML Embed Code: