Telegram Web Link
Teringat pula dengan statement rakan kakteh suatu ketika dulu.

Buat korang yang mungkin tak tahu, kakteh ni masih lagi baru dalam jalan hijrah ni. Banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Orang nampak kita baik, sebab Allah tutup aib. Bukan sebab kita ni baik πŸ₯Ί TAPI, kena ingat juga. Bila kita jaga aib orang, aib kita juga turut terjaga. So, teruskan dengan apa yang sedang kamu buat sekarang. Nak cerita aib orang dekat orang lain, tak ada manfaat pun. Malah makin jadikan diri kita semakin teruk.
___

Okay back to cerita yang teringat tadi πŸ˜…

Pernah suatu hari masa tu diri ni diuji, diuji dengan terpaksa meninggalkan circle yang selama ini sangat banyak membantu jalan hijrah diri.

Ada seseorang datang dan kata dekat kakteh macam ni,

β€œKakteh, saya risau dengan kakteh nanti. Yelah penghijrahan kakteh banyak bergantung dengan mereka. Saya risau kakteh tinggalkan semua ni nanti dan tak boleh nak istiqamah.”

Nak tau respon kakteh macam mana?
Masa tu kakteh hanya mampu tersenyum dan cakap dekat dia,

β€œKakteh berubah kerana Allah bukan kerana mereka.” :)

Jadi, walau dengan siapa kakteh berada sekarang kakteh tetap akan berada dalam jalan yang sudah kakteh pilih ni. Kakteh buat kerana Allah, jadi kenapa nak putus asa hanya kerana manusia?

Kita dekat dunia ni, ujiannya banyak datang dari manusia. Ya, ujian orang sekeliling kita juga adalah ujian buat kita. Semua tu bergantung pada diri kita bagaimana untuk respon situasi tersebut.

Yang penting, jangan sesekali letakkan seratus peratus kesalahan pada manusia lain. Nanti susah untuk kita bermuhasabah diri. Kadang tu teguran orang menyakitkan, tapi ianya hanyalah untuk kebaikan.

Terpulang pada diri dan hati kita untuk raikan macam mana. Pada kalian yang sedang diuji hebat, bertahanlah. Teruskan apa yang sedang kalian lakukan. Jangan mengalah kerana kejayaan dan kebahagiaan sedang menanti kalian satu langkah lagi kehadapan.

Terus kuat kamu yang sememangnya kuat 🫢🏻✨
Assalamualaikum korangg yang ada dalam ni. hihi

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN πŸ₯°πŸ™πŸ»

Maafkan kakteh kalau ada tersalah menulis dan berkongsi di sini ataupun di mana-mana saja platform. Mungkin tanpa sedar ada ayat yang buatkan hati kalian terguris dan terasa hati.

Percayalah, segala teguran dan kata nasihat semuanya kerana kakteh sayang dekat korang,takde niat lain pun πŸ₯Ί

Jangan salah faham sampai tumbuh satu titik hitam dalam hati kita kerana prasangka yang kita cipta 😭

Selamat Hari Rayaaaaa πŸŒ™βœ¨
Baru perasan ada soalan ni. Semoga awak baik2 saja 😘
2024/09/29 20:19:40
Back to Top
HTML Embed Code: